LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data...

30
LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN RINGKAS (TM INFOBLAST) DALAM PENGEMASKINIAN DATA EMISONLINE AYATUL KAUTHAR BIN BASEMIN @ BASEMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2013

Transcript of LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data...

Page 1: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN RINGKAS

(TM INFOBLAST) DALAM PENGEMASKINIAN DATA EMISONLINE

AYATUL KAUTHAR BIN BASEMIN @ BASEMAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan

(Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

DISEMBER, 2013

Page 2: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

PSZ 19:16 (Pin. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISט

JUDUL : LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT

PESANAN RINGKAS (TM INFOBLAST) DALAM

PENGEMASKINIAN DATA EMISONLINE

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya AYATUL KAUTHAR BIN BASEMIN @ BASEMAN No. Matriks MP 111382

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi

Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( / )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan

Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

/

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: No. 2, Jalan Pulai Mesra 7,

Bandar Baru Kangkar Pulai,

81110 Johor Bahru, Johor. Dr. Noor Azean Binti Atan Nama Penyelia

Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

ט Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

ii

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Tandatangan : ..................................................

Nama Penyelia : Dr. Noor Azean Binti Atan

Tarikh : .................................................

Page 4: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis: AYATUL KAUTHAR BIN BASEMIN @ BASEMAN

Tarikh : 23 DISEMBER 2013

Page 5: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

iv

DEDIKASI

Istimewa buat arwah isteri yang tercinta...

ALLAHYARHAMAH NORHASLINDA BINTI ABDUL GHANI

Terima kasih tidak terhingga atas sumbangan idea dan sokongan moral dalam

melengkapkan karya ini.

Putera-puteriku yang dikasihi...

AMIR ATAULLAH

AZYAN ATAULLAH

ALEESYA ATAULLAH

Menjadi sumber inspirasi bagi meneruskan perjuangan.

Page 6: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur ke

hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya projek sarjana ini dapat disempurnakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia projek sarjana ini Dr. Noor Azean Binti Atan yang juga penyelaras program

sarjana ini atas segala tunjuk ajar dan bimbingan serta saranan-saranan yang bernas dan

membina sepanjang projek kajian ini dijalankan.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua Guru Data dan

Maklumat daerah Kulaijaya yang memberi kerjasama dalam melengkapkan kajian ini.

Tidak dilupakan juga sahabat-sahabat dan saudara mara yang senantiasa

memberikan sokongan dan galakan, membantu dengan memberi idea, saranan,

bimbingan dalam penulisan laporan kajian ini. Buat putera-puteri tersayang, terima

kasih kerana senantiasa memahamiku sepanjang bergelar pelajar sarjana.

Semoga Allah S.W.T senantiasa merahmati dan memberkati kalian.

Page 7: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

vi

ABSTRAK

Pengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam Sistem

EMISONLINE sering menjadi isu kerana pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah yang

dipertanggungjawab menguruskan data semua sekolah di dalam daerah sering

mengalami masalah untuk berhubung dengan Guru Data dan Maklumat untuk memberi

nasihat, tunjuk ajar dan penambahbaikan kepada mereka. Justeru, penyelidik

merancang dan membangunkan laman kolaborasi EMIS untuk menyokong

pengemaskinian data di dalam sistem EMISONLINE. Seterusnya penyelidik

mendapatkan maklum balas daripada Guru Data dan Maklumat terhadap kemudahan

laman kolaborasi EMIS dan Sistem SMS Infoblast dari aspek kemudahan dan

pengetahuan. Responden yang terlibat adalah seramai 70 orang Guru Data dan

Maklumat di 70 buah sekolah rendah dan menengah di salah sebuah daerah negeri Johor

sebagai kajian kes bagi kajian yang dijalankan. Borang soal selidik telah digunakan

sebagai instrumen kajian. Nilai min keseluruhan adalah di antara 3.92 hingga 5.00 yang

menunjukkan kesemua Guru Data dan Maklumat tersebut memberi respon yang baik

terhadap penggunaan laman web sokongan tersebut. Menerusi analisis data yang

dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dalam

mendapatkan kekerapan, peratusan dan min bagi persepsi Guru Data dan Maklumat

terhadap pengetahuan dan kemudahan yang terdapat di dalam laman kolaborasi EMIS

dan sistem khidmat pesanan ringkas TM Infoblast. Hasil kajian menunjukkan persepsi

Guru Data dan Maklumat terhadap penggunaan laman kolaborasi EMIS Kulaijaya dan

sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada pada tahap tinggi. Cadangan dikemukakan

kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pengguna laman web kolaborasi ini juga mampu

mengurangkan kesilapan pengemaskinian data EMISONLINE dan ianya telah

diimplementasikan sepenuhnya dalam laman web ini bagi meningkatkan lagi

keupayaan pengurusan data EMISONLINE supaya data dan maklumat pendidikan

daerah berada dalam kebolehpercayaan, tepat dan mempunyai kesahan data yang

Page 8: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

vii

tinggi. Pengurusan terhadap pengemaskinian data berkenaan memerlukan pelaksanaan

dan tindakan segera oleh guru data dan maklumat agar maklumat yang disalurkan

mampu diakses oleh pihak atasan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan

seterusnya dapat dicapai segera. Selain itu, ketepatan terhadap perubahan data yang

dikehendaki mampu memenuhi kehendak yang diperlukan oleh pihak PPD/JPN/KPM.

