LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

20
Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 1 LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN Dr. Muhammad Takari bin Jilin Syahrial Fakultas Ilmu Budaya USU dan Majlis Adat Budaya Melayu Indonesia Pengenalan Masyarakat Melayu memiliki kebudayaan yang terkodifikasi ke dalam isi budaya yang terdiri dari: agama, organisasi, teknologi, ekonomi, pendidikan, kesenian, dan bahasa. Ketujuh unsur kebudayaan universalini diwujudkan ke dalam bentuk idea, aktiviti, dan benda-benda. Masyarakat Melayu memiliki keseniannya sendiri yang boleh memperkuat jatidiri orang Melayu, termasuk lagu-lagu. Dalam seni lagu ini terjadi komunikasi lisan dan bukan lisan. Dalam kertas kerja ini penulis ingin menghuraikan lagu-lagu Melayu sebagai komunikasi lisan. Komunikasi adalah sebuah proses sosiobudaya yang penting dalam aktiviti persembahan lagu-lagu Melayu. Dalam setiap seni persembahan lagu dan tari Melayu, terjadi komunikasi di antara seniman dan para penonton, dengan berbagai-bagai interpretasi terhadap persembahan. Kesemua aktiviti ini berasaskan kepada pola-pola budaya Melayu, yang hidup selama berabad-abad. Termasuk ke dalam komunikasi lisan mencakupi: (a) lirik atau teks lagu-lagu Melayu, yang memiliki ciri-ciri khas dibandingkan komunikasi verbal dengan bahasa seharian, (b) inteyeksi atau kata-kata seru untuk memperkuat suasana persembahan, seperti: he wa, hajar yong, syor kali ah, sampai pagi dan sebagainya, serta (c) kata-kata pengantar dalam setiap persembahan. Komunikasi lisan dalam seni persembahan Melayu biasanya menggunakan pelbagai gaya bahasa (metafora, aliterasi, perulangan, hiperbol dan sebagainya). Komunikasi lisan ini juga menjadi bahagian yang bersepadu dengan aspek-aspek bukan lisan seperti nada, irama, melodi, gerak-geri, dinamika dan sebagainya. Komunikasi lisan selalu distilisasi untuk menarik perhatian penonton, dan menambah unsur estetika persembahan. Komunikasi lisan ini menggunakan pelbagai genre puisi tradisional Melayu. Logogenik Mengikut penulis, satu aspek yang sangat penting dalam lagu-lagu atau muzik Melayu ialah peranan teks atau lirik sangat menonjol. Garapan teks ini mendapat kedudukan yang utama dalam persembahan lagu- lagu Melayu. Tari selalunya diiringi bukan hanya oleh muzik instrumental, juga dengan lagu. Lagu-lagu dalam budaya muzik Melayu, amnya berasaskan kepada aturan-aturan puisi Melayu, khasnya pantun. Dengan kedudukan sedemikian rupa, maka penulis boleh mengkategorikan muzik Melayu sebagai muzik yang logogenik. Ertinya bahawa muzik Melayu sangat mengutamakan wujud verbal atau bahasa, dalam persembahannya (lihat Malm, 1977). Dengan demikian, komunikasi lisan dalam muzik Melayu memegang peranan utama. Komunikasi lisan ini umumnya dinyanyikan dengan melodi tertentu, dan iringan rentak tertentu, disertai berbagai-bagai norma dan aturan, mengikut tradisi persembahan tradisional Melayu, seperti persembahan pasangan lagu, iaitu lagu lambat ke cepat, yang diistilahkan dengan pecahan lagu. Selain itu, sebelum seseorang penyanyi lagu Melayu bernyanyi, selalunya didahului dengan kata-kata penghantar atau aluan daripada pembawa acaranya, yang juga selalu menggunakan puisi tradisional Melayu. Menerusi kertas kerja ini, penulis akan mengkaji komunikasi lisan dalam lagu-lagu Melayu. Kajian ini menggunakan teori semiotik seperti yang ditawarkan oleh Martinez (2005), iaitu makna intrinsik lagu, mencakupi kajian mengenai tanda-tanda lagu itu sendiri, seperti kualiti nyanyian, aktualisasi lagu dan pengorganisasian lagu. Kemudian melangkah kepada referensi lagu, iaitu kajian tanda-tanda nyanyian dengan berbagai-bagai objek yang mungkin, yang memfokuskan kepada signifikasi nyanyian dengan objek yang lebih luas. Selepas itu adalah interpretasi muzikal atau kajian tanda-tanda muzikal yang berhubungan dengan pelbagai interpretannya, yang memfokuskan perhatian kepada aksi tanda-tanda muzikal dalam minda manusia yang menerimanya. Kajian terakhir ini terdiri daripada: persepsi muzik, persembahan dan intelektualisasi. Komunikasi Lisan Menerusi Dendangan Lagu Puisi tradisional Melayu hidup dan berkembang dalam masyarakat Melayu, dan menjadi bahagian dalam komunikasi budaya, yang dianggap bermartabat, berbudaya, beretika, bersopan, berseni, dan aspek- aspek universal lainnya. Di antara genre pusi tradisional Melayu adalah sebagai berikut.

Transcript of LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Page 1: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 1

LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Dr. Muhammad Takari bin Jilin Syahrial Fakultas Ilmu Budaya USU dan Majlis Adat Budaya Melayu Indonesia

Pengenalan

Masyarakat Melayu memiliki kebudayaan yang terkodifikasi ke dalam isi budaya yang terdiri dari: agama, organisasi, teknologi, ekonomi, pendidikan, kesenian, dan bahasa. Ketujuh unsur kebudayaan universalini diwujudkan ke dalam bentuk idea, aktiviti, dan benda-benda. Masyarakat Melayu memiliki keseniannya sendiri yang boleh memperkuat jatidiri orang Melayu, termasuk lagu-lagu. Dalam seni lagu ini terjadi komunikasi lisan dan bukan lisan. Dalam kertas kerja ini penulis ingin menghuraikan lagu-lagu Melayu sebagai komunikasi lisan.

Komunikasi adalah sebuah proses sosiobudaya yang penting dalam aktiviti persembahan lagu-lagu Melayu. Dalam setiap seni persembahan lagu dan tari Melayu, terjadi komunikasi di antara seniman dan para penonton, dengan berbagai-bagai interpretasi terhadap persembahan. Kesemua aktiviti ini berasaskan kepada pola-pola budaya Melayu, yang hidup selama berabad-abad. Termasuk ke dalam komunikasi lisan mencakupi: (a) lirik atau teks lagu-lagu Melayu, yang memiliki ciri-ciri khas dibandingkan komunikasi verbal dengan bahasa seharian, (b) inteyeksi atau kata-kata seru untuk memperkuat suasana persembahan, seperti: he wa, hajar yong, syor kali ah, sampai pagi dan sebagainya, serta (c) kata-kata pengantar dalam setiap persembahan. Komunikasi lisan dalam seni persembahan Melayu biasanya menggunakan pelbagai gaya bahasa (metafora, aliterasi, perulangan, hiperbol dan sebagainya). Komunikasi lisan ini juga menjadi bahagian yang bersepadu dengan aspek-aspek bukan lisan seperti nada, irama, melodi, gerak-geri, dinamika dan sebagainya. Komunikasi lisan selalu distilisasi untuk menarik perhatian penonton, dan menambah unsur estetika persembahan. Komunikasi lisan ini menggunakan pelbagai genre puisi tradisional Melayu. Logogenik

