Lampiran KPP

download Lampiran KPP

of 8

Transcript of Lampiran KPP

  • 7/29/2019 Lampiran KPP

    1/8

    Ketaksamaan Peluang Pendidikan

    merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang antara Bandar dengan Luar Bandar; jurangantara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pem bangunan negara.

    YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein

    Perutusan Tahun Baru 2006

    4.1 Kelas Sosial

    Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupansehari-hari, kelas sosial bolehlah dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama darisegi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-puncapengeluaran.

    Antara contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi kepada dua golongan iaitu :

    - Bourgeoise ~ masyarakat yang memilik punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran

    - Proletariat ~ masyarakat yang tidak memiliki perkara diatas, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja

    Institusi sosial merujuk kepada konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Konsep iniberkait rapat dengan pola tingkah laku yang menjadi kebiasaan atau satu pola hubungan sosial yangmempunyai suatu matlamat sosial yang tertentu. Antara contoh institusi sosial yang utama ialah institusikeluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dan lain -lain.

    Konsep mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosialkepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat denganstruktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalahlebih terbuka. Sebaliknya sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi, mobiliti sosial

    jarang sekali berlaku .

    Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etknik terhadap anggota atau kelompok etnik yang mempengaruhi perilakupihak yang berpandangan negatif.

    Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etniklain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ini merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangankumpulan etnik dan mudah berlaku apabila prejudis dan stereotaip dalam sesbuah masyarakat.

    Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan etnik dan mencapai

  • 7/29/2019 Lampiran KPP

    2/8

    tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaanpenghapusan sesbuah kumpulan etnik. Dalam pendidikan, ketaksamaan peluang pendidikan juga merupakansatu bentuk dsikriminasi yang perlu dielakkan.

    Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya kelas sosialmasyarakat dari system feudal lagi. Rakyat bawahan atau marhain dan golongan pembesar dan istanamenerima system pendidikan yang berbeza. Pihak penjajah kemudiannya meneruskan dasar yang sama,yang mana anak-anak pembesar dan pentadbir diberi peluang untuk belajar disekolah yang dikhaskan untukkumpulan mereka. AKhirnya golongan pmbesar ini mewariskan kecerdikkan mereka kepada anak-anakmereka, sebaliknya anak petani dan orang kampong terus ketinggalan dalam bidang pelajaran.

    Ketaksamaan peluang pendidikan masa kini meliputi kemudahan mendapatkan guru, bahan-bahan rujukan dapeluang kerjaya selepas tamat belajar. Dalam membincangkan konsep kelas sosial kita tidak terlepasdaripada kejadian sosial inequaliti atau ke tidaksamaan sosial yang merujuk kepada ketaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza akibat system stratifikasi.Rohand Meighan (1986) menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsayang sama.

    Max Weber mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golngan atasan atau orang kaya dan ahli korporat. Merekaini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua adalah kumpulan pertengahan atasan iaituyang berpendidikan tinggi, professional dan memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi.Mereka ini kebanyakkan terdiri daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara.Golongan ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan sekolah menengahdan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biruyang berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dantidak pernah langsung melalui pendidikan formal.

    Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan signifikan antara pencapaianakademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Beliau mendapati kedua-duahubungan adalah positif, iaitu semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakintinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. Kajian ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yangsecukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap ekonomi mereka juga terus bertambah baik.

    Rusli Md Zain (1998), dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif diantara pencapaian akademikdengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segalaperbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

    Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah seperti tahap ekonomi samaada murid miskin dan murid berada. Murid yang berada tentunya menerima peluang pendidikan yang lebihbaik. Tahap kesihatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaanpeluang belajar dalam kalangan murid.

    Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan keadaan persekitaran turutmemberikan impak kepada jurang pendidikan. Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yangkecil atau besar, kes perceraian, tahap pendidikan ibubapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan rakan

    sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukkan kelas social dalam masyarakat.

    Selain lokasi yang berkaitan terus dengan social, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosio-ekonomidan tahap keupayaan murid. Jurang ini juga akan memberikan impak terhadap pencapaian muridtermasuklah penyediaan kemudahan fizikal untuk murid belajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbangsecara ketara terhadap tahap sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapatperhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-30, dalam perancangan ini, semua rakyat diberikan peluangyang sama untuk menerima perubahan dalam system pendidikan negara.

    Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan dalam pelunag pendidikan, masihada sekolah yang belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan ada yang tidak cukup untuk menjanakuasaterutamanya bagi pengunaan teknologi maklumat (ICT).

    Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau dipanggil SKM, iaitu sekolah yang

  • 7/29/2019 Lampiran KPP

    3/8

    enrolmennya kurang dari 250 orang. Hampir 90% SKM berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalahkekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengankeperluan SKM seperti tiada perjawatan guru pemulihan. Penempatan guru di SKM sukar dilakukan keranakebanyakkanya berada jauh di pendalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan SKMmengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiridaripada pelbagai tahun persekolahan.

    Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan infrastruktur, perkakasan, perisian danlatihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah dikawasan luar bandar yang kurang terdedahdengan ICT berbanding kawasan luar bandar.

    Program pembestarian sekolah yang sedang dijalankan juga menyediakan sekolah luar Bandar dilengkapkandengan makmal computer, bilik computer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akandirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar Bandar danpendalaman, pust akses akan dibina.

    RM 1 bilion disediakan KPM bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendidikan seperti ;

    - Rancangan Makanan Tambahan

    - Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin

    - Bantuan Makanan Asrama

    - Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid

    - Jaket Keselamatan

    - Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya

    - Skim Pinjaman Buku Teks

    - Skim Baucer Tuisyen

    - Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti

    - Asrama Harian

    Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai keutamaan dalam agendanegara jika mahu membangunkan modal insane tanpa mengira kelas social murid berkenaan,

    Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca, menulis danmengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenarnya lebih luas. Rakyat negara ini perludigalak memburu maklumat d aripada menerimanya secara pasif. Rakyat digalakkan bersikap terbuka padaidea baru dan berlainan. Rakyat harus meningkatkan pembangunan dalam budaya analitikal. Murid perludilatih banyak merenung dan faham apa , bagaimana dan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Jika kitamahukan pembangunan modal insane, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan budaya kerja yangbanyak bertanya, mencabar dan berfikir dan setiap kelas social perlu diberikan hak yang sama dalammendapatkan ilmu pengetahuan.

    4.2 Jantina

    Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifatkeperempuanan dan kelakian . Pemilihan ini secara langsung menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalammasyarakat kita.

    Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Sifat danperilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara social dan juga budaya.

  • 7/29/2019 Lampiran KPP

    4/8

    Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan cirri-ciri fizikal yang jelasantara lelaki dan perempuan.

    Siti Rohani Yahya (1989,1998) melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam proses pembangunan.Menurut beliau, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialahpertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialahpelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanitahampir sama dengan yang disumbangkan oleh lelaki, maka adalah wajar bagi murid perempuan diberikanpeluang pendidikan yang sama.

    Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masihwujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasionaldan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di politenik. Mengikut kajian, kebanyakan ruangdan peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan.

    Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian beliau mendapati wujudketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi negara Malaysia. Oleh yang demikian, guru perlumengambilkira faktor jantina ketika melaksanakan pengajaran dalam kelas.

    4.3 Kumpulan Minoriti

    Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahliyang kecil. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lai. Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan seperti masyarakat pendalaman kaum Asli, Kadazan,Murut dan sebaginya. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisandaripada ibubapa mereka.

    Kumpulan minoriti yang boleh dikatakan bersifat negatif disekolah adalah yang sering suka ponteng kelas,ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya lepak, gengsterism dan lain-lain lagi. Walaupun mereka inikumpulan minoriti tetapi tingkah laku mereka mampu menggugat keharmonian sekolah.

    Kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku, suka mencari maklumat di internet,cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dan sebagainya.

    Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan.Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus mendominasi situasi dan terusdikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan suasana pembelajaran di sekolah.

    4.4 Murid Keperluan Khas

    Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee (9182) merupakan satu program pendidikan yangdirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani dan social atauemosi. Terdapat anggapan negative samada anak mereka itu normal atau berkeepeluan khas. Terdapat duakategoti murid berkepeluaran khas iaitu kategori masalah dan kategori masalah khusus.

    Murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan kecerdasan puratadan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program sekolah biasa.

    Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan kepada kita bahawa majority kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa.Oleh itu mereka memerlukan pendidikan khas.

    Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripadarakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak menafaatkan sepenuhnya system pendidikan sedia ada.Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehanmental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh itu,

  • 7/29/2019 Lampiran KPP

    5/8

    guru harus memberi focus terhadap masalah sosio-emosi mereka.

    Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi kanak-kanak pintar cerdas. Kanak-kanakpintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebayamereka.

    Sebagai golongan minority, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai.Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri mereka. Antaranya, konsepkendiri seperti fobia, perkembangan nilai dan moral, keupayaan yang t idak seimbang, masalah kemahiranbersosial dan masalah mengembangkan potensi.

