langkah baru 2015

13
“Langkah-langkah yang diambil membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran disekolah saya”. (LEMBAM) Jenis-jenis masalah Pendidikan merupakan keperluan yang sangat penting pada zaman kini bagi menjana ke arah pembangunan generasi yang berwibawa serta generasi yang berbentuk abad ke-21. Pendidikan juga tidak hanya tertumpu pada pelajar yang normal malah pendidikan juga amat menitik beratkan pelajar yang bermasalah kerana ini tujuan sebenar pendidikan bagi memastikan setiap generasi mendapat pendidikan yang sama walaupun mempunyai beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan lagi. Pendidikan khas amat diambil berat kerana mereka yang mendapat pendidikan ini memerlukan pemerhatian yang sangat teliti bagi memastikan pelajar ini menerima pendidikan standing pelajar yang normal. Selain itu, dalam Akta Pendidikan 1996 juga turut menghuraikan akta-akta pendidikan dan garis panduan yang berkaitan dengan Pendidikan Khas di Malaysia dan terdapat tiga elemen yang utama iaitu elemen pengajaran pemulihan, kaedah pengajaran dan juga bahan bantu mengajar. Terdapat juga masalah-masalah pembelajaran yang perlu diambil tindakan supaya pendidikan khas ini dapat dijalankan dengan lancar. Antara jenis-jenis masalah pembelajaran ialah, kanak- kanak cerdas yang mempunyai bakat istimewa serta pintar dan juga kanak-kanak yang cacat fizikal atau lebih dikenali sebagai

description

langkah jaga anak oku

Transcript of langkah baru 2015

Page 1: langkah baru 2015

“Langkah-langkah yang diambil membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran

disekolah saya”. (LEMBAM)

Jenis-jenis masalah

Pendidikan merupakan keperluan yang sangat penting pada zaman kini bagi menjana

ke arah pembangunan generasi yang berwibawa serta generasi yang berbentuk abad ke-21.

Pendidikan juga tidak hanya tertumpu pada pelajar yang normal malah pendidikan juga amat

menitik beratkan pelajar yang bermasalah kerana ini tujuan sebenar pendidikan bagi

memastikan setiap generasi mendapat pendidikan yang sama walaupun mempunyai beberapa

masalah yang tidak dapat dielakkan lagi. Pendidikan khas amat diambil berat kerana mereka

yang mendapat pendidikan ini memerlukan pemerhatian yang sangat teliti bagi memastikan

pelajar ini menerima pendidikan standing pelajar yang normal. Selain itu, dalam Akta

Pendidikan 1996 juga turut menghuraikan akta-akta pendidikan dan garis panduan yang

berkaitan dengan Pendidikan Khas di Malaysia dan terdapat tiga elemen yang utama iaitu

elemen pengajaran pemulihan, kaedah pengajaran dan juga bahan bantu mengajar.

Terdapat juga masalah-masalah pembelajaran yang perlu diambil tindakan supaya pendidikan

khas ini dapat dijalankan dengan lancar. Antara jenis-jenis masalah pembelajaran ialah,

kanak-kanak cerdas yang mempunyai bakat istimewa serta pintar dan juga kanak-kanak yang

cacat fizikal atau lebih dikenali sebagai psikomotor atau neurosisi. Bagi masalah jenis ini,

pelajar atau kanak-kanak yang sedemikian tidak mempunyai minat terhadap perkara lain

melainkan lebih tertumpu kepada perkara yang diminati atau bakat yang dimiliki sahaja. Ini

menunjukkan bahawa kanak-kanak ini hanya tertumpu pada benda yang menarik perhatian

mereka dan lebih menghabiskan masa terhadap perkara tersebut tetapi kanak-kanak ini

merupakan pelajar yang pintar juga. Bagi jenis masalah yang mempunyai kecacatan fizikal

pula, mereka ini minat untuk belajar tetapi berasa rendah diri kerana kekurangan yang

terdapat pada anggota badan mereka yang menghadkan segala pergerakkan meraka.

