Kursus Wj 3104

2
KURSUS WJ 3104 (LITERASI BAHASA) Interaksi 2 Perkara: Aktivit Amali (Topik: Asas Membaca-kaedah Abjad, Kaedah Pandang Dan Sebut dan KaedahGabungan Bunyi Kata; Pratulisan; dan Penulisan Mekanis ) Sasaran: Pelajar PPG Ambilan 2011 Strategi: Perbengkelan dan Pembentangan (interaksi ketiga) ARAHAN: Secara berkumpulan, anda diminta berbengkel (di sekolah masing-masing) untuk melaksanakan tugasan/latihan berikut: 1. Dalam konteks pengajaran membaca, penggunaan kaedah abjad adlah salah satu kaedah yang popular di sekolah. Sehubungan itu, anda diminta membina satu set alat dan BBM berdasarkan kaedah tersebut. Anda digalakkan menggunakan bahan terbuang yang ada di persekitaran anda. Semua ciptaan yang telah siap dibina perlulah dibentangkan di hadapan bilik kuliah dengan mengemukakan kekuatan dan kelemahan alat dan bahan itu. 2. Membaca berasaskan kaedah Pandang dan Sebut memerlukan seseorang murid itu bersedia lebih awal . Oleh itu, anda diminta membina satu set alat BBM mengikut prinsip kaedah ini. Anda digalakkan menggunakan bahan terbuang yang ada di persekitaran anda. Semua ciptaan yang telah siap dibina perlulah dibentangkan di hadapan bilik kuliah dengan mengemukakan cara-cara penggunaan bahan tersebut berdasarkan satu kemahiran membaca sahaja. 3. Salah satu prinsip mengajar kaedah Gabungan Bunyi Kata yang perlu dijalankan guru adalah dengan menggunakan tiga bunyi vokal ( /a/, /i/ dan /u/ dan satu bunyi konsonan (b). Justeru itu,anda diminta membina satu set alat dan bahan bantu mengajar berdasarkan kaedah ini. Anda digalakkan menggunakan bahan terbuang yang ada di persekitaran anda. Semua ciptaan yang telah siap dibina perlulah dibentangkan di hadapan bilik kuliah dengan memberi tumpuan terhadap pengertian, ciri-ciri dan cara-cara penggunaan alat dan bahan yang ditetapkan tadi (pilih satu kemahiran membaca sahaja) 4. Anda diminta mereka cipta satu set alat dan bahan bantu mengajar untuk pengajaran pratulisan bagi jenis berikut; (i) Membuat corak

description

WAJ 3104

Transcript of Kursus Wj 3104

KURSUS WJ 3104 (LITERASI BAHASA)Interaksi 2

Perkara:Aktivit Amali (Topik: Asas Membaca-kaedah Abjad, Kaedah Pandang

Dan Sebut dan KaedahGabungan Bunyi Kata; Pratulisan; dan Penulisan Mekanis )

Sasaran:Pelajar PPG Ambilan 2011

Strategi:Perbengkelan dan Pembentangan (interaksi ketiga)ARAHAN:

Secara berkumpulan, anda diminta berbengkel (di sekolah masing-masing) untuk melaksanakan tugasan/latihan berikut:

1. Dalam konteks pengajaran membaca, penggunaan kaedah abjad adlah salah satu kaedah yang popular di sekolah. Sehubungan itu, anda diminta membina satu set alat dan BBM berdasarkan kaedah tersebut. Anda digalakkan menggunakan bahan terbuang yang ada di persekitaran anda. Semua ciptaan yang telah siap dibina perlulah dibentangkan di hadapan bilik kuliah dengan mengemukakan kekuatan dan kelemahan alat dan bahan itu.

2. Membaca berasaskan kaedah Pandang dan Sebut memerlukan seseorang murid itu bersedia lebih awal . Oleh itu, anda diminta membina satu set alat BBM mengikut prinsip kaedah ini. Anda digalakkan menggunakan bahan terbuang yang ada di persekitaran anda. Semua ciptaan yang telah siap dibina perlulah dibentangkan di hadapan bilik kuliah dengan mengemukakan cara-cara penggunaan bahan tersebut berdasarkan satu kemahiran membaca sahaja.

3. Salah satu prinsip mengajar kaedah Gabungan Bunyi Kata yang perlu dijalankan guru adalah dengan menggunakan tiga bunyi vokal ( /a/, /i/ dan /u/ dan satu bunyi konsonan (b). Justeru itu,anda diminta membina satu set alat dan bahan bantu mengajar berdasarkan kaedah ini. Anda digalakkan menggunakan bahan terbuang yang ada di persekitaran anda. Semua ciptaan yang telah siap dibina perlulah dibentangkan di hadapan bilik kuliah dengan memberi tumpuan terhadap pengertian, ciri-ciri dan cara-cara penggunaan alat dan bahan yang ditetapkan tadi (pilih satu kemahiran membaca sahaja)

4. Anda diminta mereka cipta satu set alat dan bahan bantu mengajar untuk pengajaran pratulisan bagi jenis berikut;

(i) Membuat corak

(ii) Memadankan huruf

Semua ciptaan hendaklah berkonsepkan mesra pengguna dan bahan yang telah siap dibina perlulah dipersembahkan di hadapan kelas dengan mengemukakan cara-cara penggunaan bahan bantu mengajar tadi.

5. Menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Berdasarkan pernyataan ini, rancankan dan bina satu set alat dan bahan bantu mengajar untuk membantu masalah tulisan buruk yang dialami oleh sebahagian kecil murid di sekolah. Semua ciptaan yang telah siap dibina perlulah dibentangkan di hadapan bilik kuliah dengan memberi fokus kepada cara-cara penggunaan alat dan bahan tersebut.