Lahad Datu Edisi BERAPI

download Lahad Datu Edisi BERAPI

of 3

description

sabah

Transcript of Lahad Datu Edisi BERAPI

  • Create an account Ahad : 3 Mac 2013

    @ 20 Rabiul Akhir 1434H

    TERKIN

    I..

    Kantoi: Pemimpin utama Sulu hadir Perhimpunan Agung Umno 2012? Terkini: 6 polis maut, 6 anggota kumpulan bersenjata terbunuh

    Iklan Kiri

    Blog Shalehudin

    Tahukah anda?

    SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu)

    yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan

    berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

    Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu

    siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

    Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk

    Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

    Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan

    dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

    Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

    Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan

    Tanah.

    Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan

    disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan,

    terap dan sebagainya.

    Lahad Datu: Edisi BERAPI dari SabahkiniPosted on Saturday, March 02 @ 09:30:00 MYT

    Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

    Artikel Hari Ini

    [ Artikel seterusnya.. ]

    Kantoi: Pemimpin utama Sulu hadir

    Perhimpunan Agung Umno 2012?

    Terkini: 6 polis maut, 6 anggota kumpulan

    bersenjata terbunuh

    Selagi BN Berkuasa, Selesaikah Masalah Kita?

    Kita hanya serius jika

    kecurian berlaku di Istana Menteri UMNO !

    PSY : Bertindak Mengikut Pungutan

    Suara Majoriti ?

    5 anggota PDRM terbunuh, 2 penceroboh maut.

    Cu, Duduk Sebentar Atuk Terangkan

    Senjata Umno makan

    tuan...

    Rumah Undang Rembau dijadikan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat

    Umno BN peralat

    Jabatan Pertahanan Awam Malaysia berkempen dari rumah

    ke rumah

    Login

    Nickname

    Password

    Don't have an account yet?

    You can create one. As a registered user you have

    some advantages like

    theme manager, comments configuration and post

    comments with your name.

    Login

    Related Links

    More about Pendapat

    News by PenjagaKubur

    Most read story about Pendapat:

    Lahad Datu: Edisi BERAPI dari Sabahkini

    [EKSKLUSIF] Misteri

    Pertembungan Mahathir Anwar Terbongkar!

    Cerita Nik Aziz yang menyentuh jiwa...

    Us Nasha Bakal

    Bertanding Menentang Dr Hassan Ali Di Gombak Setia?

    Ni buktinya Najib patut

    Page 1 of 8TranungKite Online (TKO) - Lahad Datu: Edisi BERAPI dari Sabahkini

    03-Mar-2013http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=4118...

  • Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

    FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk

    menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

    Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga

    RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya

    sebelum ini.

    Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian

    tuntutannya.

    Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja

    mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

    Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas

    tuntutan.

    Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak

    disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

    Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat

    bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

    Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana

    beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

    Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu

    serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

    Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital

    Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

    Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan

    tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

    Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil

    kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

    Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

    Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse

    Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

    Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh

    pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

    Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd

    Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa

    Malaysia.

    Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang

    semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

    Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

    Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram

    pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

    Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di

    Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

    Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum

    pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang

    turun...

    Mengapa orang ada PHD agama hebat sombong

    Video paling aneh

    minggu neh...

    Lajim Agen Umno?

    PANAS! Peluang BN

    Semakin Pudar Di Sabah?

    Asal Usul Perkataan 'BRO'

    Article Rating

    Average Score: 5

    Votes: 1

    Please take a second and vote for this article:

    Cast my Vote!

    Options

    Cetak Artikel

    E-Mel kpd Kawan

    Page 2 of 8TranungKite Online (TKO) - Lahad Datu: Edisi BERAPI dari Sabahkini

    03-Mar-2013http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=4118...

  • DAPATKAN IKLAN BERPATUTAN DENGAN KAMI -- KLIK DI SINI

    Menu Utama

    Asas Laman Home 10 Teratas Akaun Anda

    Album Arkib Artikel Beritahu Kawan

    FAQ Forum iklan

    Kajian Komen Kotak Sembang

    Link Pilihan Masej Peribadi Muat Turun Pencarian

    PHPNuke Editor Statistik Sudut Cetak

    Topik Waktu Solat

    Tambahan GuestBook Mega Links Tempahan Iklan

    Peta Laman

    Peranan Anda

    Tambah Download Tambah Links Beritahu Kawan

    Komen/Cadangan Kaji Selidik Catat GuestBook

    Ahli Berdaftar Hantar Artikel Akaun Anda

    Mesej Peribadi SMS Percuma

    Khidmat Kami

    Download Webs Link Waktu Solat Kalendar Aktiviti

    Papar Shout Box

    Radio & TV

    TKO.fm TKO.tv WebTV1 WebTV2

    KTV WTV8 TVPAS

    WebRTV

    Bantuan & Info

    Dasar Kami FAQ Tips Webs

    TKO Versi Android

    Untuk memudahkan pengguna smartphone/smartpad atau tablet mengakses TKO

    pihak kami telah membuat RSS bagi laman TKO.

    tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

    Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang

    disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

    Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk

    mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

    Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

    Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan

    mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

    Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar

    Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa

    ke muka pengadilan.

    Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat

    sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

    Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera

    terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

    Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat.

    Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

    Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok

    daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

    Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri

    secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

    Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan

    Sabah dapat episod akan datang.

    (NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya

    membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

    Sumber: Sabahkini.net

    * Sila e-mel kepada [email protected] . Dapatkan maklumat lanjut di SINI

    1. BISNES Makanan POPULAR - Putu, BUN, Pau, PIZZA, Taufufah, CAKOI, Murtabak, CENDOL, Coklat &banyak. Pelajari Disini >>>>

    2. Kitab Tafseer, Hadith, Aqidah & Fiqh semuanya boleh di dapati di SHOUTUS SUNNAH ENTERPRISE. MURAH!!!

    3. PENAWAR GHOUT,BUASIR,MIGRAIN JUGA PRODUK KURUSKAN BADAN 5-10KG SEMINGGU DAPATKAN SEGERA

    4. Pakej UMRAH Terbaik ~ Perkhidmatan BAS PERCUMA Pergi Balik Hotel ke Masjidil Haram Setiap Waktu Solat~

    5. VIMAX ORI LAGI MURAH..SEGALA PRODUK LELAKI MURAH-MURAH SANGAT

    6. TRANSFOMASI ALKALI SEDANG MELETUP ! SYSTEM AUTO MAINTAIN! POTENSI JUTAWAN

    KEKAL! SYARIKAT DARI U.S ! TIADA SAINGAN !

    7. Mudah dan berkesan!! IKLAN, JUAL dan CARI produk, rumah, kereta, barang anda di sini, KLIK!!!

    "Lahad Datu: Edisi BERAPI dari Sabahkini" | Login/Create an Account | 7 comments | Search Discussion

    The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

    No Comments Allowed for Anonymous, please register

    Page 3 of 8TranungKite Online (TKO) - Lahad Datu: Edisi BERAPI dari Sabahkini

    03-Mar-2013http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=4118...