Kursus Intensif 2013 2014 Bab 8,9

download Kursus Intensif 2013 2014 Bab 8,9

of 39

Transcript of Kursus Intensif 2013 2014 Bab 8,9

  • PRINSIP PEMASARAN JTW241 Kursus insentif 25/1/2014 BAB 8 Produk, Perkhidmatan dan Strategi Penjenamaan

  • ObjektifKenalpasti produk, klasifikasi utama produk dan perkhidmatanMenjelaskan keputusan yang dibuat oleh syarikat mengenai produk dan perkhidmatan Strategi penjenamaanKenalpasti ciri-ciri yang mempengaruhi pemasaran perkhidmatan

  • Apakah produk?apa saja yang boleh ditawarkan di pasaran sebagai kegunaan, atau dimiliki yang boleh memenuhi keperluan dan kehendak penggunaProduk adalah lebih dari apa yang boleh dilihat contoh - objek fizikal, perkhidmatan, peristiwa, orang, tempat organisasi,idea Oleh itu, perkataan produk merangkumi semua elemen yang dinyatakan ini.

  • Apakah perkhidmatan?juga satu produk yang terdiri dari aktiviti, faedah atau kegunaan yang boleh ditawarkan sebagai jualan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Perkhidmatan tidak semestinya dapat dilihat dan tidak boleh dimiliki.

  • Produk, perkhidmatan dan pengalamanProduk merupakan elemen utama dalam keseluruhan penawaran pasaran.Penawaran ini terdiri dari -pure tangible goods produk yang boleh dilihat dengan jelas-pure services perkhidmatan yang dirasai dengan jelas. Pengalaman mewakili hasil dari pembelian produk dan perkhidmatan

  • Peringkat Produk dan PerkhidmatanTiga peringkat yang perlu difikirkan oleh syarikat untuk memberikan nilai yang lebih kepada pelanggan

  • Peringkat Produk dan PerkhidmatanFaedah asas apa yang pembeli benar-benar beli/perolehiProduk sebenar rekaan, jenama, nama dan pembungkusan di dalam pembelian sesuatu barangan Penambahan produk perkhidmatan tambahan atau faedah dari produk sebenar

  • Pengkelasan produk2 jenis kategori produkProduk Pengguna produk atau perkhidmatan untuk penggunaan peribadiProduk industri - produk yang dibeli dengan tujuan untuk diproses atau digunakan untuk menjalankan perniagaan. Perbezaan antara jenis produk TUJUAN

  • Pengkelasan produk penggunaProduk untuk keselesaaanProduk untuk membeli-belahProduk pengkhususan/kepakaranProduk yang tidak dicari

    Pengkelasan produk industriBahan mentahBarangan modalBekalan dan perkhidmatan

  • Organisasi, individu, tempat dan ideaSebagai tambahan dalam membezakan produk, syarikat juga mengambilkira organisasi, individu, lokasi dan idea yang ditawarkanOrganisasi Pemasaran organisasi terdiri dari aktiviti mencipta, membentuk atau mengekalkan sikap pengguna terhadap organisasi. Orang/individuPemasaran individu terdiri dari aktiviti untuk mencipta, membentuk atau mengekalkan sikap pengguna terhadap individu dalam sesebuah organisasi.

  • Organisasi, individu, tempat dan ideaTempat Pemasaran tempat terdiri dari aktiviti untuk mencipta, membentuk atau mengekalkan sikap pengguna terhadap tempat dalam sesebuah organisasi.

    Ideapemasaran sosial menggunakan konsep pemasaran komersial dan merekbentuk program yang boleh mempengaruhi sikap individu untuk sebuah kehidupan sosial yang lebih baik.

  • PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN UNTUK PEMBANGUNAN DAN PEMASARAN PRODUK3 keputusan akan dibuat:

    Individual product decisionsProduct line decisionsProduct mix/ portfolio decisions

  • Individual product decisions, proses terdiri dari

    Sifat produkPembinaan produk perlu mengenalpasti melalui faedah produk - Faedah ini dikenalpasti melalui - kualiti produk - ciri-ciri - reka bentuk produk

  • Individual product decisions, proses terdiri dari

    b. Jenamaadalah nama, terma, tanda, simbol atau kombinasi semua ini untuk membezakan suatu produk syarikat dengan jenama yang lain. Jenama terdiri dari-pembungkusan-labelc. Perkhidmatan sokongan produkSyarikat juga akan menawarkan perkhidmatan sokongan seperti warranti dan sebagainya untuk menarik minat pengguna.

