Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem...

37
STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN (CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARD) CIS 20 : 2013 MANUAL TATACARA PENILAIAN PENGELUAR BERSTATUS IBS (AIS) © Copyright LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA Construction Industry Development Board of Malaysia Ibu Pejabat CIDB, Tingkat 10, No 45, Menara Dato’Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Razak 50480 Kuala Lumpur. Tel:603-40477000 Faks:603-40477020 http://www.cidb.gov.my STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN (CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARD) CIS 20 : 2013 MANUAL TATACARA PENILAIAN PENGELUAR BERSTATUS IBS (AIS) © Copyright LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA Lampiran A

Transcript of Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem...

Page 1: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN (CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARD)

CIS 20 : 2013

MANUAL TATACARA PENILAIAN

PENGELUAR BERSTATUS IBS (AIS)

© Copyright LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA Construction Industry Development Board of Malaysia

Ibu Pejabat CIDB, Tingkat 10, No 45, Menara Dato’Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Razak 50480 Kuala Lumpur. Tel:603-40477000 Faks:603-40477020 http://www.cidb.gov.my

STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN (CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARD)

CIS 20 : 2013

MANUAL TATACARA PENILAIAN PENGELUAR BERSTATUS IBS (AIS)

© Copyright LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA

Lampiran A

Page 2: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

TATACARA PENILAIAN

PENGELUAR BERSTATUS IBS

Page 3: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

ii

© Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Sebarang pertanyaan berkenaan buku ini hendaklah diajukan kepada: Pengurus Besar Bahagian Teknologi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Tingkat 1, Blok E, Lot 8 Jalan Chan Sow Lin 55200 Kuala Lumpur Tel : 603-92816909 Faks : 603-92815870 Email : [email protected] Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara sama ada mekanikal atau elektronik termasuk fotokopi dan rakaman tanpa kebenaran bertulis CIDB. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Page 4: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

i

ISI KANDUNGAN

PERKARA M/S

Isi Kandungan i

Jawatankuasa Perwakilan iii

Prakata iv

Skop v

Definisi v

Singkatan vii

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Keistimewaan Program AIS 2

2.0 Objektif 3

3.0 Skop Penilaian 3

3.1 Kategori Pemerakuan Pematuhan IBS (PPI)

3.2 Keupayaan Pengeluar

3

3

3.3 Pengesahan Dan Pematuhan Produk 4

4.0 Proses Penilaian Dan Pemerakuan AIS 5

4.1 Peringkat Permohonan 7

4.1.1 Syarat – Syarat Permohonan 7

4.2 Peringkat Penilaian 8

4.3 Peringkat Kelulusan 8

4.3.1 Kategori Pemerakuan AIS 8

4.3.2 Tujuan Pengkategorian 9

4.3.3 Kelebihan Pengkategorian 9

4.4 Tempoh Proses Pendaftaran dan Penerakuan AIS 10

4.4.1 Penerimaan Permohonan 10

4.4.2 Penilaian Permohonan 10

4.4.3 Kelulusan Permohonan Dan Pengeluaran Pemerakuan AIS 10

4.4.4 Tempoh Sah Pemerakuan AIS 11

4.4.5 Pembaharuan Pemerakuan AIS 11

4.4.6 Bayaran Pemerakuan AIS

11

Page 5: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

ii

PERKARA M/S

5.0 Terma Dan Syarat-Syarat Pemerakuan AIS 12

5.1 Syarat - Syarat Am 12

5.2 Syarat - Syarat Semasa Menjalankan Penilaian 12

5.3 Penangguhan Penilaian 13

5.4 Kegagalan Penilaian 13

6.0 Pengujian Bahan Asas Dan Komponen IBS 14

LAMPIRAN

A. Borang Permohonan 26

B Contoh Sijil AIS Yang Dikeluarkan 27

RUJUKAN 28

SENARAI JADUAL

Jadual 4.1 Pengkelasan Pemerakuan Penilaian IBS 8

Jadual 4.2 Tempoh Sah Pemerakuan Penilaian IBS 11

Jadual 6.1 Senarai Pengujian Sistem Konkrit Pratuang 15

Jadual 6.2 Senarai Pengujian Sistem Kerja Blok 18

Jadual 6.3 Senarai Pengujian Sistem Acuan 20

Jadual 6.4 Senarai Pengujian Sistem Kerangka Keluli 21

Jadual 6.5 Senarai Pengujian Sistem Kerangka Kayu 22

Jadual 6.6 Senarai Berinovatif 24

SENARAI RAJAH

Rajah 1 Carta Alir Proses Penilaian Dan Pemerakuan AIS 6

Page 6: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

iii

JAWATANKUASA PERWAKILAN

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

penerbitan manual ini:-

Ir. Noraini Bahri Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

En. Mohd Idrus Din Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

En. Rofizlan Ahmad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

En. Mohd Rizzal Abd Ghani Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

En. Norirwan Mat Janus Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

En. Ahmad Nazrol Ahmad Kamal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

En. Mohd Azri Mohd Ariffin Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia)

Ir. Dr. Kamaluddin Abdul Rashid Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)

Ir. Dr. Zuhairi Abd Hamid Makmal Kerja Raya Malaysia (CREAM)

Dr. Kamarul Anuar Mohammad Kamar Makmal Kerja Raya Malaysia (CREAM)

En. Ahmad Hazim Abdul Rahim Makmal Kerja Raya Malaysia (CREAM)

Tn. Hj Azmi Musa Institut Penyelidikan Industri & Standard Malaysia (SIRIM)

Tn. Haji Yahya Hj Arifin IKRAM QA Services Sdn Bhd

Cik Zaiton Abd Rahman IKRAM QA Services Sdn Bhd

En. Zulkefli Ismail Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Dr. Gomez Patrose Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

En. Mohamed Nor Azhari Azman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pn. Abrizah Abdul Kadir Eastern Pretech (M) Sdn Bhd

En. Mohd Sabri Abd. Ghani Global Prefab System Sdn Bhd

Page 7: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

iv

PRAKATA

Pelbagai usaha dan tindakan telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengurangkan pergantungan

tenaga kerja asing dalam industri pembinaan Malaysia. Antara usaha yang telah diperkenalkan

oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ialah Sistem Binaan

Berindustri atau lebih dikenali sebagai Industrialised Building System (IBS).

