Lang Kawi

2
Taman Lagenda Langkawi Taman tema yang dikenali sebagai Lagenda Langkawi On The Park dibina bagi mengembalikan kegemilangan sejarah Langkawi. Taman ini akan menghidupkan kembali peristiwa-peristiwa yang penuh misteri serta lagenda yang penuh romantik yang menjadikan Langkawi sebagai Kepulauan Lagenda.Langkawi sebagai subjek utama kepada banyak sejarah dan lagenda indah terdiri dari gugusan 99 buah pulau. Cerita dongeng menyatakan Langkawi adalah tempat tinggal roh-roh manakala dalam Hikayat Merong Maha Wangsa sebuah buku kesusasteraan klasik menceritakan Langkawi adalah tempat rehat burung Garuda. Laksamana Cheng Ho, dari China, dalam pelayaran ke Melaka dalam tahun 1406 mencatatkan Langkawi dalam peta pelayarannya sebagai Lung-Ya-Kian-Yi manakala dalam peta yang dihasilkan dalam abad ke-16 Langkawi dinamakan dengan menggunakan banyak nama seperti Langka, Langu, Langura, Langa dan Langapura. Taman tema yang indah dan cantik ini mempunyai lagun air tawar buatan manusia yang merangkumi kawasan seluas 50 ekar yang dibina diatas tanah tebus guna. Aliran air yang jernih turun ditengah-tengah kawasan membahagikan kawasan berbukit disebelah kiri dengan ukiran patung-patung lagenda disebelah kanan. Keindahan Selat Melaka dapat dilihat dari kawasan bukit yang tinggi atau Galeri Perayaan (Celebration Gallery) manakala kecantikkan kawasan laut dan pantai dapat dinikmati dari dua peghujung tanjung yang membentuk lagun di Pantai Lagenda. Melangkah ke Lagenda Langkawi menjanjikan satu pengembaraan melalui sejarah dan pintu masa yang membawa kita ke zaman yang penuh kemeriahan kaya dengan lagenda dan dongeng tempatan. Top Makam Mahsuri (Mahsuri Mausoleum) Makam Mahsuri terletak disebuah kampung 12 km dari pekan Kuah. Makam ini adalah satu penghormatan kepada seorang wanita baik yang tinggal di pulau ini lebih 200 tahun lalu. Akibat daripada tuduhan perlakuan sumbang yang tidak berasas dan tidak terbukti, beliau telah dihukum bunuh dengan menggunakan keris hikmat keluarganya. Tersebut dalam lagenda, darah yang keluar dari tubuh beliau berwarna putih sebagai bukti kebenarannya dan disaat akhir kematiannya, beliau telah bersumpah yang Pulau Langkawi akan mengalami malapetaka yang bertimpa dan tidak akan maju selama tujuh keturunan. Makam asal Mahsuri ini telah dibina atas inisiatif Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Persekitaran makam ini telah diperindahkan bagi mencerminkan kehidupan Mahsuri yang lampau.

description

maklumat

Transcript of Lang Kawi

Taman Lagenda Langkawi

Taman tema yang dikenali sebagai Lagenda Langkawi On The Park dibina bagi mengembalikan kegemilangan sejarah Langkawi. Taman ini akan menghidupkan kembali peristiwa-peristiwa yang penuh misteri serta lagenda yang penuh romantik yang menjadikan Langkawi sebagai Kepulauan Lagenda.Langkawi sebagai subjek utama kepada banyak sejarah dan lagenda indah terdiri dari gugusan 99 buah pulau. Cerita dongeng menyatakan Langkawi adalah tempat tinggal roh-roh manakala dalam Hikayat Merong Maha Wangsa sebuah buku kesusasteraan klasik menceritakan Langkawi adalah tempat rehat burung Garuda.Laksamana Cheng Ho, dari China, dalam pelayaran ke Melaka dalam tahun 1406 mencatatkan Langkawi dalam peta pelayarannya sebagai Lung-Ya-Kian-Yi manakala dalam peta yang dihasilkan dalam abad ke-16 Langkawi dinamakan dengan menggunakan banyak nama seperti Langka, Langu, Langura, Langa dan Langapura. Taman tema yang indah dan cantik ini mempunyai lagun air tawar buatan manusia yang merangkumi kawasan seluas 50 ekar yang dibina diatas tanah tebus guna. Aliran air yang jernih turun ditengah-tengah kawasan membahagikan kawasan berbukit disebelah kiri dengan ukiran patung-patung lagenda disebelah kanan. Keindahan Selat Melaka dapat dilihat dari kawasan bukit yang tinggi atau Galeri Perayaan (Celebration Gallery) manakala kecantikkan kawasan laut dan pantai dapat dinikmati dari dua peghujung tanjung yang membentuk lagun di Pantai Lagenda.Melangkah ke Lagenda Langkawi menjanjikan satu pengembaraan melalui sejarah dan pintu masa yang membawa kita ke zaman yang penuh kemeriahan kaya dengan lagenda dan dongeng tempatan.Top

Makam Mahsuri (Mahsuri Mausoleum)Makam Mahsuri terletak disebuah kampung 12 km dari pekan Kuah. Makam ini adalah satu penghormatan kepada seorang wanita baik yang tinggal di pulau ini lebih 200 tahun lalu. Akibat daripada tuduhan perlakuan sumbang yang tidak berasas dan tidak terbukti, beliau telah dihukum bunuh dengan menggunakan keris hikmat keluarganya. Tersebut dalam lagenda, darah yang keluar dari tubuh beliau berwarna putih sebagai bukti kebenarannya dan disaat akhir kematiannya, beliau telah bersumpah yang Pulau Langkawi akan mengalami malapetaka yang bertimpa dan tidak akan maju selama tujuh keturunan. Makam asal Mahsuri ini telah dibina atas inisiatif Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Persekitaran makam ini telah diperindahkan bagi mencerminkan kehidupan Mahsuri yang lampau.

Masa lawatan: 8.00 pagi - 5.00 petangBayaran masuk: RM 1.00