Lambang Negara Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

2
Jata negara Malaysia kini. Jata Negara Malaysia (1963-1965). Lambang negara Malaysia Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Sumber Dipetik daripada laman web Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, W.P. Labuan dan merupakan hakmilik kerajaan Malaysia. Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lambang_negara_Malaysia&oldid=3431177" Kategori: Jata negara Identiti Malaysia Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:27, 25 Jun 2015. Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

description

Lambang Negara Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

Transcript of Lambang Negara Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

Page 1: Lambang Negara Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

25/07/2015 Lambang negara Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

https://ms.wikipedia.org/wiki/Lambang_negara_Malaysia 1/2

Jata negara Malaysia kini.

Jata Negara Malaysia (1963-1965).

Lambang negara Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintangpecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalamPersekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakalabintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agamarasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeriMelayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantandan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakanNegeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokokMelaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri iniadalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empatjalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warnahitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warnaSelangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buahnegeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah disebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnyaialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yangditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri MelayuBersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan,"Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelahkiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.

Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duliYang Maha Mulia Raja-raja.

Sumber

Dipetik daripada laman web Jabatan Perkhidmatan

Penerangan Malaysia, W.P. Labuan dan merupakan hakmilik kerajaan Malaysia.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lambang_negara_Malaysia&oldid=3431177"

Kategori: Jata negara Identiti Malaysia

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:27, 25 Jun 2015.

Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma

tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

Page 2: Lambang Negara Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

25/07/2015 Lambang negara Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

https://ms.wikipedia.org/wiki/Lambang_negara_Malaysia 2/2

Jata Persekutuan Tanah Melayu (1948-

1963).