Selain daripada itu, terdapat juga kanak-kanak yang menghadapi kecacatan penglihatan dan

juga kanak-kanak yang cacat pendengaran serta masalah berkomunikasi. Bagi kanak-kanak

yang menghadapi masalah cacat penglihatan ini berpunca daripada baka atau keturunan,

komplikasi semasa hamil dan semasa lahir, rubela, sifilis, kecederaan atau penyakit. Terdapat

juga beberapa tahap kecacatan yang dikenal pasti bagi kanak-kanak ini iaitu bermula dengan

Page 2: langkah baru 2015

sederhana, teruk dan sangat teruk. Untuk tahap sederhana yang mana mereka masih boleh

melihat cahaya serta menjalankan aktiviti dengan bantuan seperti kanta. Seterusnya untuk

tahap teruk pula mereka akan mengambil masa yang lama bagi menjalankan aktiviti dan

mereka turut dibantu oleh alatan yang khas. Manakala bagi tahap sangat teruk, ini boleh

mengakibatkan mereka hadapi kesukaran dalam melakukan aktiviti berbentuk visual seperti

membaca.

Seterusnya, terdapat juga kanak-kanak yang menghadapi masalah kecelaruan tingkah laku

atau behavioural disorders dan juga kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Untuk

penerangan lanjut, masalah kecelaruan tingkahlaku ini berpunca daripada aspek kekeluargaan

contohnya ibu bapa bercerai, kemiskinana dan sebagainya, yang kedua ialah aspek pergaulan

atau suasana di sekolah di mana kanak-kanak tidak bergaul sesama rakan-rakan atau sering

diejek kerana kekurangan yang terdapat pada diri mereka. Manakala, kanak-kanak yang

bermasalah pembelajaran pula terdapat banyak jenis antaranya ialah, Acalculia, Diskalkulia,

Disleksia dan juga Disgrafia. Mereka ini menghadapi masalah terhadap cara membaca,

menulis, mengeja dan juga membezakan antara huruf dan nombor. Terakhir sekali dalam jenis

masalah ialah, kanak-kanak yang menghadapi kerencatan akal atau mentally disorder. Kanak-

kanak ini, turut dikenal sebagai sindrom down di mana mereka ini menghadapi masalah

jantung yang mengehadkan tenaga mereka, kesulitan dalam bertutur dan juga lambat dalam

menguasai kemahiran bertutur.

Lembam (Slow Learner)

Masalah Pembelajaran Khusus Kanak-kanak lembam didefinisikan sebagai satu atau lebih

kecelaruan pada proses asas psikologikal kanak-kanak yang mengaitkan pemahaman atau

penggunaan bahasa (penulisan atau bacaan) yang boleh mengganggu kemahiran mendengar,

berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Namun begitu, masalah ini

bukanlah berpunca daripada masalah pendengaran atau penglihatan, masalah motor atau

masalah mental.

Masalah pembelajaran khusus kanak-kanak lembam juga didefinisikan sebagai

beberapa jenis kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidak sempurna,

seperti perkembangan kemahiran akademik, bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak yang

Page 3: langkah baru 2015

didefinisikan sebagai bermasalah pembelajaran khusus ini menunjukkan kelemahan dalam

menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira serta adakalanya mempamerkan

masalah/kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah laku dan bersosial. Mereka tidak

mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain. Justeru,

mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Prestasi mereka

menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah.

Mereka tidak dapat membuat kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika

dibandingkan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan

kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Pelajar ini dapat dikesan melalui dua petunjuk iaitu

walaupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan. Ini

disebabkan tahap perkembangan menyerupai kanak-kanak yang lebih muda. Contohnya,

tahun dua hanya permulaaan belajar abjad, membilang dan menulis namanya sendiri. Pelajar

ini gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual dan bahasa,

pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran persediaan vakasioanal. Contohnya

kemahiran pemahaman pembacaan adalah lebih sukar berbanding pembacaan biasa.

Maksudnya, pelajar kurang berjaya menyelesaikan masalah matematik berbanding pengiraaan

matematik.

Ciri-ciri kanak-kanak lembam

Kajian yang dijalankan oleh pakar pendidikan khas kanak-kanak di eropah

mengklasifikasikan ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak masalah pembelajaran khusus

lembam kepada:

a. Ciri-ciri Kognitif

Kanak-kanak lembam menunjukkan keupayaan intelektual mereka berada di tahap

sederhana atau melebihi tahap sederhana ini, iaitu IQ mereka pada tahap 85 atau lebih

dalam skor ujian saringan kecerdasan. Kanak-kanak lembam juga mengalami

kepayahan memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima

di dalam ingatan mereka.

b. Ciri-ciri Akademik

Page 4: langkah baru 2015

Di antara kemahiran 3M kemahiran kesukaran membaca adalah yang paling ketara

yang mengatasi masalah-masalah lain seperti masalah tingkah laku. Dalam kemahiran

matematik pula, kanak-kanak lembam sukar mengingat makna simbol-simbol yang

digunakan atau menyelesaikan permasalahan matematik yang panjang dan

menggunakan beberapa konsep seperti campur, tolak atau bahagi.

c. Ciri-ciri Sosial-Emosi

Ciri-ciri yang sedia ada seperti kurang tumpuan, kesukaran memproses maklumat,

kecuaian, kepayahan melakukan beberapa turutan tugas sudah tentunya menyebabkan

kanak-kanak ini lebih cenderung mengalami masalah sosial-emosi.

