KURSUS PEMIMPIN BARU

38
KURSUS PEMIMPIN BARU Kursus Pemimpin Baru membolehkan Pemimpin: 1. Menghayati dan mengamalkan Dasar Pertubuhan dan Undang- Undang, Persetiaan, Undang-Undang Pandu Puteri, Cogan Kata, Isyarat, Hormat, Berjabat Tangan, Lambang, Panji-Panji dan Khidmat. 2. Mengetahui sejarah Pandu Puteri di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 3. Mengenal pasti cara mematikan hujung tali serta membuat dan menggunakan simpulan dan ikatan seperti yang berikut: o lilit manuk o simpul bungkusan o buku sila o lilit balak o bunga geti o tambat seraya o tambat serong o tambat kacang o lilit dua simpul o tambat pemukat

description

pandu puteri

Transcript of KURSUS PEMIMPIN BARU

Page 1: KURSUS PEMIMPIN BARU

KURSUS PEMIMPIN BARUKursus Pemimpin Baru membolehkan Pemimpin:

1. Menghayati dan mengamalkan Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang,

Persetiaan, Undang-Undang Pandu Puteri, Cogan Kata, Isyarat, Hormat,

Berjabat Tangan, Lambang, Panji-Panji dan Khidmat.

2. Mengetahui sejarah Pandu Puteri di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan

antarabangsa.

3. Mengenal pasti cara mematikan hujung tali serta membuat dan menggunakan

simpulan dan ikatan seperti yang berikut:

o lilit manuk

o simpul bungkusan

o buku sila

o lilit balak

o bunga geti

o tambat seraya

o tambat serong

o tambat kacang

o lilit dua simpul

o tambat pemukat

o tambat silang gunting

4. Mengetahui cara menaikkan dan menurunkan panji-panji, menggunakan isyarat

wisel serta isyarat tangan.

Page 2: KURSUS PEMIMPIN BARU

5. Mengendalikan istiadat Pandu Puteri termasuk Istiadat Pandu Puteri Tunas,

Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer.

6. Memahami makna dan boleh menggunakan tanda-tanda mengesan

7. Menghayati dan boleh menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri serta lagu-

lagu Pandu Puteri seperti Lagu Dunia, Taps dan Lagu Rantau Asia Pasifik

8. Menyalakan api dengan dua batang mancis untuk menjerang air atau memasak.

9. Berjalan kaki sejauh tujuh (7) kilo meter sambil mengkaji 12 jenis benda hidup

(enam haiwan dan enam tumbuh-tumbuhan) dan menyediakan Buku Skrap yang

berkaitan.

10.Menghayati konsep kekeluargaan dan perkembangan emosi, intelek, sosial dan

fizikal remaja.

11.Berkhemah sekurang-kurangnya satu hujung minggu.

Page 3: KURSUS PEMIMPIN BARU

KURSUS PRA WARANKursus Pra Waran membolehkan Pemimpin mengurus dan mengendalikan Perjumpaan

Pasukan Pandu Puteri di setiap peringkat.

Kursus Pra Waran terdiri daripada tiga bahagian:

Perancangan,

Pengurusan Pasukan,

Pertolongan Cemas.

Setelah menghadiri Kursus Pra Waran, Pemimpin berupaya:

Mendampingi satu Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu

Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri

Dewasa sekurang-kurangnya satu bulan.

Merancang program perjumpaan mingguan untuk selama tiga bulan.

Mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu

Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri

Dewasa sendiri, tidak kurang daripada tiga bulan dan menghantar permohonan

untuk penyeliaan oleh Pesuruhjaya Daerah.

Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan mengetahui

penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya.

Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk tindakan

dan rawatan selanjutnya.

Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila menghadapi keadaan

tertentu seperti:

Page 4: KURSUS PEMIMPIN BARU

- luka

- terseliuh

" muntah-muntah

" terbakar

" melecur

" perut masuk angin

" sengatan serangga

" sawan

" tidak sedar diri.