Mengikut penulis, satu aspek yang sangat penting dalam lagu-lagu atau muzik Melayu ialah peranan teks atau lirik sangat menonjol. Garapan teks ini mendapat kedudukan yang utama dalam persembahan lagu-lagu Melayu. Tari selalunya diiringi bukan hanya oleh muzik instrumental, juga dengan lagu. Lagu-lagu dalam budaya muzik Melayu, amnya berasaskan kepada aturan-aturan puisi Melayu, khasnya pantun. Dengan kedudukan sedemikian rupa, maka penulis boleh mengkategorikan muzik Melayu sebagai muzik yang logogenik. Ertinya bahawa muzik Melayu sangat mengutamakan wujud verbal atau bahasa, dalam persembahannya (lihat Malm, 1977). Dengan demikian, komunikasi lisan dalam muzik Melayu memegang peranan utama. Komunikasi lisan ini umumnya dinyanyikan dengan melodi tertentu, dan iringan rentak tertentu, disertai berbagai-bagai norma dan aturan, mengikut tradisi persembahan tradisional Melayu, seperti persembahan pasangan lagu, iaitu lagu lambat ke cepat, yang diistilahkan dengan pecahan lagu. Selain itu, sebelum seseorang penyanyi lagu Melayu bernyanyi, selalunya didahului dengan kata-kata penghantar atau aluan daripada pembawa acaranya, yang juga selalu menggunakan puisi tradisional Melayu. Menerusi kertas kerja ini, penulis akan mengkaji komunikasi lisan dalam lagu-lagu Melayu. Kajian ini menggunakan teori semiotik seperti yang ditawarkan oleh Martinez (2005), iaitu makna intrinsik lagu, mencakupi kajian mengenai tanda-tanda lagu itu sendiri, seperti kualiti nyanyian, aktualisasi lagu dan pengorganisasian lagu. Kemudian melangkah kepada referensi lagu, iaitu kajian tanda-tanda nyanyian dengan berbagai-bagai objek yang mungkin, yang memfokuskan kepada signifikasi nyanyian dengan objek yang lebih luas. Selepas itu adalah interpretasi muzikal atau kajian tanda-tanda muzikal yang berhubungan dengan pelbagai interpretannya, yang memfokuskan perhatian kepada aksi tanda-tanda muzikal dalam minda manusia yang menerimanya. Kajian terakhir ini terdiri daripada: persepsi muzik, persembahan dan intelektualisasi. Komunikasi Lisan Menerusi Dendangan Lagu

Puisi tradisional Melayu hidup dan berkembang dalam masyarakat Melayu, dan menjadi bahagian dalam komunikasi budaya, yang dianggap bermartabat, berbudaya, beretika, bersopan, berseni, dan aspek-aspek universal lainnya. Di antara genre pusi tradisional Melayu adalah sebagai berikut.

Page 2: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 2

Dodoi Didodoi

Dalam kebudayaan Melayu, terdapat lagu yang lazim digunakan secara sosial untuk menidurkan budak-budak. Dalam kajian etnomuzikologi, lagu seperti ini sering dikategorikan sebagai lullaby song. Secara intrinsik, lagu menidurkan anak mengikut budaya Melayu mestilah dinyanyikan secara mendayu-dayu, kecenderungan berdinaik lirih, dengan ayunan-ayunan nada yang menggunakan teknik cengkok. Kesemua aspek estetik komunikasi ini bertujuan membuat budak Melayu yang sedang ditidurkan oleh orang-orang yang lebih tua daripadanya lekas tertidur. Lagu ini secara struktural dan dampaknya melodi mendayu-dayu, syahdu, dan membawa anak tertidur. Dalam budaya Melayu, yang paling lazim menidurkan anak atau mendodoikan anak adalah emaknya. Selepas ityu adalah ayahnya. Juga kerabat dekatnya seperti nenek, atok, kak cik, kakak, jiran dekat dan sebagainya. Dengan demikian dalam konteks penggunaan dan fungsinya lagu ini juga mencerminkan struktur sosial masyarakat Melayu.

Lirik yang digunakan juga menggunakan kata-kata yang bersifat curahan kasih sayang kepada si anak. Kasih sayang antara orang tua atau orang yang lebih dituakan dari si akan kepada anak yang ditidurkan. Teksnya adalah sebagai berikut.

Buah hatiku belahan jiwa Buah hatiku belahan jiwa Tidurlah tidur ya anak emak dodoikan ya sayang Tidurlah tidur ya anak emak dodoikan Ala sayang dodoi didodoi Ala sayang dodoi didodoi (Sumber: lagu rakyat Melayu Sumatera Utara) Dalam lagu Dodoi Didodoi di atas, yang dimaksudkan belaian jiwa itu adalah anak yang sedang

didodoikan. Yang mendodoikannya adalah emaknya. Betapa hubungan atau komunikasi di antara anak dengan emak terjalin dengan mesra melalui nyanyian ini. Secara intrinsik pula melodi lagu ini menyebabkan anak yang mendengarnya merasa dikasihi, dan kerana dia mengantuk dia pun akan tertidur oleh pengaruh melodi yang mendayu-dayu. Melodi ini menggunakan tangga nada minor, yang memang tepat untuk menghantar ke suasana kasih sayang, belaian mesra, memujuk dan sejenisnya. Sementara rentak mak inang memberikan

Page 3: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 3

pengaruh seperti diayun, dibelai mengikuti irama yang memiliki metrum tertentu. Mesej yang ingin disampaikan emak kepada anaknya yang didodoikan adalah supaya si anak tidur. Kata-kata dodoi itu sendiri sudah menghantar mesej adanya kasih sayang antara yang mendodoikan dengan yang didodoikan. Keduanya berkomunikasi untuk mencurahkan kasih sayang mereka, khususnya kasih sayang dan komunikasi antara emak dan anak.

Komunikasi antara anak dengan emak ini juga diajarkan dalam agama Islam. Bahawa anak perlu dibesarkan dengan cara disusukan sama ada oleh ibunya sendiri atau orang lain, dengan cara membayar ibu susunya. Sementara ayah berkewajipan untuk memberi makan dan pakaian kepada isterinya. Demikian hubungan antara anak, emak, dan ayahnya diatur mengikut hukum Islam. Ketiga unsur ini adalah pembentuk keluarga inti. Lihat Al-Quran, surat Al-Baqarah ayat 233 berikut ini.

