Kursus Sains Sukan Tahap 1
-
Upload
aziyan-abu-bakar -
Category
Documents
-
view
714 -
download
5
Transcript of Kursus Sains Sukan Tahap 1
KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2008
DSEDIAKAN OLEH : AZIYAN BIN ABU BAKAR
Soalan tugasan ( Anatomi dan Fisiologi Latihan )
Soalan 2:
a) Huraikan mengenai sistem kardiovaskular.
Sistem kardiovaskular merujuk kepada satu sistem peredaran darah yang
melibatkan organ seperti jantung, salur darah dan paru-paru. Kelancaran sistem ini
bergantung kepada keupayaan jantung mengepam darah keseluruh badan secara
berterusan pada jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal yang berintensi
rendah atau sederhana. Darah yang dipam oleh jantung keseluruh badan mengandungi
oksigen untuk kegunaan sel-sel termasuk otot. Oksigen ini dibekalkan melalui sistem
respiratori. Apabila bernafas oksigen disedut ke dalam paru-paru. Di dalam paru-paru,
oksigen memasuki pundi-pundi udara yang sangat halus yang dikenali sebagai alveolus.
Oksigen meresap dari alveolus ke dalam kapilari darah yang terdapat disekelilingnya.
Hemoglobin yang terdapat dalam darah akan bergabung dengan oksigen untuk
membentuk oksi hemoglobin. Darah beroksigen ini dibawa ke jantung untuk diedarkan
ke seluruh badan.
Darah dipam oleh jantung dialirkan ke seluruh badan melalui arteri. Arteri
membawa darah beroksigen ini ke organ-organ dan tisu-tisu badan termasuklah jantung.
Oksigen tersebut digunakan oleh sel-sel untuk menghasilkan tenaga. Proses ini akan
menghasilkan karbon dioksida dan bahan-bahan kumuh lain yang mana bahan tersebut
perlu dikeluarkan dari tubuh badan. Karbon dioksida ini larut dalam darah dan dibawa
KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2008
DSEDIAKAN OLEH : AZIYAN BIN ABU BAKAR
keluar daripada organ melalui vena ke jantung. Dari jantung darah ini dipam ke paru-paru
untuk membebaskan karbon dioksida (proses pernafasan).
Jantung merupakan organ yang sangat penting dalam tubuh manusia. Kegagalan
jantung berfungsi menyebabkan kematian kepada manusia. Jantung umpama sebuah pam
yang menolak darah untuk diedarkan ke seluruh tubuh manusia. Jantung merupakan pusat
segala sistem dalam badan dan amat penting untuk kehidupan manusia.
Jantung merupakan satu organ berotot yang mempunyai rongga lompang dan
ianya dikenali sebagai atrium dan vertrikal. Otot jantung amat berbeza dengan otot-otot
yang lain yang ada pada tubuh manusia. Otot jantung adalah otot jenis kardiak dan
terletak di kiri dada serta dilindungi oleh tulang-tulang rusuk. Saiz jantung manusia
adalah sebesar buku lengan dan beratnya lebih kurang setengah kilogram. Jantung
mempunyai 4 ruang atau bilik. Dua terletak di bahagian atas dan dua lagi terletak di
bahagian bawah.
Dua bahagian atas dikenali sebagai atrium kanan dan atrium kiri, manakala dua di
bahagian bawah dikenali sebagai ventrikel kanan dan ventrikel kiri.Kedua-duanya
terletak sebelah-menyebelah dan sama-sama berfungsi.Bahagian sebelah kanan akan
menerima darah vena iaitu darah yang telah digunakan dari seluruh tubuh.Darah vena ini
akan dipam balik ke paru-paru.Bahagian sebelah kiri jantung pula akan menerima darah
yang bersih yang mengandungi oksigen dari paru-paru dan mengepamnya melalui salur
nadi agung yang dikenali sebagai aorta untuk diedarkan ke seluruh tubuh .Darah bersih
dan kotor ini melalui jantung secara serentak tetapi tidak bercampur kerana ianya
dipisahkan oleh dinding tegak kedua-dua belah jantung.
KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2008
DSEDIAKAN OLEH : AZIYAN BIN ABU BAKAR
Apabila darah memasuki kedua-dua ruang bahagian atas jantung iaitu atrium
kanan dan kiri,ruang-ruang ini akan menguncup serentak untuk menolak darah ke ruang
ventrikel. Oleh itu, atrium kanan menolak darah masuk ke ventrikel kanan dan yang kiri
ke ventrikel kiri. Selepas itu ventrikel ini pula akan menguncup dan menolak darah k eke
dalam arteri yang membawa darah keluar dari jantung. Setiap kali berlaku penguncupan,
kira-kira 60 c.c. darah akan dipam. Dalam tempoh satu minit kira-kita empat liter darah
akan dipam untuk diedarkan ke seluruh tubuh. Sekiranya berlaku aktiviti fizikal yang
melibatkan otot-otot besar secara agresif, maka jumlah darah akan meningkat sehingga
20 liter. Tekanan yang kuat dari otot jantung semasa menguncup membolehkan darah
dihantar ke seluruh tubuh. Jika otot jantung tidak kuat, darah tidak akan sampai ke
bahagian yang jauh dari jantung. Bahagian tersebut akan mengalami kekurangan oksigen.
Salur darah terdiri daripada dua iaitu arteri dan vena. Arteri membawa darah dari
jantung ke tisu-tisu badan. Manakala vena pula membawa darah kembali ke jantung
setelah digunakan oleh sel-sel dan tisu-tisu badan untuk diproses semula melalui paru-
paru. Arteri membentuk saluran darah kecil dan sempit yang dinamakan arteriol dan
akhirnya menjadi saluran darah yang lebih halus dikenali sebagai rerambut
darah( capillaries) Rerambut darah ini bercantuman dengan sel-sel dan di sinilah proses
perpindahan nutrient dan bahan kumuh terjadi. Hakikatnya, rerambut darah merupakan
penyambung antara arteri dan vena.
Salur darah berperanan untuk mengedarkan darah yang mengandungi oksigen dan
nutrient kepada tisu-tisu badan di samping mengeluarkan bahan kumuh dari badan.Selain
KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2008
DSEDIAKAN OLEH : AZIYAN BIN ABU BAKAR
itu darah juga memberikan pertahanan kepada tisu dari serangan bacteria.Sebenarnya
darah terdiri daripada 55 peratus plasma dan 45 peratus sel. Adaptasi dan perubahan
sisten edaran darah sangat komplek.Peningkatan dalam tindakan jantung merupakan
faktor penting dalam pengubahsuaian sistem edaran darah mengikut keperluan badan.
(b) Kepentingan sistem dalam profil seorang atlet.
Hakikatnya sistem kardiovaskular ini amat penting dalam profil seorang
atlet. Mengapa? Sistem kardiovaskular melibatkan keupayaan jantung , paru-paru dan
salur darah berfungsi dengan baik dan keupayaan ketiga-tiga organ ini menentukan
pencapaian dan keupayaan seseorang atlet mencapai target dan matlamat.
Sebenarnya sistem ini berkait rapat dengan kecergasan dan keupayaan jantung
mengepam darah dengan baik seterusnya peranan paru-paru dan saluran darah. Sistem ini
amat penting kepada profil seorang atlet kerana dari sinilah kecergasan sebenar atlet itu
dapat dinilai. Di sini bermaksud Daya Tahan Kardiovaskular atlet itu dapat dinilai. Daya
Tahan Kardiovaskular ialah keupayaan jantung, paru-paru dan saluran darah
menyempurnakan keperluan oksigen kepada atlet yang menjalani aktiviti fizikal secara
berterusan seperti bermain bola keranjang atau berlari jarak jauh seperti 3000 meter.
Atlet sebenarnya memerlukan kecergasan aerobik pada tahap yang tinggi sebagai
asas. Ini kerana tanpa kekuatan stamina, seseorang atlet tidak akan mampu bertahan lama
dan ini akan nmemberikan kelebihan kepada lawan mereka. Oleh itu setiap jurulatih perlu
mempunyai dan mengetahui profil atletnya tentang daya tahan kardiovaskular ini kerana
KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2008
DSEDIAKAN OLEH : AZIYAN BIN ABU BAKAR
ianya akan menentukan latihan dan aktiviti kecergasan yang perlu dilakukan untuk
meningkatan prestasi dan pencapaian seseorang atlet.
Untuk itu, seseorang jurulatih perlu mengetahui Kadar Nadi Latihan atlet dan
untuk mengetahuinya jurulatih perlu mengetahui umur dan Kadar Nadi Rehat atlet
tersebut. Oleh itu setiap jurulatih seharusnya mempunyai rekod latihan setiap atlet di
bawah kelolaannya. Ini kerana semua ini amat penting bagi pemantauan dan
perancangan latihan agar lebih sistematik dan bersesuaian dengan keupayaan atlet
tersebut.
