Lampiran 07

10
333 LAMPIRAN B7 Surat kepada Pengarah Pusat Kokurikulum memohon kelulusan kertas kerja projek. UUM/KK/KMPP-1 (1) (Rujukan fail Subunit/Unit Kokurikulum terlibat) 26 Februari 2001 Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia Melalui dan Salinan Kepada: Penyelaras Khidmat Masyarakat Unit Khidmat Masyarakat (Tandatangan dan catatan Penyelaras terlibat) Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia Tuan, PERMOHONAN MELULUSKAN KERTAS KERJA BAGI PROJEK ‘PELAJAR CEMERLANG, NEGARA GEMILANG’ ANJURAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN DAERAH II Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini, dikemukakan Kertas Kerja berkenaan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Untuk memudahkan tuan, maklumat tentang projek berkenaan adalah seperti di bawah: NAMA PROJEK : ‘PELAJAR CEMERLANG, NEGARA GEMILANG’. TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Kuantan, Pahang. TARIKH : 20-22 september 2001 PELAJAR TERLIBAT : 18 orang

description

lampiran7

Transcript of Lampiran 07

Page 1: Lampiran 07

333

LAMPIRAN B7 Surat kepada Pengarah Pusat Kokurikulum memohon kelulusan kertas kerja projek. UUM/KK/KMPP-1 (1) (Rujukan fail Subunit/Unit Kokurikulum terlibat) 26 Februari 2001 Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia Melalui dan Salinan Kepada: Penyelaras Khidmat Masyarakat Unit Khidmat Masyarakat (Tandatangan dan catatan Penyelaras terlibat) Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia Tuan, PERMOHONAN MELULUSKAN KERTAS KERJA BAGI PROJEK ‘PELAJAR CEMERLANG, NEGARA GEMILANG’ ANJURAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN DAERAH II Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini, dikemukakan Kertas Kerja berkenaan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Untuk memudahkan tuan, maklumat tentang projek berkenaan adalah seperti di bawah: NAMA PROJEK : ‘PELAJAR CEMERLANG, NEGARA

GEMILANG’.

TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Kuantan, Pahang.

TARIKH : 20-22 september 2001 PELAJAR TERLIBAT : 18 orang

Page 2: Lampiran 07

334

Besarlah harapan kami sekiranya permohonan kami ini dapat dipertimbankang dan diluluskan. Di atas kerjasama yang bakal diberikan, saya mengucapkan jutaan terima kasih. Sekian. Terima kasih. ‘ILMU BUDI BAKTI’ Saya yang benar, t. t (MUHAMMAD IMAN DANIEL BIN ABU) Setiausaha, Projek Pelajar Cemerlang, Negara Gemilang Kokurikulum Khidmat Masyarakat Pembangunan Pendidikan Universiti Utara Malaysia s.k. - Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat, Pusat Kokurikulum, Universiti Utara Malaysia

- Jurulatih Khidmat Masyarakat Pendidikan Unit Khidmat Masyarakat, Universiti Utara Malaysia

Page 3: Lampiran 07

335

Surat jawapan permohonan kelulusan kertas kerja oleh Pengarah Pusat Kokurikulum LOGO UUM UUM/KK/K-40 (16) 3 Mac 2001

MUHAMMAD IMAN DANIEL BIN ABU Setiausaha, Projek Pelajar Cemerlang, Negara Gemilang Kokurikulum Khidmat Masyarakat Pembangunan Pendidikan Universiti Utara Malaysia Melalui dan Salinan Kepada: Penyelaras Khidmat Masyarakat Unit Khidmat Masyarakat Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia Tuan, PERMOHONAN MELULUSKAN KERTAS KERJA BAGI PROJEK ‘PELAJAR CEMERLANG, NEGARA GEMILANG’ ANJURAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN DAERAH II Dengan hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa kertas kerja berkenaan telah diluluskan oleh Pusat Kokurikulum untuk dilaksanakan. Sila semak catatan dalam kertas kerja berkenaan untuk maklumat lanjut. Tuan diminta datang ke Pusat Kokurikulum untuk menguruskan perkara berikut: ( / ) ( / ) ( / ) ( / )

bantuan kewangan sebanyak RM550.00 sahaja melalui Penyelaras Khidmat Masyarakat. perkhidmatan pengangkutan. peralatan perkhemahan/alatulis borang jamin diri.

Sila serahkan laporan lengkap mengenai projek yang dikendalikan, melalui jurulatih/penyelaras masing-masing ke Pusat Kokurikulum dalam masa dua (2) minggu selepas tamat aktiviti.

Page 4: Lampiran 07

336

Di atas segala kerjasama yang diberikan, saya mengucapkan teriam kasih. Selamat berjaya dalam melaksanakan projek yang telah dirancang. Sekian. Terma kasih. ‘ILMU BUDI BAKTI’ Yang benar, t.t. (PROF MADYA HJ IBRAHIM HJ AHMAD) Pengarah Pusat Kokurikulum s.k. - Penyelaras Uni Khidmat Masyarakat Universiti Utara Malaysia - Jurulatih Khidmat Masyarakat Pembangunan Pendidikan Unit Khidmat Masyarakat Universiti Utara Malaysia