Page 5: KURSUS PEMIMPIN BARU

KURSUS LANJUTAN

Kursus Lanjutan membolehkan Pemimpin:

1. Merancang dan mengelolakan projek khidmat untuk Pasukan Pandu Puteri

Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu

Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa

2. Merancang pengembaraan (pioneering) dan menyediakan gejet berkaitan.

3. Memahami Skim Berdikari dalam Program Pandu Puteri Renjer untuk

pemupukan sistem nilai hidup ahli-ahli yang dipimpinnya.

4. Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Program Pandu Puteri sehingga

Kelas Satu.

5. Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Skim Lencana Kecekapan.

6. Menyediakan diri untuk layak mengambil Ujian Mutiara II dan Mutiara III.

Page 6: KURSUS PEMIMPIN BARU

PERKHEMAHAN

Perkhemahan Pandu Puteri dikendalikan oleh Pemimpin Berwaran yang mempunyai

kelayakan perkhemahan. Pemimpin Berwaran yang sedang berusaha memperoleh

kelayakan perkhemahan boleh membawa ahli-ahlinya berkhemah dengan bantuan

Jurulatih atau pemegang Lesen Perkhemahan. Kelayakan Perkhemahan adalah seperti

yang berikut: 

I. Permit Perkhemahan

Permit Perkhemahan membolehkan Pemimpin berkhemah bersama-sama ahlinya

dalam satu kumpulan kecil. Had laku permit ini ialah dua tahun sahaja.

Pemimpin boleh mendapatkan Permit Perkhemahan dengan mengadakan satu

perkhemahan ujian selama tiga hari dua malam, yang disertai oleh tidak melebihi

daripada 18 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer.

Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih atau seorang

pemegang Lesen Perkhemahan.

II. Lesen Perkhemahan

Lesen Perkhemahan membolehkan Pemimpin mengadakan perkhemahan untuk ahli

Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang dipimpinnya, serta membawa

mereka menghadiri perkhemahan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan

antarabangsa.

Pemimpin boleh mendapatkan Lesen Perkhemahan dengan mengadakan

Perkhemahan Ujian selama tiga hari dua malam, yang dihadiri oleh 36 orang ahli

Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer.

Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih.

 

Page 7: KURSUS PEMIMPIN BARU

SYARAT MENDAPATKAN WARAN PEMIMPINUntuk dianugerahkan Waran Pemimpin, seseorang Pemimpin:

1. Telah membaca sekurang-kurangnya dua buah buku Pandu Puteri untuk

menghayati pergerakan Pandu Puteri.

2. Telah menghadiri Kursus Pra Waran dan memahami prinsip Pandu Puteri untuk

mengendalikan Pasukan.

3. Mengetahui cara mengendalikan Mesyuarat Pow-Wow, Mesyuarat

Jawatankuasa Pasukan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri

Renjer.

4. Mengetahui dan boleh menjalankan Permainan Pandu Puteri dalam Program

Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri

Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa, khasnya, Permainan Kim

dan Permainan Luas.

5. Menyimpan rekod Pasukan seperti:

6.5.1 Sijil Pendaftaran Pasukan

6.5.2 Buku Kedatangan Ahli

6.5.3 Buku Stok

6.5.4 Buku Akaun

6.5.5 Buku Aktiviti

6.5.6 Buku Rekod Kemajuan Ahli

6.5.7 Buku Program/Perancangan

6.5.8 Buku log Pasukan

6.5.9 Buku Minit Mesyuarat Pasukan

6.5.10 Fail penyertaan latihan/kursus yang dihadiri di peringkat Sekolah, Daerah,

Negeri atau Kebangsaan

6.5.11 Fail surat menyurat

6.5.12 Fail Mesyuarat Daerah

6. Menyimpan Buku Log Peribadi sendiri

Page 8: KURSUS PEMIMPIN BARU

7. Mengendalikan Perjumpaan Mingguan dan menjalankan Istiadat Pelantikan

Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri

Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa, diselia oleh Pesuruhjaya

Daerah.

8. Telah diselia oleh Pesuruhjaya Daerah setelah beliau menerima permohonan

yang berkenaan.

9. Telah menghadiri Mesyuarat Pemimpin Peringkat Daerah sekurang-kurangnya

sekali

Page 9: KURSUS PEMIMPIN BARU

WARAN

1. Waran ialah tanda pengesahan pelantikan kepada sesuatu jawatan dalam Pandu

Puteri.

