Lampiran AJFC (Malay)

25
1 MAKLUMAT LIGA LIGA ALLIANZ JUNIOR FOOTBALL CAMP MALAYSIA 2016 BAWAH 16 KELAYAKAN PASUKAN Terbuka kepada pasukan-pasukan Kelab Bolasepak dan Pasukan Sekolah sahaja. Sekolah Projek Negeri, Sekolah Sukan Kebangsaan, dan Akademi Bolasepak Kebangsan Gambang tidak dibenarkan untuk menyertai Liga ini. Setiap Kelab dan Sekolah hanya dibenarkan mendaftarkan satu pasukan sahaja dalam Liga. KELAYAKAN PEMAIN Hanya pemain yang lahir pada tahun 2000 hingga 2012 layak menyertai Liga ini (minima umur pemain ialah 14 tahun dan maksima 16 tahun). Dibuka kepada pemain-pemain lelaki dan perempuan (samada pasukan perempuan atau lelaki sepenuhnya ataupun pasukan bercampuran lelaki dan perempuan). Hanya untuk warganegara Malaysia sahaja. PEMAIN YANG TIDAK LAYAK Pemain yang berada atau terlibat dalam Program Pembangunan Bolasepak berikut adalah tidak dibenarkan bermain dalam Liga ini.: Sekolah Projek Negeri Sekolah Sukan Kebangsaan Akademi Bolasepak Kebangsaan Gambang

Transcript of Lampiran AJFC (Malay)

Page 1: Lampiran AJFC (Malay)

1

MAKLUMAT LIGA LIGA ALLIANZ JUNIOR FOOTBALL CAMP MALAYSIA 2016 BAWAH 16 KELAYAKAN PASUKAN

Terbuka kepada pasukan-pasukan Kelab Bolasepak dan Pasukan Sekolah sahaja.

Sekolah Projek Negeri, Sekolah Sukan Kebangsaan, dan Akademi Bolasepak Kebangsan Gambang tidak dibenarkan untuk menyertai Liga ini.

Setiap Kelab dan Sekolah hanya dibenarkan mendaftarkan satu pasukan sahaja dalam Liga.

KELAYAKAN PEMAIN

Hanya pemain yang lahir pada tahun 2000 hingga 2012 layak menyertai Liga ini (minima umur pemain ialah 14 tahun dan maksima 16 tahun).

Dibuka kepada pemain-pemain lelaki dan perempuan (samada pasukan perempuan atau lelaki sepenuhnya ataupun pasukan bercampuran lelaki dan perempuan).

Hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.

PEMAIN YANG TIDAK LAYAK

Pemain yang berada atau terlibat dalam Program Pembangunan Bolasepak berikut adalah tidak dibenarkan bermain dalam Liga ini.:

Sekolah Projek Negeri

Sekolah Sukan Kebangsaan

Akademi Bolasepak Kebangsaan – Gambang

Page 2: Lampiran AJFC (Malay)

2

JUMLAH PASUKAN Maxima pasukan dalam setiap zon ialah dua puluh (20) pasukan sahaja dimana pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B. JUMLAH PEGAWAI DAN PEMAIN SEPASUKAN

Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk mendaftar 18 orang pemain berserta 2 orang pegawai pasukan sahaja iaitu Pengurus Pasukan dan Ketua Jurulatih. Akan tetapi pasukan-pasukan di benarkan untuk menamakam 2 lagi pegawai pasukan untuk membantu pengurusan pasukan dan 2 pegawai ini di benarkan berada di kawasan teknikal pasukan semasa perlawanan sedang berlansung.

PENDAFTARAN PASUKAN UNTUK MENYERTAI LIGA

Pendaftaran untuk menyertai Liga hanya boleh dilakukan secara on-line. Pendaftaran yang dibuat secara lansung dengan Pengurus Liga Zon tidak akan diterima.

Pendaftaran pasukan berserta dengan maklumat Pemain, Pengurus Pasukan serta Ketua Jurulatih harus dilakukan serentak secara on-line melalui laman web www.allianzfootball.com.my

Semua maklumat berikut harus dimuat naik semasa melakukan pendaftaran: Pasukan: Nama Penuh Pasukan & Lokasi

Pemain: Nama Penuh, No.Bib, No.Telefon, No. Mykad, Umur dan Alamat

E-mail (sekiranya ada).

Pengurus dan Ketua Jurulaih: Nama Penuh, No.Telefon, No. Mykad, Umur dan Alamat E-mail.

(Pengurus dan Jurulatih harus berumur lebih dari 18 tahun).

Pendaftaran akan dibuka bermula jam 4.00 petang hari Selasa 16.02.2016

Borang Pendaftaran Pasukan dan Borang Penyataan Persetujuan Pemain dan Ibubapa (lengkap dengan 2 keping gambar ukuran pasport terbaru pemain, berserta salinan MyKad pemain) perlu diserahkan kepada pihak Penganjur Liga pada Mesyuarat Pengurus Pasukan.

Page 3: Lampiran AJFC (Malay)

3

Dua puluh (20) pasukan pertama yang mendaftarkan diri akan layak menyertai Liga ini tetapi pengesahan tempat adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang tertera dalam klausa 10 Undang-undang dan Peraturan Liga.

FORMAT PERMAINAN

Permainan secara 11-sebelah.

MASA PERLAWANAN

Setiap perlawanan akan dilangsunkan selama 70 minit iaitu 30 minit setiap separuh masa dengan masa rehat selama 10 minit diantara tiupan wisel penamat separuh masa pertama hingga tiupan wisel permulaan separuh masa kedua. STRUKTUR LIGA Liga ini akan dianjurkan secara dua (2) peringkat seperti berikut: a. Peringkat Liga Zon

Dipertandingkan di empat (4) zon yang terdiri dari Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan berikut:

Zon Tengah - Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Zon Selatan - Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Zon Pantai Timur - Pahang, Terengganu dan Kelantan Zon Utara - Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis b. Peringkat Antara Zon

Lapan Belas (18) pemain terbaik daripada setiap liga zon akan mewakili zon masing- masing ke pertandingan akhir antara zon.