Penggunaan kaedah IBS disarankan dalam industri pembinaan Malaysia bagi menangani

pelbagai masalah yang dihadapi oleh industri pembinaan negara. Tempoh pembinaan yang

singkat, pengurangan penggunaan tenaga kerja dan juga pengurangan kos keseluruhan projek

adalah antara faktor yang menyumbang kepada penggalakkan penggunaan kaedah IBS dalam

industri pembinaan negara.

Standard Industri Pembinaan (CIS) untuk Tatacara Penilaian Pengeluar Berstatus IBS

(Assessment of IBS Status Manufacturer - AIS) ini adalah satu kaedah penilaian yang sistematik

bagi memberi pengiktirafan kepada pengeluar komponen IBS. Dokumen ini akan menjadi

panduan kepada agensi dan badan pelaksana projek untuk mengukur prestasi pengeluar

komponen berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan oleh pengeluar tersebut.

Dokumen ini sebagai rujukan bagi penggiat industri pembinaan Malaysia terutamanya pengeluar

komponen IBS. Manual ini diterbitkan bagi membantu penggiat industri khususnya pengeluar

komponen IBS membuat perancangan dan persediaan awal untuk mendaftar dan mendapatkan

pengiktirafan sebagai pembekal komponen IBS dalam industri pembinaan Malaysia.

Manual Penilaian yang dirangka secara sistematik ini menggariskan tatacara penilaian bagi

menilai dan mengukur tahap prestasi pengeluar komponen IBS. Diharap manual ini dapat

digunakan secara meluas dan menjadi rujukan penting kepada penggiat industri pembinaan dan

seterusnya meningkatkan kualiti produk dalam industri pembinaan Malaysia.

Ketua Eksekutif

CIDB Malaysia

Page 8: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

v

SKOP

Standard Industri Pembinaan (CIS) untuk Manual Tatacara Penilaian Pengeluar Berstatus IBS ini

adalah dokumen yang menggariskan proses permohonan, tatacara penilaian dan proses

kelulusan permohonan dan seterusnya pentauliahan Sijil Pengesahan AIS sebelum diiktiraf

sebagai Pengeluar produk komponen IBS yang berdaftar dengan CIDB.

DEFINISI

Definisi rujukan bagi manual ini adalah seperti berikut :

i. Standard Industri Pembinaan (Construction Industry Standard – CIS)

Salah satu garis panduan yang dikeluarkan untuk kegunaan industri pembinaan.

ii. Penilaian Pengeluar Berstatus IBS (Assessment of IBS Status Manufacturer -

AIS)

Proses Penilaian, Pengesahan, Pendaftaran dan Pensijilan Pengeluar Produk

Berstatus IBS yang dilaksanakan oleh Pusat IBS, CIDB.

iii. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia adalah agensi

kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia yang bertanggungjawab

memantau keseluruhan aktiviti industri pembinaan di Malaysia.

iv. Pusat IBS

Pusat IBS (IBS Centre), CIDB adalah Pusat Rujukan Setempat bagi program

pelaksanaan kaedah pembinaan yang menggunakan Sistem Binaan Berindustri

(Industrialised Building System) atau IBS.

v. Pengujian

Proses penentuan ciri – ciri fizikal dan prestasi bahan / produk berdasarkan standard

yang ditetapkan.

Page 9: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

vi

vi. Pemeriksaan

Proses yang meliputi pemerhatian, pengukuran dan penelitian terhadap data produk

serta keupayaan atau prestasi pengeluar yang dinilai berdasar kepada keperluan

dan syarat yang ditetapkan.

vii. Penilaian

Proses penyemakan dan pengesahan terhadap pengeluar bagi memastikan bahawa

kehendak pensijilan dipatuhi.

viii. Permerakuan

Proses membuat keputusan bagi penganugerahan Sijil Pengesahan AIS.

ix. Sijil Pengesahan Pengeluar Berstatus IBS

Sijil yang dikeluarkan dan diperakui oleh CIDB kepada pengeluar yang telah

mematuhi kehendak – kehendak mengikut Manual Tatacara Penilaian Pengeluar

Berstatus IBS.

x. Pengeluar

Syarikat atau organisasi yang membuat dan mengeluarkan produk komponen IBS.

xi. Pelan Kawalan Kualiti (Quality Control Plan)

Pelan terperinci tentang kaedah mengawal pembuatan dan kualiti produk mengikut

spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar.

xii. Ketidakpatuhan (Non-Conformity)

Kegagalan melaksana atau tidak menjalankan sesuatu kriteria sebagaimana yang

ditetapkan dalam Manual Tatacara Penilaian Pengeluar Berstatus IBS.

xiii. Proses Kawalan Pengeluaran ( Process of Production Control )

Dokumen proses kawalan yang sistematik bagi pengeluaran produk meliputi semua

elemen, keperluan dan peruntukan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar.

Page 10: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

vii

SINGKATAN

i. BIM

Building Information Modelling.

ii. BS

British Standard.

iii. CAD Computer Aided Design.

iv. CAM Computer Aided Manufacturing.

v. CREAM

Construction Research Institute of Malaysia.

vi. IBS

Industrialised Building System.

vii. IKRAM

Institut Kerja Raya Malaysia.

viii. ISO International Organisation for Standardisation.

ix. MS

Malaysian Standard.

x. QA Quality Assurance.

xi. QC

Quality Control.

xii. SIRIM

Standard and Industrial Research Institute of Malaysia.

xiii. PPI

Pemerakuan Penilaian IBS (PPI)

xiv. PPS

Perakuan Pematuhan Standard

Page 11: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

1

1.0 PENDAHULUAN

Dokumen Standard ini diterbitkan untuk proses penilaian ke atas pengeluar produk

komponen IBS. Penilaian dan Pemerakuan Pematuhan IBS (PPI) membolehkan para

pengeluar, pemaju, pihak berkuasa tempatan serta penggiat industri pembinaan

mendapatkan pengesahan produk IBS yang berkualiti dan menepati piawaian. Setiap proses

pengeluaran produk komponen IBS akan dinilai dengan terperinci dan diluluskan sebelum

Pemerakuan Pematuhan IBS ditauliahkan oleh pihak berkuasa kepada pemohon yang layak.