Justeru bagi mengatasi permasalahan ini, sebuah platform bagi memudahkan maklumat

yang disampaikan kepada Guru Data dan Maklumat sekolah jelas dan tepat

dibangunkan agar pengemaskinian data ini dapat dilakukan dengan efisien serta dalam

jangkamasa yang lebih singkat. Rentetan daripada penyelesaian masalah ini, penyelidik

merekabentuk dan membangunkan sebuah laman kolaborasi EMIS dengan dibantu

Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (TM Infoblast) dalam pengemaskinian data

EMISONLINE bagi salah sebuah daerah dalam negeri Johor.

Page 9: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

viii

ABSTRACT

Updating data by Data and Information Teacher in EMISONLINE often an

issue because officials who responsible at the District Education Office to manage data

for all schools in the district sometimes have problems relating the Data and

Information Teacher to provide advice, guidance and improvements for them. Thus,

researcher designing and developing an EMIS web collaboration to support the

updating of the data in the EMISONLINE system. Next, the researcher get feedback

from the Data and Information Teacher on the facility of EMIS site collaboration and

SMS Infoblast system in terms of facilities and knowledge. Respondents are 70 Data

and Information Teacher in 70 primary and secondary schools in a district of the state

of Johor as a case study for the research. A questionnaire was used as an instrument.

The overall mean value was between 3.92 and 5.00 indicating all Data and Information

Teacher respond well to the use of the support website. Through data analysis

performed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) in frequency,

percentage and mean for the perception of data and information to knowledge and

facilities available at the site EMIS collaboration and short messaging system TM

Infoblast. The results showed that the perception of data and information on the use of

EMIS Kulaijaya collaboration sites and short message TM Infoblast is at a high level.

Proposal submitted to the Ministry of Education (MOE), the State Education

Department (NRD) and the District Education Office (DEO). The website of this

collaboration could also reduce errors in updating EMISONLINE data and it was fully

implemented in the website to further enhance data management capabilities so that

EMISONLINE educational data and information in the district is in the reliability,

accuracy and data validity. Management of data updates require implementation and

immediate action by the Data and Information Teacher that transmitted information can

be accessed by a higher authority, namely the Ministry of Education Malaysia and can

be reached immediately. In addition, the accuracy of the data changes required to be

able to meet the requirements needed by the DEO/NRD/MOE. Hence to overcome this

Page 10: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

ix

problem, a platform to facilitate information and data presented to the teacher of the

school clear and accurate information is developed to update this data can be performed

efficiently and in a shorter period. The sequence of solving this problem, researchers

designing and developing a collaborative site EMIS assisted Short Messaging System

(TM Infoblast) in EMISONLINE data updates for a district in the state of Johore.

Page 11: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

x

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Halaman Pengakuan

Halaman Dedikasi

Halaman Penghargaan

Abstrak

Abstract

Halaman Kandungan

Halaman Senarai Rajah

Halaman Senarai Jadual

Halaman Senarai Singkatan

Halaman Senarai Lampiran

ii

iii

iv

v

vi

viii

x

xiv

xv

xvi

xvii

1 PENDAHULUAN

1.1

1.2

1.3

1.4

1.5

1.6

1.7

1.8

1.9

1.10

Pengenalan

Latar Belakang Masalah

Pernyataan Masalah

Objektif Kajian

Persoalan Kajian

Skop Kajian

Batasan Kajian

Rasional Kajian

Kepentingan Kajian

Definisi Operasi

1

3

10

12

12

12

13

13

14

14

Page 12: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

xi

1.11

i) Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan Atas

Talian (EMISONLINE)

ii) Laman Kolaborasi

iii) Guru Data dan Maklumat

iv) Guru Interim

v) Kesahan Data

Kesimpulan

14

15

15

15

15

16

2 KAJIAN LITERATUR

2.1

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6

2.7

Pengenalan

Kajian Berkaitan Web Berpangkalan Data

Kepentingan Pembangunan Sistem Maklumat

Berpangkalan Data Menerusi Web

Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan

(EMISONLINE)

2.4.1 Kemudahan EMISONLINE

Laman Web Kolaborasi

Model Reka Bentuk Instruksi Dalam Pembangunan

Laman Web

2.6.1 Model Reka Bentuk Laman Web

2.6.2 Model ADDIE

2.6.2.1 Fasa Analisis

2.6.2.2 Fasa Reka Bentuk

2.6.2.3 Fasa Pembangunan

2.6.2.4 Fasa Pelaksanaan

2.6.2.5 Fasa Penilaian

Penutup

17

17

20

22

23

26

30

32

34

34

35

35

36

36

36

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1

3.2

Pengenalan

Reka Bentuk Model Instruksi (ADDIE)