Formula untuk mengira Kadar Nadi Latihan :
Kadar Nadi Latihan = Kadar Nadi Rehat + % Intensiti (KNM – KNR)
[ KNL = KNR + % I (KNM – KNR) ]
( Kadar Nadi Maksima (KNM) = 220 – Umur )
Contoh :
Seorang atlet yang berumur 20 tahun. Kadar nadi rehat 50dsm. Intensiti latihan 70%.
KNL = 50 + 70% (220-50)
= 50 + 70% (170)
= 50 + 119
= 169 denyutan seminit
KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2008
DSEDIAKAN OLEH : AZIYAN BIN ABU BAKAR
(c). Contoh-contoh bagi menjelaskan jawapan bahagian b.
Contoh 1.
Larian jarak jauh mampu meningkatkan kecergasan seseorang atlet. Atlet yang
sudah biasa berlari pada jarak jauh mampu bertahan melakukan aktiviti tanpa cepat
berasa penat. Keadaan ini juga kesan latihan yang telah diberikan kepada jantung dan
paru-paru. Jantung atlet sudah bersedia bekerja dengan lebih aktif di samping paru-paru
mampu bekerja dengan lebih berkesan.Sewaktu aktiviti ini dilakukan , atlet akan mudah
melakukannya . Bekalan darah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh mudah
dijalankan. Oleh itu, keupayaan atlet melakukan aktiviti kecergasan dalam sesi latihan
tiada masalah. Kesannya, jurulatih mudah melatih atlet dan atlet mampu meningkatkan
prestasi dalam mencapai matlamat yang ingin dicapai.
Contoh 2.
Selain larian jarak jauh, amalan berjoging juga sebenarnya mampu meningkatkan
daya tahan kardiovaskular seseorang atlet.Seandainya seseorang atlet itu jarang atau tidak
melakukan aktiviti berjoging, keupayaan kecergasannya amat lemah. Apabila jurulatih
meminta atletnya melakukan aktiviti meregang secara berterusan dalam masa 20 minit,
sudah pasti atlet tersebut tidak mampu bertahan. Keadaan ini berlaku kerana keupayaan
paru-parunya untuk bekerja dengan lebih berkesan amat lemah.Ini kerana jantung dan
paru-parunya tidak dilatih untuk bekerja dengan lebih aktif kerana kurangnya latihan
kecergasan.Sekiranya tahap kecergasan atletnya tinggi, maka jantung dan paru-parunya
mampu bekerja dengan berkesan , maka oksigen mudah diserap ke paru-paru dan
seterusnya membantu jantungberfungsi dengan lebih baik.
KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2008
DSEDIAKAN OLEH : AZIYAN BIN ABU BAKAR
(d) Kaedah latihanyang sesuai untuk melatih sistem ini.
Pelbagai aktivi dan kaedah latihan boleh dilakukan untuk meningkatkan daya
tahan kardiovaskular. Antaranya seperti latihan Paarlauf, Latihan Piramid dan Lompat
Tali (jump rope).
Di sini saya akan menerangkan salah satu latihan yang dinyatakan di atas untuk
dipraktikkan. Latihan tersebut adalah Latihan Paarlauf. Latihan ini juga disebut sebagai
‘lari berpasangan. Secara asasnya dikendalikan hamper sama dengan lari berganti-ganti.
Latihan ini boleh dipraktikkan dalam formasi seperti dalam rajah 1 di bawah.
Rajah 1. Formasi pelan latihan paarlauf.
Petunjuk :
KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2008
DSEDIAKAN OLEH : AZIYAN BIN ABU BAKAR
Larian trek A
Larian trek B
Berjalan ke tempat asal
Dalam latihan ini apabila salah seorang daripada pasangan tersebut berlari, seorang lagi
akan berehat secara aktif seperti berjoging. Latihan secara berpasangan ini akan
menambah kerjasama antara pasangan atau kumpulan ketika melakukan latihan ini.
Kaedah melakukan latihan ini adalah seperti berikut:
1. Sediakan kawasan larian seperti rajah 1.
2. Murid A akan berlari mengelilingi separuh perimeter padang dan menyentuh
murid B yang sedang menunggu.
3. Murid B akan berlari mengelilingi separuh perimeter padang sementara murid A
akan berjalan pantas ke tempat asalnya.
4. Murid A menunggu di tempat asalnya untuk menerima sentuhan murid B.
5. Ulang latihan ini sekurang-kurangnya 20 minit dengan memberi tumpuan kepada
intensity larian supaya Kadar Nadi Latihan (KNL) berada dalam zon latihan.
Kerjasama, motivasi, dan sikap teloransi perlu ada bagi membantu rakan yang
kurang berkemampuan untuk berlari secara berterusan dengan kelajuan yang
ditetapkan.
Sekian.