Dokumen ini juga menjadi panduan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk memantau

dan menilai keupayaan dan kapasiti pengeluar yang telah mendapat pentauliahan dalam

kategori yang ditetapkan.

Penilaian dan Pemerakuan Pematuhan IBS bukan satu jaminan ke atas sesuatu produk atau

pengeluar yang telah diberi pengiktirafan. Sebaliknya, Penilaian dan Pemerakuan

Pematuhan IBS ini dilaksanakan bagi mengesahkan bahawa produk komponen IBS yang

berdaftar menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar itu sendiri. Pengeluar

bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kekurangan, kecacatan atau sebarang

masalah yang timbul daripada komponen IBS tersebut.

Pengeluar perlu memastikan bahan asas yg digunakan memperolehi PPS yg termaktub dlm

Jadual ke-4 AKTA 520 (pindaan 2011)

Page 12: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

2

1.1 Kelebihan Program AIS

Program AIS membantu pengeluar produk komponen IBS untuk mendapatkan

pengiktirafan dalam industri pembinaan Malaysia.

Pengeluar produk komponen IBS yang telah mendapat Pemerakuan Pematuhan IBS

akan disenaraikan dilaman web Pusat IBS, CIDB dan akan menjadi sumber rujukan

kepada penggiat industri pembinaan Malaysia.

Program AIS ini juga menawarkan landasan untuk mempromosikan produk

komponen IBS. CIDB dan agensi-agensi pelaksana lain akan membantu

mempromosi pengeluar dan produk komponen IBS yang telah diluluskan melalui

kempen promosi yang diadakan dari masa ke semasa.

CIDB bertanggungjawab memastikan proses Pemerakuan Pematuhan IBS berjalan

dengan lancar dan teratur bermula daripada permohonan pemohon, lawatan premis,

pemeriksaan dokumen dan data pengesahan pengujian produk sehingga kepada

proses pengeluaran dokumen Pemerakuan Pematuhan IBS.

Pendaftaran dan Pemerakuan Pematuhan IBS pengeluar produk komponen IBS yang

telah diluluskan adalah layak untuk:

a) Bersama CIDB dalam aktiviti mempromosi pengeluar dan produk komponen

IBS

b) Membekal komponen IBS bagi projek kerajaan dan juga projek swasta

Page 13: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

3

2.0 OBJEKTIF

Memberi panduan bagi proses penilaian serta pengesahan dan pemerakuan pematuhan

pengeluar berstatus IBS yang dilaksanakan oleh CIDB. Penggiat industri binaan khususnya

pengeluar komponen IBS juga boleh menjadikan manual ini sebagai panduan rujukan.

Dokumen ini menetapkan peraturan - peraturan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar bagi

melayakkan mereka untuk mendapatkan pentauliahan Pemerakuan Pematuhan IBS.

3.0 SKOP PENILAIAN

3.1 Kategori Pemerakuan Pematuhan IBS (PPI)

Pemerakuan Pematuhan IBS (PPI) dibahagikan kepada enam(6) sistem IBS.

Pemberian sistem ini berdasarkan kepada keupayaan pengeluar dalam menghasilkan

komponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut:

a) Sistem Konkrit Pratuang

i) Pengeluar ditapak bina

ii) Pengilang

b) Sistem Acuan Berulang

c) Sistem Kerangka Keluli

d) Sistem Kerangka Kayu

e) Sistem Kerja Blok

f) Sistem Berinovatif

PPI dikeluarkan untuk mewakili satu premis / tapak bina dalam satu-satu masa.

Pemohon boleh memohon untuk mendapatkan PPI di setiap premis / tapak bina

sekiranya perlu.

3.2 Keupayaan Pengeluar

Untuk mendapatkan PPI, pemeriksaan keupayaan pengeluar akan dibuat berdasarkan

kriteria berikut:

a) Mempunyai sistem pengurusan yang sistematik

b) Mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh

c) Mempunyai jentera dan peralatan yang sesuai dan mencukupi

d) Mempunyai tenaga kerja yang mahir

e) Mempunyai kaedah pelaksanaan kerja yang kemas

f) Mempunyai kaedah kawalan kualiti produk yang sistematik

Page 14: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

4

3.3 Pengesahan dan Pematuhan Produk

Semua dokumen berkaitan dengan pematuhan pengeluaran produk yang standard

akan disemak, diperiksa dan disahkan untuk menjalankan PPI.

Pengesahan pengeluar dan produk komponen IBS di bawah Penilaian dan PPI

berdasarkan kepada:

a) Pengeluar mempunyai sistem kawalan kualiti bagi memastikan proses penghasilan

produk menepati dan mematuhi spesifikasi teknikal yang berkaitan. Produk yang

dihasilkan perlu mengikut standard yang ditetapkan

b) Pengeluar mempunyai dokumen Prosedur Kawalan Kualiti seperti berikut:

i) Rekod bahan mentah

ii) Penggunaan kemudahan perisian CAD,CAM dan BIM (jika berkenaan)

iii) Rekod penghasilan produk

iv) Rekod pengeluaran

v) Dokumen berkaitan jaminan dan kawalan kualiti (QA/QC), kecacatan produk

(product defect), pensijilan produk (product certification) dan pengujian produk

(product testing) dari mana - mana badan pengujian yang diiktiraf oleh CIDB,

termasuklah produk yang dibuat di luar negara

Page 15: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

5

4.0 PROSES PENILAIAN DAN PEMERAKUAN AIS

Proses PPI merangkumi tiga peringkat utama iaitu:

a) Peringkat Permohonan

Proses menyemak semua dokumen pemohon pengeluar dan produk IBS yang

diterima.

b) Peringkat Penilaian

Proses penilaian di premis pengeluar untuk pengesahan dokumen produk dan

komponen IBS.

c) Peringkat Kelulusan

Kelulusan hanya akan diberi setelah proses permohonan dan penilaian dibuat dan

didapati mematuhi segala keperluan yang ditetapkan.

Page 16: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

6

Rajah 1 : Carta Alir Proses Penilaian dan Pemerakuan AIS

CIDB- Keputusan Lulus akan diperolehi Pensijilan Pengesahan AIS manakala keputusan gagal perlulah membuat permohonan yang baru

CIDB - Notis Permohonan Diterima dan tarikh lawatan pemeriksaan premis akan dikeluarkan setelah dokumen yang diperlukan lengkap

Aliran Proses

Pemohon - Mendapatkan kata laluan untuk akses ke IBS Net di www.ibscentre.com (E-Application)

Pemohon - Mengisi borang permohonan secara dalam talian

Pemohon - Perlu melengkapkan semula dokumen dan perkara yang diperlukan.. .

