kursus kepimpinan unit kokurikulum

6
SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN DURIAN DAUN JALAN DURIAN DAUN 75400 MELAKA KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN ANJURAN : UNIT KOKURIKULUM

description

kertas kerja kursus kepimpinan unit kokurikulum

Transcript of kursus kepimpinan unit kokurikulum

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN DURIAN DAUNJALAN DURIAN DAUN75400 MELAKA

KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN

ANJURAN :

UNIT KOKURIKULUM

1.0 PENDAHULUAN

Barisan kepimpinan unit beruniform dan kelab persatuan sekolah adalah terdiri daripada murid-murid terpilih yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru-guru terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum murid-murid ke tahap yang lebih baik. Mereka memerlukan keyakinan diri untuk menjalankan tugas. Oleh itu, mereka memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Murid-murid yang memegang jawatan penting dalam unit beruniform dan kelab persatuan sekolah perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas masing-masing. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.

2.0 RASIONAL

Jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari serta ahli jawatankuasa dalam unit beruniform dan kelab persatuan sekolah memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, murid-murid tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid-murid yang dilantik memegang jawatan akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu perkembangan kokurikulum di sekolah.

3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.4.2 Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.4.3 Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.4.4 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.

5.0 KUMPULAN SASARAN5.5 Jawatan tertinggi dalam unit beruniform dan kelab persatuan sekolah.

6.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh: 14 Februari 2015Hari: SabtuMasa: 8.00 Pagi 1.00 Petang

7.0 TEMPATSK PEREMPUAN DURIAN DAUN

8.0 JADUAL PELAKSANAAN KURSUS

MASAAKTIVITI

7.30-8.00 amPendaftaran

8.00- 8. 30 amTaklimat/ice breaking

8.30-10..00 am Ceramah Kepimpinan Cemerlang

10.00-10.30 amRehat / Jamuan

10.30-12.00 pm Pembinaan Pasukan

12.00-1230 pmMajlis Penutup

12.30 pmBersurai

9.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN

PerkaraJumlahSumber kewangan

Jamuan Makan

1. RM 4.00 x 5 orang x 9 unit (kelab persatuan + unit beruniform)

RM 180.00

Wang kokurikulum (sahsiah)

Sijil

1. RM 1.00 x 5 orang x 9 unit (kelab persatuan + unit beruniform)

RM 45.00

JumlahRM 225.00

10. 0 AHLI JAWATANKUASA KURSUSJawatankuasa IndukPenasihat: Pn Asnah Jantan( Guru Besar )Pengerusi 1: Pn Mazilah Ahmad ( GPK Kokurikulum )Naib Pengerusi 1: Pn Norsidah Mamat ( GPK 1 )Naib Pengerusi 2: En Ahmad Zauawi Che Cob( GPK HEM )Setiausaha 1: En Alias IbrahimSetiausaha 2: Pn Halimah YusopBendahari: Pn Norasikin Mulop

Jawatankuasa Kecil Persediaan Tempat dan Siaraya1 . En Alias Ibrahim2. Pn Anisah Pkunhamed3. En Mohd Yusop MansurUrusetia dan Pendaftaran:1. Pn Norhaniah Hj Sood2. Pn Mahfuzah Samsuri3.

Pembaca doa1. En Mohd Yusof MansorPenceramah 1. Tn Hj Mohd Azmir bin Hj Abu HasanKaunselor SK KG Gelam

Makan dan Minum Murid dan guru dan VIP :1. Pn Arija Abd Ghaffar2. Pn Salinda Hassan3. Pn Fazilah Abu

Brosur ,Dokumentasi dan Sijil:1. Pn Hjh Azlia Janudin2. Pn Low Kim Suan3. Pn Ang An Ni4. Cik5. Cik

Cenderahati:1. Pn Halimah Mohd Yusof2. Juru Acara Majlis :1. Pn Rafidah HamzahJurufoto1. En Azrul Hisham Bin AliBackdrop1. Pn Goh Ee Lin

11.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam kepimpinan sekolah, kelab, persatuan dan unit beruniform masing-masing. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk barisan kepimpinan di sekolah, unit uniform dan kelab persatuan yang kreatif.

Disediakan oleh,

.( En Alias bin Ibrahim )Setiausaha Kokurikulm SK (P) Durian Daun

Disemak oleh, Diluluskan oleh,

. ..

( PN MAZILAH BINTI AHMAD ) ( PN ASNAH JANTAN )Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar SK (P) Durian DaunSK (P) DURIAN DAUN