3.2.1 Fasa Analisis

38

38

39

Page 13: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

xii

3.3

3.2.1.1 Objektif Kajian

3.2.1.2 Kumpulan Sasaran

3.2.1.3 Skop Pengisian Laman Web

3.2.1.4 Pemilihan Perisian Laman Web

3.2.1.5 Pemilihan Perkakasan Komputer

3.2.2 Fasa Reka Bentuk

3.2.2.1 Reka Bentuk Informasi

3.2.2.2 Reka Bentuk Interaksi

3.2.2.3 Reka Bentuk Antaramuka dan

Persembahan

3.2.3 Fasa Pembangunan

3.2.4 Fasa Pelaksanaan

3.2.5 Fasa Penilaian

Penutup

39

39

40

41

43

43

46

47

50

53

54

54

54

4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

Pengenalan

Pengurusan Fail dan Penyebaran Laman Web

Ciri-ciri dan Paparan Laman Web

Menu Utama

Menu Log Masuk

Ikon EMIS – UMICT KULAIJAYA

Menu Panduan Am

Ruangan Komen

Penutup

56

56

57

58

60

61

62

62

64

5 ANALISIS DATA

5.1 Pengenalan

5.2 Analisis Data Soal Selidik Guru Data dan Maklumat

5.3 Perbandingan Data

5.4 Penutup

65

65

70

74

6 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

Page 14: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

xiii

RUJUKAN

6.1

6.2

6.3

6.4

6.5

6.6

6.7

Pengenalan

Perbincangan

Masalah atau kekangan Yang Dihadapi

i) Masa

ii) Kemahiran Teknikal

Kelebihan Laman Web

Kelemahan Laman Web

Cadangan

i) Memperbaiki Reka Bentuk Laman Web

ii) Memperluaskan Skop Penggunaan Laman Web

Penutup

75

75

76

76

77

77

78

79

79

79

79

80

LAMPIRAN

87

Page 15: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA

SURAT

2.1

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE

Kerangka model reka bentuk hipermedia

Carta Alir Bagi Laman Web

Paparan Laman Web Utama

Paparan Bagi Ruangan Komen

Paparan bagi Sumber Rujukan dan Pautan

Paparan muka hadapan (Laman Utama)

Paparan Utama Laman Kolaborasi EMIS

Kulaijaya

Paparan Utama Laman Utama

Paparan Menu Muat Turun

Paparan Menu Kajian Beban Tugas Guru Data

– JPN Johor

Paparan Menu Log Masuk

Paparan Ikon EMIS Menu Log Masuk

Paparan Menu Log Masuk Bagi Pentadbir

Sistem

Paparan Panduan Am Untuk Pengguna Laman

Web

Paparan Ruangan Komen (Kolaborasi)

Paparan Ruangan Menaip Komen (Kolaborasi)

34

43

45

46

49

50

51

58

59

59

60

61

61

61

62

63

63

Page 16: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

5.1

5.2

5.3

5.4

5.5

5.6

5.7

Maklum Balas Responden Terhadap Setiap

Item

Dari Aspek Kemudahan

Maklum Balas Responden Terhadap Setiap

Item

Dari Aspek Pengetahuan

Min Kemudahan Dalam Pengemaskinian Data

EMISONLINE

Min Pengetahuan Dalam Pengemaskinian Data

EMISONLINE

Statistik Min Aspek Kemudahan Bagi

Keseluruhan Guru Data dan Maklumat (GDM)

Terhadap Setiap Item Dalam Pengemaskinian

Data EMISONLINE

Statistik Min Aspek Pengetahuan Bagi

Keseluruhan Guru Data dan Maklumat (GDM)

Terhadap Setiap Item Dalam Pengemaskinian

Data EMISONLINE

Min Keseluruhan Bagi Persepsi Guru Data dan

Maklumat (GDM) Terhadap Setiap Item

Dalam Pengemaskinian Data EMISONLINE

66

67

69

70

71

71

72

Page 17: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

xvi

SENARAI SINGKATAN

GDM - Guru Data Dan Maklumat

EMIS KJ - EMIS Kulaijaya

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

PKG - Pusat Kegiatan Guru

Page 18: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A

Contoh Soal Selidik

87

B

Min Aspek Kemudahan Bagi Keseluruhan

Guru Data dan Maklumat (GDM) Terhadap

Setiap Item Dalam Pengemaskinian Data

EMISONLINE

92

C

Min Aspek Pengetahuan Bagi Keseluruhan

Guru Data dan Maklumat (GDM) Terhadap

Setiap Item Dalam Pengemaskinian Data

EMISONLINE

96

Page 19: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Peredaran teknologi dan maklumat (ICT) masa kini semakin berkembang dan

menjadi semakin berkembang di dalam bidang pendidikan. Ianya selaras dengan

perkembangan era globalisasi dunia tanpa sempadan. Perkembangan teknologi dan

maklumat banyak membantu dalam memudahkan pengurusan dan mempercepatkan

segala urusan berkaitan pendidikan. Teknologi bukan sahaja digunakan di dalam

pengajaran dan pembelajaran tetapi ia juga digunakan bagi membantu di dalam

pengurusan sekolah. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, telah banyak teknologi

yang dikatakan berjaya, namun daripada sokongan kepada pengajaran dan

pembelajaran juga, kita perlu melihat jika teknologi itu membantu banyak kepada

tenaga kepada pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Dalam pendidikan, terdapat dua pecahan berkenaan implementasi teknologi

dilaksanakan dan digunakan. Pertama adalah teknologi yang digunakan untuk

pengajaran dan pembelajaran. Kedua, teknologi yang digunakan untuk pengurusan.

Penggunaan dan perkembangan ICT yang meluas dalam bidang pendidikan ini telah

memberi kesan secara langsung terhadap pengurusan sekolah. Impak ICT dan teknologi

terhadap pengurusan sekolah ternyata banyak menyumbang kepada perkembangan dan

pembangunan yang lebih baik dan efektif dalam bidang pengurusan. Teknologi telah

banyak membantu pihak sekolah dalam menguruskan pendaftaran murid, kewangan

sekolah, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu

mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Dalam

konteks sekolah kini, kebanyakan sistem pengurusan pejabat menggunakan peralatan

komputer dengan menggunakan perisian-perisian seperti MS Excel untuk kewangan

Page 20: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

2

sekolah, sistem maklumat asas pendidikan pengurusan (EMIS) yang membolehkan

capaian mudah kepada data pelajar dan staf, sistem pengautomasian pejabat (OAS)

untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian pejabat dengan

menghasilkan kerja yang lebih pantas dan lebih kemaskini. Selain itu terdapat juga

aplikasi berasaskan komputer iaitu dalam pengurusan skim pinjaman buku teks yang

dibangunkan menggunakan perisian berpangkalan data yang telah dapat membantu

pengurusan dalam proses pinjaman buku dengan lebih teratur. Walau bagaimanapun,

pengimplimentasian teknologi berkomputer ini perlu dipilih bergantung kepada situasi

pengurusan sesebuah organisasi.