Keterangan

CIDB - Pegawai Penilai yang dilantik akan ke premis untuk lawatan pemeriksaan pada tarikh seperti yang ditetapkan Pemohon - Perlu mematuhi syarat seperti yang terkandung di para 5.1 dan 5.2 CIDB - Laporan penilaian akan dibuat selepas lawatan pemeriksaan dan diajukan kepada Jawatankuasa Pensijilan sekiranya tiada sebarang masalah. Notis Tidak Memenuhi Syarat dikeluarkan kepada pemohon sekiranya dokumen tidak lengkap

Peringkat Permohonan

Peringkat Penilaian

Peringkat Kelulusan

CIDB - Notis Penerimaan Permohonan diterima dan semakan dibuat, Notis Permohonan Tidak Lengkap dikeluarkan sekiranya keperluan dokumen dan perkara yang diperlukan tidak lengkap

CIDB - Jawatankuasa Pemerakuan akan bermesyuarat dan

keputusan akan dibuat melalui Notis Kelulusan.

Pemohon - Perlu membuat bayaran proses untuk permohonan baru / pembaharuan sijil terlebih

dahulu sebelum mengambil Sijil Pemerakuan Pematuhan.

Lulus

Ya

Ya

Gagal

Tidak

Tidak

CIDB - Pemohonon yang Lulus akan memperolehi Pemerakuan Pematuhan. Pengesahan AIS manakala pemohon yang Gagal perlulah membuat permohonan yang baru.

Tamat

Notis Kelulusan

Jawatankuasa Pemerakuan

Laporan Penilaian

Semakan Dokumen

Mula

Terima Permohonan

Permohonan

Lawatan Premis

Pengeluaran Sijil Pematuhan

Keterangan

Aliran Proses

Page 17: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

7

4.1 Peringkat Permohonan

4.1.1 Syarat-Syarat Permohonan

Pengeluar hendaklah mengisi borang permohonan1 secara dalam talian

(online) melalui http://www.ibscentre.com dan melampirkan dokumen-

dokumen2 berikut:

i. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat3 yang masih sah

ii. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan4 dan status

Bumiputera jika ada

iii. Salinan Sijil Sistem Pengurusan Kualiti5 (ISO 9001) jika ada

iv. Manual Tatacara Operasi6 (Standard Operation Procedure)

v. Salinan laporan/ rekod keputusan ujian7 yang lengkap bagi setiap

produk yang dikeluarkan oleh Badan Pengujian yang diiktiraf oleh CIDB

vi. Salinan Sijil Kelayakan Akademik/ Teknikal Kakitangan8 syarikat

vii. Carta Penuh Organisasi Syarikat

viii. Salinan PPS bagi bahan asas, dibawah Jadual ke-4, Akta 520

(pindaan 2011)

1

NOTA: 1.Borang permohonan : Pengeluar hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian (online) sahaja. 2.Dokumen : Hanya dokumen yang dinyatakan dalam para (a), (b), (c), (f) dan (g) hendaklah diimbas dan dilampirkan bersama borang permohonan secara dalam talian (online). Manakala dokumen yang lain perlu diserahkan semasa penilaian dijalankan. 3.Sijil Pendaftaran Syarikat : Hanya sijil yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sah tempoh. 4.Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Status Syarikat Bumiputera : Sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan

Malaysia. 5. Sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001: Sijil yang dikeluarkan oleh Badan Pensijilan Kualiti yang diiktiraf dan sah tempoh. 6.Manual Tatacara Operasi : Dokumen rujukan syarikat yang merangkumi proses rekabentuk, pembuatan, pemasangan dan

keselamatan.

7.Laporan/ Rekod Ujian : Setiap produk IBS yang dikeluarkan akan diuji mengikut spesifikasi teknikal yang ditetapkan.Prosedur ujian perlu dijalankan oleh makmal ujian seperti CREAM, SIRIM, IKRAM dan agensi lain yang diiktiraf oleh CIDB.

8. Sijil Kelayakan Akademik / Teknikal Kakitangan : Sijil yang dikeluarkan oleh institusi pengajian yang diiktiraf.

Page 18: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

8

4.2 Peringkat Penilaian

Pegawai Penilai yang dilantik akan menetapkan tarikh lawatan ke premis pengeluar.

Penilaian di premis adalah untuk mengesahkan proses pembuatan produk, kawalan

kualiti, rekod pengujian dan perkara - perkara lain yang berkaitan.

4.3 Peringkat Kelulusan

Pegawai Penilai akan menyediakan laporan dan mengesyorkan keputusan yang

sewajarnya selepas penilaian dijalankan. Laporan ini akan diserahkan kepada

Pegawai Pelulus untuk tindakan seterusnya.

Setiap permohonan yang tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan akan dikembalikan.

Pemohon diberi tempoh satu bulan untuk membuat pembetulan. Sekiranya pemohon

tidak mengembalikan semula dokumen dalam tempoh tersebut, permohonan

dianggap gagal dan permohonan baharu perlu dikemukakan semula.

Sijil Pengesahan AIS akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya setelah proses

permohonan dan penilaian dibuat dan diluluskan.

4.3.1 Kategori Pemerakuan Pematuhan AIS

Kategori PPI diberi mengikut kreteria yang diperlukan seperti yang terkandung

di dalam Jadual 1.

Jadual 4.1 : Pengkategorian Pemerakuan AIS

Kategori Kriteria yang diperlukan

A

i. Pensijilan ISO

ii. Sijil / Laporan Pengujian Produk

iii. Laporan Kawalan Kualiti Pengeluaran

B i. Sijil / Laporan Pengujian Produk

ii. Laporan Kawalan Kualiti Pengeluaran

C i. Laporan Kawalan Kualiti Pengeluaran

Page 19: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

9

4.3.2 Tujuan Pengkategorian

Pengkelasan pengeluar ini bertujuan untuk membuat perbandingan terhadap

tahap prestasi semasa antara pengeluar - pengeluar berstatus IBS dari aspek

kualiti dan kaedah pembuatan produk. Untuk mencapai tujuan ini, setiap

pengeluar akan dinilai berdasarkan tahap pematuhan Sistem Kualiti

Antarabangsa ISO siri 9001, aspek pengujian bahan asas serta komponen

siap dan kawalan kualiti pengeluaran produk oleh CIDB.

