Lamp Iran

4
Lampiran Tahun 1865 Sultan Brunei memberikan konsesi selama 10 tahun kepada wakil Amerika Syarikat, iaitu C.L. Moses. Moses kemudian menjual konsesi tersebut kepada The American Trading Company yang diketuai oleh Torrey dan Harris. Torrey menjual haknya kepada Overbeck. Tahun 1877 Overbeck meminjam wang daripada syarikat Alfred Dent dan Edward Dent. Tahun 1878 Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu. Kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku diserahkan kepada Overbeck dan Dent. Tahun 1880 Overbeck menjual haknya kepada Alfred dan Edward Dent. Dent menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Saham dijual untuk menambahkan modal perniagaan. Persatuan berusaha mendapat Piagam Diraja daripada kerajaanBritish untuk memperkukuh kedudukan dan memajukan Tahun 1881 Persatuan Sementara Borneo Utara British mendapat piagam daripada kerajaan British. Tahun 1882 Syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) SBUB diberikan kuasa mentadbir Sabah. Kerajaan British telah menetapkan beberapa syarat yang mesti diikuti oleh SBUB. i) SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British. ii) SBUB hendaklah memerintah Sabah dengan adil dan saksama. iii) SBUB hendaklah memelihara agama, adat istiadat, dan undang-undang masyarakat tempatan. iv) SBUB mestilah melantik pegawai yarg diakui oleh kerajaan British.

description

nb nmb m

Transcript of Lamp Iran

Page 1: Lamp Iran

Lampiran

Tahun 1865 Sultan Brunei memberikan konsesi selama 10 tahun kepada wakil Amerika Syarikat, iaitu C.L.

Moses. Moses kemudian menjual konsesi tersebut kepada The American Trading Company yang

diketuai oleh Torrey dan Harris. Torrey menjual haknya kepada Overbeck.

Tahun 1877

Overbeck meminjam wang daripada syarikat Alfred Dent dan Edward Dent. Perjanjian antara Sultan Brunei dengan Overbeck dan Dent, iaitu pajakan dibaharui.

Tahun 1878 Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu. Kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku diserahkan kepada Overbeck dan

Dent.

Tahun 1880 Overbeck menjual haknya kepada Alfred dan Edward Dent. Dent menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Saham dijual untuk menambahkan modal perniagaan. Persatuan berusaha mendapat Piagam Diraja daripada kerajaanBritish untuk memperkukuh

kedudukan dan memajukan perniagaan.

Tahun 1881 Persatuan Sementara Borneo Utara British mendapat piagam daripada kerajaan British.

Tahun 1882 Syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) SBUB diberikan kuasa mentadbir Sabah. Kerajaan British telah menetapkan beberapa syarat yang mesti diikuti oleh SBUB.

i) SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British.ii) SBUB hendaklah memerintah Sabah dengan adil dan saksama. iii) SBUB hendaklah memelihara agama, adat istiadat, dan undang-undang masyarakat

tempatan.iv) SBUB mestilah melantik pegawai yarg diakui oleh kerajaan British.v) SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa persetujuan

daripada kerajaan British.

Page 2: Lamp Iran

Jadual 1:Latar Belakang Sejarah Sabah

Jadual 2: Carta Organisasi Pentadbiran SBUB

Jadual 3: Bidang Kuasa Pegawai Daerah dan Ketua Anak negeri

Tahun 1888 SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara. Melalui perjanjian tersebut, Sabah menjadi negeri naungan British. British mengawal hal-ehwal luar Sabah.

Page 3: Lamp Iran

Jadual 4: Hasil Bumi Sabah

Jadual 5: Pembandaran di Sabah