    Faktor persekitaraan seperti maslaah berkomunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini, maslaah keluarga,maslaah tidak dapat menyesuaikan diri dengan system persekitaran dan pandangan orang lain terhadapmereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Sukar bagi kita untukmenentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka(Woitaszewski, 2003).

    Terdapat tujuh (7) kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu;

    - kerencatan mental

    - bermasalah pembelajaran

    - kecelaruan tingkah laku

    - cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

    - cacat penglihatan

    - cacat fizikal

    - pintar-cerdas dan berbakat istimew

    Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah laku terbias. Merekaini mempunyai tingkah laku yang suka menentang autoriti, tidak mematuhi peranan atau undang-undang,kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. Kanak-kanak golongan ini adlah hiperaktif atauhiperkinetik. Mereka juga mempunyai sifa pengongkongan dalaman. Kadang-kadang mereka juga bersifatpendiam, sensitive, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung serta sering melakukan tindakan luar kawalan.

    Murid keperluan khas juga didapati menghadapi tingkah laku ketidak-matangan yang agak ketara. Kurangmenumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak minat belajar, sering berkhayal dan t idak mengendahkan nilaikendiri sendiri. Dikatakan juga mempunyai tingkahlaku antisocial.

    Mereka ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras ugut,mencuri dan ponteng.

    Kirk and Kirk (1994) berpendapat murid keperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi mental (kognitif),fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), social (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaanmenangani perasaan). Terdapat juga murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat,hiperaktif dan pintar-cerdas dan berbakat.

    Murid berkeperluan khas yang lain seperti ADHD tanpa hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactiviti Disorder).Murid ini kurang memberi perhatian, kurang mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap aktiviti dantidak menyempurnakan tugasan yang diberikan.

    Terdapat pula murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif. Murid ini menunjukkan tanda-tanda kurang senang

  • 7/29/2019 Lampiran KPP

    6/8

    duduk diam-diam, suka berkeliaran, aktif, menunjukkan inpulsiviti dan sering menggangu orang lain.

    Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak tercicir dari aruspendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat.

    Modifikasi environmental dan behavioural environmental merupakan kaedah untuk menangani kumpulan ini.Murid ini biasanya ditempatkan berdekatan guru, yang menghadkan ruangan terbuka untuk mengurangkankesempatannya bertingkahlaku negative. Guru juga boleh mengurangkan ransangan dan hanyamembenarkan murid bergerak di suatu kawasan tertentu sahaja.

    Melalui tingkah laku behavioural, guru boleh memberi arahan dengan jelas; mengurangkan kerja tugasan,pecahkan tuagsan kepada unit kecil serta elakkan memberi kerja atau latihan ulangan. Guru hanyamenyediakan kerja tambahan sekiranya murid telah menyelesaikan kerja lebih awal. Guru disarankanmemberi peneguhan positif dari negative. Guru perlu menyediakan program latihan social bagi murid ADHDsupaya mereka dapat terus belajar dan bersaing seperti murid normal lain.

    Akta Pendidikan Khas 1996 telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakankemudahan Pendidikan Khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis muridserta tindakan lain bagi mengembangkan pendidikan khas.

    Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK. Dalam tahun 2005,sebanyak 32 program Pendidikan Khas Intergrasi untuk murid bermasalah pembelajaran diwujudkan disekolah harian biasa.

    Kanak-kanak kurang upaya memasuki system pendidikan KPM seawall umur 4 atau 4 tahun lebih; agensi lainyang turut terlibat adalah Kementerian Kesihatan atau Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuranJabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    4.5 Isu-Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan

    - Orang Asli

    Orang Asli merujuk kepada msayarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam atau pinggir hutan. KAdar keciciran yang sangat tinggi dala kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secarabersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Aslimerupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentangpengurusan alam semula jadi.

    Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di manatanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaatdan cara pemeliharaan sepatutnya dibuatsebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002).

    Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Dalam semuarumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum. Statistik 2005 , jumlah orang Asli adalah 141, 230 orang.

    Majoriti ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi agama,sebahagian besar orang Asli beragama Animisme. Dari segi pendidikan, epncapaian orang Asli amatlahrendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia.

    Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasaran yangkurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan

    jalan, masih tidak diadakan. Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelumsampai ke perkampungan orang Asli. Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi, prasaran sepertikipas, bilik darjah yang selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli.