Menurut Hafiza (2009), data merupakan fakta mentah yang dimasukkan ke

dalam sistem untuk diproses dan dipaparkan sebagai maklumat. Melalui era teknologi

maklumat dengan penggunaan teknologi komputer ini adalah sangat sesuai digunakan

dalam pengendalian sesebuah organisasi. Contohnya sistem pengurusan yang

melibatkan data yang banyak bagi mempercepatkan pengurusan serta perekodan

maklumat tanpa perlu melakukannya secara manual. Sebagai contoh adalah Sistem

Maklumat Staf, iaitu sebuah sistem berpangkalan data yang telah dibangunkan pada

tahun 1989 oleh Bahagian Perkhidmatan Komputer, KPM yang mengandungi butir-

butir peribadi setiap guru dan sejarah professional seterusnya membantu dan

memudahkan laporan dijanakan. Pada tahun 1991, ia telah diperkenalkan kepada

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) (Markhaini, 2003) bagi pengurusan data guru. Ini

dianggap sebagai berguna untuk beberapa bahagian di Kementerian Pelajaran

khususnya Bahagian Sekolah dan JPN.

Selain daripada itu, antara sistem yang telah berjaya penggunaannya adalah

sistem maklumat pencapaian pelajar. Melalui sistem ini juga telah membantu dalam

penambahbaikan pengurusan data murid sedia ada. Penambahbaikan melalui teknologi

berkomputer haruslah berbentuk sokongan terhadap sistem yang sedia ada agar

pengemaskinian data lebih efisien dan mudah diakses.

Laman web telah memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. Namun,

laman web itu kadangkala tidak boleh berdiri dengan sendirinya. Ia perlu diintegrasi

dengan sesuatu teknologi yang baru seperti adanya teknologi mudah alih agar ianya

mudah dicapai. Oleh itu, teknologi laman web dan mudah alih perlu diintegrasikan

bersama supaya ia dapat menghasilkan satu sistem yang lebih baik sebagai

penambahbaikan. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, penyelidik akan

membangunkan laman web dengan pengintegrasian bersama sistem SMS Infoblast

Page 21: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

3

dalam menyokong penggunaan sistem EMISONLINE agar lebih efektif serta pihak

sekolah dapat mengemaskini data dengan lebih baik, cepat, tepat dan sistematik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Bersandarkan kepada Perakuan 264 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah

menyatakan kepentingan maklumat, data dan idea pelajaran sebagai faktor pembantu

kepada perancangan pelajaran. Unit Data Pelajaran (Unit Data Bank) telah diperakui

bukan sahaja menjadi unit data bahkan juga sebagai unit idea. Untuk menjadikan unit

ini sebagai unit yang berkesan, keupayaan tenaga pegawai serta sistem simpanan dan

dapatan balik hendaklah diperkukuhkan.

Di dalam Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 4/2011

yang telah diadakan pada 22-24 September 2011, “Mesyuarat telah memutuskan

bahawa data berkaitan sekolah, guru dan enrolmen yang terdapat dalam Aplikasi EMIS

merupakan data rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Justeru itu, data ini

akan diguna pakai dalam perancangan dan pembangunan pendidikan”.

Demi kelancaran proses pengumpulan data dan maklumat tentang guru, staf dan

enrolmen murid di sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan inisiatif

dengan menjalankan beberapa siri evolusi generasi kaedah pengumpulan maklumat.

Bermula dengan kaedah kertas, kaedah disket atau elektronik dan kini kaedah atas talian

(online). Kaedah kertas menggunakan borang cetakan stensil, cetakan Borang

Berkomputer, cetakan borang OMR dan kemudiannya dianalisis dengan menggunakan

aplikasi pangkalan data EPRDB4 (Extended Package For Relational Data Base Release

4) yang dibangunkan sendiri oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (BPPDP).

BPPDP adalah agensi yang diperakukan oleh Jawatankuasa Kabinet bagi

mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 untuk mengendalikan pengurusan

maklumat dan perangkaan asas pendidikan. BPPDP telah membangunkan Sistem

Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) khusus untuk pengumpulan dan

penganalisisan data sekolah. Bagi memudahkan pelaksanaan EMIS, pihak KPM telah

membekalkan perkakasan dan perisian komputer ke sekolah serta mewujudkan satu pos

jawatan di sekolah yang bertanggungjawab mengumpul dan menguruskan data EMIS

ini yang dikenali sebagai Guru Data dan Maklumat (GDM).

(Pembangunan Pendidikan 2001-2010 – Blueprint KPM)

Page 22: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

4

SMPP/EMIS merupakan satu sistem yang terurus bagi memungut, memproses,

menyimpan, mencapai dan menyebar data dan maklumat untuk menyokong aktiviti-

aktiviti utama dan kitaran pengurusan pendidikan bagi pengurus dan pembuat

keputusan di semua peringkat di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 2001). Ia

termasuk penyepaduan pengkalan data yang sedia ada dan pembangunan polisi dan

prosidur untuk meningkatkan penggunaan data pendidikan untuk membuat keputusan

seperti agihan sumber, perancangan tenaga kerja dan unjuran pendidikan.

Antara objektif utama SMPP/EMIS ialah meningkatkan penggunaan data dan

maklumat dalam membuat keputusan dan penyelesaian bermaklumat. Manakala salah

satu fungsi aplikasi EMIS ialah sebagai satu alat bagi menyokong fungsi mengeluarkan

maklumat dan laporan untuk fungsi pentadbiran dan pengurusan.