Mahfumnya: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan mengikut kadar kesanggupannya.Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan keredaan keduanya dan permesywaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Hadrah

Hadrah adalah salah satu kesenian Islam yang terdapat dalam budaya Melayu. Menurut sejarahnya, kesenian ini awalnya adalah bahagian daripada kehidupan kaum sufi di Dunia Islam, antaranya adalah sekte Rifa’iyah dan Naqsabandiyah dari Asia Selatan. Di Sumatera Utara sekte sufi yang paling banyak digunakan masyarakat melayu adalah Tariqat Naqsabandiyah, yang pusat aktivitinya berada di kawasan babussalam Langkat. Sekte ini biasanya dipimpin oleh seorang guru dengan didokong oleh murid-muridnya. Dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah mereka selalu memuji-muji Allah dengan segala sifat ketuhanan yang melekat pada Allah.

Genre seni hadrah ini memiliki puluhan repertoar lagu. Di antaranya adalah Bismillah Mula-Mula, Ya Rabbana, Shalatu shalah, Ya Maulid, Setelah Nyata, dan lain-lain. Umumnya lagu-lagu hadrah Melayu di Sumatera Utara adalah menggunakan bahasa Melayu dan dicampur dengan bahasa Arab. Isinya sebahagian besar adalah bertemakan agama Islam, seperti puji-pujian kepada Allah, Rasul, agama Islam, dan berbagai ajaran hidup sehari-hari. kajian hadrah di Sumatera Utara dalam peringkat sarjana muda lihat Takari 1990). Berikut adalah salah satu lagu yang bertajuk Bismillah Mula-mula.

Page 4: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 4

Bismillah Mula-mula Bismillah mula-mula Di dalam alam amat mulia Bismillah mula-mula Di dalam alam amat mulia Empat belas bulan purnama Kami bermain bersama-sama Empat belas bulan purnama Kami bermain bersama-sama

Kalimah basmallah doa mula dalam Islam Kalimah basmallah

doa mula dalam Islam Insan hidup sebagai makhluk

menyembah pada Tuhan Insan hidup sebagai makhluk menyembah pada Tuhan

Bismillah mula-mula Di dalam alam amat mulia Bismillah mula-mula Di dalam alam amat mulia Empat belas bulan purnama Kami bermain bersama-sama Empat belas bulan purnama Kami bermain bersama-sama

Takbir, tasbih, tahlil, tahmid Hanya pada Allah

Takbir, tasbih, tahlil, tahmid Hanya pada Allah Dialah Tuhan yang ahad Diturun-Nya syariat Dialah Tuhan yang ahad Diturun-Nya syariat

Bismillah mula-mula Di dalam alam amat mulia Bismillah mula-mula Di dalam alam amat mulia Empat belas bulan purnama Kami bermain bersama-sama Empat belas bulan purnama Kami bermain bersama-sama

(Sumber: lagu hadrah Melayu Sumatera Utara, ditranskripsi daripada album nasyid Kahfi, 2004).

Secara intrinsik, lagu Bismillah Mula-mula menggunakan tangga nada maqam dari kebudayaan Islam di Asia Barat. Maqam ini terdiri daripada rangkaian nada e, f, g, a, b, c, d, dan e. Dengan menggunakan maqam ini melambangkan bahawa lagu tersebut beridentiti Asia Barat, sebagai kawasan asal perkembangan Islam. Rentak yang digunakan adalah berciri khas Melayu iaitu tiga pukulan tak dan lima sisanya pukulan tum, dengan menggunakan lapan ketukan dasar dalam satu pusingan rentak. Nyanyian ini menggunakan ornamentasi melodi (gerenek) yang selalu dilakukan di hujung-hujung (kadensa) melodi. Tidak banyak menggunakan tanda istirahat, sehingga penyanyi pemimpin (tukang hadi) harus pintar mengatur aspek pernafasan dalam bernyanyi. Sementara teks lagu juga mengisyaratkan adanya perlambangan, seperti yang terdapat dalam baris bismillah mula-mula, di dalam alam amat mulia. Yang diaksudkan di dalam alam amat mulia, adalah agama Islam, yang dibawa oleh Baginda Rasulullah Muhammad s.a.w. Islam adalah agama yang telah disempurnakan Allah, dan merentasi dimensi ruang dan waktu. Islam itu amat mulia, kerana ia juga dimuliakan Allah, sebagai satu-satunya agama yang diredai Allah di dunia ini. Islam mengajarkan tujuan hidup bagi umatnya sama ada dunia

Page 5: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 5

dan akhirat secara seimbang. Islam adalah agama untuk semua manusia dan makhluk lain seperti jin, agar manusia dan jin itu menyembah Allah.

Page 6: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 6

Selanjutnya menerusi teks empat bulan purnama, melambangkan Islam seperti bulan yang memancarkan cahaya di malam hari, terutama saat empat belas bulan purnama, penuh tidak setengah-setengah. Islam juga selalu dilambangkan dengan bulan dan bintang, bermakna bahawa Islam itu adalah rahmatan lil’alamin, rahmat kepada seluuh sekelian alam. Islam juga dalam sistem kalendarnya mengasaskan pada sistem kamariah, iaitu putaran bulan mengelilingi matahari. Selain itu, Islam juga meggunakan sistem kalendar Masihi yang berasaskan putaran bumi mengelilingi matahari, kalendar sedemikian ini disebut dengan sistem kalender syamsiah. Jadi bulan yang dimaksudkan dalam teks tersebut adalah lambang daripada agama Islam.

Dalam pandangan umat Islam, agama Islam itu adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah. Ini boleh dikaji menerusi Al-Quran surat Ali Imran ayat 19 sebagai berikut.

Mahfumnya: “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.”

Seterusnya maksud daripada kami bermain bersama-sama, adalah bahawa umat Islam itu hendaklah

menjaga hubungan sesamanya, sama ada Muslim mahupun bukan Muslim, untuk menunjukkan Islam itu bersaudara, dan cinta perdamaian dengan umat agama lain. Konsep ini juga tertuang dalam hablum minannas, hubungan sesama manusia, selain itu adanya konsep hablum minallah, hubungan umat Islam secara individu atau kelompok dengan Allah. Maksud teks ini juga adalah pentingnya kebersamaan dalam hidup sosial sehari-hari, yang diisi oleh adanya pemimpin dan kepimpinannya, dan umat yang dipimpin. Pemimpin dalam ibadah atau lebih luas daripada itu misalnya pemimpin politik adalah sebagai seorang imam terhadap umatnya, jadi ia harus amanah, adil, benar, dan boleh dipercaya. Dalam kebudayaan Melayu pimpinan ini dikonsepkan dalam adat yang diadatkan. Bahawa pemimpin adalah wakil Allah di muka bumi, jadi dia harus bertanggung jawab terhadap yang dipimpinnya. Pada asasnya semua umat Islam adalah pemimpin mulai daripada sultan, raja, presiden, perdana menteri, menteri kabinet, ketua dan anggota parlimen, peguam, hakim, ketua dan anggota mahkamah syariah, gabenor, datuk bandar, walikota, bupati, camat, kepala desa, kepala rumah tangga, ibu suri rumah tangga dan diri sendiri. Demikian maksud daripada teks kami bermai bersama-sama yang cukup dalam memuat nilai-nilai falsafah Islam dan Melayu.

