KURSUS INDUKSI UMUM BIL. 4/2009 Web viewPeranan suruhanjaya ini ialah mengadakan pilihan raya bagi...

3
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI UMUM BIL. 4/2009 BAHAGIAN 1: LATAR BELAKANG MASYARAKAT Pilihan raya diadakan untuk membolehkan rakyat menggunakan hak mereka untuk memilih sebuah kerajaan. Bagi mengurus dan mentadbir proses pilihan raya, SPR ditubuhkan di bawah Perlembangaan Persekutuan. a. Sila nyatakan peranan SPR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah merupakan sebuah badan bebas yang telah diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 bagi memastikan pilihan raya dilaksanakan dengan adil dan saksama. Peranan suruhanjaya ini ialah mengadakan pilihan raya bagi dua jenis Dewan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negeri. Selain daripada itu, SPR berperanan menyiapkan serta menyemak daftar pengundi- pengundi, menjalankan pilihan raya bagi Kerajaan Tempatan mengikut Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan, 1960; menyemak dan mengubah kawasan-kawasan pilihan raya dan membuat peraturan- peraturan tertentu bagi melaksanakan tugas-tugas tersebut. b. Terangkan secara ringkas proses pilihan raya yang diamalkan di Negara ini. 1

Transcript of KURSUS INDUKSI UMUM BIL. 4/2009 Web viewPeranan suruhanjaya ini ialah mengadakan pilihan raya bagi...

TUGASAN INDIVIDU

KURSUS INDUKSI UMUM BIL. 4/2009

BAHAGIAN 1: LATAR BELAKANG MASYARAKAT

Pilihan raya diadakan untuk membolehkan rakyat menggunakan hak mereka untuk memilih sebuah kerajaan. Bagi mengurus dan mentadbir proses pilihan raya, SPR ditubuhkan di bawah Perlembangaan Persekutuan.

a. Sila nyatakan peranan SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah merupakan sebuah badan bebas yang telah

diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 bagi memastikan pilihan

raya dilaksanakan dengan adil dan saksama. Peranan suruhanjaya ini ialah

mengadakan pilihan raya bagi dua jenis Dewan yang telah ditetapkan oleh

Perlembagaan Persekutuan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negeri. Selain daripada itu,

SPR berperanan menyiapkan serta menyemak daftar pengundi-pengundi, menjalankan

pilihan raya bagi Kerajaan Tempatan mengikut Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan,

1960; menyemak dan mengubah kawasan-kawasan pilihan raya dan membuat

peraturan-peraturan tertentu bagi melaksanakan tugas-tugas tersebut.

b. Terangkan secara ringkas proses pilihan raya yang diamalkan di Negara ini.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan 113, perjalanan pilihan raya hendaklah

dilaksanakan seperti berikut:

1. Suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuhkan mengikut Perkara 114 dan yang

akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri serta

menyediakan dan menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihan raya tertakluk

kepada peruntukan Undang-Undang Persekutuan.

2. (i) Tertakluk kepada Perenggan (ii), Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah,

dari masa ke masa, sebagaimana difikirkan perlu, mengulangkaji pembahagian

Persekutuan dan Negeri kepada bahagian-bahagian pilihan raya dan

mengesyorkan apa-apa perubahan sebagaimana difikirkan perlu supaya

1

TUGASAN INDIVIDU

KURSUS INDUKSI UMUM BIL. 4/2009

mematuhi peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan; dan ulangkaji

bahagian-bahagian pilihan raya itu bagi maksud Pilihan Raya Dewan Undangan

hendaklah dijalankan serentak dengan ulangkaji bahagian-bahagian pilihan raya

bagi maksud pilihan raya ke Dewan Rakyat.

(ii) Maka hendaklah ada satu tempoh tidak kurang dari lapan tahun antara

tarikh siapnya satu-satu ulangkajian dengan tarikh bermulanya ulangkajian yang

kemudiannya di bawah fasa ini.

(iii) Ulangkajian di bawah Perenggan (i) hendaklah disiapkan dalam tempoh

tidak lebih dari 2 tahun dari tarikh bermulanya ulangkajian itu.

3. Jika pada pendapat Suruhanjaya Pilihan Raya ulangkajian yang tersebut dalam

Fasal(2) adalah perlu dijalankan oleh sebab suatu undang-undang yang dibuat

di bawah perkara 2, maka Suruhanjaya itu hendaklah menjalankan ulangkajian

itu sama ada atau tidak lapan tahun telah luput semenjak ulangkajian yang akhir

dijalankan di bawah Fasal itu.

4. Undang-Undang Persekutuan dan Undang-Undang Negeri boleh memberi

kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan apa-apa pilihan raya

yang dinyatakan dalam Fasal (1).

5. Suruhanjaya Pilihan Raya boleh membuat kaedah-kaedah setakat mana yang

perlu bagi maksud tugas-tugas di bawah Perkara ini, tetapi mana-mana kaedah

itu hendaklah berkuatkuasa tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Undang-

undang Persekutuan.

Bagi memastikan Suruhanjaya ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak,

Perlembagaan Persekutuan telah mengadakan peruntukan bahawa seseorang

Pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya tidak boleh dilucutkan jawatannya setelah

mendapat pandangan dan syor-syor daripada Jemaah Hakim.

RUJUKAN[1] Malaysia Kita : Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan (2003).

International Law Book Services. Kuala Lumpur.

2