Bermula pada tahun 2008, EMIS telah mengalami penambahbaikan dan dinaik

taraf kepada web-based secara berperingkat-peringkat kerana beberapa isu yang timbul

pada ketika itu. Isu pertama adalah disebabkan oleh permintaan yang mendesak untuk

mendapatkan maklumat yang terkini kerana tempoh tiga hingga empat bulan dianggap

sebagai terlalu lama untuk data operasi diguna pakai. Isu kedua, perubahan yang cepat

dan drastik dari segi dasar pendidikan mendorong kepada perubahan yang kerap

terhadap aplikasi. Keadaan ini menyebabkan perisian yang telah dikemaskini tidak

sempat diedarkan kepada 10, 000 buah sekolah di Malaysia pada masa yang singkat.

Seterusnya ketiga, perkongsian maklumat di antara bahagian-bahagian dan integrasi

dengan sistem yang lain akan menjadi lebih mudah. Keempat pula adalah penggunaan

aplikasi real-time (masa nyata) boleh mengelakkan ralat berulang dari sumber yang

primer (sekolah). Manakala terakhir adalah disebabkan oleh kehilangan atau

pertembungan guru di dalam sistem yang disebabkan oleh banyak faktor (Mohamed et

al, 2009).

Terdapat juga beberapa kelemahan kaedah kutipan sebelum EMISONLINE

yang telah dikenalpasti. Antaranya data menjadi lambat untuk ditentusahkan. Proses

lama yang terpaksa melalui banyak peringkat yang mungkin boleh menyebabkan

keciciran data. Ketiga, data telah ketinggalan apabila selesai proses verifikasi data.

Keempat, guru bertembung perlu diselesaikan pada setiap kali kutipan berlaku/

dilakukan. Pentadbir tidak dapat melihat sendiri data sekolah mereka.

Aplikasi EMIS yang diperkenalkan sejak 1980 telah memberi fokus kepada

kesahan dan ketepatan data yang tinggi. Fokus ini merupakan lanjutan kepada

penekanan asas yang termaktub di dalam Perakuan 264, Laporan Jawatankuasa Kabinet

Page 23: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

5

1979. Walaupun EMIS telah digunakan hampir 33 tahun, masih terdapat lagi Guru Data

dan Maklumat (GDM) yang tidak dapat menguasai kemahiran memasukkan data,

membuat semakan dan melakukan pembetulan ralat sehingga data tersebut bersih dan

sah. Ini bagi membolehkan data tersebut boleh digunakan di dalam perancangan,

pengurusan, keputusan dan pentadbiran di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah

(PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Sekolah dikehendaki menggunakan teknologi dan maklumat untuk menguruskan

maklumat supaya tersedia pada bila-bila masa yang diperlukan (Rashid, 1987) . Oleh

yang demikian, maklumat di sekolah hendaklah sentiasa dikemaskini, tepat, boleh

dipercayai, sahih, mempunyai kesahan data yang tinggi dan boleh dicapai pada bila-

bila masa. Kesahihan maklumat perlu dipelihara untuk mengelakkan mengambil

keputusan yang salah (Azmi, 2004).

Guru Data dan Maklumat (GDM) di sekolah yang dipertanggungjawabkan

untuk menguruskan maklumat dan data EMIS juga mempunyai tugas hakiki seperti

membuat rancangan pengajaran, mengisi rekod maklumat diri murid, mengisi kad 001,

buku laporan kokurikulum, menyediakan ujian bulanan dan penggal, memeriksa dan

menanda kertas peperiksaan, latihan harian murid serta memberi dan memasukkan

markah serta gred ke dalam fail rekod murid. Sumber tambahan tekanan akademik yang

dikenal pasti ialah beban tugas yang berat, peranan yang kurang jelas, tuntutan kerja

yang bercanggah, gangguan yang kerap dan usaha-usaha penerbitan (Goldenburg dan

Waddell, 1990). Selain tugas hakiki tersebut, tugas tambahan mereka pula ialah;

i. Menyelaras dan menguruskan data EMIS di peringkat sekolah.

ii. Bertanggungjawab memastikan data-data tersebut dikemaskini dengan

segera sekiranya terdapat perubahan maklumat yang berlaku.

iii. Bertanggungjawab dalam aktiviti pengurusan data di sekolah dari segi

pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyimpanan dan keselamatan

data.

iv. Bertanggungjawab dalam proses perolehan, penyelenggaraan peralatan dan

perisian di bawah seliaannya.

v. Menjana dan menyediakan laporan statistik atau data pendidikan di

peringkat sekolah.

Tambahan tugas ini menyebabkan segelintir guru data dan maklumat gagal

menjalankan dua tugasan dalam satu masa. Guru dibebani dengan tanggungjawab

Page 24: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

6

membekalkan maklumat yang sahih dan tepat pada masa yang dikehendaki dan

dalam masa yang sama tidak dapat mengajar dengan sempurna. Tekanan dan beban

kerja yang berlebihan seterusnya mempengaruhi sikap guru dalam penggunaan

komputer (Safie, 1990). Selain itu juga, sebahagian daripada guru data yang dilantik

oleh sekolah tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam bidang teknologi

dan maklumat. Kebanyakan masa yang sepatutnya digunakan untuk membuat

rancangan pengajaran telah lebih ditumpukan kepada mendalami kemahiran

menggunakan teknologi dan maklumat. Lemaire (2009) mendapati bahawa, guru-

guru terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran seperti, aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat,

mengendalikan program-program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar

serta, tugas-tugas pengurusan.