Kemudian pada bait kedua yang berisikan teks sebagai berikut: Kalimah basmallah doa mula dalam Islam; Insan hidup sebagai makhluk menyembah pada Tuhan. Dua penggal ayat ini juga merupakan ekspresi ajaran Islam iaitu perlunya berdoa untuk setiap melakukan aktiviti, dan doa itu juga biasanya selalu diawali dengan ayat basmallah, iaitu bismillahirrahmanirrahiim, yang ertinya dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ayat ini mengandungi makna bahawa apa pun yang kita lakukan jangan lupa bahawa Allah beserta kita, dan Allah maha mengasihi dan menyayangi manusia sebagai makhluk-Nya. Seterusnya, penggalan ayat insan hidup sebagai makhluk menyembah pada Allah, adalah mengekspresikan bahawa sebagai makhluk manusia adalah wajib menyembah Allah yang Ahad. Sebagaimana juga firman Allah: “Tidak Aku jadikan manusia dan jin kecuali utuk menyembah-Ku.” Ayat ini mengadungi makna bahawa hubungan di antara Allah dengan manusia adalah hubungan pencipta dan yang diciptakan. Jadi sebagai manusia yang merupakan makhluk ciptaan Allah, jangan sesekali menderhaka kepada Allah, seperti mensyarikatkannya dengan perbuatan-perbuatan syirik, dan melakukan dosa-dosa, sama ada dosa besar atau dosa kecil, seperti berzinah, merompak, mencuri, rasuah, menipu, membunuh orang tidak berdosa, mengkhianat pada musuh-musuh agama, mencelakai orang lain dan seterusunya.

Seterusnya pada bait keempat terdapat ayat-ayat sebagai berikut: Takbir, tasbih, tahlil, tahmid hanya pada Allah; Dialah Tuhan yang ahad; diturun-Nya syariat. Ayat pertama menjelaskan bahawa umat Islam atau orang mukmin, haruslah selalu mengingat (zikir) kepada Allah, berupa takbir, tasbih, tahlil dan tahmid.

Page 7: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 7

Adapun yang dimaksud takbir adalah perkataan Allahu Akbar ( ) , ertinya Allah Maha Besar, seterusnya tasbih adalah perkataan subhanallah ( ), ertinya adalah Maha Suci Allah; kemudian tahlil adalah perkataan laa ilaaha ilaallah ( ) yang ertinya adalah tiada Tuhan melainkan Allah; manakala tahmid adalah perkataan alhamdulillah ( ) yang ertinya ialah terimakasih Allah. Kata-kata zikir di atas selalu dilakukan oleh umat Islam untuk mengingati Allah, sebagai satu-satunya Tuhan dalam sistem kepercayaan Islam. Zikir ini selalu disarankan dilakukan setiap saat, boleh sahaja berbentuk zikir kalbu atau zikir lisan, seperti selepas salat ketika berdoa. Zikir pula bermakna sebagai bahagian daripada penyucian diri daripada berbagai-bagai dosa yang dilakukan umat manusia. Dengan berzikir kita mengingat Allah, sehingga akan menjauhi segala apa yang dilarang Allah, dan mengerjakan segala yang diperintah Allah. Dengan demikian bait ini menekankan akan perlunya zikir selalu kepada Allah. Jadi dari bait ke bait dalam lagu Bismillah Mula-mula dalam genre hadrah di dalam kebudayaan masyarakat Melayu Sumatera Utara ini terkandung ajaran-ajaran Islam, terutama memberikan lambang Islam itu dengan terangnya bulan purnama empas belas hari. Zapin/Gambus

Zapin atau gambus adalah salah satu genre seni yang ketara sebagai seni berunsurkan ajaran Islam. Zapin ini berasal dar daerah Yaman di Semenanjung Arab, yang fungsi utamanya adalah untuk hiburan di majlis perkahwinan (walimatul arsy) (lihat Mod Anis Md Nor, 1995). Zapin mengandungi makna sebagai muzik dan tari. Masyarakat Melayu mengembangkan zapin ini dalam kaedah estetika budaya Melayu. Antaranya yang sangat termasyhur sampai ke Sumatera Utara adalah zapin Lancang Kuning yang berasal dari kawasan Melayu Riau. Struktur dalaman lagu Lancang Kuning ini adalah menggunakan meter empat dalam tanda birama 4/4, rentaknya zapin, yang pukulan asasnya terdiri daripada not tiga perlapan ditambah up beat not seperempat dua kali, seperlapan dan seperempat. Dalam konteks persembahan, zapin ini menggunakan taqsim (iaitu melodi pembuka), bahagian isi dan bahagian penutup. Pada bahagian isi, biasa pula digunakan pukulan kuat (senting)1, kemudian kembali lagi ke pukulan dengan dinamik biasa. Tangga nada yang digunakan oleh lagu Lancang Kuning ini sangat unik di mana di dalamnya terkandung tangga nada major, kemudian ada unsur tangga ada blues (yang biasa dipakai dalam muzik jazz) dan sedikit unsur tangga nada minor Aspek tangga nada lagu ini memang sangat unik, dan ini membuktikan bahawa orang Melayu, khususnya pencipta lagu ini dahulu kala telah memperhatikan aspek akulturasi dan kreativiti, mengadun berbagai-bagai tangga nada dunia dalam jati diri Melayu yang kental.

Lancang Kuning Lancang kuning lancang kuning belayar malam belayar malam Lancang kuning lancang kuning belayar malam belayar malam Haluan menuju haluan menuju ke laut dalam Haluan menuju haluan menuju ke laut dalam

Lancang kuning belayar malam Lancang kuning belayar malam

Lancang kuning lancang kuning menentang badai hai menentang badai Lancang kuning lancang kuning menentang badai hai menentang badai Tali kemudi tali kemudi berpilin tiga Tali kemudi tali kemudi berpilin tiga

Lancang kuning belayar malam Lancang kuning belayar malam

Kalau nakhoda kalau nakhoda kuranglah faham hai kuranglah faham Kalau nakhoda kalau nakhoda kuranglah faham hai kuranglah faham Alamatlah kapal alamatlah kapal akan tenggelam

1Di beberapa tempat di kawasan budaya Melayu, digunakan istilah yang maknanya sama dengan senting, iaitu

kopak. Istilah kopak digunakan di Semenanjung Malaysia. Makna muzikalnya adalah selepas memainkan rentak zapin dalam dinamik lirih, maka di bahagian tertentu komposisi muzik, pukulan dikuatkan, untuk menambah suasana riang, gembira dan bahagia. Dalam sistem muzik Barat, pukulan atau nyanyian yang dikuatkan ini biasa diebut dengan forte (kuat) dengan variannya fortissimo (sangat kuat) dan fortisissimo (amat sangat kuat). Secara akustik, kuat dan lemahnya persembahan muzik ini disebut dengan dinamik, yang biasanya diukur dengan dalam satuan desibel (dB) dalam ilmu fizik.

