Kursus Motivasi Tahun 6

6
Ceramah motivasi tahun 6 “Mengorak Langkah Kejayaan” 1) Pengenalan Kata pepatah “Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudiaan tidak berguna” merupakan ungkapan azimat bagi mereka-mereka yang merancang untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Bagi murid-murid tahun 6,ungkapan ini perlu dijadikan pedoman bagi mengelakkan mereka terus lalai dan leka dengan keseronokan seharian sehingga terlupa bahawa mereka akan menghadapi satu peperiksaan penting dalam hidup mereka iaitu UPSR. Oleh yang demikian, Unit Kaunseling SKBU dengan kerjasama Penyelas Tahun 6 dan guru-guru Tahun 6 telah merancang satu program motivasi untuk memberi kesedaran kepada mereka mengenai kepentingan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan penting pertama dalam perjalanan pendidikan mereka sepanjang kehidupan iaitu UPSR. Program ini dirancang khas untuk melahirkan murid yang bermotivasi tinggi dan mempunyai semangat juang dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan dihadapi tidak lama lagi. Jesteru itu,mereka perlu mempunyai senjata yang lengkap iaitu ilmu pengetahuan berkaitan bagi memudahkan perjalanan ke arah kejayaan cemerlang yang diimpikan dalam peperiksaan UPSR

description

persediaan upsr

Transcript of Kursus Motivasi Tahun 6

Page 1: Kursus Motivasi Tahun 6

Ceramah motivasi tahun 6

“Mengorak Langkah Kejayaan”

1) Pengenalan

Kata pepatah “Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudiaan tidak

berguna” merupakan ungkapan azimat bagi mereka-mereka yang merancang untuk

mencapai kejayaan dalam hidup. Bagi murid-murid tahun 6,ungkapan ini perlu dijadikan

pedoman bagi mengelakkan mereka terus lalai dan leka dengan keseronokan seharian

sehingga terlupa bahawa mereka akan menghadapi satu peperiksaan penting dalam

hidup mereka iaitu UPSR.

Oleh yang demikian, Unit Kaunseling SKBU dengan kerjasama Penyelas Tahun

6 dan guru-guru Tahun 6 telah merancang satu program motivasi untuk memberi

kesedaran kepada mereka mengenai kepentingan membuat persediaan awal bagi

menghadapi peperiksaan penting pertama dalam perjalanan pendidikan mereka

sepanjang kehidupan iaitu UPSR. Program ini dirancang khas untuk melahirkan murid

yang bermotivasi tinggi dan mempunyai semangat juang dalam menghadapi

peperiksaan UPSR yang akan dihadapi tidak lama lagi.

Jesteru itu,mereka perlu mempunyai senjata yang lengkap iaitu ilmu

pengetahuan berkaitan bagi memudahkan perjalanan ke arah kejayaan cemerlang yang

diimpikan dalam peperiksaan UPSR tersebut. Selain itu, program ini juga dilaksanakan

bagi melahirkan rasa kesedaran dalam diri mereka untuk berusaha dengan

bersungguh-sungguh dalam memperolehi cita-cita mereka kelak.

2) Matlamat Program

Program ini dirancang berdasarkan bermatlamat untuk memberi kesedaran

serta meningkatkan lagi motivasi di kalangan peserta yang terdiri daripada murid-murid

tahun 6 iaitu calon-calon UPSR pada tahun 2015. Kesedaran mengenai pentingnya

membuat persediaan awal untuk mencapai kejayaan adalah salah satu faktor penting

Page 2: Kursus Motivasi Tahun 6

yang menentukan keyaaan mereka kelak. Selain itu, mereka juga akan diberi input-

input tambahan serta latihan-latihan intensif untuk peperiksaan yang lebih tertumpu

kepada subjek-subjek kritikal bagi meningkatkan lagi penguasaan mereka terhadap

aspek tersebut.

Dengan adanya usaha ini, mereka akan lebih sedar akan kedudukan serta

prestasi mereka dalam pelajaran dan tindakan penambahbaikan dari setiap aspek

boleh dibuat di peringkat awal.

3) Objektif Program

1. Meningkatkan kesedaran diri serta motivasi belajar di kalangan peserta

2. Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan terhadap subjek-subjek

kritikal UPSR.

3. Melatih peserta untuk memupuk semangat belajar dan semangat juang

yang tinggi dalam menghadapi UPSR yang akan dilalui.

4) Perlaksanaan Program

Tarikh : 6 Mac 2015 (Jumaat)

Tempat : Dewan Bestari SK Batu Unjur,Klang Selangor

Penceramah : En Tuan Muhammad Farid Wajdi Hanif

(NOVA-Q Services & Consultancy

5) Sasaran

Semua Murid Tahun 6

6) Tentatif Program

HARI/TARIKH/MASA PERKARA CACATAN

7.20 - 8.00 pagi

8.00 - 10.00 pagi

Bacaan Yassin dan solat hajat

Ceramah Motivasi oleh penceramah jemputan.

Page 3: Kursus Motivasi Tahun 6

7) Anggaran Belanjawan

PERKARA ANGGARAN BELANJAWAN ( RM )

Bayaran Penceramah 250.0

JUMLAH KESELURUHAN 250.00

PERUNTUKAN : DIAMBIL DARI PCG BIMBINGAN DAN KAUNSELING

8) Ahli Jawatankuasa

9)

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Encik Hud bin Abdul Ghani ( Guru besar )

Pengerusi : Puan Fauziah bt Hassan ( GPK 1)

Naib pengerusi : Encik Ahmad Ubaidillah bin Hairun (GPK HEM)

: Encik Abdul Rahman bin Yaakob ( GPK Kokurikulum)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras Program : Pn Aminah bt Sabtu

Setiausaha : En Mohd Azmi Awang

Disiplin murid : En Muhaimin bin Mohamed

Persiapan tampat : Semua Guru Tahun 6

Pengacara : Pn Aminah bt Sabtu

Pa sistem : En. Arif bin Ismail/En Amiruddin Hafiz bin Zainuddin

Page 4: Kursus Motivasi Tahun 6

PENUTUP

Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di

samping mencapai objektif yang telah dirangka bersama. Selain itu, diharap dengan

adanya usaha berterusan ini dari pihak pentakbir dan guru-guru SKBU, murid-murid

sekolah ini akan terus memperolehi ilmu pengetahuan bukan sahaja dari segi

pendidikan formal, tetapi juga dari aspek-aspek lain bagi melahirkan modal insan

terbaik dunia dan akhirat.

Disediakan oleh : disemak oleh: disahkan oleh :

........................................ ..................................... ................................

(Aminah bt Sabtu) (Fauziah bt Hassan) (Hud bin Abd Ghani)

Penyelaras Program GPK 1 Guru Besar SKBU