Selanjutnya tiga belas (13) pemain terbaik dalam pertandingan akhir antara zon akan menyertai Allianz Junior Football Camp Asia 2016 dan seterusnya berpeluang untuk dipilih ke Allianz Junior Football Camp Munich di FC Bayern Munich, Germany.

Pemilihan pemain-pemain ini akan dilakukan oleh panel pemilihan yang terdiri dari bekas pemain kebangsaan dan negeri.

Page 4: Lampiran AJFC (Malay)

4

LOKASI LIGA Zon Tengah - Padang Bolasepak A,B,C & D UKM. Bangi Zon Selatan - Padang 10, Kompleks Sukan Hang Jebat, Melaka Zon PantaiTimur - Padang MPK1 dan Kolej Islam Pahang, Kuantan

Zon Utara - Padang Bolasepak USM, Penang TARIKH MULA Zon Tengah - 02.04.2016 Zon Selatan - 02.04.2016 Zon Pantai Timur - 09.04.2016 Zon Utara - 09.04.2016

YURAN PENYERTAAN

RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) sepasukan: Yuran harus dijelaskan pada Mesyuarat Pengurus Pasukan secara:

Wang tunai

Bayaran melalui cek diatas nama MANDAHLA SPORT MANAGEMENT

Kegagalan pasukan dalam membuat pembayaran pada Mesyuarat Pengurus Pasukan akan menyebabkan tempat dalam Liga akan diberikan kepada pasukan lain.

HARI PERLAWANAN

Kesemua perlawanan liga akan di adakan pada hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang (silat lihat jadual tarikh pertandingan)

Dalam perlawanan peringkat Liga, setiap pasukan dijadualkan bermain sekurang-kurangnya dua (2) perlawanan sehari

JERSI DAN NOMBOR PEMAIN

Pihak Penganjur akan menyediakan satu set jersi penaja yang tidak bernombor dan sama warna (baju sahaja) kepada semua pasukan yang bertanding.

Semua pasukan harus memakai jersi penaja yang disediakan oleh Pihak Penganjur pada setiap perlawanan Liga. Semua pasukan dikehendaki memakai

Page 5: Lampiran AJFC (Malay)

5

bib bernombor (dari nombor 1 hingga 18 yang akan disediakan oleh Pihak Penganjur) untuk setiap perlawanan.

Pemain harus berpakaian jersi seragam, seluar,stoking dan shin-pad tetapi pakaian penjaga gol mesti berlainan dari pemain-pemain lain.

Setiap pemain harus memakai nombor bib yang sama sepanjang pertandingan Liga (harus sama dengan nombor jersi yang didaftarkan dalam borang Pendaftaran Pasukan). Bib bernombor 1 dan 18 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja.

HADIAH-HADIAH LIGA PERINGKAT ZON

Johan - Piala + Wang Tunai RM2, 500.00 + 20 Medal

Naib Johan - Wang Tunai RM1, 500.00 + 20 Medal

Tempat Ke 3 - Wang Tunai RM500.00 + 20 Medal Hadiah Fair Play - Piala ANUGERAH KHAS LIGA PERINGKAT ZON:

Penjaring Gol Terbanyak Liga *

Pemain Terbaik Liga (MVP)

Penjaga Gol Terbaik

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir HADIAH-HADIAH LIGA PERINGKAT ANTARA ZON (GRAND FINALS)

Johan - Piala Pusingan + Piala Iringan + Wang Tunai RM2, 000.00 + 20 Medal

Naib Johan - 20 Medal

Page 6: Lampiran AJFC (Malay)

6

PENGURUSAN LIGA

Pengurusan

Liga

Nama

No. Mobile

E-mail

Pengarah Pertandingan

En.Gobiie Krishnarn

012 379 0180

[email protected]

Zon Tengah

En.Mohan @ John

014 936 7174

[email protected] [email protected]

Zon Selatan

En.Melvin Tan

019 666 2171

[email protected]

Zon Utara

En,Sundram En.Zainol Fitri

013 442 8649 017 417 7929 019 452 5203

[email protected]

Zon Pantai Timur

En.Fuz Zemi Ibrahim

012 937 9056

[email protected]

Page 7: Lampiran AJFC (Malay)

1

LIGA AJFCM 2016

LIGA ALLIANZ JUNIOR FOOTBALL CAMP MALAYSIA 2016

(AJFC MALAYSIA LEAGUE 2016)

BAWAH 16 TAHUN

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LIGA

1. Penyataan

a. Allianz Malaysia Berhad (Allianz) dengan persetujuan rasmi (official

sanction) dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganjurkan AJFC

Malaysia League 2016 (Liga).

b. Semua hakcipta berkaitan Liga ini adalah hak-milik Allianz.

c. Undang-undang dan peraturan pertandingan ini melaraskan hak, kewajipan

dan tanggungjawab semua pasukan yang bertanding dalam Liga ini,

d. Jawatankuasa Penganjur Liga berhak untuk meminda dan/ atau menukar

undang-undang dan peraturan Liga tanpa memberi notis kepada mana-mana

pihak yang berkenaan.

2. Peraturan Teknikal

Semua perlawanan akan dimainkan mengikut Undang-undang Permainan

Bolasepak:

a. Undang-undang dan Peraturan Permainan yang telah ditetapkan oleh Lembaga

Persatuan Bolasepak Antarabangsa dan diterbitkan oleh FIFA/ FAM.

b. Sekiranya terdapat kemusykilan dalam penterjemahan Undang-undang dan

Peraturan Permainan, versi Inggeris akan diutamakan.