Kekurangan yang timbul disebabkan oleh perkara-perkara seperti di atas turut

memberi impak kepada pihak PPD, JPN dan KPM. Pegawai di PPD/JPN/KPM yang

dipertanggungjawab menguruskan data semua sekolah di dalam daerah/negeri masing-

masing sering mengalami masalah untuk berhubung dengan guru data dan maklumat

untuk memberi nasihat, tunjuk ajar dan penambahbaikan kepada mereka. Seperkara

lagi, agak sukar untuk berkongsi dan menyampaikan maklumat berbentuk salinan

digital kepada guru data dan maklumat di sekolah (Zawiyah dan Mariah, 2008)

Demi memastikan ketepatan penyampaian data dan maklumat antara pihak

sekolah dengan pegawai maklumat di Pejabat Pelajaran Daerah, satu laman web

kolaborasi dibangunkan untuk menyokong fungsi tersebut. Laman kolaborasi ini

merupakan penambahbaikan kepada fungsi sedia ada di dalam portal EMISONLINE.

Terdapat pelbagai kaedah pembangunan laman web yang boleh dilakukan. Walau

bagaimanapun, penyelidik memilih untuk menggunakan laman web menggunakan

sistem CMS (Content Management System).

CMS adalah singkatan bagi Content Management System iaitu sebuah aplikasi

web yang digunakan untuk membangunkan sesebuah laman web mengikut kerangka-

kerangka pembangunan web yang telah disediakan. CMS lebih kepada aplikasi

pengarangan berkenaan kandungan dalaman bagi sesebuah laman web. Ianya dikatakan

mudah kerana tidak memerlukan kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan dan hanya

perlu mengikut templat yang disediakan. Namun begitu, bagi pembangunan laman web

yang lebih kompleks dengan penambahan modul-modul tersendiri, ia memerlukan

Page 25: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

7

seseorang itu mahir dengan bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh aplikasi CMS

yang digunakan.

Dalam penghasilan sesebuah laman web, proses-proses seperti pembangunan,

penerbitan, kandungan yang pelbagai dan kecepatan penghasilan dapat diwujudkan

dalam penggunaan aplikasi CMS. Ini memudahkan pengguna aplikasi CMS ini

membangunkan sesebuah laman web. Kesemuanya memerlukan pengguna mengikut

templat yang disediakan. Ini memadai untuk pengguna aplikasi CMS hanya perlu tahu

menggunakan aplikasi-aplikasi komputer seperti Word, Excel dan sebagainya untuk

mengoperasikannya.

Kebanyakan perisian pengurusan kandungan ini menyediakan satu prosidur

untuk mengurus satu aliran kerja dalam persekitaran kolaborasi. Prosidur tersebut boleh

berada dalam bentuk manual atau dioperasikan secara automatik. Namun begitu, fungsi

utama bagi sistem pengurusan kandungan ini adalah untuk memaparkan maklumat

yang terkandung dalam sesebuah laman web. Antara beberapa fungsi yang ada dalam

sistem pengurusan kandungan berasaskan web ini adalah penerbitan, pengurusan

format, kawalan penyemakan semula, pengindeksan, carian dan dapatan.

Menurut Zawanah (2009), kelebihan penggunaan CMS seperti proses

pengeditan laman web dilakukan menerusi pelayar web, pengeditan laman web mudah,

reka bentuk dan persembahannya mengikut templat yang sedia ada. Selain itu,

kandungan web dapat dipersembahkan dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian dan

terdapat kandungan dan kemudahan web yang kaya dengan pelbagai format kandungan

boleh disediakan di dalam sesuatu laman web kolaborasi tersebut. Pertama adalah

kemudahan untuk menghantar berita atau pengumuman dalam masa nyata (real-time).

Kelebihan kedua, kemudahan atau fungsi memuat naik dan melampirkan

fail/foto/suara/teks atau lain-lain lagi untuk disertakan di dalam berita. Seterusnya

ketiga adalah fungsi untuk memuat turun fail tertentu mengikut ketetapan yang telah

dilakukan oleh pengelola laman. Keempat pula adalah platform khas bagi berbincang,

bersoal-jawab, memberi komen dan sebagainya dimantapkan fungsi menulis dan

memaparkan komen. Perbincangan yang diadakan dalam laman ini juga adalah

perbincangan bagi pengunjung yang mempunyai kata laluan sahaja. Ia tidak melibatkan

perbincangan secara global. Malah topik yang dibincangkan tidak dapat dipaparkan

secara terbuka. (Sajap, 2009). Manakala kelima, kawalan ketat dari segi keselamatan

dan kerahsiaan data dan maklumat peribadi guru, staf dan murid sekolah dapat

direalisasikan dengan meletakkan fungsi Daftar Masuk dengan menaip nama pengguna

Page 26: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

8

dan kata laluan pengguna. Dalam kaedah ini, hanya pengguna berdaftar sahaja yang

boleh memuat turun data. Fungsi keenam adalah fungsi semakan rekod bahan dimuat

turun serta pengunjung berdaftar yang telah mendaftar masuk juga boleh dilihat dan

diketahui dengan hanya beberapa klik. Manakala yang terakhir pula adalah pengguna

boleh mencari artikel tertentu dengan menaip kata kunci yang relevan.

Teknologi mudah alih kini telah berkembang pesat seiring pertumbuhan media

baru yang memberi ruang kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat dengan

lebih pantas dan tepat. Selain daripada akhbar dan kemudahan internet, khidmat

pesanan ringkas (SMS) adalah perantara baru yang semakin popular dalam

menyampaikan maklumat dan berita terkini. Menyedari hakikat itu, kebanyakkan

organisasi swasta mahupun kerajaan kini mengoptimumkan pengalaman meluas dalam

penyampaian maklumat seperti menerusi perkhidmatan SMS Infoblast yang disediakan

oleh Telekom Malaysia, iaitu maklumat terus ke telefon atau peranti mudah alih

pengguna.