Page 5: Lampiran 07

337

Surat kepada Pengarah Pusat Kokurikulum memohon merasmikan majlis UUM/KK/KMPD-1 (7) 16 Februari 2001 Pengarah Pusat kokurikulum Universiti Utara Malaysia Melalui dan Salinan Kepada: Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat (Tandatangan dan catatan penyelaras berkaitan) Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia Tuan, PERMOHONAN UNTUK MERASMIKAN MAJLIS PEMBUKAAN PROJEK ‘BAKTI DISEMAI’ ANJURAN KOKURIKULUM KHIDMAT MASYARAKAT PEMBANGUNAN DAERAH III Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa projek berkenaan telah diluluskan oleh Pusat Kokurikulum melalui surat UUM/KK-40 (22) bertarikh 15 Januari 2001. Seperti yang direncanakan dalam program, majlis perasmian pembukaan projek berkenaan akan dilaksanakan seperti berikut: NAMA PROJEK : BAKTI DISEMAI

TEMPAT : Balai Raya Kampung Paya Kercut, Jitra, Kedah

MASA : 3.00 petang, 10 Mac 2001 ATURCARA : (Dikepilkan bersama)

Besarlah harapan kami, sekiranya tuan dapat melapangkan masa untuk merasmikan majlis di atas dan di atas kesudian tuan itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih. Bersama-sama ini kami sertakan deraf ucapan tuan dalam

Page 6: Lampiran 07

338

majlis tersebut. Sukacita juga pihak kami, sekiranya tuan dapat memberi jawapan pada kesempatan pertama yang terluang untuk memudahkan penyusunan program kami. Sekian. Terima kasih. ‘ILMU BUDI BAKTI’ Yang benar, t.t. (MUSTAQIM WAGIMIN) Setiausaha, Jawatankuasa Kecil Majlis Perasmian dan Protokol Projek Bakti Disemai s.k. - Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat Universiti Utara Malaysia - Jurulatih Khidmat Masyarakat

Unit Khidmat Masyarakat Universiti Utara Malaysia

Page 7: Lampiran 07

339

Surat kepada pihak tertentu untuk menggunakan kemudahan Kumpulan Khidmat Masyarakat Pembangunan Pendidikan III Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia UUM/KK/KMPP-5(3) 10 Januari 2001 Pengarah Muzium Arkeologi Lembah Bujang 08400 Merbok Kedah Darulaman Melalui dan Salinan Kepada: Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (Tandatangan dan catatan Pengarah Pusat

Kokurikulum) Tuan, PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN TAPAK PERKHEMAHAN Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Kumpulan Kokurikulum Khidmat Masyarakat Pembangunan Pendidikan III, Universiti Utara Malaysia akan mengadakan projek ‘BINA INSAN’ di sekitar kawasan Merbok Kedah dan melibatkan tapak perkhemahan di bawah kendalian jabatan tuan. Butiran penting projek berkenaan adalah seperti berikut: NAMA AKTIVITI : BINA INSAN TARIKH : 9.00 PAGI – 11.00 MALAM 17 Februari

2001

BILANGAN PESERTA : 50 orang pelajar; 6 orang pemudahcara PROGRAM : Dikepilkan bersama

Page 8: Lampiran 07

340

Besarlah harapan saya sekiranya pihak tuan dapat memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan tapak perkhemahan berkenaan bagi melaksanakan aktiviti kami. Kami bersedia untuk mematuhi apa-apa syarat yang akan dikenakan kelak, jika ada. Di atas segala kerja sama yang bakal diberikan, saya mengucapkan jutaan terima kasih. Sekian. Terima kasih. ‘ILMU BUDI BAKTI’ Yang benar, t.t. (SURIYANI SATAR) Pengerusi Biro Logistik Projek Bina Insan Kokurikulum Khidmat Masyarakat Pendidikan III Universiti Utara Malaysia s.k. - Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat Universiti Utara Malaysia

- Jurulatih Kokurikulum Pembangunan Pendidikan III Unit Khidmat Masyarakat

Page 9: Lampiran 07

341

Surat kepada pihak tertentu untuk menggunakan kemudahan Subunit Kokurikulum Khidmat Masyarakat Pembangunan Wanita, Unit Khidmat Masyarakat Pusat Kokurikulum, Universiti Utara Malaysia. UUM/KK/KMPW-1(3) 17 Februari 2001 Pengarah Pejabat Perhutanan Renjer Gurun 08300 Gurun Kedah Darulaman Melalui dan Salinan Kepada: Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia PERMOHONAN MENGADAKAN KEM LATIHAN BINA SEMANGAT DI GUNUNG JERAI KEDAH Merujuk perkara di atas, inilah dimaklumkan bahawa Subunit Kokurikulum Khidmat Masyarakat Pembangunan Wanita IV Universiti Utara Malaysia ingin mengadakan satu Kem Bina semangat di kawasan perhutanan Gunung Jerai seperti berikut: NAMA AKTIVITI : KEM BINA SEMANGAT WANITA TARIKH & TEMPOH : 18-20 Mac 2001 BILANGAN PESERTA : 50 orang peserta wanita 12 orang pemudahcara Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat memberi keizinan kepada kami untuk menggunakan kawasan tapak perkhemahan bagi melaksanakan aktiviti kami. Kami juga berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menjaga keselamatan dan memberi perlindungan kepada kami sepanjang aktiviti tersebut.

Page 10: Lampiran 07

342

Di atas segala jasa baik yang bakal diberikan, saya terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih. Sekian. Terima kasih. ‘ILMU BUDI BAKTI’ Yang benar, t.t. (RUKMINI A/P LAKSHAMAN) Pengerusi Biro Logistik Projek Bina Semangat Wanita Kokirikulum Khidmat Masyarakat Pendidikan III Universiti Utara Malaysia s.k. - Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat

Universiti Utara Malaysia - Jurulatih

Kokurikulum Pembangunan Pendidikan III Unit Khidmat Masyarakat

Universiti Utara Malaysia