Page 8: Lampiran AJFC (Malay)

2

LIGA AJFCM 2016

3. Struktur Liga

Liga ini akan dianjurkan secara dua (2) peringkat seperti berikut:

a. Peringkat Liga Zon

Dipertandingkan di empat (4) zon yang terdiri dari Negeri-negeri dan Wilayah

Persekutuan berikut:

Zon Tengah - Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

Zon Selatan - Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor

Zon PantaiTimur - Pahang, Terengganu, dan Kelantan

Zon Utara - Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis

b. Peringkat Antara Zon

i. 18 pemain terbaik daripada setiap liga zon (klausa 3 (a)) akan mewakili zon

masing-masing dipertandingan akhir antara zon. Pemilihan pemain-pemain

ini akan dilakukan oleh panel pemilihan yang terdiri dari bekas pemain

kebangsaan dan negeri.

ii. Selanjutnya tiga belas (13) pemain terbaik dalam pertandingan Peringkat

Antara Zon (klausa 3 (b)(i)) akan menyertai AJFC Asia 2016 dan seterusnya

berpeluang untuk dipilih ke AJFC Munich di FC Bayern Munich, Germany.

4. Maxima Jumlah Pasukan

Maxima jumlah pasukan yang bertanding dalam setiap zon ialah 20 pasukan

sahaja.

5. Kelayakan Pasukan

Liga ini hanya terbuka kepada pasukan-pasukan Kelab Bolasepak dan Pasukan

Sekolah sahaja. Sekolah Projek Negeri, Sekolah Sukan Kebangsaan, dan Akademi

Bolasepak Kebangsan Gambang tidak dibenarkan untuk menyertai Liga ini. Setiap

Kelab dan Sekolah hanya dibenarkan mendaftarkan satu pasukan sahaja dalam

Liga.

Penggabungan diantara dua atau lebih Kelab, Pasukan, atau Sekolah yang

berasingan untuk menyertai Liga ini tidak dibenarkan sama sekali.

Semua Kelab Bolasepak yang bertanding harus mendaftarkan diri dengan Pejabat

Pesuruhjaya Sukan Malaysia (pasukan Sekolah dikecualikan dari syarat ini).

Page 9: Lampiran AJFC (Malay)

3

LIGA AJFCM 2016

6. Pemilihan Pasukan Yang Bertanding

Disebabkan jumlah penyertaan pasukan adalah terhad, 20 pasukan pertama yang

mendaftarkan diri di laman web akan layak menyertai Liga ini. Namun penyertaan

ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang tertera dalam klausa 10 dibawah.

Pendaftaran pasukan dan pemain hanya boleh dilakukan melalui laman web

www.allianzfootball.com.my/registration.

Jawatankuasa Penganjur berhak untuk menentukan kelayakan pasukan-pasukan

untuk menyertai Liga

7. Kelayakan Pemain

a. Hanya pemain yang lahir pada tahun 2000 hingga 2012 layak menyertai

Liga ini (minima umur pemain ialah 14 tahun dan maksima 16 tahun).

b. Dibuka kepada pemain-pemain lelaki dan perempuan (samada sebagai sama

ada sebagai satu pasukan wanita, pasukan lelaki atau satu pasukan

bercampur).

c. Hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.

d. Seorang pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu pasukan sahaja.

8. Pendaftaran Pemain

a. Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk mendaftar 18 orang pemain berserta

dua (2) orang pegawai pasukan sahaja iaitu Ketua Jurulatih dan Pengurus

Pasukan.Namun demikian, pasukan-pasukan dibenarkan untuk menamakan

dua (2) lagi pegawai pasukan untuk membantu pengurusan pasukan dimana

dua (2) pegawai ini di benarkan berada di kawasan teknikal pasukan semasa

perlawanan sedang berlangsung.

b. Borang Pendaftaran Pasukan dan Borang Penyata Persetujuan Pemain dan

Ibubapa (lengkap dengan dua (2) keping gambar ukuran pasport terbaru

pemain, berserta salinan MyKad pemain) perlu diserahkan kepada pihak

Penganjur Liga pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan oleh Penganjur.

c. Bagi pemain/pemain-pemain yang telah mengundurkan diri dari Kelab atau

Pasukan beliau yang lama dan seterusnya mendaftarkan diri dengan salah

sebuah pasukan dalam Liga, prosedur berikut harus diikuti:

Page 10: Lampiran AJFC (Malay)

4

LIGA AJFCM 2016

i. Pemain berkenaan harus mendapatkan Surat Perlepasan Bertulis dari Kelab

atau Pasukan lama beliau.

ii. Sekiranya tiada Surat Perlepasan Bertulis dari Kelab atau Pasukan lama,

Jendela 3 bulan dari tarikh pendaftaran dengan Kelab atau Pasukan baru

adalah disyaratkan sebelum pemain tersebut layak untuk menyertai Liga

ini.

iii. Sekiranya berlaku pertikaian diantara pasukan-pasukan yang bertanding

berkenaan seseorang pemain, kelab atau pasukan yang bertikai harus

mengemukakan Borang Pendaftaran Pemain yang asal dengan kelab atau

pasukan, rekod kehadiran pemain dan lain-lain dokumen kepada

Jawatankuasa Penganjur di mana status dan penglibatan pemain berkenaan

dalam Liga akan ditentukan. Keputusan pihak Jawatankuasa Pertandingan

adalah muktamad.

9. Pemain Yang Tidak Layak

a. Pemain yang berada atau terlibat dalam Program Pembangunan Bolasepak

berikut adalah tidak dibenarkan bermain dalam Liga ini.:

i. Sekolah Projek Negeri

ii. Sekolah Sukan Kebangsaan

iii. Akademi Bolasepak Kebangsaan – Gambang

b. Mana-mana Kelab/ Pasukan yang melanggar syarat-syarat Pendaftaran Pemain

seperti di atas (klausa 7 hingga 9(a)) akan disingkirkan dari Liga. Semua

perlawanan yang melibatkan Kelab atau Pasukan yang disingkirkan akan

dihadiahkan kepada pihak lawan dengan jaringan 3-0.

10. Yuran Penyertaan Liga (Sepasukan):

Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500.00) sahaja

Yuran harus dijelaskan pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak Penganjur

dan kegagalan pasukan berbuat demikian akan menyebabkan tempat dalam

Liga akan diberikan kepada pasukan lain.

11. Format Permainan

Permainan secara 11-sebelah.

