Lambaian Kaabah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Lambaian...

6
1 Lambaian Kaabah Oleh Ustaz Mohd Shafik Bin Mustafa

Transcript of Lambaian Kaabah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Lambaian...

Page 1: Lambaian Kaabah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Lambaian Kaabah... · kita semua mengambil manfaat daripada perjuangan dari hikmah pensyari-atan ibadah

1

Lambaian Kaabah

Oleh Ustaz Mohd Shafik Bin Mustafa

Page 2: Lambaian Kaabah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Lambaian Kaabah... · kita semua mengambil manfaat daripada perjuangan dari hikmah pensyari-atan ibadah

2

Lambaian Kaabah

د هلل اهحقائن ح : الح

﮶ ﮷ ﮸ ﮹ ﮺ ﮻ ﮵ھ ھ ے ے ۓ ۓ ﮲ ﮳ ﮴ ھچ

دا . چ﮼ ن بيا مد أ شح

يحك ل، وأ ده ل ش نح ل هلإ إل اهلل وحح

د أ شح

أ

ح سار لع وي حاب صحد ولع آل وأ ل، امهلل صن لع سيدا م ح عبحده ورس

ا ا لثيح ويح ىح وسوى تسح ج ح .ن

د، ا بػح ي أ

حن تق ح ى اهلل فقدح فاز ال وصيحكىح وإياي بتقح . فيا غباد اهلل ، اتقا اهلل أ

Hadirin yang dirahmati Allah Sekalian,

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar

taqwa dengan melaksanakan segala titah perintahNya dan meninggalkan

segala laranganNya. Mudah mudahan kita tergolong dikalangan hamba-

hambaNya yang beriman.

Alhamdulillah, kita sedang menghampiri bulan Zulhijjah. Satu bulan yang

bakal berlakunya perhimpunan manusia dari seluruh pelusuk dunia di bumi

yang berkat, iaitu Makkah al-Mukarramah. Pertemuan ini tidak lain tidak

bukan melainkan untuk menyahut seruan Ilahi untuk beribadah kepadaNya

dan memenuhi rukun Islam yang kelima dan kita mendoakan agar duyuf ar-

rahman atau tetamu Allah ini mendapat haji yang mabrur.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

10 Ogos 2018/28 Zulkaedah 1439

Khutbah Jumaat 2018

Page 3: Lambaian Kaabah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Lambaian Kaabah... · kita semua mengambil manfaat daripada perjuangan dari hikmah pensyari-atan ibadah

3

Tidak syak lagi bahawa ibadah haji adalah suatu perhimpunan orang-orang

yang beriman diperingkat dunia, ia diadakan setiap tahun zaman berzaman

oleh para Nabi dan pengikut-pengikut setia mereka bermula dari Nabi Al-

lah Ibrahim A.S hinggalah kepada Nabi Muhammad SAW. Dalam syari’at

Nabi Muhammad SAW pula ibadah haji diwajibkan keatas setiap muslim

yang berkemampuan yang telah mencukupi syarat. Allah SWT berfirman

dalam surah Al-Imran ayat 97 :

ڃ ڃ ڃ چ چ

ۀچ ۀ ڻ ڻ ھ ہڻ ہ ہ ے ھہ ے ھ ھ

آل چ﮶ ﮷ ﮸ ﮹ ﮺ ﮻ ﮼ ﮽ ﮵ۓ ۓ ﮲ ﮳ ﮴ ٧٩: غران

Maksudnya : Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menun-

jukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa

yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah mewajibkan

manusia mengerjakan Ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah Iaitu se-

siapa yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa yang kufur (ingkarkan

kewajipan Ibadat haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak ber-

hajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Para tetamu Allah ini datang dari seluruh pelusuk dunia untuk berhimpun di satu perhimpunan di atas nama satu aqidah bagi beribadah kepada Tu-han Yang Esa. Dalam satu bentuk pakaian yang tidak berjahit, mereka men-jaga tutur kata, tidak membuat kerja fasiq dan tidak berkelahi maka den-gan demikian hubungan dan perkenalan sesama mereka akan lebih mudah dan kukuh terjalin sehingga diibaratkan sebagai satu badan jika satu ang-gota sakit terasa sakitnya juga oleh anggota lain.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

10 Ogos 2018/28 Zulkaedah 1439

Page 4: Lambaian Kaabah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Lambaian Kaabah... · kita semua mengambil manfaat daripada perjuangan dari hikmah pensyari-atan ibadah

4

Faedah dan kebaikan akan didapati bagi setiap orang yang datang menger-

jakan ibadat haji kerana dalam setiap perbuatan ibadat haji, dapat mem-

beri pengajaran kepada orang yang suka mengambil iktibar antaranya

1. Selalu ingat untuk berbekal untuk kemudahan dan kesenangan di

masa memerlukan sama ada dalam perjalanan atau semasa berada

di Makkah dan beringat supaya bekalan benar-benar berguna dan ti-

dak rosak. Hal ini sama keadaannya bila kita di hari akhirat kelak, per-

lunya kita berbekal untuk akhirat dengan bekalan amal soleh dan

perlu berhati-hati supaya amal solehnya tidak rosak dengan sebab

riya’, dan ‘ujub. Hal ini kerana, apalah gunanya jika kita membawa

bekalan yang tidak berguna, rosak serta tidak dapat dimanfaatkan

disaat kita memerlukannya.