Page 8: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 8

Alamatlah kapal alamatlah kapal akan tenggelam Lancang kuning belayar malam Lancang kuning belayar malam

(Sumber: lagu zapin Melayu Riau dan Sumatera Utara, seperti yang dinyanyikan Syaiful Amri tahun 2006 kepada Muhammad Takari, 2006)

Teks lagu Lancang Kuning ini juga mengandungi lambang dalam konteks budaya Melayu. Lancang

kuning itu adalah lambang orang Melayu dan kebudayaannya dalam mengharungi dunia ini, termasuk zaman globalisasi budaya sekarang, yang dilambangkan dengan lautan luas.

Pada bait pertama dengan teks sebagai berikut: Lancang kuning lancang kuning brlayar malam belayar malam; Haluan menuju haluan menuju ke laut dalam; Lancang kuning belayar malam. Teks ini cuba menyampaikan mesej bahawa lancang kuning (perahu tradisional yang berwarna kuning, sebagai simbol kebudayaan Melayu) sedang berayar malam, yang itu lebih merbahaya ketimbang berlayar siang hari, malam gelap, perlu suluh, lampu atau penerangan yang cukup agar boleh belayar malam. Sementara haluannya pun menuju laut dalam bukan laut tepi, sehingga perlu berhati-hati seluruh anak kapalnya, terutama nakhoda. Teks ini melambangkan kebudayaan Melayu yang dihimpit oleh berbagai-bagai tekanan budaya asing.

Bait kedua menggambarkan lebih jauh tekanan kebudayaan asing kepada budaya Melayu menerusi teks sebagai berikut ini. Lancang kuning lancang kuning menentang badai hai menentang badai; Tali kemudi tali kemudi berpilin tiga; Lancang kuning belayar malam. Dalam pelayaran lancang kuning menghadapi badai lautan, yang perlu diatasi dengan perjuangan seluruh awak kapal. Keadaan ini menggambarkan sekian besarnya tantangan yang dihadapi masyarakat dan kebudayaan Melayu dalam merentas dan menjalani hidup di dunia ini. Namun pada ayat berikutnya disebutkan bahawa tali kemudi berpilin tiga, ertinya untuk menghadapi caaran budaya ini masyarakat Melayu sudah bersiap-siap dengan pilinan tali kemudi berjumlah tiga. Maknanya dalam menghadapi tantangan tamadun, masyarakat Melayu sudah menyiapkan unsur ulama, pemerintah, dan rakyat yang bekerja bersama-sama.

Bait ketiga lagu ini mengingatkan pentingnya kewaspadaan dan keberpihakan pihak penguasa (pemerintah atau kerajaan) kepada rakyat yang dipimpinnya, dengan berasaskan kepada kefahaman ilmu yang

Page 9: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 9

diturunkan oleh generasi pendahulu orang-orang Melayu. Dalam hal ini nakhoda harus faham akan ilmu kelautan, ke arah mana yang hendak dituju, bagaimana menghadapi gelombang. Dalam erti lain, pemimpin Melayu harus faham dengan sistem pendidikan Melayu yang tercakup dalam adat Melayu, seperti yang dikonsepkan dalam adat bersendikan syarak dan syarak bersendikan kitabullah. Dengan mengikuti ajaran ini, insya Allah pimpinan dan rakyat Melayu akan selamat menghadapi gelombang zaman, seperti yang tercermin dalam teks berikut: Kalau nakhoda kalau nakhoda kuranglah faham hai kuranglah faham; Alamatlah kapal alamatlah kapal akan tenggelam; Lancang kuning belayar malam.

Dalam kebudayaan Melayu di Sumatera Utara, untuk memohon kepada Allah agar sesebuah kampung terhindar daripada musibah dan malapetaka, maka masyarakat Melayu hingga hari ini mengadakan upacara yang disebut melepas lancang. Upacara ini dilakukan pada masa-masa ketika sesebuah desa mengalami musibah, seperti beberapa warganya hilang di laut, banjir besar, wabak penyakit dan sebagainya. Jadi lancang (perahu) mempunyai makna dan lambang tersendiri dalam kebudayaan Melayu, termasuk di Sumatera Utara.

Joget atau Ronggeng

Joget atau ronggeng atau dondang sayang adalah sebuah genre seni muzik dan tari dalam budaya Melayu yang asal-usulnya merupakan hasil daripada proses akulturasi di antara budaya Melayu dengan budaya Barat (terutamanya Portugis). Kesenian ini diperkirakan menyadur seni tari branle atau branyo daripada Portugis, berupa irama rentak joget dalam metrik 6/8, dan tempo yang relatif cepat dan sesuai untuk mengiringi tariannya. Unsur Melayu misalnya dalam penggunaan pantun dan tempo yang disebut senandung atau asli. Selain itu unsur muzik Melayu lainnya dalam ronggeng adalah penggunaan rentak mak inang atau inang, yang menggunakan meter empat, temponya sedang iaitu sekitar 100 ketukan dasar per minitnya. Diisi oleh onomatopeik gendang: tung, tak, ding dan dang, yang masing-masingnya diwakili oleh not seperempat. Seni ronggeng ini juga menyadur berbagai-bagai unsur tari dan lagu yang ada di Nusantara, seperti tari jaipongan daripada Sunda, tari teledhek daripada budaya Jawa, tortor daripada budaya Toba dan Mandailing-Angkola, serta tarian daripada Eropah seperti: wals, tango, salsa, rumba dan lainnya. Sementara lagu-lagu yang disadur dari kebudayaan Nusantara misalnya lagu: Es Lilin daripada budaya Sunda, Kembang Kates daripada budaya Jawa, Rek Ayo Rek daripada budaya Jawa, Haji Lahore daripada Minangkabau, Si Pegge Supir dan Raja Doli daripada budaya Toba, Piso Surit dan Biring Manggis daripada budaya Karo. Seni ronggeng ini sangat elastis dalam menerima kebudayaan lain kerana fungsi utamanya adalah sebagai saluran integrasi sosial di Sumatera Utara. Contohnya lagu yang terkenal dalam konteks persembahan ronggeng di Sumatera Utara adalah Bunga Tanjung seperti pada notasi berikut ini.

Bunga Tanjung Bungalah tanjung putih berseri Dipakai oleh dipakailah oleh tuan puteri Hiasan sanggul kanan dan kiri Menambalah cantik menambalah cantik dipandang berseri

Bungalah tanjung kembang tak jadi Jatuhlah berserak jatuhlah berserak di tengah laman Hancur hati kerana budi Budilah sedikit budilah sedikit jadi kenangan Bungalah tanjung kembang tak jadi

(Sumber: penyanyi Khairuddin, Belawan, Sumatera Utara, seperti yang dinyanyikannya untuk Muhammad Takari pada penyelidikan 14 April 1996, irama senandung atau asli).