Page 11: Lampiran AJFC (Malay)

5

LIGA AJFCM 2016

12. Masa Perlawanan

Maxima masa penuh permainan adalah seperti berikut:

Setiap perlawanan akan dilangsungkan selama 70 minit iaitu 30 minit setiap

separuh masa dengan masa rehat selama 10 minit diantara tiupan wisel penamat

separuh masa pertama hingga tiupan wisel permulaan separuh masa kedua.

Setiap pasukan harus berada didalam padang perlawanan pada masa yang

ditetapkan dalam Jadual Perlawanan Liga. Sesebuah pasukan yang gagal memasuki

padang perlawanan pada masa yang ditetapkan diberi tempoh masa 10 minit (dari

masa yang ditetapkan) untuk berbuat demikian. Sekiranya pasukan yang terlibat

gagal berbuat demikian dalam tempoh masa yang diberikan, kemenangan percuma

(walkover) akan diberikan kepada pihak lawan dengan keputusan jaringan 3-0.

13. Pertukaran/ Perubahan Masa Perlawanan

Jawatankuasa Teknikal berhak untuk membuat sebarang pertukaran dan atau

perubahan berkaitan masa perlawanan, dengan memberi notis awal kepada

pasukan-pasukan yang terlibat. Sebarang perubahan akan disiarkan di laman web

www.allianzfootball.com.my

14. Format Pertandingan

Format pertandingan terdiri dari 3 peringkat:

Perlawanan Peringkat Liga

a. Peringkat Liga akan dimainkan secara format Liga dan pasukan-pasukan

dibahagikan kepada dua kumpulan (A dan B) dengan setiap pasukan bermain

satu perlawanan dengan pasukan-pasukan lain dalam kumpulan masing-

masing, dengan 3 mata untuk kemenangan, 1 mata untuk seri dan kosong

mata untuk kekalahan.

b. Dalam sistem Liga, kedudukan pasukan dalam setiap Kumpulan akan di

tentukan seperti berikut;

i. Jumlah mata terbanyak yang diperolehi dari semua perlawanan peringkat

Kumpulan.

Page 12: Lampiran AJFC (Malay)

6

LIGA AJFCM 2016

ii. Sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai jumlah mata

yang sama, kedudukan pasukan akan ditentukan melalui turutan berikut:

1. Keputusan Perlawanan diantara pasukan-pasukan yang terlibat

(Head to Head).

2. Perbezaan Jaringan – pasukan yang mempunyai perbezaan

jaringan gol yang lebih baik akan layak.

3. Jaringan Gol – Pasukan yang mempunyai jaringan gol yang

terbanyak akan layak.

4. Gol Yang Dilepaskan – pasukan yang mempunyai jumlah gol

terendah yang dilepaskan akan layak.

Peringkat Separuh-akhir

Dua pasukan yang menduduki tangga teratas dalam kumpulan masing-masing

(Kumpulan A dan B) diakhir pusingan Liga akan layak ke Pusingan Separuh

Akhir Kalah-Mati seperti berikut:

Separuh-Akhir 1 - Johan Kumpulan A Mln Naib Johan Kumpulan B

Separuh-Akhir 2 – Johan Kumpulan B Mln Naib Johan Kumpulan A

Perlawanan Tempat Ke 3 Dan Perlawanan Akhir

Tempat Ke 3 - Tewas Separuh-Akhir 1 Lwn Tewas Separuh-Akhir 2

Peringkat Akhir - Pemenang Separuh-Akhir 1 Lwn Pemenang Separuh-

Akhir 2

15. Hadiah-hadiah Liga Peringkat Zon

Johan - Piala + Wang Tunai RM2, 500.00 + 20 Medal

Naib Johan - Wang Tunai RM1, 500.00 + 20 Medal

Tempat Ke 3 - Wang Tunai RM500.00 + 20 Medal

Hadiah Fair Play - Piala (sila rujuk klausa 18)

Page 13: Lampiran AJFC (Malay)

7

LIGA AJFCM 2016

16. Anugerah Khas Liga Peringkat Zon:

Penjaring Gol Terbanyak Liga *

Pemain Terbaik Liga (MVP)

Penjaga Gol Terbaik

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir

* Sekiranya terdapat 2 atau lebih pemain dengan jumlah jaringan yang sama,

pemain yang menjaringkan gol terakhir akan di gelar pemenang.

17. Hadiah-hadiah Liga Peringkat Antara Zon (Grand Finals)

Johan - Piala Pusingan + Piala Iringan + Wang Tunai

RM2, 000.00 + 20 Medal

Naib Johan - 20 Medal

Piala Pusingan adalah senantiasa menjadi milik Allianz dan akan kekal

dipremis Allianz Malaysia Berhadsepanjang masa.

18. Hadiah Fair Play

Matlamat hadiah ini adalah untuk memberi penghargaan kepada pasukan yang

mempamerkan semangat kesukanan sepanjang perjalanan Liga dari segi:

a. Kelakuan para pemain sebelum, sewaktu, dan selepas permainan.

b. Jumlah kad kuning dan merah

c. Kelakuan bangku simpanan sewaktu permainan (pemain simpanan dan

pegawai)

d. Kelakuan para penyokong sebelum, sewaktu, dan selepas permainan.

Jawatankuasa Penganjur akan memutuskan pemenang hadiah ini berpandukan

kriteria diatas dan dari maklum-balas dari pegawai-pegawai perlawanan dan ahli-

ahli Jawatankuasa Pertandingan.

Page 14: Lampiran AJFC (Malay)

8

LIGA AJFCM 2016

19. Pertukaran Pemain

Pertukaran Berguling (Rolling Substitution). Pemain yang telah dikeluarkan

dibenarkan bermain/ memasuki semula perlawanan yang sama.

20. Jumlah Pemain Untuk Memulakan Sesuatu perlawanan

Jumlah minima pemain untuk memulakan sesuatu perlawanan adalah tujuh (7)

orang dan jika kurang dari angka ini kemenangan tanpa bertanding/ kemenangan

percuma (walkover) akan diberikan kepada pihak lawan dengan jaringan 3-0.

