Kursus Jenazah

35
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SURAU AL-HIKMAH SBZ3 SHAH ALAM

Transcript of Kursus Jenazah

Page 1: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

Page 2: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

oleh

Ustaz Mohd Salleh Hj. Mastor

10hb April 2005

Imam Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya

Page 3: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

1.0 Pengenalan

Page 4: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

2.0 Tanggung jawab

Menguruskan jenazah adalah wajib bukan sahaja kepadapegawai masjid seperti imam & bilal, tetapi ke atas semuaindividu muslim yang mukallaf.

Oleh itu adalah perlu untuk semua muslim yang mukallafmempelajari dan mengetahui cara-cara menguruskan jenazah.

Page 5: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

2.1 Kematian

2.1.1 Tanda awal- tapak kakinya lurus- hidungnya tunduk (jatuh)- sendi pergelangan tangannya renggang- dan pelipisnya lekuk.

2.1.2 Amalan orang yg sakit (tenat)- segera bertaubat- berwasiat- bersangka baik terhadap keampunan Allah (swt)- berharap kepada rahmat Allah (swt)- minta lindung dari azab kubur

Page 6: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

2.1 Kematian

2.1.3 Apabila sudah sampai tanda akhir- sunat diajarkan kalimah “La ila ha illallah”- sunat dibacakan surah “Yaa Sin”- sunat juga dibacakan surah “Ar-Ro’ad”- wajib diberi minum sekiranya dia dahaga- sunat diberi minum sekiranya tidak dahaga- harus dititikkan air ke dalam mulutnya ketika nazak- di basahkan muka dan dadanya- dihadapkan mukanya ke arah kiblat (diiringkan)

- diiringkan ke kanan- atau ke kiri (sekiranya sukar utk ke kanan)- atau terlentang dgn kaki ke kiblat dan kepaladitinggikan.

Page 7: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

2.1 Kematian

2.1.4 Apabila sudah keluar rohnya- sunat dipejamkan kedua matanya

- sambil membaca doa- sunat diikatkan dagunya ke kepala- melembutkan sendi-sendi tangan, kaki & peha** di ulang beberapa kali dgn lembut* boleh juga diurut dgn sedikit minyak- ditukar pakaiannya dgn yg bersih- diselimutkan dgn kain- diletak di atas tempat yg agak tinggi (katil)- diletakkan di atas perutnya besi (benda berat kira-kira 4 tahil/150gm), supaya tidak kembung.

Page 8: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

2.1 Kematian & kewajipan yg hidup

Menyempurnakan mayat orang Islam yg bukan mati shahid itu adalah fardhu kifayah.

1. Dimandikan2. Dikafankan3. Disembahyangkan4. Dikebumikan

* Sekalipun mayat orang yg membunuh diri

Apabila telah yakin mati seorang Islam itu, hendaklah disempurnakan keempat-empat perkara itu dgn seberapa segera.

Page 9: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.0 Pengurusan Jenazah

3.1 Memandikan Jenazah

3.2 Mengkafankan Jenazah

3.3 Solat Jenazah

3.4 Mengkebumikan Jenazah

Page 10: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.1 Memandikan Mayat

Sekurang-kurang mandi mayat itu hendaklah diratakan air padaseluruh badannya setelah dibersihkan najisnya, hingga kpd bhgfaraj yg zahir waktu duduk mencingkung (wanita) dan hingga kebawah pelepah zakar (lelaki) jika zakar itu celik.

- jika zakar itu buta dan tidak boleh disampaikan air ke dalamnyamemadailah dgn dimandikan sahaja (tidak perlu tayammum).

Page 11: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.1 Memandikan Mayat

Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah

1.  Berani. 2.  Sabar. 3.  Amanah. 4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup

Page 12: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.1 Memandikan Mayat

3.1.1 Tempat

- Bilik yg tertutup- Tidak dibenarkan orang lain memasukinya melainkan:-

1. Orang yg memandikan serta penolongnya2. Walinya/warisnya yg hampir

- Di atas tempat yg tinggi (tidak terkena air yg kotor)

Page 13: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.1 Memandikan Mayat

3.1.2 Peralatan (mandi & kafan)

1. Kain putih2. Kapas3. Papan alas mandi4. Sabun5. Akar sintuk6. Serbuk cendana7. Minyak atar8. Air mawar9. Tikar

10. Gunting11. Kapur barus12. Sarung tangan13. Tuala mandi 14. Jug air15. Kain batik lepas16. Sikat17. Bantal (2 biji)18. Baldi & gayung

Page 14: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.1 Memandikan Mayat

3.1.3 Cara mandi

1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.

2.      Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.

3.      Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan

4.      Sediakan air sabun.

5.      Sediakan air kapur barus bersama akar sintuk.

6.      Istinjakkan mayat terlebih dahulu.

7.      Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.

8.      Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Basuh dengan menggunakan sarung tangan agar tidak

tersentuh auratnya.

Page 15: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.1 Memandikan Mayat

3.1.3 Cara mandi (sambungan)

9. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.

10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.

11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.

