Lampiran D-Syarat Rayuan _cepat Kelulusan

download Lampiran D-Syarat Rayuan _cepat Kelulusan

of 2

Transcript of Lampiran D-Syarat Rayuan _cepat Kelulusan

  • 8/18/2019 Lampiran D-Syarat Rayuan _cepat Kelulusan

    1/2

    LAMPIRAN D

    SYARAT-SYARAT RAYUANMEMPERCEPATKAN KELULUSAN MENDUDUKI KUARTERS

    (BAGI PEMOHON YANG TIDAK MENDIAMI KUARTERS)

    i) Pemohon telah memohon lebih daripada 24 bulan dan masihbelum ditawarkan kuarters; atau

    ii) Pemohon adalah seorang ibu atau bapa tunggal danmempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu; atau

    iii) Pemohon, pasangan pemohon atau anak pemohon adalahOrang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan JabatanKebajikan Masyarakat; atau

    iv) Pemohon, pasangan pemohon atau anak pemohon mengidappenyakit kronik seperti jantung, buah pinggang, kanser, sawandan memerlukan rawatan rapi di hospital secara berterusan(Penyakit darah tinggi, kencing manis dan lelah adalah tidakdiklasifikasikan sebagai penyakit kronik); atau

    v) Pemohon adalah Pembantu Khas (Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)) kepada pegawai Kerajaan gred 54 dan keatas; atau

    vi) Pemohon adalah pemandu kepada pegawai Kerajaan gredJUSA ‘B’ dan ke atas.

    Rayuan mempercepatkan kelulusan menduduki kuarters perludikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Hartanah untukpertimbangan dan tertakluk kepada kekosongan kuarters dankelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Agihan Kuarters.

    Setiap rayuan adalah sah untuk tempoh 90 hari sahaja dari tarikhpenerimaaan dan pemohon perlu mengemukakan rayuan semula jikamasih tidak diluluskan permohonan menduduki kuarters selepastempoh rayuan tersebut tamat.

    http://www.go2pdf.com/

  • 8/18/2019 Lampiran D-Syarat Rayuan _cepat Kelulusan

    2/2

    Penghuni disyaratkan untuk tidak mempunyai rumah dalam kawasandengan menggunakan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Takrif dan

    maklumat mengenai rumah dalam kawasan boleh dirujuk di lamanweb Bahagian Pengurusan Hartanah di www.bph.jpm.my.

    Bahagian Pengurusan Hartanah berhak untuk menawarkan mana-mana kuarters yang lebih rendah dari kelas kelayakan pemohon bagikes rayuan mempercepatkan kelulusan menduduki kuarters tertaklukkepada kekosongan sedia ada dan kelulusan MesyuaratJawatankuasa Kecil Agihan Kuarters.

    Pemohon-pemohon lain yang tidak termasuk di dalam mana-mana

    kategori seperti di atas akan dipertimbangkan permohonannya untukmenduduki kuarters mengikut giliran pendaftaran tertakluk kepadakekosongan sedia ada dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil

     Agihan Kuarters.

    http://www.bph.jpm.my./http://www.go2pdf.com/http://www.bph.jpm.my./