Teks lagu Bunga Tanjung di atas menggambarkan tentang indahnya bunga tanjung yang berwarna putih dan dipandang berseri. Kemudian bunga tanjung itu dipakai oleh seorang puteri, dalam bentuk hiasan sanggul kanan dan kiri. Sehingga menambah cantik tuan puteri dan dipandang berseri. Di sini tampak bahawa bunga tanjung selain sebagai hiasan juga memiliki lambang iaitu lambang seorang perempuan yang cantik, wangi dan berseri. Namun di sebalik keindahan dan berserinya bunga tanjung itu ternyata kelopaknya tidak menjadi berkembang. Bunga tanjung ini jatuh dan gugur layu sebelum berkembang di tengah halaman. Bunga tanjung yang gugur layu ini adalah lambang telah layunya cinta yang dibina, seperti yang dikuatkan oleh teks berikutnya. Budi sedikit jadi kenangan, maksudnya adalah budi tuan puteri kepada seseorang yang mendambakan cintanya. Budi tuan puteri menjadi kenangan setiap saat, namun apalah daya cinta yang mulai bersemi itu tak jadi berkembang seperti halnya bunga tanjung kembang tidak jadi. Demikian kira-kira mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu ini.

Page 10: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 10

Tanjung Katung

Mengikut tajuk lagu ini, maka boleh pula ditafsirkan bahawa Tanjung Katung adalah nama salah satu kawasan Melayu, berupa tanjung, iaitu daratan yang menjorok ke tepi laut. Banyak nama-nama tempat dalam wilayah budaya Melayu di Sumatera Utara yang menggunakan istilah tanjung ini, misalnya: Tanjung Balai Asahan, Tanjung Leidong, Tanjung Gusta, Tanjung Medan, Tanjung Halaban, Tanjung Kasau, Tanjung Tiram, Tanjung Morawa dan sebagainya. Secara struktural lagu ini menggunakan rentak joget atau lagu dua, iaitu rentak cepat, iaitu sekitar 304 ketukan dasar, yang diwakili not seperlapan, dalam satu minit, yang menggunakan birama enam perlapan, dan

Page 11: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 11

biasanya digunakan mengiringi muzik dan lagu di bahagian pecahan dalam pasangan tari dan lagu. Sementara itu, lagu ini menggunakan tangga nada major, yang mendukung suasana komunikasi gembira dan menghibur diri. Durasi nada yang digunakan adalah not seperempat, seperlapan, seperenam belas, sepertiga puluh dua dan not-not bertitik yang dikomposisikan mengikuti rentak yang digunakan. Kerana tempo lagu relatif cepat, hiasan melodi, hanya mungkin dilakukan oleh penyanyi lagu ini di hujung-hujung frase melodi lagu sahaja, tidak memungkinkan untuk dilakukan di awal atau tengah frase melodi.

Tanjung Katung Tanjung Katung airnya biru (nyawa), Tempat hendak mencucilah muka, Tanjung Katung airnya biru (sayang), Tempat hendak (ah muka) mencuci muka, Lagi sekampung hatiku rindu, Konon (ah pula) mata jauh di mata, Lagi sekampung hatiku rindu (nyawa), Kononlah (konon mata) jauh di mata.

Satu, dua, tiga dan empat, Limanya, enam setengah, tujuh setengah (sayang), Satu, dua, tiga dan empat, Lima, enam setengah, tujuh setengah Satu dua boleh ku dapat, Manalah sama dengan adinda, Satu dua boleh ku dapat (sayang), Manalah sama dengan adinda.

Tengku Khayat ke Tanjung Pandan, Pergi memutus membawa gambir, Selagi hayat dikandung badan, Tidaklah putus (kami) harapan kami, Selagi hayat dikandung badan (tuan), Tidaklah putus (kami) harapan kami.

Teks lagu Tanjung Katung di atas terdiri daripada tiga bait (sanza) pantun asas, iaitu seperti berikut. Tanjung Katung airnya biru, Tempat hendak mencuci muka, Lagi sekampung hatiku rindu, Kononlah pula jauh di mata. Satu, dua, tiga dan empat, Lima, enam, tujuh setengah, Satu, dua boleh ku dapat, Manalah sama dengan adinda. Tengku Khayat ke Tanjung Pandan, Pergi memutus membawa gambir, Selagi hayat dikandung badan, Tidaklah putus harapan kami.

Page 12: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 12

Page 13: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 13

Page 14: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 14

Bait pertama lagu ini menjelaskan bahawa Tanjung Katung memiliki air yang biru, bererti yang

dimaksudkan air laut dan bersempadan langsung dan menyatu dengan Tanjung Katung. Tanjung ini juga tempat untuk mencuci muka. Pembayang pantun ini juga sebenarnya sepadu dengan maksud pantun, yang menggambarkan situasi tempat atau tepatnya kampung halaman, seperti yang dijelaskan dalam maksud pantun: Lagi sekampung hatiku rindu; Kononlah pula jauh di mata. Kedua baris ayat ini tampaknya menggambarkan sepasang kekasih, yang menjelaskan adanya rasa rindu kerana jauh di mata, mungkin merantau. Selama ini, ketika berada dalam satu kampung pun, keduanya saling merindu—apalagi kini jauh di mata, tentu lebih rindu lagi.

Page 15: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 15

Pada bait kedua, mesej yang hendak disampaikan adalah pujian kepada kekasih hati, iaitu lelaki yang mencintai perempuan, sebagaimana yang terdapat dalam teks: Satu, dua, tiga dan empat; Lima, enam, tujuh setengah; Satu, dua boleh ku dapat; Manalah sama dengan adinda. Ayat-ayat pembayang mengisyaratkan hitungan matematik yang merujuk kepada banyak perempuan di dunia ini, sama ada dalam angka bilangan cacah (satu, dua, tiga, empat, lima, dan enam) atau yang berupa bilangan pecahan tujuh setengah. Bilangan ini sebenarnya supaya memiliki keunikan tersendiri, dan menambah estetika pantun. Sementara ayat-ayat pada maksud pantun adalah memuji perempuan kekasih hatinya yang tidak ada duanya di dunia ini, walaupun lelaki itu dengan kepercayaan tinggi boleh sahaja mendapatkan perempuan-perempuan lain di dunia ini. Bererti dia memiliki kelebihan-kelebihan untuk memikat hati perempuan, untuk dijadikan kekasihnya. Ini adalah sifat semula jadi kaum lelaki Melayu, yang secara budaya adalah mencari pasangan hidupnya lebih agresif dan lebih dahulu mendatangi perempuan—bukan sebaliknya. Sementara sama ada perempuan atau lelaki haruslah memiliki berbagai-bagai kemampuan eksistensi untuk boleh dipilih oleh calon pasangan hidupnya. Dalam ajaran Islam dikemukakan untuk memilih jodoh ada tiga kriteria yang harus dijadikan panduan, iaitu: (a) agamanya baik; (b) hartanya dan (c) rupa atau wujud fizikalnya. Jadi yang terutama adalah agamanya.