2. Waran diberikan kepada seseorang Pemimpin setelah ia

o mengikuti Kursus Pra-Waran

o menjalankan tugas sebagai Pemimpin Pasukan sekurang-kurangnya

selama tiga bulan

o diselia oleh Pesuruhjaya Daerah

3. Waran yang dikeluarkan untuk sesuatu jawatan khusus tidak boleh ditukar

kepada jawatan lain.

4. Apabila tamat tempoh pelantikan sesuatu jawatan, waran berkenaan tidak perlu

dikembalikan ke Ibu Pejabat Kebangsaan.

5. Pesuruhjaya Daerah bertanggungjawab menghubungi pihak sekolah atau

institusi dan mendapatkan nama Pemimpin yang ditugaskan memimpin

Pasukan. Ini adalah untuk memastikan kategori Pemimpin berkenaan.

Seterusnya Pesuruhjaya Daerah perlu mengambil tindakan dengan melantik

atau membuat permohonan mengeluarkan waran.

6. Permohonan untuk Waran baru akan dihantarkan kepada Ketua Pesuruhjaya

Cawangan bagi pelantikan baru setelah Pesuruhjaya Daerah berpuas hati

bahawa semua syarat pelantikan telah dipenuhi.

7. Waran ialah milik Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan berhak

menarik balik atau membatalkan waran tanpa memberi alasan.

8. Seorang Pemimpin Berwaran yang telah ditukarkan sekolah atau tempat kerja,

tidak perlu mengembalikan waran tersebut tetapi perlu memohon waran baru

semula daripada Pesuruhjaya Daerah.

Page 10: KURSUS PEMIMPIN BARU

 SKIM MUTIARA

Skim Mutiara disediakan sebagai galakan kepada Pemimpin Berwaran yang berpotensi

dan berminat mencorakkan masa depannya dalam Persatuan Pandu Puteri. 

Mutiara I

Pemimpin Berwaran boleh memperoleh Mutiara I setelah ia menunjukkan bukti bahawa

ia:

Mempunyai Waran Pemimpin dan mengendalikan Pasukan sendiri tidak kurang

daripada enam bulan;

Mengetahui cara-cara menggunakan peta serta kompas; dan,

Telah mengambil bahagian dalam acara Perkhemahan Pandu Puteri sebagai

Pegawai atau Penolong Pegawai Perkhemahan dan boleh menggunakan

pengetahuan kraf kem, terutama kraf kayu.

Mutiara II

Pemimpin Berwaran boleh memperoleh Mutiara II setelah ia menunjukkan bukti bahawa

ia melayakkan diri sebagai:

Pemegang Sijil Juru Pertolongan Cemas;

Pemegang Sijil Jurumasak; dan

Pemegang Lesen Perkhemahan dan sedang berusaha sebagai Bakal Jurulatih

Ahli yang aktif dalam sesebuah Jawatankuasa peringkat Daerah, atau

Cawangan, atau Kebangsaan.

Telah menghadiri sekurang-kurangnya satu acara Pandu Puteri seperti kursus,

latihan, perkhemahan, seminar atau persidangan peringkat Daerah atau

Cawangan.

Page 11: KURSUS PEMIMPIN BARU

Mutiara III

Pemimpin Berwaran boleh memperoleh Mutiara III setelah ia menunjukkan bukti

bahawa ia:

Pemegang Sijil Jurulatih;

Telah melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu acara Pandu Puteri

peringkat kebangsaan, seperti kursus, latihan, perkhemahan, seminar atau

persidangan.

Telah menyertai sekurang-kurangnya satu acara Pandu Puteri peringkat

antarabangsa, seperti kursus, latihan, perkhemahan, seminar atau persidangan;

Memegang jawatan penting, umpamanya Pesuruhjaya, dalam Persatuan Pandu

Puteri Malaysia peringkat Daerah atau Cawangan atau Kebangsaan

Telah mengambil bahagian dalam sesuatu skim kelayakan atau telah menerima

anugerah anjuran Jawatankuasa Rantau Asia Pasifik atau WAGGGS yang

berkuat kuasa dalam tempoh masa tertentu.

