Lagi Resepi Untuk Ibu

21
8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 1/21 Lagi Resepi Untuk Ibu-Ibu yang Sedang Dalam Pantang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tahun lepas, Chetam dah kongsikan beberapa resepi dari Pak Amir untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Awal minggu ni, Chetam dapat tahu yang seorang pengunjung Teratak Chetam sedang hamil anak kedua selepas menunggu 6 tahun. Beliau berada jauh di perantauan iaitu di Australia. Merin.....Chetam post lagi resepi untuk Ibu Dalam Pantang. Resepi-resepi ni Chetam ambil dari Majalah RASA bulan Ogos 2004 yang merupakan tribute untuk IBU. Chetam baru jer beli majalah ni di Book Fair last Sunday. Rendang Peria (Dalam Pantang) Sumber : Majalah RASA ± April 2004 Bahan 2 biji peria katak (bersaiz besar, dibuang bijinya dan dipotong) 1 cawan santan 1 sudu makan ikan bilis ± dikisar 50 gm pucuk pegaga 1 cm kunyit hidup ± dikisar 1 sudu teh lada hitam ± dikisar 2 keping asam keping Garam secukup rasa Cara 1. Masak bersama kesemua baham kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih. 2. Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka. Hidangkan bersama nasi putih. Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah o rang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka,

Transcript of Lagi Resepi Untuk Ibu

Page 1: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 1/21

Lagi Resepi Untuk Ibu-Ibu yang Sedang Dalam Pantang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun lepas, Chetam dah kongsikan beberapa resepi dari Pak Amir untuk ibu-ibu yang sedang berpantang.Awal minggu ni, Chetam dapat tahu yang seorang pengunjung Teratak Chetam sedang hamil anak keduaselepas menunggu 6 tahun. Beliau berada jauh di perantauan iaitu di Australia.

Merin.....Chetam post lagi resepi untuk Ibu Dalam Pantang.

Resepi-resepi ni Chetam ambil dari Majalah RASA bulan Ogos 2004 yang merupakan tribute untuk IBU.Chetam baru jer beli majalah ni di Book Fair last Sunday.

Rendang Peria (Dalam Pantang) Sumber : Majalah RASA ± April 2004

Bahan2 biji peria katak (bersaiz besar, dibuang bijinya dan dipotong)1 cawan santan1 sudu makan ikan bilis ± dikisar 50 gm pucuk pegaga1 cm kunyit hidup ± dikisar 1 sudu teh lada hitam ± dikisar 2 keping asam keping

Garam secukup rasa

Cara1. Masak bersama kesemua baham kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih.2. Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api.3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka.Hidangkan bersama nasi putih.

Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selainitu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka,

Page 2: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 2/21

melawaskan dan sebagainya.

Petua Orang Tua : Masakan yang mengandungi lada hitam sangat baik diambil oleh ibu ketika berpantang kerana ia dapat melancarkan proses mencuci darah.

A yam Kukus Cuka (Dalam Pantang)Sumber : Majalah RASA ± April 2004

Bahan A (diperap sebelum dikukus)8 potong ayam4 ulas bawang putih ± ditumbuk 1 cm halia ± ditumbuk Garam secukupnya

Bahan B3 sudu makan cuka30 gm ketumbar 1 sudu teh jintan manis1 sudu teh jintan putih

Cara1. Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hinggamasak.2. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cukadipercayai dapat mengecut perut dan rahim.

Page 3: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 3/21

Ikan Panggang Halia Muda (Dalam Pantang)Sumber : Majalah RASA ± April 2004

Bahan A (diperap)2 potong ikan tenggiriSedikit garamSedikit kunyitSedikit cuka

Bahan B (dihiris)3 cm halia muda1 biji bawang besar 4 ulas bawang merah3 ulas bawang putihSedikit minyak

Cara1. Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak.2. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supayatidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkanbau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Page 4: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 4/21

Sup Tulang (Dalam Pantang)Sumber : Majalah RASA ± April 2004

Bahan A1 kg tulang lembu ± dicuci dan ditoskan2 sm halia ± diketuk 1 sudu makan lada hitam ± ditumbuk 1 sudu teh garam kasar 1 sudu makan gulaAir secukupnya

Bahan B (ditumbuk)1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih4 ulas bawang merah1 cm halia

1 sudu makan jintan manis1 sudu makan lada hitam

Bahan C (ditumis)2 batang kulit kayu manis1 biji bawang besar ± dihiris5 biji cengkih3 biji bunga lawang4 biji buah pelaga

Bahan D2 bunjut rempah sup tulang3 bji kentang ± dibelah dua8 biji cili api

3 sudu makan sos tiram2 sudu makan sos ikan1 biji jus limau nipisSedikit minyak Garam secukup rasaSedikit serbuk perasaBawang goreng, daun sup dan daun bawang ± untuk ditabur

Cara1. Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hi tam dalam satu

periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk. Tambah air jika perlu.

Page 5: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 5/21

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan C dan kacau.3. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing.4. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Tuang

bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap.5. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi.Kemudian masukkan separuh bawang goring.6. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup. Tuang jus limau dan kacau rata. Ketika

menghidang, taburkan bawang goring, daun sup dan daun bawang.

Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah.

Sup Sayur Campur (Dalam Pantang) Sumber : Majalah RASA ± April 2004

Bahan3 ulas bawang putih1 kiub pati rebusan ayam50 gm suun40 gm kek ikan30 gm bunga kobis30 gm brokoli30 gm cendawan

Garam secukup rasaAir secukupnyaSedikit minyak

Cara1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.2. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makananberkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan

Page 6: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 6/21

makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.

Rendang Hati Lembu (Dalam Pantang)Sumber : Majalah RASA ± April 200

Bahan½ kg hati lembu ± dipotong2 cawan pati santan½ cawan kerisik 2 sudu makan rempah kariGaram secukup rasa

Minyak untuk menumis

Bahan (dikisar)10 ulas bawang merah200 gm cili merah2 sudu makan ketumbar 3 batang serai4 cm lengkuas2 cm halia4 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelaga3 biji buah keras

Cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa. A nda mungkin juga meminati:

Page 7: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 7/21

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proseskehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak,tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagiantertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkanikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas

jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedahkepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingindiingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapimerupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

J enis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebuthanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan dayaketahanan fizikal dan mental.

Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takutmenyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit sertamenimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan

laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Iadipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup didalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secaratradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turutmendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai,lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-

ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, Cdan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang,antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut,daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Page 8: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 8/21

J enis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialahkangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga

putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering sertaterung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu,cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda,mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisangnangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang,kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dansejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di

barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

J enis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digauldengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkanaliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Okay, itu saja untuk kali ini.

Page 9: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 9/21

BERPANTANG SECARA RAWATAN TRADISIONAL DI KALANGANMASYARAKAT MELAYU

ZURADATOLAKMA BT. HJ. DIN

FPE ND

PENGENALAN

RAWATAN TRADISIONAL

Bertungku

Berurut menyegarkan badan

Mandi

Mandi dedaun

Mandi lulur

Bertangas

Memakai bengkung

Bertasak

Minum air akar kayu dan jamu

Makanan berkhasiat untuk yang berpantang

KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN

PENGENALAN

Menanti detik kelahiran adalah sesuatu yang mendebarkan bagi ibu-ibuterutamanya bagi yang menyambut kelahiran pertama. Tempoh sembilan bulan

Page 10: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 10/21

dilalui dengan penuh harapan dan ketabahan. Kandungan diberi perhatian yang sewajarnya semoga cahaya mata yang bakal dilahirkan membawa sinar kebahagiaan.

Detik kelahiran yang tiba ditempuh dengan tabah. Tangisan pertama yang kedengaran bagaikan memberi semangat, apalagi apabila sicomel yang didakap buatpertama kalinya lena dalam pelukan. Terasa mengalir perasaan keibuan dan kasihsayang yang melimpah untuk sicomel.

Selamat melahirkan, bagi ibu-ibu muda tempoh berpantang merupakan satupengalaman baru. Badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang, andatetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya. Berpantang merupakan tempoh

waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunuggu selama44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsiaberpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan

dan kesihatan diri luar dan dalam.

Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malahdedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh dibeli di pasarharian. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan dedaun,rempah-ratus dan herba untuk tujuan rawatan sendiri, bolehlah mendapatkan setbersalin lengkap yang sedia dijual di pasaran. Kini terdapat pelbagai gedung kecantikan yang menjual dan menawarkan rawatan kecantikan khas bagi ibubersalin seperrti Mustika Ratu, Lia Sari, Sari Ayu, Nona Roguy dan banyak lagi.