Bait ketiga lagu Tanjung Katung masih bertemakan tentang cinta, yang tercermin sama ada menerusi pembayang: Tengku Khayat ke Tanjung Pandan, Pergi memutus membawa gambir, dan juga maksud: Selagi hayat dikandung badan, Tidaklah putus harapan kami. Tengku Khayat, maknanya adalah golongan bangsawan, orang yang terpandang secara genealogi. Dia pergi ke Tanjung Pandan, di mana kata Tanjung Pandan merujuk kepada nama tempat yang sejajar dengan Tanjung Katung. Ia pergi memutus membawa gambir. Dalam konteks budaya Melayu di Sumatera Utara, gambir adalah salah satu perlengkapan makan sirih, yang menjadi aktiviti tradisional Melayu. Makan sirih memiliki berbagai-bagai lambang budaya. Sirih itu sendiri adalah tumbuhan yang memberikan semangat hidup kepada yang memakannya, disertai pinang, gambir dan kapur. Dalam setiap upacara adat Melayu selalu disertai dengan aktiviti memakan sirih ini. Ayat pembayang tersebut menyatu dengan maksud bahawa selagi hayat (nyawa) masih lagi dikandung badan, tidaklah putus harapan kami (seseorang dan kaum keluarganya) untuk meminang dan menikahi sang gadis pujaan hati. Demikian kira-kira makna semiosis dalam ayat-ayat pantun lagu Tanjung Katung di atas. Mega Mendung

Lagu Mega Mendung ini menggunakan jenis rentak senandung, iaitu temponya relatif lambat, sekitar 60 ketukan dasar per minit, satu siklus menggunakan lapan ketukan dasar. Lagu ini ditulis dalam birama empat perempat. Lagu ini dikomposisikan untuk diiringi oleh alat muzik piano, sehingga dapat dilihat dengan jelas adanya progresi-progresi akord, yang menggunakan aspek harmonik khordal. Kemudian lagu ini menggunakan tangga minor, yang mendukung suasana mesej teks yang akan disampaikan. Not-not yang digunakan memiliki durasi: setengah, seperempat, seperlapan, seperenam belas dan not bertitik, yang dikomposisikan mengikuti jalinan melodi dan akord. Lagu ini ditulis secara preskriptif bagi panduan penyanyi dan pemain alat muzik, dan tidak terlihat gaya individu, sebagaimana roh muzik Melayu pada umumnya.

Mega Mendung Mendung si mega mendung, Mendung datang dari utara, Mendunglah datang mendung datang dari utara, Mendung si mega mendung, Mendung datang dari utara, Mendunglah datang mendung datang dari utara, Termenung jangan adik termenung, Kalau termenung rosak binasa, Termenung jangan adik termenung, Kalau termenung rosak binasa,

Sebenarnya lagu Mega Mendung di atas menggunakan satu bait pantun empat baris (stanza), nemaun kerana dinyanyikan mengikut melodi maka ayat setiap baris diulang kembali. Pantun asasnya adalah seperti yang diperturunkan berikut ini.

Mendung si mega mendung, Mendung datang dari utara,

Page 16: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 16

Termenung jangan adik termenung, Kalau termenung rosak binasa. Melihat teks pantun lagu ini, maka pada bahagian pembayang memberikan gambaran tentang suasana alam: Mendung si mega mendung; Mendung datang dari utara. Mendung yang dimaksud dalam ayat ini adalah sebagai indeks akan datangnya hujan. Mendung juga mengingatkan kepada setiap orang agar bersiap sedia untuk menerima hujan sebentar lagi, sebagai salah satu fenomena alam. Mendung juga boleh bererti kesedihan, iaitu akan datangnya air hujan yang boleh juga diertikan sebagai lambang daripada air mata kesedihan atau air mata duka. Suasana pembayang ini kemudian dirajut dengan erat oleh maksud pantun, iaitu: Termenung jangan adik termenung; Kalau termenung rosak binasa. Daripada ayat maksud ini terlihat bahawa seorang lelaki memujuk kekasihnya seorang perempuan, iaitu janganlah adik termenung sedih memikirkan masalah-masalah dunia yang tidak akan habis-habisnya. Merenung semacam ini akan membawa diri rosak binasa, iaitu dengan banyak merenungkan perkara-perkara negatif dan masalah hidup, akibatnya akan terasa psikologi dan fizikal. Maka oleh kerana itu nikmatilah hidup ini seperti mengalirnya air di sungai, alam ini kadang mendung, kadang cerah, kadang hujan, kadang panas, lalui sahaja mengikut hukum alam yang telah dirancang oleh Sang Maha Pencipta, Allah s.w.t. Sedih boleh tetapi janganlah berterusan, merenungi nasib malang boleh tetapi janganlah berkekalan. Mari kita songsong dunia ini dengan penuh harapan, bahawa takdir diri manusia adalah bahagian daripada nikmat dan anugerah yang diberikan Allah. Syair

Syair berasal daripada bahasa Arab yang membawa erti puisi atau karangan indah berangkap. Syair Melayu yang asal mengandungi empat baris serangkap dengan sajak atau irama a-a-a-a. Harun Mat Piah (1989:242) berpendapat bahawa isi dan tema syair Melayu terdiri daripada syair berupa cerita-cerita romantis, cerita sejarah, keagamaan dan kiasan. Terdapat juga syair yang bukan cerita tetapi nasihat, umpamanya nasihat agama. Setiap baris syair membawa maksud atau mempunyai pesan dan biasanya disampaikan secara lisan dan gerak anggota badan dan mimik muka merupakan komunikasi tanpa lisan yang sangat mempengaruhi penghayatan syair yang didendangkan. Struktur dalaman muzik yang digunakan dalam syair ialah menggunakan birama empat dalam tempo yang lambat, bahkan adakalanya setegar meter bebas. Manakala tangga nada yang digunakan adalah tangga nada minor harmonis, yang memberikan suasana dramatikal terhadap teks syair. Kontur melodinya secara umum membentuk garisan pendulum. Sementara itu gerenek mendapat penekanan utama dalam syair, yang menambah unsur estetika. Berikut contoh syair cerita sejarah yang bertajuk Puteri Hijau.

Page 17: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 17

Page 18: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 18

SELENDANG DELIMA (Melodi Pengiring Syair dalam Budaya Melayu)

Puteri Hijau Inilah cerita di Tanah Deli, Kisah yang kekal sampailah kini, Dikenang orang di seluruh negeri, Tunjuk ajar dari cerita ini.

Puteri hijau cantik bestari, Elok parasnya bijak bestari, Kepada sesama merendah hati, Hidup di istana tak sombong diri.

Istana Maimoon di Tanah Deli, Sultan memerintah amatlah pandai, Mengurus negeri makmur dan permai, Berbilang kaum amat peduli.

Abangda bernama Mambang Hayali, Bersama dengan Si Mambang Yazid, Pelbagai ilmu mereka kuasai, Kelak memimpin negeri yang wahid

Tetapi mula terjadi petaka, Sultan Aceh gila kuasa, Puteri Hijau dikahwin paksa, Seluruh negeri gundah gulana .

Perang terjadi di malam dan siang, Sangat kuatnya pasukan garang,

Tipu muslihat menebar wang, Rakyat memburu lupakan perang

Abangda menjelma menjadi meriam Mengamuk menerjang musuh diredam. Batas usaha akhirnya padam,

Page 19: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 19

Terbelah meriam kerana kepanasan. (Sumber: dinyanyikan oleh Tengku Muhammad Daniel, Al-Haj, Medan, Sumatera Utara kepada Muhammad Takari dalam rangka penyelidikan, tahun 2003).