    Disamping itu, golongan bijak pandai kurang dalam kalangan mereka kerana tiada sifat persaingan yangsihat dalm aspek kemajuan pendidikan dalam masyarakat orang Asli. Mungkin juga terdapat anak-anakorang Asli yang tidak bersekolah kerana membantu keluarga keluar mencari makan seharian suntuk.Tempat kediaman pula terlalu jauh dari sekolah dan bandar. Taraf sosio-ekonomi mereka juga agak

  • 7/29/2019 Lampiran KPP

    7/8

    rendah, penyediaan tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga pengajar yang benar-benar berjuang demi pembangunan orang Asli begitu kurang diberi perhatian.

    Kemunduran orang Asli dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustafa Omar, 2004).Munurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan orang Asli masih berada ditahap yang rendahdimana kadar keciciran yang dicatatkan pada tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45 % dan kadar buta huruf 49.2 % (kadar nasional 6.4 %). Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu terutama berkaitanperniagaan menyebakan mereka sering ditipu peraih semasa menjual hasil hutan dan pertanian keranabiasanya harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah sehingga menyebabkan pendapatan orang Asliterus merosot dan berterusan hidup dalam serba kekurangan.

    - Pribumi (Indigenious)

    Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak . Penduduk di Sabahdan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempattinggal. ekonomi, social dan budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialahKadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban,Bidayuh. Penan dan Kelabit.

    Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggaal jauhdipendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka masih taksub kepadasystem kehidupan masyarakt yang telah mereka bina sejak dari dulu lagi.

    Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana system pendidikansekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh system belajar asli (indigenious learningsystem) masyarakat tradisional.

    Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpakehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Masyarakat indigenious masih belum bersedia menerimaperubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka.

    Dalam system belajar orang asli masyarakat indigenious ini, proses belajar seseorang akan mencakupiempat hal. Dalam belajar, manusia akan mengalami sesuatu cara yang nyata, memikirkan secarakonseptual, mengamati sesuatu sambil merenung dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

    Hal ini bertitik tolak dengan proses belajar dalam konteks masyarakat yang cenderung melakukan prosesbelajar secara deduktif. Dalam masyarakat ini, proses yang dialami adalah ilmu pengetahuan konseptualdulu barulah mengalami pengalaman nyata. Dalam system belajar asli, masyarakat lebih memilikikepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya.

    - Pendalaman

    Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pendalaman ialah keranakurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang. Pertumbuhan pusat urban yang lembabturut memberi kesan kepada system pendidikan di kawasan berkenaan.

    Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga kurangmemberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICTantara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru. Pengunaan bahasa sendiri olehmurid setempat turut menyulitkan pengajaran dan pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari danmengunakan bahasa tempatan bagi menarik minat mereka untuk belajar disampin meningkatkan tahappencapaian akademik mereka.

    Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum jantina, taraf sosioekonomi dantahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian murid, penyediaankemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbangkepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar danbandar. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia

  • 7/29/2019 Lampiran KPP

    8/8

    Ketiga (RMK-3):

    ..merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan yang misikinserta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahannegara dengan lebih saksama

    Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai satu halangan kepadamurid untuk menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tidak tertarikpergi kesekolah untuk memajukan diri mereka sendiri. Sikap ibubapa pendalaman yang tidakmementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan.

    Sumber :

    Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.

    Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN978-967-5451-04-1

    Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian Pelajaran Malaysia.Kuala Lumpur.

    Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/

    Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf

    Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html

    Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia

    Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia

    Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu

    Teori Perhubungan Etnikhttp://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf

    Warisan Budaya Malaysia ~ Adat Resam http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm

    Kembali

    Dibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini pada Disember 6, 2009 oleh Pengendali@2006

    http://khai89.wordpress.com/pengalaman/http://khai89.wordpress.com/pengalaman/http://khai89.wordpress.com/pengalaman/http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdfhttp://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdfhttp://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdfhttp://sarjana.tripod.com/konflik1.htmlhttp://sarjana.tripod.com/konflik1.htmlhttp://sarjana.tripod.com/konflik1.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdfhttp://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdfhttp://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdfhttp://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htmhttp://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htmhttp://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htmhttp://kheru2006.i8.com/EDU3106/edu_3106_proforma.htmhttp://kheru2006.i8.com/EDU3106/edu_3106_proforma.htmmailto:[email protected]:[email protected]://phoenix.untd.com/TRCK/CLCK/webservices/general/1216478555/Bottom/default/empty.gif/79314a66336c41487248594142393243?xmailto:[email protected]://kheru2006.i8.com/EDU3106/edu_3106_proforma.htmhttp://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htmhttp://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdfhttp://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdfhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysiahttp://sarjana.tripod.com/konflik1.htmlhttp://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdfhttp://khai89.wordpress.com/pengalaman/