21. Tag Pengenalan Liga dan My Kad Pemain

a. Semua pasukan yang bertanding berhak untuk memeriksa Tag Pengenalan

Liga pemain pihak lawan. Hanya 18 pemain dan empat (4) orang pegawai

pasukan yang didaftarkan untuk Liga ini akan diberikan Tag Pengenalan

Liga. Tag ini harus di pakai oleh semua pemain dan pegawai sewaktu:

Pemain – Sebelum mulanya perlawanan dan semasa berada

dibangku simpanan/ kawasan teknikal.

Pegawai pasukan – Semasa berada di Kawasan Teknikal

Pemain dan pegawai yang tidak memakai atau mempamerkan Tag

Pengenalan Pemain dilarang sama sekali dari berada di kawasan teknikal

pasukan dan pemain yang berkenaan juga tidak dibenarkan beraksi dalam

perlawanan Liga sehingga beliau mengemukakan Tag Pengenalan Liga

kepada pihak Penganjur.

b. Kesemua pemain dikehendaki membawa My Kad sewaktu pertandingan

untuk tujuan penentusahan.

22. Jersi dan Nombor Pasukan

a. Pihak Penganjur akan menyediakan satu set jersi penaja yang tidak

bernombor dan sama warna (baju sahaja) kepada semua pasukan yang

bertanding.

b. Semua pasukan harus memakai jersi penaja yang disediakan oleh

Pihak Penganjur pada setiap perlawanan Liga. Semua pasukan di

kehendaki memakai bib bernombor (dari nombor 1 hingga 18 yang

akan disediakan oleh Pihak Penganjur) untuk setiap perlawanan.

Page 15: Lampiran AJFC (Malay)

9

LIGA AJFCM 2016

c. Pemain harus berpakaian jersi seragam, seluar,stoking dan shin-pad tetapi

pakaian penjaga gol mesti berlainan dari pemain-pemain lain.

d. Setiap pemain harus memakai nombor bib yang sama sepanjang

pertandingan Liga (harus sama dengan nombor jersi yang di daftarkan

dalam borang Pendaftaran Pasukan). Bib bernombor 1 dan 18

dikhaskan untuk penjaga gol sahaja.

e. Semua Ketua Pasukan harus memakai armband.

23. Borang Senarai Pasukan Hari Perlawanan

Sebelum perlawanan Liga bermula, setiap pasukan akan menerima “Borang

Senarai Pasukan Hari Perlawanan”dimana nombor, nama penuh pemain (18

pemain) berserta pegawai pasukan harus di isi (dalam huruf besar) dan di

tandatangani oleh Ketua Jurulatih. Borang ini harus diserahkan kepada Komisioner

Perlawanan sebelum pasukan memulakan perlawanan mingguan mereka.

a. Pemain yang di senaraikan dalam kesebelasan (11) utama harus memulakan

perlawanan. Manakala tujuh (7) pemain yang lain adalah disenaraikan

sebagai pemain gantian. Nombor jersi yang dipakai oleh pemain harus sama

dengan nombor jersi yang didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Pasukan.

Penjaga Gol dan Kaptain Pasukan harus dikenal pasti dalam borang

berkenaan.

b. Pertukaran pemain dalam sesuatu perlawanan adalah tidak terhad. Pemain

yang diganti di benarkan untuk memasuki semula perlawanan.

24. Tempat Duduk Pasukan (Kawasan Teknikal)

a. Hanya empat (4) orang pegawai pasukan yang berdaftar dan tujuh (7)

pemain simpanan sahaja yang dibenarkan berada didalam kawasan bangku

simpanan / teknikal pasukan pada sesuatu masa. Nama dan fungsi pegawai

dan pemain ini harus disenaraikan dalam borang rasmi Senarai Pasukan Hari

Perlawanan.

b. Pemain dan pegawai yang dikenakan hukuman gantung perlawanan dan

yang dilayangkan kad merah di larang sama sekali dari berada dalam

kawasan teknikal

Page 16: Lampiran AJFC (Malay)

10

LIGA AJFCM 2016

25. Perlawanan Seri Dalam:

Separuh-Akhir, Tempat Ke 3 dan Perlawanan Akhir: a. Masa tambahan 10 minit (5 minit setiap separuh masa).

b. Sepakan Penalti – 5 tendangan setiap pasukan (hanya pemain yang berada

dipadang pada akhir permainan masa penuh layak mengambil sepakan

penalti).

c. Sepakan penalti ‘Sudden Death’ – sekiranya selepas 5 tendangan penalti

keputusan masih seri, tendangan penalti ‘Sudden Death’ akan diambil

sehingga pemenang dapat di tentukan.

26. Menentukan Pemenang Melalui Sepakan Penalti

a. Sekiranya keputusan perlawanan sepenuh masa masih seri, sepakan penalti

harus diambil untuk menentukan pemenang, mengikut prosedur yang tertera

dalam Undang-undang Permainan.

b. Pengadil akan menentukan gol yang akan digunakan untuk sepakan penalti:

i. Terutamanya tapi tidak terhad, diatas sebab-sebab keselamatan, keadaan

padang permainan, lampu limpah, dsbnya, Pengadil boleh memilih gol yang

akan digunakan tanpa menggunakan ‘toss coin’. Dalam soal ini beliau tidak

perlu memberikan justifikasi diatas keputusan yang diambil, dimana ianya

adalah muktamad.

ii. Sekiranya beliau berpendapat kedua-dua gol boleh digunakan untuk sepakan

penalty, maka dengan kehadiran kedua-dua ketua pasukan, beliau akan

menentukan gol yang mana akan digunakan melalui ‘toss coin’. Beliau

seterusnya akan melambungkan duit syiling untuk menentukan gol mana

yang akan digunakan.

iii. Bagi memastikan prosedur ini diamalkan, Pengadil akan dibantu oleh

Penolong Pengadil dan Pegawai ke 4.

iv. Jika pengambilan sepakan dari penanda penalti tidak dapat disempurnakan

oleh kerana keadaan cuaca atau atas sebab luar jangka, keputusan

perlawanan akan ditentukan melalui cabutan undi yang dikendalikan oleh

Pengadil dihadapan Komisioner Pertandingan dan kedua-dua pasukan.