4.3.3 Kelebihan Pengkategorian

a) Mewujudkan persaingan yang sihat antara pengeluar terhadap tahap

prestasi syarikat dan produk yang ditawarkan

b) Pengeluar yang telah berdaftar diberi keutamaan untuk mempamerkan

produk keluarannya di dalam Galeri Komponen IBS

c) Data teknikal pengeluar yang telah berdaftar akan dimuatkan dalam Galeri

Info IBS untuk rujukan umum

d) Pengeluar yang memiliki kelas terbaik akan:

i. Diberi keutamaan dalam program yang dianjurkan oleh CIDB

ii. Mendapat tempat dalam setiap aktiviti promosi yang dijalankan

oleh CIDB

iii. Diberi peluang bekerjasama dengan CIDB untuk menjalankan

penyelidikan dan pembangunan produk baru yang berinovatif

iv. Disenaraikan dalam Katalog IBS Kebangsaan

v. Dijemput menyertai delegasi CIDB dalam membuat lawatan

teknikal bagi tujuan pembangunan produk berinovatif

vi. Diberi peluang menyertai ‘Jawatankuasa Pengeluar IBS’ bagi

tujuan pembangunan dan penambahbaikan Sistem Binaan

Berindustri Malaysia

vii. Berpeluang menyertai Jawatankuasa Standard Latihan Kemahiran

Kebangsaan

Page 20: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

10

4.4 Tempoh Proses Pendaftaran dan Pemerakuan AIS

4.4.1 Penerimaan Permohonan

CIDB akan menyemak permohonan yang diterima dan notis Permohonan

Diterima ataupun Permohonan Tidak Lengkap akan dikeluarkan. Bagi

Permohonan Tidak Lengkap, pengeluar perlu melengkapkan permohonan

seperti yang diperlukan dan mengembalikan dokumen tersebut dengan segera

selepas notis berkenaan dikeluarkan untuk semakan semula.

Sekiranya pengeluar tidak mengembalikan permohonan yang lengkap dan

teratur dalam tempoh segera, permohonan itu akan dianggap gagal. Pemohon

hendaklah mengemukakan permohonan yang baharu jika masih berminat.

4.4.2 Penilaian Permohonan

Penilaian permohonan dibuat berdasarkan senarai semak dalam Borang

Semakan Pengeluar (AIS-01) dan juga Senarai Semak Pemeriksaan Premis

Pengeluar Komponen IBS (AIS-02 sehingga AIS-07).

Pegawai Penilai akan menghantar Notis Permohonan Diterima dan lawatan

ke premis pemohon akan dilakukan selepas Notis Permohonan Diterima

dikeluarkan.

Laporan penilaian pula akan disediakan dan diserahkan kepada

Jawatankuasa Pensijilan untuk pengesahan / kelulusan. Jika dokumen

permohonan didapati tidak lengkap di Peringkat Penilaian, pemohon akan

diberi ‘Notis Dokumen Tidak Lengkap’. Permohonan akan dianggap gagal

sekiranya pemohon tidak mengemukakan kembali dokumen - dokumen

berkenaan dengan lengkap dan teratur.

4.4.3 Kelulusan Permohonan Dan Pemerakuan Pematuhan AIS

Jawatankuasa Pemerakuan akan membuat penyemakan dan Notis Keputusan

akan dikeluarkan. Manakala pengeluaran Pemerakuan Pematuhan IBS

akan dibuat selepas Notis Keputusan dikeluarkan.

Keputusan Jawatankuasa Pemerakuan adalah muktamad dan jika gagal,

permohonan baharu perlu dikemukakan semula sekiranya pemohon masih

berminat untuk mendapatkan pensijilan ini.

Page 21: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

11

4.4.4 Tempoh Sah Pemerakuan AIS

Tempoh sah Pemerakuan AIS yang keluarkan oleh CIDB bergantung kepada

pengkelasan sijil seperti Jadual 2:

Jadual 4.2 : Tempoh Sah Pemerakuan AIS

Kategori Tempoh Sah (Tahun)

A 3

B 2

C 1

4.4.5 Pembaharuan Pemerakuan AIS

Permohonan untuk Pemerakuan AIS hendaklah dibuat selewat-lewatnya 30

hari sebelum tarikh tamat sijil berkenaan. Pihak CIDB akan memberi

peringatan apabila tempoh sah sijil akan tamat. Kelewatan untuk

pembaharuan sijil pada masa yang ditetapkan akan dikenakan denda.

Manakala kelewatan pembaharuan dalam tempoh satu bulan dari tempoh sah

sijil akan mengakibatkan pengeluar hilang kelayakan sebagai pengeluar

berstatus IBS dan perlu membuat pendaftaran baharu.

4.4.6 Bayaran Pemerakuan AIS

Bayaran yang akan dikenakan kepada pengeluar yang ingin mendaftar dan

membuat pembaharuan Pemerakuan Pematuhan IBS adalah sebanyak

RM100 untuk setiap premis. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai, wang

pos atau bank deraf di mana-mana kaunter pejabat CIDB Negeri di seluruh

Malaysia di atas nama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

Page 22: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

12

5.0 TERMA DAN SYARAT-SYARAT PEMERAKUAN AIS

Untuk mendapatkan Pemerakuan AIS, pemohon perlu mematuhi perkara-perkara berikut:-

5.1 Syarat-Syarat Am

a) Menyediakan pengangkutan untuk Pegawai Penilai pergi dan balik dari pejabat

ke premis pengeluar (jika perlu)

b) Menyediakan penginapan untuk Pegawai Penilai sekiranya perlu bermalam (jika

perlu)

c) Pengeluar atau wakil sah pengeluar yang berlatarbelakangkan teknikal dan

kualiti produk hendaklah hadir sepanjang tempoh penilaian dijalankan

d) Menyediakan keperluan peralatan keselamatan kepada Pegawai Penilai semasa

menjalankan tugas di premis

5.2 Syarat-Syarat Semasa Menjalankan Penilaian

a) Pegawai Penilai akan mengadakan pemeriksaan ke premis pemohon.

