Kursus Asas Komputer
-
Upload
norsurya-ghazali -
Category
Documents
-
view
225 -
download
36
Transcript of Kursus Asas Komputer
PENGENALAN KEPADA KOMPUTER(PERKAKASAN)
APA ITU KOMPUTER? Komputer ialah peranti / alat
elektronik yang boleh menurut suruhan untuk menerima input, memproses input tersebut dan akhirnya ia akan menghasilkan maklumat.
Sebuah sistem komputer secara asasnya terdiri dari penerima input dan pemberi output.
Apa yang kita taip dan masukkan ke dalam komputer dikenali sebagai INPUT
CTH: Kertas kerja yang kita taip, gambar yang kita imbas
Peranti input dan output adalah peralatan atau perkakasan yang digunakan di dalam sebuah sistem komputer .
Peranti input: menerima kemasukan maklumat dari pengguna komputer dan menghantar maklumat tersebut ke dalam komputer untuk diproses
Peranti input:
Peranti Output: memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat atau digunakan oleh pengguna.
Perant output
Bagaimanakah input diproses oleh
komputer untuk menjana output?
Komponen utama di dalam sebuah
komputer
1. CPU (Unit Pemproses Pusat) : memproses data
2. Ingatan Sementara; a. RAM (Ingatan Capaian Rawak) b. Cache (membantu pemprosesan oleh CPU)
3. Ingatan Kekal; a. Hard Disk(cakera keras) b. Rom(ingatan baca sahaja)
4. Perkakasan atau Peranti
Input / Output
BAGAIMANA SETIAP KOMPONEN
BERINTERAKSI ANTARA SATU
SAMA LAIN
1. Semasa komputer di ON kan, komputer akan mengambil arahan ujian asas dari ROM untuk memastikan semua komponen ingatan, tulis dan padam berfungsi dan berjalan dengan lancar.
2. Setelah itu, komputer akan mengambil pula dari ROM arahan Sistem Asas Input/Output (Basic Input Output System: BIOS) untuk mendapatkan maklumat perkakasan dan keselamatan sistem.
3. Seterusnya komputer akan mengambil Sistem Pengoperasi (cthnya:Windows XP) dari dalam Hard Disk dan dimasukkan kedalam RAM.
MENGENALI DEKSTOP
KAEDAH MENGEKSPLORASI KAEDAH MENAIP
Betulkan kedudukan mengikut postur badan yang betul, ini perlu dilakukan supaya proses menaip menjadi lebih mudah dan dapat mengelakkan sakit belakang
Letakkan jari mengikut gambarajah di bawah:- Penggunaan touch typing di mana menggunakan kesemua jari. Ibu jari pengguna cuma digunakan untuk menekan spacebar sahaja. Home keys (kunci utama)yang digunakan adalah asdfjkl;
Fahamkan pergerakan home keys. Fungsi penggunaan home keys ni adalah untuk membolehkan setiap huruf-huruf pada keyboard ditekan oleh home keys yang terhampir seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Praktikkan pergerakan jari secara simulasi.