Page 17: Lampiran AJFC (Malay)

11

LIGA AJFCM 2016

27. Pemain Yang Di beri Amaran Atau Diperintah Keluar Padang

Kad Kuning

a. Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dalam satu perlawanan akan di

gantung untuk perlawanan seterusnya (satu (1) perlawanan).

b. Pemain yang menerima 3 kad kuning sepanjang pusingan Liga akan di

gantung secara otomatik untuk perlawanan seterusnya dari perlawanan di

mana beliau menerima kad kuning yang ketiga.

c. Kad kuning tunggal yang diterima dalam peringkat Liga tidak akan diambil

kira untuk peringkat seterusnya (pusingan kalah-mati).

Kad Merah

a. Pemain yang dilayangkan kad merah (secara lansung) semasa pertandingan

akan digantung secara otomatik untuk dua (2) perlawanan seterusnya dari

perlawanan dimana beliau menerima kad merah.

b. Pemain atau pegawai pasukan yang diperintah keluar padang (kad merah)

oleh pengadil akan kekal digantung sehingga kes beliau telah ditentukan

oleh Jawatankuasa Disiplin Liga dan atau Lembaga Disiplin Persatuan

Bolasepak Malaysia (FAM).

c. Sekiranya terdapat kurang dari tujuh (7) pemain diantara salah satu pasukan

perlawanan berkenaan akan dibatalkan. Dalam hal ini, Jawatankuasa

Disiplin FAM akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

28. Keputusan Pengadil

Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.

29. Keganasan Oleh Pemain Dan Atau Pegawai Pasukan

Mana-mana pemain atau pegawai pasukan yang dilaporkan berkelakuan tidak

berdisiplin atau bersikap dan/ atau bertindak ganas di/ atau tetapi tidak terhad di

sekitar tempat permainan, bilik persalinan dan kawasan latihan, oleh Pengadil atau

Komisioner Perlawanan akan dihadapkan kepada Jawatankuasa yang berkenaan

mengikut Peraturan yang ditetapkan oleh pihak FAM.

Page 18: Lampiran AJFC (Malay)

12

LIGA AJFCM 2016

30. Salahlaku

Jawatankuasa Penganjur Liga akan menubuhkan satu Jawatankuasa Disiplin

Pertandingan yang terdiri dari tiga (3) ahli yang dicalonkan oleh FAM. Semua kes

salah-laku akan dilaporkan oleh Komisioner Pertandingan/ Pengadil Perlawanan

kepada Jawatankuasa Penganjur Liga yang seterusnya akan memaklumkan kepada

ahli Jawatankuasa Disiplin untuk bersidang dan mempertimbangkan kes yang

dilaporkan.Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin

Pertandingan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan FAM untuk keputusan

akhir.

31. Perlawanan Yang Dihentikan Dan Pembatalan Perlawanan

Sekiranya perlawanan dihentikan oleh Pengadil sebelum tamat masa permainan

biasa atau semasa tambahan masa diatas sebab-sebab yang diluar jangka atau atas

insiden lain tetapi tidak terhad kepada, keadaan padang, keadaan cuaca, kerosakan

lampu limpah dan lain-lain, langkah-langkah berikut harus dipatuhi:

a. Perlawanan tersebut ditangguh secara otomatik selama tiga puluh (30) minit,

melainkan Pengadil memutuskan perlawanan boleh dimulakan lebih awal,

untuk membolehkan keadaan bertambah baik bagi memulakan semua

perlawanan.

b. Atas budi bicara/ kebijaksanaan Pengadil, satu lagi tangguhan untuk

maxima tiga puluh (30) minit dibenarkan jika pada pendapat beliau

tambahan masa penangguhan ini akan membolehkan perlawanan disambung

semula. Sekiranya tidak, pada akhir tangguhan kali kedua, Pengadil harus

mengisytiharkan bahawa perlawanan tersebut dibatalkan.

c. Untuk perlawanan yang dibatalkan, pihak Liga akan menentukan dalam

tempoh masa dua (2) jam dari keputusan Pengadil untuk membatalkan

perlawanan, samada keputusan perlawanan pada waktu pembatalan adalah

sah atau perlawanan semula diadakan, dengan mengambil kira aspek

semangat kesukanan dan penganjuran.

d. Tiada rayuan/ bantahan boleh dibuat ke atas keputusan yang dibuat dibawah

klausa 31 (a) ke Perkara 31 (c).

Page 19: Lampiran AJFC (Malay)

13

LIGA AJFCM 2016

32. Laporan Komisioner Perlawanan dan Pengadil

Selain dari laporan Pengadil, Komisioner Perlawanan bertanggungjawab

membuat/membentangkan semua laporan kepada Jawatankuasa Pertandingan:

Pegawai

Kordinator Perlawanan, Komisioner Perlawanan, Penilai Pengadil, Pengadil dan

Penolong Pengadil akan dilantik oleh FAM atau Persatuan Bolasepak Negeri.

Kakitangan

Pegawai Keselamatan, Pegawai Perubatan, Ball Boy dan sebagainya akan dilantik

oleh Jawatankuasa Pertandingan Liga.

33. Bantahan dan Aduan

Tertakluk kepada peruntukan berikut, bantahan adalah sebarang bangkangan

terhadap sesuatu kejadian yang mempunyai akibat langsung kepada perlawanan

yang dianjurkan dalam pertandingan ini (keadaan dan penandaan padang, peralatan

perlawanan, kelayakan pemain, keaadaan stadium, bola dan sebagainya).

Sebarang bantahan hendaklah diserahkan secara bertulis kepada Komisioner

Perlawanan dalam jangka masa satu (1) jam selepas tamat perlawanan dan disusuli

dengan laporan bertulis penuh, termasuk satu salinan surat bantahan asal kepada

Jawatankuasa Pertandingan bersama-sama yuran bantahan sebanyak RM500.00

(Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja). Sekiranya bantahan yang tidak berasas atau

tidak bertanggungjawab dikemukakan, Jawatankuasa Penganjur boleh mengenakan

denda dan yuran bantahan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus

sahaja) tidak akan dipulangkan.