Page 12: KURSUS PEMIMPIN BARU

PAKAIAN PANDU PUTERI DEWASA:

Kebaya / Kurung Biru (Rasmi)

Baju Kemeja Hijau dan Seluar Panjang Biru (Aktiviti Luar/ Perjalanan)

`Shoulder Flashes'

Penampang

Lencana Dunia

Lencana Pelantikan

Lencana Waran / Lencana Lain (cth:  Jurumasak, Juru Pertolongan Cemas,

Lesen Perkhemahan/Jurulatih)

Tag Nama

Tudung Batik PPPM (untuk yang beragama Islam) dan Klip Tudung

Kasut bertutup hitam (tumit lebar - 1 1/2 " tinggi)

Tas tangan berwarna hitam

Page 13: KURSUS PEMIMPIN BARU

PANDU PUTERI SISWI

Bahagian Pandu Puteri Siswi

menyediakan wanita remaja dan

dewasa memimpin dan

melaksanakan tanggungjawab

sebagai pemimpin. Ahli Pasukan

Pandu Puteri terdiri daripada pelajar

wanita dari Institusi Pendidikan tinggi

(Universiti atau Kolej awam dan

swasta). Perjumpaan diadakan satu

kali seminggu.

PROGRAM PANDU PUTERI SISWI

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) mempunyai tujuan mendidik, melatih dan

mengembangkan potensi semua ahli supaya menjadi warga negara yang peka,

berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk

menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa,

mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk

membantu orang lain.

Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan yang akan disampaikan

kepada Pandu Puteri Siswi mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang

menjadi ciri utama dalam pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia. Falsafah Pergerakan

Pandu Puteri berlandaskan tiga aspek utama, iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Melalui Program Pandu Puteri Siswi, Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan

menghasilkan barisan pemimpin bertauliah sebagai Pemimpin dan Pesuruhjaya untuk

mengukuhkan lagi Pergerakan Pandu Puteri serta mendidik dan memimpin ahli

Persatuan yang terdiri daripada wanita, remaja dan dewasa. 

Page 14: KURSUS PEMIMPIN BARU

Program Pandu Puteri Siswi ialah program pendidikan bukan formal untuk wanita.

Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel,

ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan wanita Malaysia. 

Program Pandu Puteri Siswi bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang:

Menghayati dan mengamalkan ciri-ciri pemimpin muda, khasnya berasaskan

Prinsip Asas Pandu Puteri dan Kaedah Pandu Puteri

To internalise and practise the characteristics of young leaders, specifically

based on the Girl Guiding Fundamental Principles and the Girl Guiding Method

Memahami dan mengamalkan konsep Ketua dan Pengikut

Understanding and practising the concepts of Leadership and Followership

Berupaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai Pandu Puteri

Empowered to develop and refine Girl Guiding knowledge, skills and values

Program ini dibahagikan kepada enam peringkat:

Asas Ilmu Pandu Puteri

Program Asas Pemimpin Muda: Prinsip Asas Kepimpinan

Program Lanjutan Pemimpin Muda: Membina kemahiran memimpin sesuai untuk

suasana yang penuh perubahan

Sistem Sikap dan Nilai

Pengenalan kepada organisasi Pandu Puteri di peringkat Daerah untuk

mengukuhkan semangat Pandu Puteri melalui penglibatan dalam aktiviti dan

acara peringkat Cawangan, Kebangsaan dan Antarabangsa

Pengenalan kepada organisasi Pandu Puteri peringkat Cawangan dan

Kebangsaan

Page 15: KURSUS PEMIMPIN BARU

Kaedah Pengajaran

Ceramah dan syarahan, khasnya untuk aspek Teori

Amali

E-Learning

Self-directed Learning

Kajian Kes

Penilaian setiap Peringkat

Ujian Bertulis (Penulisan, Laporan, Jawapan Kuiz, dsb)

Amali: Kemahiran yang dikuasai dan Kompetensi

Penglibatan & Semangat Kesukarelaan

Sahsiah: Kehadiran, Komunikasi dan Kepimpinan

 

Page 16: KURSUS PEMIMPIN BARU

PASUKAN PANDU PUTERI SISWI

Sebuah Pasukan dianggotai oleh sekurang-kurangnya 16 orang dan maksimum ialah

36 orang. Lebih daripada satu Pasukan boleh ditubuhkan di dalam sesebuah kampus. 