Pemeriksaan dijalankan dengan merujuk dokumen lengkap dalam senarai

Borang Semakan Pengeluar (AIS-01) dan juga Senarai Semak Pemeriksaan

Premis Pengeluar Komponen IBS (AIS-02 sehingga AIS-07)

b) Menyediakan kemudahan dan peralatan yang diperlukan oleh Pegawai Penilai

semasa menjalankan pemeriksaan ke atas sampel produk komponen IBS

daripada mana - mana bahagian di dalam premis

c) Memastikan produk IBS disimpan secara teratur dan kemas mengikut jenis

produk

d) Bagi produk konkrit pratuang, penandaan produk (product marking) perlulah

dicetak di atas produk tersebut. Penandaan produk merangkumi rujukan tarikh

komponen dibuat serta rujukan pemasangan, bergantung kepada tatacara

pengeluar tersebut

e) Memastikan salinan dokumen sokongan sebagai lampiran yang diperlukan oleh

Pegawai Penilai dikemukakan semasa pemeriksaan dijalankan terutama pada

para 3.3

Page 23: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

13

13

5.3 Penangguhan Penilaian

a) Penangguhan boleh dibuat sekiranya terdapat perkara - perkara yang tidak

dapat dielakkan seperti faktor cuaca ataupun sebarang bencana yang tidak

diduga

b) Sebarang penangguhan penilaian daripada pihak CIDB akan diberitahu sebelum

masa penilaian dibuat

5.4 Kegagalan Penilaian

a) Kegagalan pengeluar mematuhi mana - mana syarat seperti yang dinyatakan

dalam para 5.1 dan 5.2

b) Tidak mempunyai Manual Tatacara Operasi (Standard Operation Procedure)

c) Tidak mempunyai sistem kawalan kualiti dalaman bagi memastikan produk

yang dihasilkan menepati tahap kualiti yang ditetapkan

d) Kegagalan mematuhi kehendak pengujian seperti dinyatakan di dalam mana -

mana standard yang dirujuk

e) Tidak membuat pengujian ke atas komponen siap di Badan Pengujian yang

diiktiraf oleh CIDB

f) Tidak membuat pengujian ke atas bahan - bahan asas mengikut Pelan Kawalan

Kualiti yang diterimapakai

g) Keputusan ujian tidak mematuhi standard minima yang ditetapkan dalam

spesifikasi

h) Tidak dapat menyediakan produk IBS seperti yang telah dimaklumkan di dalam

permohonan

Page 24: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

14

6.0 PENGUJIAN BAHAN-BAHAN ASAS DAN KOMPONEN IBS

Pengeluar mestilah menjalankan pengujian ke atas komponen IBS yang dikeluarkan.

Pegawai Penilai akan membuat penyemakan ke atas keputusan ujian yang dilakukan ke

atas bahan binaan serta komponen IBS yang siap. Bagi bahan asas yang mempunyai PPS

tidak perlu menjalani ujian lagi disepanjang tempoh sah laku PPS.

Pengeluar diwajibkan membuat pengujian komponen IBS di mana-mana makmal yang

diiktiraf oleh CIDB seperti:

a) Construction Research Institute of Malaysia. (CREAM)

b) Badan Pengujian lain

Pelbagai jenis ujian dijalankan yang meliputi bahan asas dan komponen IBS yang siap

(finished IBS component) seperti disenarai dalam jadual di bawah ini:

a) Sistem Konkrit Pratuang -- Jadual 6.1

b) Sistem Kerja Blok -- Jadual 6.2

c) Sistem Acuan Berulang -- Jadual 6.3

d) Sistem Kerangka Keluli -- Jadual 6.4

e) Sistem Kerangka Kayu -- Jadual 6.5

f) Sistem Berinovatif -- Jadual 6.6

Page 25: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

15

JADUAL 6.1 : SISTEM KONKRIT PRATUANG

BIL JENIS BAHAN ASAS JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNAPAKAI

i. Ready Mixed Concrete Rujuk MS 523 MS 523, CIS 21

Aggregate Visual Inspection MS 30

Admixtures Visual Inspection EN 934

Cement Rujuk MS EN 197 MS EN 197

Water Rujuk EN 1008 EN 1008

ii. Steel for the

Reinforcement of

Concrete

Rujuk MS 146 MS 146

iii. Steel Wire for the

Reinforcement

Rujuk MS 144 MS 144

iv. Welded Ste el Fabrics Rujuk MS 145 MS 145

BIL JENIS KOMPONEN SIAP JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNAPAKAI

i. Special Roof Elements

(EN 13693:2004 +A1

2009)

Flexural Test EN 13693

Surface finish EN 13369

Dimensions

- Total length

- Total width

- Thickness

- Total depth

- Bow

misalignment

camber

- Concrete cover

EN 13693 (5.2)

EN 13693 (4.3.1.1)

EN 13369 (4.3.1.1)

Weight of the element EN 13369 (5.3)

ii. Stairs

(EN 14843:2007)

Load Test EN 14843

Surface characteristics EN 13369 (4.3.2)

Dimensions

- Production

tolerances

- Minimum nominal

dimensions

EN 14843 (4.3.1.1)

EN 14843;l (4.3.1.2)

Weight of product EN 13369 (5.3)

iii. Wall Elements

(EN 14992:2007 +A1

2012)

Wall vapour permeability EN ISO 12572

Surface characteristics EN 13369

Dimensions

- Production

tolerances

- Minimum nominal

dimensions

EN 13369

EN 14992 (4.3.1.1)

EN 14992 (4.3.1.2)

Page 26: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

16

BIL JENIS KOMPONEN SIAP JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNAPAKAI

Water absorption EN 13369 (4.3.7.5)

Fire test BOMBA requirement

iv. Floor plates for floor system (EN 13747:2005 +A2 2010)

Testing to determine erection spans

EN 13747 (Annex J)

Concrete compressive strength

EN 13369 (5.1)

MS EN 12390

Dimensions:-

Length

Cross section

Straightness of edge

Flatness of the moulded face protruding reinforcement

EN 13747 (5.2.1 – 5.2.4)

EN 13369 (Annex J)

Surface appearance:-

Roughness

General appearances

EN 13747 (5.2.5)

v. Hollow Core Slabs (EN 1168:2005 +A3 2011)

Full Scale Test EN 1168 (Annex J)

Concrete Compressive Strength

MS EN 12390

Slippage of tendons EN 13369 (4.2.3.2.4)

Cross section and length:

Slab depth

Web thickness

Flange thickness

Slab length

Slab width

Concrete cover

EN 1168 (5.2)

vi. Bridge Elements (EN 15050:2008)

Surface characteristics

EN 13369 (5.2)

Dimensions

Length

Height

Width

Vertical skewness

Horizontal skewness

Verticality

Lateral deviation

Camber or sagging

EN 13369 (5.2)

EN 15050 (5.2)

Weight of products

EN 13369 (5.3)

vii. Linear Structural Elements (BS EN 13225:2013)

Surface characteristics

13369 (Annex J.4)

Page 27: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

17

BIL JENIS KOMPONEN SIAP JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNAPAKAI

Dimensions

Total length

Total width

Thickness

Total depth

EN 13369 (5.2)

viii. Foundations Elements [(BS EN 14991:2007)

Dimensions

Total length

Total width

Thickness

Total depth -

EN 13369 (5.2)

ix. Ribbed Floor Elements (BS EN 13224:2011)

Dimensions

Skewness

Lateral bow

Planarity

Angle deviation of rib

Camber or sag

EN 13224 (5.2)

EN 13369 (5.2)

Slippage of tendons EN 13369 (4.2.3.2.4)

Surface characteristics EN 13369 (4.3.2)

Page 28: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

18

JADUAL 6.2 : SISTEM BLOK

BIL JENIS BAHAN ASAS JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI

i. Constituent material of concrete

MS 26

EN 206

EN 206-1

ii. Aggregates MS 30

Visual inspection BS EN 206:2013

EN 206-1:2000

Sieve analysis EN 933-1

BS 882:1992

Water absorption EN 1097-6

iii. Admixtures Visual inspection

EN 934-1 Uniformity of density

iv. General Concrete composition BS EN 206:2013

EN 206-1:2000 Type of cement

Use of aggregates

Additions and admixtures

Resistance to alkali-silica reaction

Chloride content

Concrete temperature

BIL. JENIS KOMPONEN SIAP

JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI

i. a) Hollow Block

b) Solid Block

c) Interlocking Block

d) Lightweight Block

Dry density of block EN 12390-7

Weight of products EN 13369: 2004 (5.3)

Dimension MS 1064

EN 13369: 2004(5.2)

EN 13369: 2004 (Annex J)

Compressive strength EN 12390-2

EN 12390-3

EN 13369: 2004

Potential strength BS EN 206:2013

EN 206-1:2000

Water absorbtion EN 13369:2004 (Annex G)

Surface characteristics EN 13369:2004 (Annex J)

Thermal properties EN 12664

EN ISO 10456

Fire test BS 476 (Part 21/22)

Ii. Sistem Dinding Fire Test BS 476 (Part 21/22)

Robustness Test BS 5234: Part 2

Water/Wind Penetration Test

To be confirmed

Page 29: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

19

BIL. JENIS KOMPONEN SIAP

JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI

i. e) Hollow Block

f) Solid Block

g) Interlocking Block

h) Lightweight Block

Dry density of block EN 12390-7

Weight of products EN 13369: 2004 (5.3)

Dimension MS 1064

EN 13369: 2004(5.2)

EN 13369: 2004 (Annex J)

Compressive strength EN 12390-2

EN 12390-3

EN 13369: 2004

Potential strength BS EN 206:2013

EN 206-1:2000

Water absorbtion EN 13369:2004 (Annex G)

Surface characteristics EN 13369:2004 (Annex J)

Thermal properties EN 12664

EN ISO 10456

Fire test BS 476 (Part 21/22)

Ii. Sistem Dinding Fire Test BS 476 (Part 21/22)

Robustness Test BS 5234: Part 2

Water/Wind Penetration Test

To be confirmed

Page 30: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

20

JADUAL 6.3 : SISTEM ACUAN

BIL. JENIS BAHAN ASAS JENIS PENGUJIAN

STANDARD YANG DIGUNA PAKAI

i.

Wood

Load Test EN 1052

Swelling In Thickness

After Immersion In Water MS 1787:PART 6:2005

Preservative Treatment

Flexural Test

Chemical Resistance Test

Dimension Test EN 18202

Dimensional Changes

Associated with Changes

In RH

MS 1787:PART 8:2005

EN 13777:2002

ii.

Aluminium (Refer to 4th schedule item 11c & d )

Load Test ASTM B557

Dimension Test

Iii. Steel

Tensile Test EN 18216

Load Test EN 1065

Coating Test EN ISO 1641 : 1999

Type of coating - refer item

11b

Dimension Test

iv.

Plastic/Polymer

Tensile Test DIN EN ISO 527-2

Load Test

Flexural Test `

Chemical Resistance Test

Weathering Test

Dimension Test

BIL. JENIS AKSESORI JENIS PENGUJIAN

STANDARD YANG DIGUNA PAKAI

i. Concreting Bracket

Working Platform

Load Test EN 12811-1:2003

ii. Tie Rod Tensile Test

DIN 18216

MS 146 / EN 10002

iii. Push Pull Props Load Test DIN EN 1065

iv. Slab Props Load Test EN 1065

v. Guardrails

Impact Test Rujuk Jadual 4

AASHTO M-180

vi. Refer to standard scaffold MS 1462 part 1 -4)

Page 31: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

21

JADUAL 6.4 : SISTEM KERANGKA KELULI

Bil JENIS BAHAN ASAS JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA

PAKAI

i. Steel plate in-coil/sheet

Tensile test

Yield Strength

Elongation

Composition

Coating mass

AS 1397

MS 1196

BS 5950

ASTM A653

MS606:1979

** refer to 4th schedule MS

EN 10025 part 2

ii. Fasteners & Anchors

Coating mass

Shape, Diameter and

Dimensions

Capacity

ANZ 4600

AS 356

** refer to 4th schedule MS

EN 10025 part 26

Bil. JENIS KOMPONEN SIAP

JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI

i. Open Channels or Closed Sections (Component or Column/Beam)