  • Product line decisions, proses terdiri dari

    Product line sekelompok produk yang saling berkaitan kerana ia mempunyai fungsi yang sama dan ditujukan kepada sasaran pengguna yang sama dan pada harga yang sama.Product line boleh dikembangkan melalui-product line stretchings -line filling

    product mix decisions

  • Strategi penjenamaan

    Jenama mewakili persepsi, perasaan pengguna terhadap produk dan persembahan produk.Ia adalah janji syarikat untuk ciri ciri, faedah perkhidmatan dan pengalaman berterusan kepada pembeli.

  • Strategi untuk menguruskan jenama

    -ekuiti jenama-penempatan jenama -memilih nama sebagai jenama-brand sponsorship /menaja jenama-Mendapatkan lesen

  • Pembangunan jenama

    4 pilihan dalam membangunkan jenama1. Mengembangkan produk line (line extensions)2. Mengembangkan jenama (brand extensions)3. Menambah jenama untuk kategori produk yang sama. 4. Jenama baru

  • Pemasaran perkhidmatan

    Industri perkhidmatan amat berbeza antara satu industri dengan industri yang lain. Contoh:Kerajaan, organisasi tidak berasaskan keuntungan, orgnisasi perniagaan

  • Ciri-ciri dan asas perkhidmatan

    Intangibility - perkhidmatan tidak dapat dilihat, dirasai, didengar dan dihidu sebelum dibeli.Inseparability Tidak dapat dipisahkan dari pembekal atau mesin yang memberi perkhidmatan tersebutVariability tidak tetap berubah ubah bergantung kepada siapa yang bekalkan dan bila, dimana atau bagaimana dibekalkanPerishability - ketahanan,perkhidmatan tidak dapat disimpan untuk dijual kemudian

  • Strategi pemasaran untuk firma perkhidmatan

    a.The service profit-chain (rangkaian perkhidmatan)Rangkaian ini terdiri dari 5 hubungan-kualiti servis dalaman-pekerja yang berpuashati dan mempunyai produktiviti yang tinggi-nilai servis yang baik-pelanggan yang berpuashati dan setia-Keuntungan dari perkhidmatan yang baik

  • Strategi pemasaran untuk firma perkhidmatan

    Pemasaran dalamanBermaksud firma servis mesti memberi motivasi kepada pekerja hadapan dan pekerja sokongtan untuk bekerja dalam satu kumpulan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

    Pemasaran interaktifMenguruskan pembezaan servisMenguruskan produktiviti servis

  • PRINSIP PEMASARAN JTW241Bab 9

    Pembangunan produk baru dan strategi kitaran hayat sesuatu produk

  • ObjektifMenerangkan bagaimana syarikat memperolehi dan membangunkan produk baruMenyenaraikan dan mengenalpasti langkah di dalam membangunkan produk baru dan perkara yang dipertimbangkan dalam proses pengurusanMenerangkan peringkat di dalam pusingan hayat produkMenerangkan bagaimana strategi pemasaran berubah semasa kitaran hayat produk

  • Syarikat perolehi produk baru melalui:-Pengambilalihan- merujuk kepada pembelian keseluruhan syarikat, paten atau lesen untuk mengeluarkan produk syarikat lain- Pembangunan produk baru merujuk kepada produk original, produk pembaikan, produk modifikasi dan pembangunan produk baru dari penyelidikan syarikat

  • Strategi pembangunan produk baruSebab kegagalan produk baru:-Terlebih anggaran saiz pasaranRekabentuk yang terukPenempatan yang tidak betulMasa yang tidak sesuaiHarga tinggiPromosi tidak berkesanPengaruh pengurusanKos pembangunan yang tinggiPersaingan

