Lampiran 1 Petikan

5
Lampiran 1 Petikan Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia Aku memegang tangan adik kecilku dengan erat.Aku bimbang kalau-kalau terlepas tangan kecil itu, aku akan kehilangannya.Kadang-kadang dia cuba merentap tangannya.Mungkin kesakitan dek genggaman kuat tanganku.Bunyi bedilan meriam dan senapang bertalu-talu.Aku hanya memekakkan telinga. Aku terus berlari mencari tempat yang kukira selamat untuk bersembunyi.Tapak kecil adikku seolah-olah tidak menjejak bumi.Aku tidak peduli.Keadaan kami bagai telur dihujung tanduk.Cukuplah aku leka, tamatlah riwayat kami.Aku sangat mengasihinya.Cukuplah aku kehilangan ibu bapa dan adik- adikku yang lain.Dia saudara yang aku ada kini. Mayat bergelimpangan di sana sini.Bau hanyir menusuk hidung.tiba-tiba, aku ternampak sepasukan tentera sedang menuju ke tempat persembunyian kami.Aku membatukan diri.Kakiku menggeletar. Ku genggam tangan adikku sambil memeluknya erat.Semoga kelibat kami tidak dilihat oleh mereka.Bunyi tembakan dan jeritan silih berganti.Aku tahu beberapa orang bersembunyi berhampiran dengan kami telah dibunuh.Giliranku bila? Aku berdoa agar kami berdua selamat.Aku tidak mahu menjejak anggota keluargaku yang lain.Kami berdua sahaja waris yang tinggal bagi keturunan kami.Datuk,nenek dan kerabat yang lain telah lama tewas.Aku terus berdoa.

description

kkk

Transcript of Lampiran 1 Petikan

Page 1: Lampiran 1  Petikan

Lampiran 1 Petikan

Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia

Aku memegang tangan adik kecilku dengan erat.Aku bimbang kalau-kalau

terlepas tangan kecil itu, aku akan kehilangannya.Kadang-kadang dia cuba

merentap tangannya.Mungkin kesakitan dek genggaman kuat tanganku.Bunyi

bedilan meriam dan senapang bertalu-talu.Aku hanya memekakkan telinga.

Aku terus berlari mencari tempat yang kukira selamat untuk

bersembunyi.Tapak kecil adikku seolah-olah tidak menjejak bumi.Aku tidak

peduli.Keadaan kami bagai telur dihujung tanduk.Cukuplah aku leka, tamatlah

riwayat kami.Aku sangat mengasihinya.Cukuplah aku kehilangan ibu bapa dan adik-

adikku yang lain.Dia saudara yang aku ada kini.

Mayat bergelimpangan di sana sini.Bau hanyir menusuk hidung.tiba-tiba, aku

ternampak sepasukan tentera sedang menuju ke tempat persembunyian kami.Aku

membatukan diri.Kakiku menggeletar. Ku genggam tangan adikku sambil

memeluknya erat.Semoga kelibat kami tidak dilihat oleh mereka.Bunyi tembakan

dan jeritan silih berganti.Aku tahu beberapa orang bersembunyi berhampiran

dengan kami telah dibunuh.Giliranku bila?

Aku berdoa agar kami berdua selamat.Aku tidak mahu menjejak anggota

keluargaku yang lain.Kami berdua sahaja waris yang tinggal bagi keturunan

kami.Datuk,nenek dan kerabat yang lain telah lama tewas.Aku terus berdoa.

Derapak sepatu tentera mengejutkan kami.Pelukanku semakin kemas.Aku

menekup mulut adikku.peluh memercik di dahi.Adik kecilku yang tidak mengerti apa-

apa mula meronta-ronta.Rontaannya yang semakin kuat menyebabkan pelukannya

terlerai.Adik berlari keluar sambil menangis.”Turt! Trut! Trut!”

Bunyi itu menerjah ke telingaku.Tubuh kecil adikku rebah ke bumi.Aku

terpempan.Aku menerpa ke arahnya.Tubuhnya longlai dan dibasahi darah.Aku

memeluk tubuh kaku adikku.Aku menangis semahu-mahuku.Tuhan sahaja

mengetahui betapa luluhnya hatiku saat itu.Tubuh adikku ditembusi berpuluh-puluh

butir peluru.Aku memeluknya erat.

Page 2: Lampiran 1  Petikan

Tiba-tiba ,sebutir peluru singgah didadaku.Aku terpelanting.Sakitnya bukan

kepalang.Mataku berpinar-pinar.

Aku bingkas bangun.Aku mengucap panjang.Terasa lega.Bermimpi rupa-

rupanya aku.Aku termenung sambal mengimbau mimpiku.Aku bersyukur kerana aku

tidak perlu melalui segala kegetiran dan kesengsaraan yang dialami oleh

sesetengah pendudk di negara lain.Aku berdoa agar negaraku tetap

merdeka.Sesungguhnya, aku sangat bertuah kerana di lahirkan di bumi ini.

Page 3: Lampiran 1  Petikan

Lampiran 2

Tanah Pusaka Tercinta

Malaysiaku tercinta

Disini tumpahnya darahku

Disini tanah air yang kucinta

Setiaku tidak akan berbelah bahagi

Bakti kuberi

Demi agama dan bangsa

Negara yang kukagumi

Bersatu padu bertoleransi

Cabaran dan rintangan

Kita patahkan bersama

Demi kemakmuranmu

Wahai teman

Curahkan kesetiaan

Curahkan kasih sayang

Suburkan patriotism

Bersama menggapai cemerlang

Menjadikan tanah pusaka kita terbilang

Inilah tanah pusaka kita

Kedaulatannya pertahankan sentiasa

Page 4: Lampiran 1  Petikan