Shape

Dimension

Section Properties

AS 1397

ANZ 4600

ASTM A653

MyCSI Specifications

MS606:1979/1991

EN 10219

** refer to 4th schedule MS

EN 10025 part 2

ii. Roof structure elements

Strength test

Serviceability test

AS 1397

ANZ 4600

MyCSI Specifications

BS5950

** refer to 4th schedule MS

EN 10025 part 2 & for cold

forming (refer to JKR spec)

iii. Wall frame elements

Strength test

Lateral Stability Test

Fire resistance Test

AS 1397

ANZ 4600

Australian NASH (National

Association of steel House)

Specifications

** refer to 4th schedule

iv. Floor Structure Elements

Strength test

Serviceability test

AS 1397

ANZ 4600

BS 5950

** refer to 4th schedule

Page 32: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

22

JADUAL 6.5 : SISTEM KERANGKA KAYU

Bil JENIS BAHAN ASAS JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA

PAKAI

i. Kayu

(Rujuk Jadual 4, CIS 5)

Preservative Treatment MS 697: 1981

MS 833: 1984

Mechanical Test MS 544: 2001 - Code of

practice for structural use of

timber. Part 7 – Testing.

Timber Grading Malaysian Grading Rules

2009

MS 1714 : 2003

ii. Komposit Kayu

(Rujuk Jadual 4, CIS 5)

Mechanical Test MS 544: 2001 - Code of

practice for structural use of

timber. Part 7 – Testing.

Formaldehyde Test Ms 1787 Part 14 Perforrator

method

MS 1887 Part 15 Dessicator

method

Bil JENIS BAHAN JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI

i.` Kerangka Kayu Kekuda Bumbung (Rujuk Jadual 4, CIS 5)

Deflection Test MS 544: 2001 - Code of

practice for structural use of

timber. Part 7 – Testing.

Load Test MS 544: 2001 - Code of

practice for structural use of

timber. Part 7 – Testing.

Fire Resistance Test MS 544: 2001 - Code of

practice for structural use of

timber. Part 9 – Fire

resistance of timber

structures: Section 1:

Method of calculating fire

resistance of timber

members.

Deformation and Strength Test

BS EN 595: 1995. Timber

structures. Test methods.

Test of trusses for the

determination of strength

and deformation behaviour.

ii Engineered Timber

Products:

Glulam

Cross laminated

timber (CLT)

Laminated veneer

Deflection Test MS 544: 2001 - Code of

practice for structural use of

timber. Part 7 – Testing.

Load Test MS 544: 2001 - Code of

practice for structural use of

timber. Part 7 – Testing.

Page 33: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

23

Bil JENIS BAHAN JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI

lumber (LVL)

(Jenis Komponen Siap – Dinding, Rasuk, Papak, Kerangka Bumbung.

Fire Resistance Test MS 544: 2001 - Code of

practice for structural use of

timber. Part 9 – Fire

resistance of timber

structures: Section 1:

Method of calculating fire

resistance of timber

members.

Page 34: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

24

JADUAL 6.6 : SISTEM BERINOVATIF

BIL JENIS BAHAN ASAS JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI

Penggunaan bahan asas jenis bahan mudah terbakar (combustible) akan dihadkan penggunaannya tertakluk kepada undang-undang semasa - Uniform Building By Law 1984 (UBBL 1984) yang dikuatkuasakan oleh agensi teknikal berkaitan (authority having jurisdiction).

i. Konkrit

Rujuk jadual 3 – 7

Rujuk jadual 3 – 7

ii. Simen

iii. Fireboard (gypsum, mineral fibre, fibre cement, magnesium oxide, plaster, calcium silicate etc)

iv. Kayu

v. Fiberglass vi. Polyurethane (PU)

Combustibility Test

BS 476 Part 4

vii. Expanded Polystyrene (EPS)

viii. Lain-lain asas Komposit

BIL. JENIS KOMPONEN SIAP

JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI

i. Tiang

n.a. n.a.

ii. Dinding

Fire Resistance Test BS 476: Part 21 (Load bearing)

BS 476: Part 22 (non-load bearing )

iii. Rasuk

Deflection Test MS 146:2006

iv. Papak

Deflection Test MS 146:2006

v. Kerangka Bumbung

Deflection Test MS 146:2006

Page 35: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

26

LAMPIRAN A

Senarai Borang Permohonan:

1. Bahagian A - Maklumat Pemohon

2. Bahagian B1 - Sistem Konkrit Pratuang

3. Bahagian B2 - Sistem Acuan (Reusable Formwork)

4. Bahagian B3 - Sistem Kerangka Keluli

5. Bahagian B4 - Sistem Kerangka Kayu

6. Bahagian B5 - Sistem Kerja Blok

7. Bahagian B6 - Sistem Berinovatif Lain

8. Bahagian C - Perakuan

Page 36: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

27

LAMPIRAN C

Rajah 1 : Contoh Sijil AIS Yang Dikeluarkan

Page 37: Lampiran A STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN - · PDF filekomponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Konkrit Pratuang i) Pengeluar ditapak bina

28

RUJUKAN 1. Precast Concrete Elements, British Standard.

2. Precast Concrete Elements, British Standard.

3. Guidance Paper B, “The Definition of Factory Production Control in Technical

Specifications for Construction Products”, 08 July 2002, Enterprise Directorate-

General of the European Commission

http://europa.eu.int/comm/enterprise/construction/internal/guidpap/guidpap.html

4. Guidance Paper K, “The Attestation of Conformity Systems and the Role and Tasks of

the Notified Bodies in the Field of the Construction Products Directive”, 08 July 2002,

Enterprise Directorate-General of the European Commission

http://europa.eu.int/comm/enterprise/construction/internal/guidpap/guidpap.html

5. Conformity Certification for Construction Products (LECM)

http://cc.informac.gov.mo/c/active/ProductSafety_Seminar/LECM_e.pdf

6. Timber IBS Design Guide, September 2011 Published By UPM

7. Detail Timber Design, MS 544

8. Guide To Modular Coordination In Building, Malaysian Standard MS 1064 :

Part 1 – 10, Department Of Standard Malaysia, 2003

9. Manual for IBS Scoring System (IBS Score), CIDB Malaysia, 2005

10. Industrialised Building System (IBS) Road Map 2011 - 2015