  • Proses Pembangunan Produk Barupercambahan ideatapisan ideakonsep pembangunan dan percubaan pembangunan strategi pemasarananalisis perniagaanpembangunan produkpercubaan pemasaranpemerdagangan

  • Proses Pembangunan Produk Baru1. Percambahan idea carian sistematik secara dalaman melalui pengurusan dan kakitangan.Sumber utama:- Dalaman -pekerja yang ada dalam syarikat itu sendiri - Luaran - merujuk kepada pelanggan, pesaing, pengedar, pembekal dan sumber lain seperti majalahCrowdsourcing-komuniti yang lebih luas untuk mendapatkan idea

  • Proses Pembangunan Produk Baru2. Tapisan idea untuk kaji semula dan batalkan idea yang tidak sesuaiTujuan penghasilan idea adalah untuk menghasilkan idea sebanyak mungkin, tetapi tujuan tapisan idea adalah untuk mengurangkan idea tersebut dengan memilih satu sahaja yang bernas.

  • Proses Pembangunan Produk Baru3. Konsep pembangunan dan percubaan - Idea Produk- Konsep Produk- Imej Produk

  • Proses Pembangunan Produk Baru4. Pembangunan strategi pemasarandari 3 bahagian:a.Sasaran pasaran-tentukan bakal pengguna barangan tersebutb. perancangan penempatan produk-perancangan tentang harga, pengagihan, bajet pemasaran untuk tahun pertamac. perancangan jangka panjang-bagaimana hendak mengekalkan barangan dipasaran

  • Proses Pembangunan Produk Baru5. Analisis perniagaanmelibatkan anggaran jualan, kos dan jangkaan keuntungan. Anggaran ini dibuat mengikut jualan lepas untuk barangan yang sama dan berdasarkan kajian pasaran. 6. Pembangunan produkproduk dibangunkan secara fizikalujian R&D akan dibuat terlebih dahulu sebelum produk tersebut dipasarkan.

  • Proses Pembangunan Produk Baru7. Ujian pemasaranMengeluarkan produk pada pasaran, jumlah produk yang dikeluarkan terhad mengikut kawasan, permintaan dsbnya.8. Pemerdagangan /CommercializationUjian pemasaran akan memberikan signal bawa produk tersebut patut dilancarkan atau pun tidak. Jika patut dilancarkan pelaburan untuk pengiklanan, promosi jualan dan lain-lain aktiviti pemasaran akan dilakukan

  • Pengurusan Pembangunan Produk BaruPembangunan secara turutanjabatan di dalam syarikat bekerja dengan rapat bersama sama untuk menyempurnakan setiap peringkat proses sebelum melepasi peringkat yang lain- meningkatkan kawalan dalam risiko atau projek kompleks- perlahan/lambat

  • Pengurusan Pembangunan Produk BaruPembangunan secara berpasukan jabatan didalam syarikat bekerja rapat secara berpasukan dengan fungsi yang bersilang, bertindih dalam proses pembangunan produk untuk menjimatkan masa dan meningkatkan keberkesananBoleh meningkatkan tekanan dan kekeliruanLebih cepat dan fleksibel

  • Pengurusan Pembangunan Produk BaruPembangunan secara sistematik pembangunan inovatif yang mengutip, memeriksa kembali, menilai dan mengurus idea untuk produk baru- Mencipta budaya berorientasikan inovatif- Menghasilkan idea untuk produk baru secara besar besaran

  • Strategi Kitaran Hayat ProdukKitaran hayat produkTahap jualan dan keuntungan produk untuk suatu tempohdalam pasaran. Terdapat 5 peringkat dalam kitaran hayat produk

  • Strategi Kitaran Hayat ProdukPembangunan Produk kelas ,bentuk, jenama, stail dan fesyenPengenalan ambil masa, perkembangan perlahan, sedikit atau tiada keuntungan, perbelanjaan pengedaran dan promosi yang tinggi. Perkembangan jualan meningkat, pesaing memasuki pasaran, harga stabil,untung meningkatKematangan- jualan menurun, pembekal ramai, produk gantian,persaingan meningkat, promosi ditingkatkan untuk membantu jualan dan keuntunganPenurunan kekalkan,habiskan, gugurkan produk berkenaan

  • SEKIANTERIMA KASIH