Langkah 2 Pemandu Teksi Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Syafiah Humaira

2
Pemandu teksi mengaku tidak bersalah bunuh Syafiah Humaira SHAH ALAM 22 April - Pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun, Syafiah Humaira Sahari. Mohd. Fazli, 28, yang berbaju T berbelang dan berseluar panjang gelap dilihat menganggukkan kepala tanda faham. Tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon supaya dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki. Mohd. Fazli didakwa membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat sini pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum gantung. Rosidah memaklumkan, seramai 47 saksi akan dipanggil memberikan keterangan. Peguam Jaspal Singh pula memberitahu mahkamah, beliau hadir menyebut bagi pihak peguam Gurbachan Singh yang akan mewakili Mohd. Fazli ketika perbicaraan kelak. Hakim Mohtarudin menetapkan sebutan semula kes pada 18 Mei bagi membolehkan dokumen- dokumen berkaitan diserahkan kepada pihak pembelaan. Mohd. Fazli akan dibicarakan selama dua minggu bermula 7 Jun ini. Sepanjang berada di mahkamah, tertuduh nampak ceria ketika dikeliling ahli keluarga yang kedengaran berbincang mengenai pelantikan peguam untuknya. Seorang pegawai mahkamah yang berada di situ, turut memaklumkan keluarga tertuduh bahawa mereka berhak melantik peguam ataupun mahkamah akan membuat pelantikan sekiranya dia tidak diwakili. Kanak-kanak malang itu telah dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu pada pukul 8.30 malam, hari kejadian oleh Mohd. Fazli setelah mendakwa Allahyarham terbabit dalam kemalangan jalan raya. Pihak hospital yang curiga dengan tingkah laku tertuduh bagaimanapun telah menghubungi polis pada pukul 11 malam untuk memaklumkan terdapat kemungkinan mangsa mati akibat didera. Syafiah Humairah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan otak dan mengalami kerosakan buah pinggang akibat dihentak serta ditendang. Bedah siasat ke atas mayatnya mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan serius termasuk kulit kepalanya terkoyak kerana dipijak.

description

abc

Transcript of Langkah 2 Pemandu Teksi Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Syafiah Humaira

Page 1: Langkah 2 Pemandu Teksi Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Syafiah Humaira

Pemandu teksi mengaku tidak bersalah bunuh Syafiah Humaira

SHAH ALAM 22 April - Pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun, Syafiah Humaira Sahari.

Mohd. Fazli, 28, yang berbaju T berbelang dan berseluar panjang gelap dilihat menganggukkan kepala tanda faham.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon supaya dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.

Mohd. Fazli didakwa membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat sini pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum gantung.

Rosidah memaklumkan, seramai 47 saksi akan dipanggil memberikan keterangan.

Peguam Jaspal Singh pula memberitahu mahkamah, beliau hadir menyebut bagi pihak peguam Gurbachan Singh yang akan mewakili Mohd. Fazli ketika perbicaraan kelak.

Hakim Mohtarudin menetapkan sebutan semula kes pada 18 Mei bagi membolehkan dokumen-dokumen berkaitan diserahkan kepada pihak pembelaan.

Mohd. Fazli akan dibicarakan selama dua minggu bermula 7 Jun ini.

Sepanjang berada di mahkamah, tertuduh nampak ceria ketika dikeliling ahli keluarga yang kedengaran berbincang mengenai pelantikan peguam untuknya.

Seorang pegawai mahkamah yang berada di situ, turut memaklumkan keluarga tertuduh bahawa mereka berhak melantik peguam ataupun mahkamah akan membuat pelantikan sekiranya dia tidak diwakili.

Kanak-kanak malang itu telah dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu pada pukul 8.30 malam, hari kejadian oleh Mohd. Fazli setelah mendakwa Allahyarham terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Pihak hospital yang curiga dengan tingkah laku tertuduh bagaimanapun telah menghubungi polis pada pukul 11 malam untuk memaklumkan terdapat kemungkinan mangsa mati akibat didera.

Syafiah Humairah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan otak dan mengalami kerosakan buah pinggang akibat dihentak serta ditendang.

Bedah siasat ke atas mayatnya mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan serius termasuk kulit kepalanya terkoyak kerana dipijak.

Ekoran kejadian itu, tertuduh telah ditahan sementara ibu Syafiah Humaira, Siti Norhanim Aziz, 25, dipanggil untuk polis merakamkan keterangannya.