Menurut portal rasmi Telekom Malaysia (2013), sistem Infoblast adalah satu

perkhidmatan atas talian yang membolehkan pengguna menghantar pesanan ringkas

(SMS) melalui komputer ke telefon mudah alih. Terdapat dua bentuk pesanan yang

boleh dihantar iaitu pesanan ringkas di dalam bentuk teks dan pesanan suara.

Kemudahan ini sangat mudah disediakan kerana pengguna hanya perlu mempunyai

talian tetap Telekom Malaysia dan komputer yang boleh mengakses internet. Pengguna

hanya perlu mendaftar di Telekom Malaysia untuk mendapatkan akaun Infoblast.

Pendaftaran ini boleh dibuat secara atas talian dengan hanya beberapa langkah yang

mudah. (Telekom Malaysia, 2010).

Pengguna yang ingin menghantar pesanan ringkas dengan menggunakan

Infoblast hanya perlu memasukkan beberapa maklumat asas sahaja. Bagi pengguna-

pengguna yang sudah biasa dengan Microsoft Outlook, Google Mail atau Yahoo Mail,

Infoblast sudah tentu mudah digunakan. Selepas pengguna mendaftar dan membuat

pengesahan, pengguna sudah bersedia untuk menggunakan perkhidmatan Infoblast.

Pengguna hanya perlu melayari laman web Infoblast di www.infoblast.com.my dan

memasukkan nama Infoblast dan kata laluan untuk mula menggunakannya.

Terdapat beberapa kemudahan dan ciri-ciri menarik di dalam Infoblast.

Merujuk kepada Telekom (2010) iaitu pertama, pengguna diberikan pilihan untuk

menguruskan pesanan teks atau suara samada daripada laman web Infoblast ataupun

menggunakan perisian Infoblaster. Ciri kedua adalah pengguna boleh menghantar

Page 27: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

9

pesanan teks dan suara ke pengguna talian tetap Telekom Malaysia yang lain, pengguna

telefon mudah alih dan pengguna Infoblast yang lain. Seterusnya ketiga adalah

pengguna boleh membaca pesanan teks dan mendengar pesanan suara menerusi laman

Infoblast atau perisian Infoblaster. Keempat pula adalah pengguna boleh memilih

samada mahu mendapatkan pemberitahuan samada ada mesej baru yang diterima di

dalam inbox. Manakala kelima adalah kemudahan buku alamat yang boleh

diintegrasikan bagi kedua-dua pesanan teks dan suara. Ciri yang keenam pula pengguna

boleh menjadualkan masa penghantaran pesanan mengikut tarikh dan masa yang

ditetapkan. Seterusnya ketujuh pula adalah pengguna boleh menetapkan balasan

pesanan secara automatik apabila pengguna yang menerima pesanan berada di luar

kawasan atau memajukan pesanan secara automatik ke telefon bimbit tertentu.

Manakala terakhir adalah saiz inbox sebanyak 100 Megabait bagi pengguna laman web

Infoblast.

Bayaran pendaftaran dan bulanan yang dikenakan adalah percuma. Pengguna

hanya perlu membayar harga setiap pesanan ringkas (SMS) yang dihantar sahaja. Bagi

mesej kurang dari 50,000 unit untuk setiap kitaran bil, bayarannya ialah sebanyak 12

sen bagi setiap SMS. Jumlah SMS kurang antara 50,000 unit hingga 100,000 unit untuk

setiap kitaran bil, bayarannya ialah sebanyak 11 sen setiap SMS manakala SMS

melebihi 100,000 unit untuk setiap kitaran bil, bayarannya ialah sebanyak 10 sen.

Dengan pelbagai kemudahan dan fungsi serta harga yang berpatutan, penyelidik

memilih kaedah sistem SMS Infoblast di dalam kajian ini sebagai satu alat sokongan

penyampaian maklumat kepada guru data dan maklumat di sekolah. Apabila sesuatu

maklumat atau berita disampaikan melalui laman web kolaborasi, guru data dan

maklumat tidak akan mengetahuinya sekiranya mereka tidak mengakses laman web itu

dengan segera. Justeru dengan adanya sistem SMS Infoblast ini, penyelidik akan terus

memaklumkan secara ringkas, bahan atau maklumat yang telah dimuatnaik ke laman

web kolaborasi serta arahan yang perlu dilakukan oleh guru data dan maklumat

mengikut masa dan waktu yang ditetapkan. Semua SMS yang dihantar secara pukal

kepada semua guru dan maklumat akan dipaparkan terus di dalam telefon bimbit guru

data dan maklumat tersebut. Dengan itu, guru data dan maklumat dapat bertindak

dengan cepat dan efisien.

Bagi menyokong pengemaskinian sistem EMISONLINE, penyelidik

menggunakan laman web kolaborasi untuk memasukkan berita, pemberitahuan,

hebahan dan bahan-bahan laporan semakan ralat secara berkala serta membuka ruang

Page 28: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

10

kepada guru data dan maklumat untuk bertanya soalan dan menulis komen sekiranya

perlu. Demi kerahsiaan data, hanya pengguna yang dikenalpasti mendaftar sahaja yang

boleh memuat turun laporan semakan ralat di dalam format Microsoft Excel.

Selepas berita atau laporan dimasukkan ke dalam laman web kolaborasi,

penyelidik menghantar SMS pemberitahuan dengan menggunakan sistem SMS

Infoblast tentang perkara tersebut serta arahan pengemaskinian data berdasarkan

keperluan semasa dan tempoh luput yang ditetapkan. Pada ketika itu, semua guru data

dan maklumat akan menerima SMS tersebut secara serentak dan boleh terus

memulakan proses pengemaskinian data dengan sesegera mungkin.

