Kurikulum Standard Sekolah Menengah

1
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu. Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai persediaan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014. Sehubungan dengan itu, satu soal selidik akan diadakan bagi mengumpul pandangan dan cadangan masyarakat dari pelbagai lapisan terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan reka bentuk dan kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah. Maklumat ini penting kepada proses penambahbaikan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam usaha transformasi kurikulum. a) Matlamat Kajian Matlamat tinjauan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ini adalah untuk mendapatkan input dari masyarakat tentang aspek-aspek yang terkandung dalam kurikulum Sejarah Sekolah Menengah di samping cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum mata pelajaran Sejarah. b) Objektif Mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum Sejarah Sekolah Menengah Mendapatkan input tentang aspek-aspek skop kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah

Transcript of Kurikulum Standard Sekolah Menengah

Page 1: Kurikulum Standard Sekolah Menengah

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu.

Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai persediaan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014.

Sehubungan dengan itu, satu soal selidik akan diadakan bagi mengumpul pandangan dan cadangan masyarakat dari pelbagai lapisan terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan reka bentuk dan kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah. Maklumat ini penting kepada proses penambahbaikan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam usaha transformasi kurikulum.

a) Matlamat Kajian

Matlamat tinjauan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ini adalah untuk mendapatkan input dari masyarakat tentang aspek-aspek yang terkandung dalam kurikulum Sejarah Sekolah Menengah di samping cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum mata pelajaran Sejarah.

b) Objektif

• Mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum Sejarah Sekolah Menengah

• Mendapatkan input tentang aspek-aspek skop kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah