Landskap.com.my

27
Sebastian salok 940114135983 6 Atas 3 SENI VISUAL STPM 2013

description

nota-nota ringkas mengenai landskap untuk Tingkatan 6 Atas..

Transcript of Landskap.com.my

Page 1: Landskap.com.my

Sebastian salok

940114135983

6 Atas 3

SENI VISUAL STPM 2013

Page 2: Landskap.com.my

DEFINISI LANDSKAP

• Landskap ialah istilah daripada Bahasa Belanda bermaksud pemandangan desa

• Landskap merupakan apa-apa yang terdapat di permukaan bumi sama ada elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan belantara, atau elemen buatan manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam buatan.

• Landskap merujuk Kamus Dewan 1989 bermaksud keadaan taman dan sekitar sesebuah rumah.

• Landskap merujuk Kamus Landskap 2005 bermaksud elemen yang terdapat di muka bumi yang terhasil daripada kejadian alam semula jadi seperti gunung dan lautan atau yang terhasil daripada aktiviti ekonomi, kebudayaan dan politik seperti perlombongan, pembandaran dan sebagainya yang dapat dipersepsi oleh individu

Page 3: Landskap.com.my

JENIS LANDSKAP

Landskap Kediaman

Landskap Institusi

Landskap kawasan rekreasi

Landskap Kawasan

Bersejarah

Landskap Kawasan

perindustrian

Landskap di taman-taman

tema

Landskap laluan/jalan

Page 4: Landskap.com.my

SEJARAH LANDSKAP

PERKEMBANGAN LANDSKAP

• Landskap bermula dari zaman batu lagi. Ini berdasarkan bukti penemuan lukisan-lukisan di gua batu oleh ahli sejarah.

• Ahli kaji purba sering menemui tinggalan bekas minyak wangi dan kilang memproses minyak wangi dari kawasan kajian. Di dapati bahawa tumbuhan digunakan untuk hiasan dan bau-bauan.

• Taman al-Hambra di Sepanyol yang di bina pada akhir abad ke 11 dan 13 merupakan taman tersohor pada masa itu. Reka bentuk bangunan dan landskap bercirikan islam.

PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA

• Perkembangan landskap Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka(abad ke 14dan 15) Berdasarkan pengisahan Munsyi Abdullah yang menyatakan kewujudan taman larangan pada zaman Kesultanan melayu melaka dan keindahan taman bunga pada zaman kesultanan kelantan abad ke 16 dikenali dengan (Tanah Serendah Sekebun Bunga).

Page 5: Landskap.com.my

Taman Botani, Pulau Pinang (1884)

Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur (1888)

Taman Tasik Taiping, Perak (1880)

Hasil peninggalan penjajah Portugis, Belanda dan British di tanah melayu wujudlah landskap di mana merekalah yang memperkenalkan konsep rekreasi dan kawasan lapang. Peninggalan yang masih wujud hingga kini seperti

Page 6: Landskap.com.my

• Mereka juga membawa tumbuhan eksotik dari negara mereka.

• Landskap di perkampungan orang melayu pada masa dahulu berkait rapat dengan alam semulajadi persekitarannya.Mengekalkan keadaan semulajadi, Landskap yang di buat seperti menyediakan kawasan lapang untuk kenduri. Tumbuhan yang selalu di tanam ialah kelapa, kerana banyak kegunaannya di samping itu juga kelapa di tanam sebagai menandakan kelahiran anak disayangi.

• Landskap di Malaysia lebih tersusun dan teratur pada akhir tahun 1970 an. Dimana pengindahan untuk kawasan kediaman rasmi, jalan-jalan, bangunan-bangunan awam, taman-taman rekreasi dan istana.

• Kesedaran timbul untuk mewujudkan banyak kawasan lapang dan kawasan untuk orang awam. Contohnya

a) Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

b) Taman Tasik Permaisuri Kuala Lumpur

Page 7: Landskap.com.my

• Kini Landskap menjadi cara hidup masyarakat malaysia, undang-undang juga disediakan di mana menetapkan setiap pembangunan yang hendak dibangunkan mesti mempunyai landskap. Peruntukan undang-undang dan garis panduan bagi memastikan penanaman pokok (Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976, Bahagian VA) , penerapan elemen-elemen landskap sebagai pelembut dan penyeri persekitaran (Garis Panduan Landskap Negara 1995) ,Pelaksanaan akta atau undang-undang yang diperuntukan bagi mengekalkan sebahagian daripada pokok besar yang sedia ada di tapak (Bahagian 35A, Akta Perancang Bandar dan Desa,1976) dan Wawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai “Negara Taman” pada tahun 2005.

• Landskap di Malaysia terus berkembang di mana kerajaan telah mewujudkan badan yang bertangungjawab untuk menguruskan landskap seperti

Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1981Kementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanJabatan Landskap Negara (1 januari 1996)

Page 8: Landskap.com.my

• Untuk menambah lagi tenaga mahir mengenai landskap. Kerajaan telah membuat pusat latihan mengenai landskap di mana dengan tujuan untuk menyediakan tenaga mahir dalam bidang landskap. Maka wujudlah kursus atau mata pelajaran landskap. Di Universiti , Institut, Kolej, Politeknik telah mengadakan subjek landskap untuk dipelajari.

