Langkah 1

4
L1-A1 Jata unjah 1 Guru mengedarkan petikan jerebu kepada kumpulan. Guru membaca petikan tersebut dengan menggunakan intonasi, nada dan sebutan yang betul.

Transcript of Langkah 1

Page 1: Langkah 1

L1-A1

Jata unjah

1

Guru mengedarkan petikan jerebu kepada kumpulan.

Guru membaca petikan tersebut dengan menggunakan intonasi, nada dan sebutan yang betul.

Page 2: Langkah 1

L1-A2

Jata unjah

2

KUMPULAN 1 KUMPULAN 2

KUMPULAN 3 KUMPULAN 4

Page 3: Langkah 1

L1-A3

Murid diminta membaca petikan.Murid berbincang bersama ahli kumpulan mengenai bahan

yang diberi serta menyenaraikan perkataan yang tidak difahami.

Guru meminta murid mencari makna perkataan yang disenaraikan dengan menggunakan kamus dan kemudian menulis makna perkataan tersebut .

Guru menjelaskan perkataan yang tidak difahami

Jata unjah

3

Page 4: Langkah 1

L1A2-K1,K2,K3,K4

 

 Jerebu

Jerebu sering dikaitkan dengan pencemaran udara. Negara kita kerap kali dilanda jerebu. Apabila fenomena ini berlaku, ruang udara menjadi kelam. Penglihatan kita terbatas. Alam sekeliling kita dipenuhi debu dan kekotoran yang terpaksa kita sedut.

Jerebu dikatakan berpunca daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan di tapak binaan dan di ladang. Jerebu juga berpunca daripada pembebasan asap yang berlebihan dari kilang dan kenderaan serta pembebasan debu oleh projek pembinaan dan kegiatan kauri. Di samping itu, kebakaran hutan secara besar-besaran di Sumatera dan Kalimantan turut menyebabkan jerebu dan memburukkan lagi keadaan.Tidak dapat dinafikan bahawa jerebu membawa pelbagai kemudaratan kepada kita. Yang paling ketara ialah jerebu menjejaskan kesihatan. Pelbagai penyakit seperti penyakit asma, batuk, dan sesak nafas berkait rapat dengan fenomena jerebu. Kanak-kanak pula diserang ruam dan gatal-gatal badan. Jerebu juga boleh melumpuhkan ekonomi sesebuah negara kerana banyak aktiviti akan tergendala apabila berlakunya jerebu. Di samping itu, jerebu menjejaskan sektor pengangkutan udara di negara ini kerana banyak penerbangan terpaksa ditangguhkan kerana kadar penglihatan yang berkurangan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya termasuklah melarang orang ramai melakukan pembakaran secara terbuka dan mengitar semula bahan buangan seperti plastik, tin minuman dan sebagainya. Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani masalah jerebu ialah pembenihan awan. Pembenihan awan dilaksanakan untuk menyekat jerebu daripada menular. Pihak berkuasa juga turut diarah untuk meningkatkan penguatkuasaan bagi mengelakkan sebarang kegiatan yang boleh membawa kepada pencemaran udara.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam soal penjagaan alam sekitar. Kualiti udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. Oleh itu, kita harus memikirkan setiap perbuatan yang melibatkan pembakaran supaya dapat mengelakkan fenomena jerebu.

 

Jata Unjah

4