Tiada bantahan dibenarkan terhadap keputusan Pengadil sewaktu perlawanan.

Semua keputusan Pengadil adalah muktamad.

Sebarang persoalan atau intepretasi Undang-undang akan dikemukakan kepada

Jawatankuasa Pertandingan/ Jawatankuasa FAM.

34. Peraturan Yang Tidak Di Peruntukan

Peraturan standard FIFA/ FAM akan digunakan, sekiranya gagal, keputusan

Jawatankuasa Teknikal adalah muktamad.

Page 20: Lampiran AJFC (Malay)

14

LIGA AJFCM 2016

35. Logo Penganjur & Penaja Liga

Semua pasukan harus mempamerkan Logo Penganjur sepanjang pertandingan Liga.

Logo akan di sediakan oleh Pihak Penganjur.

36. Bola

Bola rasmi pertandingan yang diiktiraf oleh FIFA akan digunakan untuk semua

perlawanan Liga.

37. Kelayakan Ketua Jurulatih

Minima Sijil Kejurulatihan Awalan FAM

Kesemua pasukan dikehendaki mengemukakan salinan lesen/ sijil Ketua Jurulatih

pasukan kepada Jawatankuasa Penganjur.

38. Penarikan Pasukan Dari Liga

Sekiranya terdapat pasukan yang menarik diri setelah bermulanya perlawanan Liga,

tindakan berikut akan dilaksanakan;

a. Semua perlawanan yang dijadualkan dan melibatkan pasukan ini akan

dibatalkan.

b. Semua keputusan perlawanan yang telah dilangsungkan dan melibatkan

pasukan berkenaan turut dibatalkan dan tidak akan diambil kira dalam

menentukan kedudukan carta Liga.

c. Pasukan yang berkenaan juga akan digantung serta-merta dari menyertai

atau mengambil bahagian dalam Liga AJFCM pada tahun yang berikutnya.

39. Peraturan-peraturan Pertandingan

Semua pasukan yang mengambil bahagian adalah terikat kepada peraturan-

peraturan Liga dan tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan

oleh Allianz terlebih dahulu melalui www.allianzfootball.com.my/registration.

Page 21: Lampiran AJFC (Malay)

15

LIGA AJFCM 2016

40. Perlindungan Insuran Pasukan-pasukan.

Semua pemain (18 orang sepasukan sahaja) dan pegawai (empat (4) orang

pegawai pasukan yang didaftar dalam Liga akan dilindungi di bawah skim

Insuran Kemalangan Diri (Insuran PA) oleh Allianz General Insurance

Company (Malaysia) Berhad (Allianz General).

Insuran ini hanya melindungi pemain dan pegawai yang berdaftar sekiranya

mereka mengalami kecederaan serius dan/ atau kematian semasa perlawanan

dan/ atau semasa berada di lokasi pertandingan pada masa Liga sedang

berlansung.

41. Perkara-perkara Yang Tidak DiSyaratkan

Perkara-perkara yang tidak disyaratkan dalam Peraturan dan diluar bidang kuasa

akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur, dimana keputusan yang diambil

adalah muktamad.

Page 22: Lampiran AJFC (Malay)

1/2

Pernyataan Persetujuan untuk menyertai

Liga Allianz Junior Football Camp (AJFC) Malaysia 2016

Sila masukkan data peserta ke dalam borang di bawah dengan jelas dan dalam huruf besar

Nama Pasukan No. Bib Jantina

Nama Penuh (Seperti dalam Kad Pengenalan/Pasport) Kumpulan Darah

No. Kad Pengenalan Umur Tarikh Lahir

Alamat E-mel Sila tampal gambar bersaiz pasport disini. Lampirkan satu lagi gambar untuk tag pemain anda.

No. Telefon Bimbit

Alamat

Masalah Kesihatan Alahan

Ini adalah dokumen undang-undang yang penting. Sila pastikan bahawa anda telah membaca dengan betul

sebelum anda menandatanganinya.

1. Kelayakan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya memenuhi semua syarat-syarat dan keperluan untuk menyertai Kem Bola Sepak Junior Allianz Liga Malaysia ("Kem") yang membolehkan saya dipilih untuk Kem.

2. Persetujuan untuk penyertaan: Saya memahami bahawa menghadiri dan mengambil bahagian dalam

Kem boleh melibatkan risiko ke atas keselamatan dan harta saya, yang mungkin termasuk kecederaan atau

penyakit serta kerosakan atau kehilangan harta benda. Saya telah membaca "Terma dan Syarat" dan "Polisi

Privasi" di laman web Allianz Junior Football Camp (https://www.allianzfootball.com.my). Saya telah

memahami dan menerima kandungan untuk kedua-dua dokumen itu.

3. Persetujuan untuk menggunakan nama dan gambar saya: Saya dengan ini memberi kebenaran bagi butiran biografi, nama, kenyataan, gambar, rakaman atau wawancara (yang diperolehi oleh Allianz Malaysia) yang melibatkan saya atau yang boleh diagihkan kepada saya untuk digunakan oleh Allianz Malaysia dan pihak ketiga yang bertindak semata-mata bagi pihak Allianz Malaysia pada potret fotografi, lukisan, representasi visual, pita video atau filem untuk pemasaran dan tujuan pengiklanan termasuk tetapi tidak terhad kepada penerbitan di Internet dan dalam bahan pengiklanan (risalah, iklan, risalah, poster dan lain-lain). Saya bersetuju untuk dirakamsemasa penyertaan saya dalam Kem dan imej, bunyi dan filem rakaman ini boleh digunakan secara umum bagi maksud yang dinyatakan di atas tanpa sebarang had geografi atau masa. Saya memberi kebenaran untuk rakaman ini untuk digabungkan dengan imej-imej lain, bunyi dan rakaman filem, teks atau grafik dan untuk disunting, diubahsuai dan digunakan untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan seperti yang dinyatakan di atas. Saya faham bahawa saya tidak berhak mendapat apa-apa ganjaran.