Setiap Pasukan dipimpin oleh seorang Pemimpin Berwaran atau Jurulatih Bertauliah

sebagai pembimbing dan dibantu oleh sekurang-kurangnya seorang Penolong

Pemimpin.

Pasukan perlu melantik Jawatankuasa pasukan terdiri daripada

Pengerusi

Setiausaha Kehormat

Bendahari Kehormat

Ahli Jawatankuasa

Pengerusi Jawatankuasa Kecil:

o Perhubungan Awam

o Bahan Sumber

o Peralatan

o Sosial dan Lawatan

o Kebajikan

o Lain-lain yang diperlukan

Penyelaras IPT atau Pegawai Kokurikulum atau Pembimbing boleh dijemput sebagai

Penasihat. Pengerusi adalah Ketua Pasukan Pandu Puteri Siswi

Page 17: KURSUS PEMIMPIN BARU

PAKAIAN PANDU PUTERI SISWI

Kebaya / Kurung Biru

Skaf Berwarna Biru Muda

`Shoulder Flashes'

Woggle

Lencana Dunia

Lencana Pelantikan

Jata Universiti

Tudung Putih (untuk yang beragama Islam)

Stoking hitam

Kasut bertutup hitam (bertumit lebar - 1 1/2" tinggi)

Page 18: KURSUS PEMIMPIN BARU

PANDU PUTERI KADET

Program Pandu Puteri Kadet bertujuan menghasilkan pemimpin muda yang memahami

dan menguasai kemahiran asas Pandu Puteri serta konsep dan peranan kepemimpinan

dalam pergerakan Pandu Puteri.

Pasukan Pandu Puteri Kadet bertapak di institusi-institusi pendidikan guru dan ditadbir

oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Institut Pendidikan Guru,

Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di

bawah cawangan ini.

Bilangan ahli yang minimum dalam satu Pasukan Pandu Puteri Kadet ialah lapan (8)

orang dan maksimum 50 orang. Sesebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh

mempunyai lebih daripada satu Pasukan Pandu Puteri Kadet.

Page 19: KURSUS PEMIMPIN BARU

Pasukan Pandu Puteri Kadet dikendalikan oleh Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri

Kadet yang terdiri daripada:

Ketua Pasukan

Setiausaha

Bendahari

Ahli Jawatankuasa

Pasukan Pandu Puteri Kadet dipimpin oleh seorang Pemimpin Berwaran, Pesuruhjaya

atau Jurulatih.

Page 20: KURSUS PEMIMPIN BARU

PAKAIAN PANDU PUTERI KADET

1. Kebaya / Kurung Biru (rasmi)

2. Skaf Berwarna Biru Muda

3. `Shoulder Flashes'

4. Woggle

5. Lencana Dunia

6. Lencana Pelantikan

7. Tudung Putih (untuk yang beragama Islam)

8. Kasut bertutup hitam (tumit lebar - 1 1/2" tinggi)

9. Lencana nama

Page 21: KURSUS PEMIMPIN BARU

PANDU PUTERI RENJER

PENGENALAN

Pada tahun 1916, pasukan Kadet untuk Pandu Puteri yang telah melebihi umur

ditubuhkan di England. Kemudian pada tahun 1920, Lady Baden-Powell

mencadangkan pasukan ini diberi nama panggilan Renjer. Ketua Renjer Laut (Sea

Ranger) yang pertama ialah Dame Katherine Furse. Empat tahun kemudiannya iaitu

pada tahun 1924, pasukan Renjer yang pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang,

Malaya.

AHLI PANDU PUTERI RENJER

Pandu Puteri Renjer terdiri daripada seorang gadis yang berumur antara 16 hingga 18

tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli Pandu Puteri

Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu

Puteri Renjer.

Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri

dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan Pandu

Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer.

UNIT PANDU PUTERI RENJER

Jumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8) orang dan maksimum ialah 36 orang.

Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer sebaik-baiknya diadakan sekali seminggu.

Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik seorang Ketua Pasukan sebagai saluran

Page 22: KURSUS PEMIMPIN BARU

perhubungan antara Pemimpin dengan semua Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan

Pandu Puteri Renjernya.

COGAN KATA 

Sama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer juga mempunyai cogan kata

yang berbunyi 'Selalu Sedia - Terus Berkhidmat'.

 

PERSETIAAN PANDU PUTERI RENJER

"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya

upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia,

Menolong orang setiap masa, dan,

Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri Renjer."

UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI RENJER

1. Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai.

2. Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia.

3. Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain.

4. Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Renjer

yang lain.

5. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun.

6. Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar.

7. Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah.

8. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam

masa kesulitan.

Page 23: KURSUS PEMIMPIN BARU

9. Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat.

10.Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

 

Page 24: KURSUS PEMIMPIN BARU

PAKAIAN PANDU PUTERI RENJER

1. Baju kemeja hijau berlengan panjang

2. Skaf berwarna biru tua

3. Jata Negeri

4. Woggle

5. `Shoulder Flashes'

6. Lencana Dunia

7. Lencana Pelantikan Pandu Puteri Renjer

8. Seluar panjang biru tua

9. Stoking hitam

10.Kasut hitam

11.Tudung hitam

 

Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat untuk menjadi calon

Anugerah Pandu Puteri Raja perlu menduduki ujian Cabaran Anugerah Ketua

Pesuruhjaya (CAKP).

Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat menjadi calon CAKP

hendaklah mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati daripada Ketua

Pesuruhjaya Cawangan masing-masing, atau terus dari Ibu Pejabat Kebangsaan.

Borang Permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat

Kebangsaan melalui Pemimpin, Pesuruhjaya dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan

masing-masing.

Page 25: KURSUS PEMIMPIN BARU

CABARAN ANUGERAH KETUA PESURUHJAYARasional

1. Satu galakan kepada ahli remaja untuk melayakkan diri menerima Anugerah

Ketua Pesuruhjaya

2. Satu penghargaan kepada ahli remaja yang berkualiti

3. Satu usaha mengukuhkan iltizam dalam Pandu Puteri

Pra-Syarat

1. Mempunyai Tali Perkelilingan

2. Mempunyai Permit Perkhemahan atau Lambang Krafkayu

3. Mempunyai Bintang Renjer Puteri 1

4. Menganuti satu agama atau kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama atau

kepercayaan dan menghadiri perhimpunan / majlis keagamaan

5. Menghantar borang permohonan yang perlu sampai di Ibu Pejabat Kebangsaan

tiga (3) bulan sebelum calon meningkat umur 17 tahun

6. Menghadiri Bengkel Cabaran Anugerah Ketua Pesuruhjaya dengan jayanya

Bengkel Cabaran Anugerah Ketua Pesuruhjaya

1. BENGKEL CABARAN ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA (CAKP)

merupakan peluang peserta menggunakan pengetahuan Pandu Puteri dan

pengetahuan am, khasnya dalam perkara-perkara berikut:

o Sistem dan struktur Pandu Puteri

- Pasukan sendiri, Daerah, Cawangan, Kebangsaan, dan Antarabangsa

o Sistem dan struktur Kerajaan Malaysia

- Pembangunan, Pendidikan, Perindustrian

Page 26: KURSUS PEMIMPIN BARU

o Warisan dan adat resam masyarakat Malaysia

2. CAKP merupakan peluang peserta membuktikan pengalaman Pandu Puteri

masing-masing menerusi penyimpanan Buku Log dan melaksanakan beberapa

CABARAN yang telah ditetapkan.

3. Kandungan dan corak CAKP akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Anugerah

Ketua Pesuruhjaya, Ibu Pejabat Kebangsaan, dan diluluskan oleh Ketua

Pesuruhjaya.

4. CAKP akan diadakan pada penghujung minggu sepanjang tahun atas

permohonan calon, yang dibuat melalui Pesuruhjaya Cawangan.

5. CAKP akan dikelolakan oleh Penguji yang dilantik bersama oleh Cawangan

Persatuan Pandu Puteri berkenaan dan Ibu Pejabat kebangsaan.