RAWATAN TRADISIONAL

Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional sertapetua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung danberpantang. Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan denganbimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepadaketurunan dan budaya seseorang.

Misalnya cara wanita Kelantan mungkin berbeza dengan orang utara. Begitu

juga ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina atau India berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka. Walau apa jua cara yang digunakan, tujuannya tetap samaiaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepasbersalin.

Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai dan terjawab tentang rawatan selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan pusaka. Apa lagi kalau

Page 11: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 11/21

hendak dihuraikan secara saintifik kerana masih belum ada penyelidikan dijalankanuntuk membuktikan kebaikannya terhadap kaum wanita. Namun kita sedia maklumakan khasiat herba dalam mengubati beberapa penyakit seperti akar Tongkat Aliatau nama sainsnya Eurycoma longfolia, Bunga Pakma dikenali juga sebagaiRafflesia, Kacip Fatimah iaitu Labisia pumila dan lain-lain lagi.

Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkaradan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu. Antara rawatan tersebut adalahbertungku,

Page 12: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 12/21

berurut, mandi herba dan mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis,bertasak, minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum.

Bertungku

Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Biasanya tungku diperbuatdaripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg. Bertungku jugatidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga bolehdigunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungkutetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam diatas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang

telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jikadaun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betelatau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresapke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa prosesbertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahanpada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumitjuga perlu ditungku.

Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkanbadan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin disamping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifasmengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskanhingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggildarah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

Berurut menyegarkan badan

Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiappagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan olehbidan atau tukang urut yang berpengalaman. Amalan urut perlu dilakukanseminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa

Page 13: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 13/21

lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.

Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebihdari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredarandarah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut danmempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Namun jika rajin kita sendiriboleh membuat minyak urut.

Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya :-

y Minyak kelapa, dibuat sendirimenggunakan santan daripada sebijikelapa, dimasak hingga menjadi minyak.

y 3 camca besar halba

y 4 cm halia ( Zingiber officinale )

y 4 cm kunyit hidup ( Curcuma domestica )

y 3 ulas bawang putih ( Allium sativum )

y 5 biji bawang merah ( Allium cepa )

y Tumbuk kasar halia, kunyithidup, bawang putih danbawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dansimpan di dalam bekaskering agar tahan lama.

Mandi

Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.

Mandi dedaun

Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusandaun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiattersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklahsepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama duaminggu.

Page 14: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 14/21

Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu ataunenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang bolehdigunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ( Vitex negundo ), daunsecerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, dauncapa, daun inai ( Lawsonia terma ), daun bonglai, daun mengkudu ( Morindacitrifolia ) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandarmaka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicaridi rumah-rumah jiran berhampiran.

Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :-

y 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar

y 10 helai daun limau purut

y 6 batang daun serai bersama serai

y halia muda sebesar 4 kali ibu jari

y 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa

y 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci

y seketul lengkuas atau 3 helai daunnya

y segenggam halba ( dipunjutkan )

( Rujuk lampiran 1 untuk foto bahan-bahan yang digunakan )

CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI

Ambil periuk tanah ukuran sederhana. Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-

bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjutkan. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pilidan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.

Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua.Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kananhingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada

Page 15: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 15/21

bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan padabahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.

Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agarkhasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga bolehdigunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot disamping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalanmandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot,menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

mandi lulur

Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum

wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kalamenggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuatbedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka,bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.

Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung didalam lulur bertindak sebagai ¶scrub· bertujuan membuang daki-daki yang melekatpada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang

berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Kebayakan ramuan mandian yang digunkan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.

BERTANGAS

Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh.Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan proplase ( keluar tombong ). Berbagai ramuan boleh

digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.

Ramuan tangas:

y 9 keping asam gelugur

y 2 camca besar garam jantan

Page 16: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 16/21

y 3 helai daun sirih ( Piper betel )

y segenggam inai ( Lawsonia terma )

y halia sebesar ibu jari ( Zingiber officinale )

y 3 biji manjakani

Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangasselama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali seharihingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencucibahagian sulit.

MEMAKAI BENGKUNG

Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis. Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuanuntuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin

Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel ( ubatbarut ) yang dicampurkan dengan lima titik minyak kayu putih, tiga titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis. Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkanpengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulitperut.

Selain menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.

Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut :-

y segenggam jadam ( diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya )

y halia ( Zingiber officinale ) sebesar ibu jari

y isi kunyit terus sebesar ibu jari

y tiga ulas bawang putih ( Allium sativum )

y asam jawa ( Tamarindus indica ) sebesar bola pingpong

Page 17: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 17/21

y secawan air kosong

y periuk tembikar dan sudip

cara membuatnya:

Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan airasam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak.

cara menyapu jadam:

Biarkan jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itusapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan kain kecildan ikat barut dengan kemas. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung.

Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung,perut sehingga bahagian bawah payu dara. Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung. ( Rujuk lampiran 2 untuk cara-cara memakai barut dan bengkung )

BERTASAK

Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan.Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan. Iahendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan petang.Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan. Caranya, bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air, ditapis dan diminum.

Pada hari pertama hingga ketiga, segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma,garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnyaPiper nigrum. Pada hari keempat hingga keenam, gunakan segenggam daunsenduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan.Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan, bahannya adalah 5 cm kunyit iaituCurcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum.

Minum air akar kayu dan jamu

Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional. Minum air akar kayu dan

Page 18: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 18/21

Page 19: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 19/21

Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalambahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi di mana seseorang terasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Intitut

Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadipenyumbang kepada masalah angin. Masalah angin yang disebabkan oleh makananadalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain. ( Rujuk lampiran 4untuk melihat senarai makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin didalam perut ).

KESIMPULAN

Memperolehi badan yang sihat seperti sedia kala adalah menjadi keinginan setiapibu selepas selamat melahirkan. Cara terbaik adalah dengan mengamalkan pantang iaitu dari segi tingkah laku, makan dan minum serta mengamalkan rawatan-rawatan

secara tradisional mengikut amalan warisan pusaka. Walaupun amalan ini belumdijalankan penyelidikan yang dapat membuktikan keesahannya namun bagi merekayang merawat diri dalam pantang atau tidak dirawat memang ada bezanya dandapat dirasakan oleh mereka sendiri semasa dalam tempoh berpantang atau selepaspantang. Tumbuhan yang dijadikan Allah melata di sekeliling kita banyak gunanyadan berkhasiat jika kita tahu cara mengadunnya.

RUJUKAN

Fauziah Hassan. 1999 . Mengekalkan kulit halus mulus, ceria selepas bersalin. Saji, April : 62 63

Fauziah Hassan. 1999 . Membelai badan merawat dalaman. Saji, April : 64 66.

Siti Hanim Yacub.199 4. Pengalaman baru dalam pantang. Nona, Jun : 78 79

Zuarida Mohyin. 1999 . Wanita mudah diserang angin berbanding lelaki ? Saji, April : 59 61.

Zunairah Radzi . 1999 . Amalan berpantang masyarakat Melayu. Jelita, Mei :9 4 99

Zurilawati Ku Zarifah. 1999 . Petua ibu kembali segar. Jelita, Mei : 68 7 0

Lampiran 2

Cara-cara mengikat bengkung

Page 20: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 20/21

1. Sempurnakan ikatan barut.

2. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. Lilit bermuladi bawah paras punggung. Pastikan satu hujung kain pendek, agak-agak melepasi kepala. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung.

3. Lilitan dipusing ke belakang, apabila tiba di depan, simpul pada bahagianpendek, kemudian pusing ke belakang semula.

4. Bahagian depan siap diikat.

5. Bahagian belakang, dililit kemas dan bertindih setiap satunya.

Lampiran 4

Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut;

y Legumes - kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya.

y S usu dan hasil susu - susu, aiskrim dan keju.

y S ayur-sayuran - kubis, lobak putih, lobak merah, kubisbrussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli.

y S ayuran berubi - kentang dan sengkuang

y Buah-buahan - prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun,nangka, pear dan pic.

y Bijirin dan roti - kesemua jenis makanan yang mengandungigandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin, rotidan pastri.

y Makanan berlemak - makanan bergoreng, lemak daging, soskrim dan sos tartar.

y C ecair - minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas,ubatan atau serbuk.

Page 21: Lagi Resepi Untuk Ibu

8/7/2019 Lagi Resepi Untuk Ibu

http://slidepdf.com/reader/full/lagi-resepi-untuk-ibu 21/21

y S eserat (fiber) - kacang, oat, bran dan kacang panggang.