Saya dengan ini memindahkan mana-mana hak penggunaan atau kedudukan undang-undang yang serupa yang mungkin timbul kepada Allianz Malaysia secara percuma. Pemindahan ini tidak terhad dari segi masa atau wilayah. Ia membenarkan Allianz Malaysia untuk menggunakan bahan yang dihasilkan dan menghasilkan semula secara terbuka di akhbar dan media dalam talian, di televisyen dan radio dan dengan kaedah liputan lain bagi maksud yang dinyatakan di atas.

Page 23: Lampiran AJFC (Malay)

2/2

Saya mengakui bahawa ibubapa saya/ penjaga dan saya mempunyai hak untuk membatalkan kebenaran ini pada bila-bila masa berkuatkuasa pada masa akan datang di [email protected]

4. Penyata persetujuan untuk pemprosesan data: Saya dengan ini membenarkan Allianz Malaysia untuk mengumpul, menyimpan dan menggunakan data peribadi saya semata-mata dalam konteks penyertaan saya dalam Kem dan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3. Allianz Malaysia tidak akan memindahkan data peribadi saya kepada pihak ketiga. Ini tidak dikenakan kepada organisasi-organisasi yang telah diarahkan oleh Allianz Malaysia untuk menganjurkan Kem Bola Sepak bagi pihak Allianz Malaysia bagi tempoh Kem Bola Sepak. Peserta boleh menghantar e-mel kepada [email protected] pada bila-bila masa untuk meminta maklumat mengenai data peribadi yang disimpan, dan untuk meminta data peribadi anda untuk diubah, diperbetulkan atau dipadam. Data peribadi hanya akan disimpan di luar tempoh Kem Bola Sepak Junior Allianz seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3.

5. Had Liabiliti: Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, Allianz Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian kepada harta atau kewangan yang mungkin timbul berkaitan dengan penyertaan anda dalam Kem. Had liabiliti di atas hendaklah juga terpakai bagi manfaat wakil yang sah di sisi undang-undang, pekerja dan ejen lain yang mewakili Allianz Malaysia.

6. Undang-undang Terpakai: Kenyataan ini dan apa-apa pertikaian undang-undang yang mungkin timbul berkaitan dengan penyertaan saya dalam Kem ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan/Passport) peserta (dalam huruf besar):

Tarikh Tandatangan peserta

Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan/Passport) ibubapa/penjaga (dalam huruf besar)

No. Kad Pengenalan

No. Telefon Bimbit

Nyatakan sama ada wakil yang sah di sisi undang-undang ialah seorang ibu atau bapa atau penjaga yang sah dengan membulatkan perkataan yang betul:

Ibubapa / Penjaga

Tarikh Tandatangan ibubapa/ penjaga

Ya, saya ingin dihubungi untuk mana-mana produk dan perkhidmatan Allianz

Tidak, saya tidak berminat untuk dihubungi bagi mana-mana produk dan perkhidmatan Allianz

Page 24: Lampiran AJFC (Malay)

Nama Pasukan /Team Name: ____________________________________________________________________________

Nama Pengurus / Managers Name: __________________________________________________ No.HP: ________________________________

Nama K. Jurulatih / Head Coach Name: ______________________________________________ No.HP: ________________________________

No NAMA PEMAIN / PLAYERS NAME Bib

No.NO. TEL / TEL NO. Mykad No.

1 1 (GK)

2 18 (GK)

3 2

4 3

5 4

6 5

7 6

8 7

9 8

10 9

11 10

12 11

13 12

14 13

15 14

16 15

17 16

18 17

PEGAWAI PASUKAN / TEAM OFFICIALS Mykad No.

1

2

3

4

PEMAIN AKAN DIBERI BIB BERNOMBOR 1 HINGGA 18 PADA SETIAP PERLAWANAN. BIB NO. 1 DAN 18 DIKHASKAN UNTUK PENJAGA

GOL / PLAYERS WILL BE GIVEN NUMBERED BIB'S 1 TO 18 TO WEAR DURING EVERY MATCH. NUMBER 1 AND 18 ARE RESERVED

FOR GOALKEEPERS.

E- Mail Pengurus / Manager: _____________________________________ E- Mail K.Jurulatih / Head Coach: _______________________________

Tandatangan Pengurus / Manager's Signature

_________________________________________

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN / TEAM REGISTRATION FORM

ALLIANZ JUNIOR FOOTBALL CAMP MALAYSIA 2016 LEAGUE ( BAWAH 16 TAHUN / UNDER 16)

PENGURUS / MANAGER

K. JURULATIH / HEAD COACH

POSISI / POSITION

Page 25: Lampiran AJFC (Malay)

ALLIANZ JUNIOR FOOTBALL CAMP MALAYSIA LEAGUE 2016 – TARIKH LIGA / LEAGUE DATES

ZON

TEAMM’GERS

MEETINGWEEK

1 WEEK

2WEEK

3WEEK

4WEEK

5WEEK

6

INTERZONE

GRAND FINALS VENUE

CENTRAL 26.3.2016@ 10.00am

2/ 4 9 / 4 16 / 4 23 / 4 30 / 4 7 / 5 3 & 4 /6 UKM BANGI

SOUTH 26.3.2016@ 4.00pm

2/ 4 9 / 4 16 / 4 23 / 4 30 / 4 7 / 5 - KOMPLEKS SUKAN JEBAT

NORTH 27.3.2016@ 3.00pm

9 / 4 16 / 4 23 / 4 14 / 5 21 / 5 28 / 5 - USM, PENANG

EAST COAST

30.3.2016@ 11.00am

9 / 4 16 / 4 23 / 4 30 / 4 7 / 5 14 / 5 - PADANG MPK & KOLEJ ISLAM

PAHANG

PERLAWANAN MINGGU 1-5 (PUSINGAN AWAL / SEMI-FINAL) : 4 PADANG (JAM 8.30PAGI – 4.30 PETANG)

PERLAWANAN MINGGU KE 6 ( TEMPAT KE 3 DAN FINAL): STADIUM / MINI STADIUM (3.30 PETANG – 6.30 PETANG