Justeru itu, di dalam kajian ini, penyelidik akan membangunkan sebuah laman

web kolaborasi bersama-sama pengintegrasian Infoblast dalam menyokong

pengemaskinian data sistem EMISONLINE. Manfaat ini boleh diperolehi bukan sahaja

dari segi teknologi, malah dari segi tempoh masa pengemaskinian data serta ketepatan

data yang disampaikan.

1.3 Pernyataan Masalah

Setelah 33 tahun menggunakan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan

(EMISONLINE), statistik dan kajian yang diperolehi pada setiap tahun menunjukkan

masih terdapat guru data dan maklumat yang belum menguasai kemahiran

mengemaskini dan membuat kesahan data dengan cepat dan tepat (Zawiyah dan

Mariah, 2008).

Di dalam kawasan kajian di Kulaijaya, terdapat beberapa masalah yang telah

dikenalpasti. Masalah pertama adalah disebabkan oleh guru data dan maklumat tidak

mengemaskini data bagi setiap perubahan yang berlaku di sekolah. Masalah kedua,

guru data dan maklumat keliru dan tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan setelah

menerima laporan semakan ralat EMISONLINE. Seterusnya adalah ketiga, guru data

dan maklumat serta pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tidak mempunyai platform

atau ruang untuk mengadakan diskusi, forum dan soal-jawab berkenaan masalah

pengisian dan pengemaskinian data. Keempat pula adalah guru data dan maklumat

lambat bertindak dalam tempoh masa yang diberikan untuk membuat pengemaskinian

data di dalam EMISONLINE. Masalah kelima adalah disebabkan oleh guru data dan

maklumat tidak memahami kesilapan ralat yang berlaku dan tidak tahu pembetulan

yang perlu dilakukan. Manakala terakhir adalah disebabkan oleh masalah capaian

Page 29: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

11

internet yang dikatakan sebagai penyebab maklumat tentang pengemaskinian ralat

tidak diketahui.

Selain daripada masalah di atas, pegawai maklumat di PPD juga menghadapi

masalah lain seperti memfokuskan terhadap beberapa isu melibatkan guru data dan

maklumat, pengurusan kursus dan bengkel verifikasi data bersama PPD dan JPN. Guru

data dan maklumat yang baru dilantik juga seringkali memberi alasan yang kurang

kukuh seperti tidak mengetahui cara melakukan semakan ralat dan tidak mahir

menggunakan komputer (Zawiyah dan Mariah, 2008).

Merujuk kepada Surat Siaran Pengemaskinian Data Enrolmen Dalam

EMISONLINE (2012), “...Tuan/Puan adalah dipohon mengambil tindakan

memaklumkan kepada semua sekolah di bawah kelolaan JPN masing-masing untuk

melaksanakan pengemaskinian data enrolmen seawal minggu pertama persekolahan

dalam bulan Januari setiap tahun”. Desakan dari pihak tertinggi sistem pengurusan

pendidikan EMISONLINE di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan data yang bersih, tepat dan mempunyai kesahan

yang tinggi kerap menjadi tekanan kepada pegawai maklumat di PPD serta guru data

dan maklumat di sekolah. Perubahan dari segi dasar pendidikan, penambahan pada

waran perjawatan, perubahan pada pengisian modul dan banyak lagi turut memberi

kesan kepada pertambahan ralat kesahan. Pergerakan guru-guru yang berpindah masuk

ke dalam sekolah dari sekolah dalam daerah yang sama, daerah yang berlainan

mahupun negeri yang berlainan kerap membawa sekali bilangan ralat pengisian yang

banyak. Begitu juga dengan guru yang baru berkhidmat di dalam pendidikan secara

interim dan guru kontrak yang menyambung perkhidmatan selepas bersara. Kadangkala

terdapat beberapa pengisian di dalam modul yang agak mengelirukan guru data dan

maklumat.

Berdasarkan kepada masalah-masalah yang timbul ini, maka keperluan untuk

mengatasi masalah ini perlu dilaksanakan dengan kadar segera sejajar dengan hasrat

kerajaan untuk meningkatkan penggunaan data dan maklumat dalam membuat

keputusan. Penyelesaian bermaklumat akan tercapai sekiranya semua usaha yang

dirancang dijalankan secara bersungguh-sungguh, ikhlas dan jujur oleh semua pihak

terutama pelaksana di sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Page 30: LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN · PDF filePengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam ... sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada ... Halaman

12

Beberapa objektif kajian telah dikenal pasti iaitu;

i. Mereka bentuk laman kolaborasi EMIS Kulaijaya dan pengintegrasian

sistem SMS Infoblast dalam menyokong aplikasi EMISONLINE.

ii. Membangunkan laman kolaborasi EMIS Kulaijaya dan pengintegrasian

sistem SMS Infoblast dalam menyokong aplikasi EMISONLINE.

iii. Mengenal pasti persepsi guru data dan maklumat terhadap laman kolaborasi

EMIS Kulaijaya dan sistem SMS Infoblast dari aspek;

a) Kemudahan

b) Pengetahuan

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan utama kajian adalah untuk mengenal pasti pembolehubah-

pembolehubah yang memberi kesan kepada aplikasi SMAP-EMISONLINE KPM. Di

antara pembolehubah-pembolehubah yang menjadi persoalan kajian adalah :

1. Bagaimanakah rupa bentuk laman kolaborasi EMIS Kulaijaya?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru data dan maklumat

terhadap pengintegrasian laman kolaborasi EMIS Kulaijaya dan sistem SMS

Infoblast dari aspek kemudahan selepas ia digunakan?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru data dan maklumat

terhadap pengintegrasian laman kolaborasi EMIS Kulaijaya dan sistem SMS

Infoblast dari aspek pengetahuan selepas ia digunakan?