Lagenda Sukan Di Malaysia

2
Lagenda Sukan Di Malaysia Rosli Kader - jaguh lumba basikal negara yang berjaya melakarkan namanya seiring dengan jaguh pelumba negara yang lain seperti Ng Joo Ngan, adiknya Ng Joo Pang, Nordin Puteh, Shahrudin Jaafar dan Andrew Michael di waktu bintangnya bergemerlapan. Slyvia Ng - Jaguh badminton negara yang pernah menggegar dalam pelbagai pertandingan antarabangsa satu ketika dulu berasal dari Johor Bahru. Sylvia mula mewakili negara pada tahun 1966 ketika berumur 16 tahun. Foo Kok Keong - Beliau merupakan pemain badminton kebangsaan. Kini Foo Kok Keong merupakan Ahli Jawatankuasa dan Jurulatih Badminton Nusa Mahsuri mulai 1 Januari 1996. M Vasugi - Bekas jaguh taekwondo wanita, M Vasugi mampu meraih pingat perak pada penyertaan pertama di Sukan Sea 1987 membawa tuah buatnya apabila kejayaannya itu dijadikan sebagai faktor pemilihan untuk mewakili negara ke temasya yang berlangsung di Seoul pada 1988. Misbun Sidek - Beliau merupakan pemain badminton pertama di negara ini yang mencapai taraf antarabangsa ketika berusia 24 tahun. Rashid Sidek - Beliau merupakan pemain termuda yang memenangi National Junior Badminton Championship pada 1980 semasa berumur 12 tahun. Nurul Huda Abdullah - Beliau mewakili Negara dalam sukan renang pada tahun 1985. Nurul Huda menjadi sejarah dalam sukan tanah air negara menerusi pencapaian terbaiknya di Temasya Kuala Lumpur 1989 dengan lapan emas. Sazali Samad - Sazali Samad merupakan atlet Bina Badan Malaysia. Sazali telah berkecimpung dengan sukan bina badan ini sejak dia berusia 25 tahun. Sazali Samad telah berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar. Dato' Mokhtar Dahari - Beliau adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana keberaniannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari 1972 hinggalah 1985.

description

Pendidikan Kesihatan

Transcript of Lagenda Sukan Di Malaysia

Lagenda Sukan Di Malaysia

Rosli Kader- jaguh lumba basikal negara yang berjaya melakarkan namanya seiring dengan jaguh pelumba negara yang lain seperti Ng Joo Ngan, adiknya Ng Joo Pang, Nordin Puteh, Shahrudin Jaafar dan Andrew Michael di waktu bintangnya bergemerlapan.Slyvia Ng- Jaguh badminton negara yang pernah menggegar dalam pelbagai pertandingan antarabangsa satu ketika dulu berasal dari Johor Bahru. Sylvia mula mewakili negara pada tahun 1966 ketika berumur 16 tahun.Foo Kok Keong- Beliau merupakan pemain badminton kebangsaan. Kini Foo Kok Keong merupakan Ahli Jawatankuasa dan Jurulatih Badminton Nusa Mahsuri mulai 1 Januari 1996.

M Vasugi- Bekas jaguh taekwondo wanita, M Vasugi mampu meraih pingat perak pada penyertaan pertama di Sukan Sea 1987 membawa tuah buatnya apabila kejayaannya itu dijadikan sebagai faktor pemilihan untuk mewakili negara ke temasya yang berlangsung di Seoul pada 1988.

Misbun Sidek- Beliau merupakan pemain badminton pertama di negara ini yang mencapai taraf antarabangsa ketika berusia 24 tahun.

Rashid Sidek- Beliau merupakan pemain termuda yang memenangi National Junior Badminton Championship pada 1980 semasa berumur 12 tahun.Nurul Huda Abdullah- Beliau mewakili Negara dalam sukan renang pada tahun 1985. Nurul Huda menjadi sejarah dalam sukan tanah air negara menerusi pencapaian terbaiknya di Temasya Kuala Lumpur 1989 dengan lapan emas.Sazali Samad- Sazali Samad merupakan atlet Bina Badan Malaysia. Sazali telah berkecimpung dengan sukan bina badan ini sejak dia berusia 25 tahun. Sazali Samad telah berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.Dato' Mokhtar Dahari- Beliau adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana keberaniannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari 1972 hinggalah 1985.Datuk Rajamani Mailvaganam- Beliau seorang ahli Sukan Wanita Tahunan 1966 di Malaysia. Pada tahun 1964, beliau mewakili Malaysia untuk olahraga dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Tokyo, Jepun, dan pada tahun 1965, beliau mencapai empat pingat emas dalam Sukan SEAP yang diadakan di Kuala Lumpur untuk perlumbaan 200 meter, 400 meter, 800 meter, dan 4 x 100 meter.Shalin Zulkifli- Jaguh bowling kebangsaan yang membantu Malaysia menduduki tempat ke-4 pada Piala Dunia Berpasukan yang diadakan buat pertama kalinya, di Petaling Jaya.Datuk Nicol Ann David- ialah seorang pemain skuasy Malaysia yang pernah menjadi pemain skuasy wanita Nombor 1 di dunia, dan juara (mulai 2005) "Terbuka British" dan "Kejohanan Dunia". Beliau ialah orang Asia pertama memenangi gelaran itu.Datuk M. Jegathesan- merupakan ahli sukan pertama negara ini dianugerahkan Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1966. Anugerah ini merupakan pengiktirafan Majlis Sukan Negara kepada pencapaian cemerlang beliau pada tahun tersebut. Beliau juga merupakan atlet Malaysia pertama yang memenangi pingat dalam sukan antarabangsa ketika itu.Ong Beng Hee- memenangi World Junior Champion di Princeton, Amerika Syarikat yang selama ini diboloti pemain Pakistan. Ong Beng Hee telah menempatkan dirinya sebagai Pemain Squash Dunia-7 pada tahun 2001.Datuk Lee Chong Wei- Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib bin Tun Razak sebagai wira kebangsaan.