2. Apabila hendak berangkat meninggalkan kampung halamannya kita

pasti akan berhadapan dengan bermacam-macam halangan, kesusa-

han, pemeriksaan, menunggu dan sebagainya maka, ambillah iktibar

bahawa setiap kesusahan pasti akan disusuli dengan kemudahan

yang dijanjikan kepada hambanya yang beriman.

3. Para iemaah haji yang keluar dari rumahnya, meninggalkan keluar-

ganya, anak-anaknya, harta dan tanah airnya kemudian berihram

dengan memakai pakaian putih yang tidak berjahit ibarat memakai

kain kafan, tanpa sebarang perhiasan kebesaran dunia, membukti-

kan bahawa manusia adalah sama dihadapan Allah, mereka sama-

sama bertalbiah, berdoa, memohon ampun, menangis, menyesal

atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

Tidakkah apa yang dilakukan dan suasana yang dilalui oleh para jemaa-

haji ini boleh membaiki hati-hati yang keras menjadi lembut, agar kem-

bali insaf bertaubat dan pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji

dalam keadaan suci bersih dilimpahi keampunan Allah SWT beserta rah-

matNya, seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

10 Ogos 2018/28 Zulkaedah 1439

Page 5: Lambaian Kaabah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Lambaian Kaabah... · kita semua mengambil manfaat daripada perjuangan dari hikmah pensyari-atan ibadah

5

Alangkah ruginya para jemaah haji yang telah berkesempatan menger-

jakan haji tetapi gagal mendapat haji yang mabrur kerana hatinya tetap

keras, tidak mendapat pengajaran dan tidak mengambil iktibar dari-

pada apa yang dilihat dan dilaluinya berpunca daripada sifat-sifat maz-

mumah yang masih menguasai hatinya seperti sombong, takabbur,

hasad dengki, tamak haloba, cinta dunia dan riya’. Semoga kita dil-

indungi Allah daripadanya. واهػياذ باهلل..

Sidang jumaat yang berbahagia,

Setiap kita yang belum lagi menunaikan fardhu haji ini hendaklah menanam

azam dan cita-cita serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan

ibadah ini, kerana mengerjakan haji ke Baitullah di Makkah al-Mukarramah

adalah farhdu ain atas setiap mukallaf yang cukup syarat-syaratnya sekali se-

umur hidup dan sunat dikerjakan lebih daripada sekali.

Bagi mereka yang telah mendapat giliran untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, maka mimbar ingin mengucapkan tahniah berserta iringan doa se-moga seluruh jamaah haji dapat menunaikan haji dengan sempurna dan beroleh haji yang mabrur, serta dapat kembali semula ke tanah air sebagai orang yang telah khatam dan berjaya menyempurnakan semua rukun Islam yang lima.

Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar mengajak semua umat Islam, agar kita semua mengambil manfaat daripada perjuangan dari hikmah pensyari-atan ibadah haji. Kepada yang telah dipilih oleh Allah SWT kita mendoakan agar dipermudahkan segala urusan mereka, manakala kepada yang lain-lain semoga kita akan menjadi salah seorang bakal tetamu Allah SWT di masa dan lain kesempatan.

..إن شاء اهلل

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

10 Ogos 2018/28 Zulkaedah 1439

Page 6: Lambaian Kaabah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Lambaian Kaabah... · kita semua mengambil manfaat daripada perjuangan dari hikmah pensyari-atan ibadah

6

ڃ ڃ ڃ چ چ

ٻچ ٻ ڀ ٻٱ ڀ ڀ ڀ پ پ پ پ ٻ

ٺ ٺ ٹ ٺٺ ٹ ٿ ٿ ٿ ڤ ٹٿ ڤ ٹ

٧٧٩: ابلقرة چڦ ڦ ڦ ڄ ڦڤ ڤ

Maksudnya : Masa untuk mengerjakan ibadat haji itu ialah beberapa bu-lan yang termaklum. oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat haji itu, maka tidak boleh men-campuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, Dalam masa mengerjakan ibadat haji. dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan ber-taqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

ي ا في بارك اهلل لح وهكىح ىف اهقرآن اهػظيى ، ونفػنح وإياكى بيع الس إ ح ويحكىح تلوت ر الميحى ، وتقبن ين لح يات واذل

الح

فر اهلل اهػظيى لح وهكىح ولسائر . اهػويى تغح سحذا وأ قل قلح

أ

ز ح فروحه، فيا ف تغح ؤيات، فاسح ني وال ؤي ات وال و سح ني وال و سح ال ويا ناة اتلائبني فري تغح سح ال

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

10 Ogos 2018/28 Zulkaedah 1439