6. CAKP akan digunakan oleh Cawangan Persatuan Pandu Puteri dan Persatuan

Pandu Puteri Malaysia untuk mengenal pasti dam membimbing bakal calon

PANDU PUTERI RAJA.

Page 27: KURSUS PEMIMPIN BARU

PROSEDUR PERMOHONAN:

1. Bakal peserta menjalani Program Pandu Puteri dan telah lulus Ujian Kelas

Dua dan Kelas Satu:

Telah lulus Ujian Tali Perkelilingan;

Telah memperoleh Bintang Puteri Satu dan sedang berusaha untuk

mendapat pelbagai Lencana Kecekapan lain;

Telah memperoleh Permit Perkhemahan ATAU Lambang Kraf

Kayu

Berumur antara 15 hingga 17 tahun

Telah mengemaskinikan semua Buku Log yang disyaratkan.

2. Bakal peserta mengisi BORANG PERMOHONAN MENYERTAI

BENGKEL CABARAN ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA dan

menghantar borang berkenaan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan melalui

Pemimpin, Pesuruhjaya Daerah, dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan.

3. Peserta mengambil bahagian cergas dalam BENGKEL CABARAN

ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA.

4. Peserta menerima keputusan LULUS atau GAGAL tanpa bantahan.

Page 28: KURSUS PEMIMPIN BARU

PERTOLONGAN CEMASApakah maksud pertolongan cemas?

Pertolongan cemas bermaksud bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan

kepada individu yang mengalami kecederaan dalam sebarang kejadian kecelakaan

sama ada kemalangan atau sakit yang muncul secara tiba-tiba dengan menggunakan

objek atau sebarang alat bantuan yang ada di sekeliling sebelum ambulan, doktor atau

pakar perubatan ataupun sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Objektif memberi bantuan pertolongan cemas adalah untuk menyelamatkan nyawa,

mengelakkan kecederaan mangsa menjadi lebih parah dan mengurangkan kesakitan

mangsa sementara sebelum dihantar ke hospital.

Page 29: KURSUS PEMIMPIN BARU

Sebelum melakukan pertolongan cemas, kamu perlu menilai situasi mangsa terlebih

dahulu berdasarkan 5 perkara penting di bawah:

1. Bahaya – Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikan keselamatan

anda dan mangsa terjamin atau dalam ertikata lain, alihkan bahaya dari mangsa

atau alihkan mangsa dari bahaya.

2. Periksa Pendarahan – Jika ada pendarahan, cuba hentikan pendarahan dengan

segera.

3. Respon – Panggil mangsa atau kejutkannya, minta bantuan ambulan jika tiada

tindak balas dari mangsa.

4. Saluran Udara – Dongakkan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan

dalam keadaan mangsa baring dengan kaedah mendongakkan kepala kemudian

angkat dagu mangsa.

5. Pernafasan – Periksa pernafasan mangsa dengan membuat 3M iaitu Melihat,

Merasa dan Mendengar. Jika tiada pernafasan, beri 2 hembusan bantuan.

6. Peredaran Darah – Periksa nadi kerotid sebelah trakea dengan 2 jari. Jika

terdapat denyutan nadi bermakna ada denyutan jantung, jika tiada lakukan CPR.

Page 30: KURSUS PEMIMPIN BARU

Ambil langkah perlu untuk menilai situasi mangsa. Jika mangsa sedarkan diri, tanya

kecederaan yang dialami. Gunakan kaedah di bawah:

1. Sebarang tanda atau gejala.

2. Jika memiliki alahan tertentu.

3. Adakah mengambil sebarang ubat-ubatan tertentu dan apakah jenis ubatan

tersebut.

4. Penyakit atau kecederaan lama yang sudah sembuh atau masih menerima

rawatan.

5. Makanan terakhir yang dimakan.

6. Punca kejadian.

Sebaliknya jika mangsa tidak sedarkan diri, lakukan 5 perkara di bawah:

1. Periksa tanda-tanda utama kecederaan yang ada pada bahagian badan mangsa.

2. Periksa nadi.

3. Periksa pernafasan.

4. Periksa tekanan darah (jika perlu).

5. Periksa suhu badan mangsa.