• Kini telah wujud matapelajaran Landskap di sekolah-sekolah menengah harian biasa . Bermula pada tahun 2002 dimana matapelajaran Vokasional diperkenalkan di sekolah harian biasa iaitu matapelajaran Landskap dan Nurseri untukpelajar tingkatan 4 dan 5.

• Sekarang ini bagai cendawan tumbuh di mana sektor swasta turut terlibat dengan tertubuhnya pelbagai syarikat yang memberi khidmat , latihan, nasihat tentang landskap ,

Page 9: Landskap.com.my

Antara Pusat Ilmuan yang menyediakan subjek landskap seperti di :

Kerajaan juga telah mewujudkan

Universiti Sains MalaysiaUniversiti Putra MalaysiaUniversiti Institut Teknologi MaraUnivertsiti Teknologi MalaysiaPoliteknikKolej KomunitiInstitut Pertanian

Hari landskap pada setiap 3/3Acara tahunan pesta floraAcara tahunan ekspo landskap di taman tasik perdanaAcara Tahunan MAHA di SerdangBunga raya sebagai bunga kebangsaanMajlis daerah untuk mengurus landskap daerahBandaraya Putra Jaya sebagai landskap contoh yang terbaik

Page 10: Landskap.com.my

ELEMEN LANDSKAP

Dalam mereka bentuk landskap, terdapat empat elemen asas yang digunakan dalam landskap.

Tumbuh-tumbuhanAir

Rupa bumiStruktur dan binaan

Page 11: Landskap.com.my

• Melembut pemandangan seni bina bangunan

• Merangka pemandangan

• Membentuk ruang

• Menyatu pelbagai elemen landskap

• Mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi

• Memberi teduhan

• Mengawal hakisan

• Meredakan iklim

• Mengarah pergerakan

• Pengadang angin dan cahaya

Dari segi fizikal Dari segi estetika

Tumbuhan-tumbuhan landskap terdiri daripada pelbagai jenis dan spesis.Tumbuhan landskap berfungsi sebagai :-

TUMBUH-TUMBUHAN

Page 12: Landskap.com.my

• Air sering digunakan dalam sesuatu kawasan landskap. Dengan adanya air dapat melembutkan suasana, menyejukkan persekitaran, menghasilkan bunyi , air juga boleh digunakan dalam landskap untuk aktiviti seperti memancing , bersampan dan permainan dalam air.

• Rupa Bumi dalam Landskap semulajadi dan Landskap Buatan,

• Landskap Semulajadi

• Merangkumi lembah, tasik, bukit, gunung, paya, dan sebagainya.

• Landskap Buatan

• Melibatkan seperti busut, batas tanaman, kolam kecil, kawasan berair, sungai buatan,

AIR

RUPA BUMI

Page 13: Landskap.com.my

Merupakan binaan yang

• Keras

• Padu

• Bersifat tetap

Struktur yang biasa di kawasan landskap seperti

• Siar kaki

• Gazebo

• Wakaf

• Pintu gerbang

• Pergola

• Lampu

• Papan Tanda

• Kerusi

• Meja

• Binaan simen ferro

STRUKTUR DAN BINAAN

Page 14: Landskap.com.my

PRINSIP LANDSKAP

Dalam mereka bentuk landskap, prinsip digunakan bagi mengabungkan elemen-elemen landskap dalam merekabentuk landskap.

Prinsip-prinsip seperti:

Keringkasan

Keanekaan

Keseimbangan

Penumpuan

Turutan

Skala

Page 15: Landskap.com.my

A. KERINGKASAN

• Menggunakan beberapa jenis elemen sahaja seperti tumbuhan, air , struktur binaan dalam bentuk yang mudah, ringkas dan terhad.

B. KEANEKAAN

• Penggunaan pelbagai jenis elemen yang digabungkan. Pelbagaian dari segi saiz, bentuk, warna dan tekstur.

C. KESEIMBANGAN

• Keseimbangan merupakan pembahagian yang sama bagi ruang landskap. Pembahagian yang sama seperti :

Saiz

Tinggi

Bentuk

Page 16: Landskap.com.my

D. PENUMPUAN

• Menumpukan terhadap satu-satu elemen khusus yang mempunyai ciri-ciri yang menarik dan menonjol dalam landskap.

• Contoh Tumpuan dari segi

Unik

Warna

Tinggi

Senibina

E. TURUTAN

• Penggunaan elemen yang berulang-ulang.

• F. SKALA

• Perbandingan saiz di antara elemen-elemen yang ada serta perbandingan saiz di antara manusia dan persekitaran.

Page 17: Landskap.com.my

LANDSKAP (TAMAN)

Lihatlah taman-taman yang indah hasil kreativiti pereka landskap di serata dunia. Hasil kreativiti pereka landskap menghasilkan taman-taman yang sangat indah. Pelbagai rekabentuk, susunan warna, pelbagai jenis pokok digunakan untuk menghasilkan taman indah. Taman yang memukau mata yang memandang. Tetapi bukanlah satu yang mudah untuk menghasilkan taman indah, memerlukan belanja yang besar, kreativiti dan penyelenggaraan yang baik.

Page 18: Landskap.com.my
Page 19: Landskap.com.my
Page 20: Landskap.com.my
Page 21: Landskap.com.my
Page 22: Landskap.com.my
Page 23: Landskap.com.my
Page 24: Landskap.com.my
Page 25: Landskap.com.my
Page 26: Landskap.com.my
Page 27: Landskap.com.my