Kalau kita lihat teks syair Puteri Hijau di atas tampak bahawa syair tersebut berasas kepada pantun empat baris, dengan menggunakan persajakan rata (a-a-a-a). Namun agak berbeza dengan pantun pada umumnya, semua baris teks syair ini merupakan maksud atau isi, tidak disertai pembayang. Sementara teks berisikan mesej tentang sejarah (legenda) Puteri Hijau. Dia adalah seorang puteri raja di Kesultanan Deli (Gasip), yang terkenal kerana kecantikannya. Sehingga Sultan Aceh ingin mengahwininya dengan cara paksa. Oleh kerana dia menolak, maka Sultan Aceh memerangi Kesultanan Deli. Pada saat perang, tentera Aceh memakai tipu daya dengan menebarkan wang syiling ke arah pasukan Deli, akhirnya mereka mengambil uang tersebut dan dapat ditawan oleh pasukan Aceh. Melihat situasi yang sedemikian rupa, dua abang Puteri Hijau, yang bernama Mambang Hayali dan Mambang Yazid mengubah dirinya menjadi meriam, kerana keduanya memiliki ilmu kesaktian. Keduanya menembakkan peluru-pelurnya ke arah pasukan Aceh. Namun apa daya, kerana asyiknya menembakkan peluru, akhirnya meriam jelmaan ini pecah, dan akhirnya menjadi meriam puntung. Kini meriam tersebut boleh dilihat di depan sebelah kanan Istana Maimoon Kesultanan Deli.

Kesimpulan

Setelah dihuraikan secara mendalam mengenai komunikasi lisan dalam lagu dan tari Melayu Sumatera Utara, maka perlu disimpulkan pada bahagian penghujung bab ini. Bahawa pada asasnya komunikasi lisan dalam lagu-lagu Melayu Sumatera Utara ialah menggunakn bahasa Melayu dialek dan sosiolek Sumatera Utara. Bahasa yang dipakai tidak formal mengikuti bahasa Indonesia. Sebahagian lain seperti barzanji dan marhaban menggunakan bahasa Arab. Muzik Melayu Sumatera Utara dalam persembahannya mengutamakan lagu yang disajikan dengan menggunakan teks (lirik). Dengan demikian muzik Melayu boleh dikategorikan sebagai logogenik. Teks ini berasas pula kepada gere-genre puisi tradisional Melayu, terutama pantun empat baris yang mendapatkan peranan di sebilangan besar lagu-lagu Melayu. Di samping itu ada genre hadrah, nasyid, marhaban, barzanji, gurindam, syair, dodoi didodoi dan sebagainya. Bentuk teks komunikasi lisan dalam lagu Melayu Sumatera Utara berkait rapat dengan bentuk melodi. Bahasa yang disajikan dalam lagu ini biasanya berupa perulangan-perulangan (repetisi), mengikuti perulangan frasa-frasa dan bentuk melodi. Persembahan teks ini agak lentur sifatnya dibandingkan dengan penyajian dalam gaya bahasa verbal biasa. Dalam lagu-lagu Melayu, teksnya selalu menggunakan kata-kata seru (interyeksi), yang fungsinya adalah untuk memberikan kesan estetika, dan juga mengikut bentuk melodi agar terjadi relevansi antara waktu dan ruangnya. Teks lisan lagu-lagu Melayu ini sifatnya lentur, ertinya boleh dipanjangkan ataupun dipadatkan. Hal ini dilakukan mengikut kehendak estetika penyanyi. Teks lagu-lagu Melayu Sumatera Utara ini bagaimanapun selalu dipersembahkan dengan menggunakan unsur-unsur komunikasi bukan lisan seperti melodi, tangga nada, wilayah nada, frekuensi pemakaian nada, formula, kontur, rentak dan sejenisnya. Dalam persembahan bentuk komunikasi lisan dan bukan lisan ini biasanya digunakan secara bersama-sama. Daftar Pustaka Abdul Latiff Abu Bakar (ed.). 2000. Media dan Seni Warisan Melayu Serumpun dalam Gendang Nusantara. Kuala

Lumpur: Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Malm,William P., 1977. Music Cultures of the Pacific, Near East, and Asia. New Jersey: Prentice Hall, Englewood

Cliffs; serta terJemahannya dalam bahasa Indonesia, William P. Malm, 1993, Kebudayaan Musik Pasiflk, Timur Tengah, dan Asia, dialihbahasakan oleh Muhammad Takari, Medan: Universitas Sumatera Utara Press.

Martinez, José Luiz, 1994. “Practicing Musical Semiotics.” Musiikkitiede 6(1/2), 158-163. Martinez, José Luiz, 1996. “Icons in Music: a Peircean Rationale.” Semiotica 110 (1/2), 57-86. Martinez, José Luiz,1997. Semiosis in Hindustani Music. Imatra: International Semiotics Institute. Mohd Anis Md. Nor, 1995. "Lenggang dan Liuk dalam Tari Pergaulan Melayu," Tirai Panggung, jilid 1, nomor 1. Muhammad Takari, 2010. Bentuk dan Komunikasi dalam Lagu dan Tari Melayu di Sumatera Utara. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya. Disertasi Ph.D. Tengku Luckman Sinar, 1990. Pengantar Etnomusikologi dan Tarian Melayu. Medan: Perwira. Yoshiyuki, Tsurumi, 1981. Malaka Monogatari: Sebuah Kisah di Melaka. Tokyo: Jiji Tsuushinsa.

Page 20: LAGU-LAGU MELAYU SEBAGAI KOMUNIKASI LISAN

Muhammad Takari, Lagu-lagu Melayu sebagai Komunikasi Lisan Halaman 20

Rajah Komunikasi Lisan dalam Lagu Melayu

Tentang Penulis Muhammad Takari, Dosen Fakultas Ilmu Budaya USU, lahir pada tanggal 11 Januari 1966 di

Labuhanbatu. Menamatkan Sekolah Dasar, Sekolah Menengah Pertama, dan Sekolah Menengah Atas di Labuhanbatu. Tahun 1990 menamatkan studi sarjana seninya di Jurusan Etnomusikologi, Fakultas Sastra Universitas Sumatera Utara. Selanjutnya tahun 1998 menamatkan studi magister humaniora pada Program Pengkajian Seni Pertunjukan dan Seni Rupa Universitas Gadjah Mada Yogyakarta. Tahun 2010 menyelesaikan studi S-3 Pengajian Media Komunikasi di Universiti Malaya, Malaysia. Aktif sebagai dosen, peneliti, penulis di berbagai media dan jurnal dalam dan luar negeri. Juga sebagai seniman khususnya musik Sumatera Utara, dalam rangka kunjungan budaya dan seni ke luar negeri. Kini juga sebagai Ketua Departemen Etnomusikologi, Fakultas Ilmu Budaya USU dan Ketua Departemen Adat, Seni, dan Budaya Majlis Adat Budaya Melayu Indonesia (MABMI). Kantor/ Ibu Pejabat: Jalan Universitas No. 19 Medan, 20155, telefon/fax.: (061)8215956. Rumah: Tanjungmorawa, Bangunrejo, Ds I, No. 40/3, Deliserdang, 20336, e-mail: [email protected].