12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :

Page 16: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.1 Memandikan Mayat

Niat mandi

1. Lafaz niat untuk jenazah lelaki

2. Lafaz niat untuk jenazah perempuan

“SAHAJA AKU MEMANDIKAN JENAZAH (LELAKI) KERANA ALLAH TA’ALA”

“SAHAJA AKU MEMANDIKAN JENAZAH (PEREMPUAN) KERANA ALLAH TA’ALA”

Page 17: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.1 Memandikan Mayat

3.1.3 Cara mandi (sambungan) 

13.  Terlentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih. 14.  Siram sebelah kanan 3 kali. 15.  Siram sebelah kiri 3 kali. * semuanya 9 kali16.  Mengiringkan mayat ke kiri, basuh bahagian lambung kanan17.  Mengiringkan mayat ke kanan, basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula. 18.  Terlentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17. 19.  Siram dengan air kapur barus. 20.  Wudukkan mayat.

Page 18: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.1 Memandikan Mayat

Niat wuduk:

Lafaz niat wuduk untuk jenazah lelaki

Lafaz niat wuduk untuk jenazah perempuan

“SAHAJA AKU MEWUDUKKAN JENAZAH (LELAKI) INI KERANA ALLAH TA’ALA”

“SAHAJA AKU MEWUDUKKAN JENAZAH (PEREMPUAN) INI KERANA ALLAH TA’ALA”

Page 19: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.1 Memandikan Mayat

3.1.3 Cara mandi (sambungan)

21. Siram dengan air sembilan kali.

22. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan

tuala pada seluruh badan mayat.

23. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.

24. Usung ke tempat mengkafan dgn menutup seluruh anggotanya.

25. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama (Contoh : rambut, kuku dll).

Page 20: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.2 Mengkafankan Mayat

Sekurang-kurang kafan itu ialah dengan selapis kain yangmenutup seluruh badannya.

Kafan yg afdhol (terbaik):-

Lelaki - Tiga lapis kain putih- Boleh ditambah dgn sehelai baju & serban

WanitaLima lapis

- 2 lapis kain kafan- 1 lapis kain nipis (antara pusat & lutut)- 1 lapis baju- 1 lapis telekung

Page 21: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.2 Mengkafankan Mayat

3.2.1 Tempat3.2.2 Peralatan3.2.3 Cara

Page 22: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.2 Mengkafankan Mayat

3.2.1 Tempat

Tempat rata yang bersih, suci dan kering

Page 23: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.2 Mengkafankan Mayat

3.2.2 Peralatan

1. Tikar2. Kain kafan3. Tali (dari kain yg tidak berjahit)4. Kapas5. Serbuk kayu cendana6. Serbuk kapur barus7. Minyak atar (wangi)

Page 24: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.2 Mengkafankan Mayat

3.2.2 Peralatan

GULUNG

GULUNG

GULUNG

KAKI KEPALA

BANTALCara membuat jubah

Page 25: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.2 Mengkafankan Mayat

3.2.3 Cara

1. Bentangkan tikar (alas yg sesuai)2. Susun tali pengikat (3 atau 5 utas) di atas tikar tersebut3. Susun kain kafan di atas tali pengikat tersebut4. Taburkan/renjiskan wangian pada setiap lapis kain kafan5. Sediakan kapas yg telah dicampur dgn wangian dan kayu cendana6. Angkat mayat dan baringkan di atas kain kafan7. Tutupkan kapas tersebut pada bahagian:-

i. Mukaii. Telingaiii. Buah dada (wanita)iv. Kemaluanv. Sikuvi. Tumit

8. Angkat mayat dan baringkan di atas kain kafan.

Page 26: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.2 Mengkafankan Mayat

3.2.3 Cara (sambungan)

9. Tutupkan/bungkuskan kafan ke atas mayat10. Ikat dgn tali pengikat

1. Simpul hidup pada sebelah kiri mayat2. Sebelum menutup bhg kepala, benarkan waris

melihat/mencium mayat11. Renjiskan dengan air mawar dan minyak wangi.12. Angkat dan letakkan di tempat solat

Page 27: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.3 Solat Jenazah

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya dua orang dlm setiap satu saf .

Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setelah disolatkan oleh orang lelaki.

Page 28: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.3 Solat Jenazah

Cara mengerjakan Solat Jenazah

Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.

Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.

Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas, bersih dan suci.

Page 29: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.3 Solat Jenazah

LELAKI

WANITA

KIBLAT

Page 30: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.3 Solat Jenazah

Rukun solat jenazah

1. Niat2. Qiam3. 4 kali takbir (termasuk takbiratul-ihrom)

Membaca Al-Fatihah selepas takbir pertama Membaca salawat ke atas nabi selepas takbir yg kedua Membaca doa selepas takbir yg ke tiga

4. Mengucap salam selepas takbir yg keempat.

Page 31: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.3 Solat Jenazah

Lafaz niat solat jenazah :a.  Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :

b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala"

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala"

Page 32: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

3.4 Mengkebumikan Jenazah

Page 33: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

Page 34: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM

Terima kasihJutaan terima kasih kepada: -

Ustaz Mohd Salleh Hj. Mastor

AJK Surau Al-Hikmah, SBZ3

Para peserta kursus

Semuga diberkati Allah (swt)…..

Page 35: Kursus Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHSURAU AL-HIKMAHSBZ3 SHAH ALAM