Langkah-langkah membantu kanak-kanak lembam

Dalam menghadapi beberapa jenis masalah tersebut terdapat juga beberapa langkah-langkah

yang dapat membantu mereka untuk mendapatkan pendidikan. Langkah yang pertama perlu

diambil ialah melakukan pendedahan terhadap kedua ibu bapa atau penjaga para pelajar ini.

Ibu bapa atau penjaga amat memainkan peranan yang utama kerana mereka ini yang paling

rapat dengan kanak-kanak ini dengan itu mereka seharusnya lebih mengenal pasti masalah

yang terdapat pada anak-anak mereka. Antara cara untuk mengenal pasti jika terdapat masalah

terhadap anak mereka ialah ibu bapa perlu tahu simptom-simptom kecacatan seawal mungkin

dan menjalankan intervensi awal berdasarkan masalah yang dihadapi. Ini amat penting kerana

kadar tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak berlaku dengan cepat sekalai di peringkat

usia bawah lima tahun yang turut disebut sebagai critical periods of growth and development.

Selain itu juga, ibu bapa atau penjaga juga boleh menyertai pelbagai kempen bagi mengetahu

dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta boleh merujuk

kepada pakar bagi memahami jenis-jenis yang mungkin anak mereka hadapi.

Page 5: langkah baru 2015

Menurut kajian di eropah dalam pengubahsuaian kurikulum, menggariskan beberapa strategi

pengajaran untuk kanak-kanak lembam iaitu:

a) Mengubah yang Abstrak kepada Konkrit

Mengajar secara konkrit lebih mudah daripada abstrak kerana kanak-kanak lembam

dapat melihat apa yang disuruh daripada membayangkan sesuatu maklumat.

Contohnya ialah membuat sebuah model kereta, cara-cara memasak dan sebagainya.

b) Elakan daripada Membuat Generalisasi

Kanak-kanak lembam sukar untuk membuat generalisasi seperti mengaplikasikan

konsep yang telah diajar kepada situasi yang baru kerana kurang upaya dari segi

memproses maklumat, mengingat kembali dan kurang berkemahiran membuat

penaakulan. Mereka biasanya memahami arahan yang khusus.

c) Membolehkan Kemahiran Asas Membentuk ‘Sub-Skill’ Lain

Dengan kebolehan menguasai asas pembelajaran, kanak-kanak lembam boleh dilatih

membentuk ‘sub-skill’ lain melalui apa yang dipelajari. Contohnya apabila mereka

telah menguasai kemahiran membaca secara kuat ‘reading aloud’, mereka akan dilatih

untuk membaca secara senyap.

Terdapat juga program pemulihan khas yang dijalankan dengan melalui ujian diagnostik

untuk membantu para guru pemulihan khas untuk mengesan daerah-daerah kelemahan dan

kekuatan yang dihadapi oleh murid lembam. Ujian ini juga bukan ingin melihat tahap

pencapaian murid tersebut tetapi adalah untuk mengesan masalah yang dialami serta

mengetahui punca-punca yang menyebabkan kegagalam murid tersebut untuk menguasai

sesuatu kemahiran. Selain itu, melalui ujian ini juga guru dapat membantu murid mereka

dengan merangka program yang bersesuaian serta lebih sistematik. Antara langkah

penyediaan pengajaran yang boleh disediakan oleh para guru untuk program ini ialah seperti

menggunakan waktu persekolahan yang sesuai contohnya dari hari isnin hingga jumaat

bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Selain daripada itu, kanak-kanak ini

turut digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum sama seperti pelajar yang normal dan nisbah

Page 6: langkah baru 2015

guru bagi setiap kelas ialah1-5 orang guru mengikut kesesuaian. Terdapat juga aktiviti yang

dijalankan bagi menarik minat murid ini contohnya aktiviti jurupulih anggota, jurupulih cara

kerja, jurupulih pertuturan, latihan renang dan juga kaunseling bersama ibu bapa ataupun

penjaga.

Walaupun mereka ini mempunyai masalah dalam pembelajaran tetapi mereka juga tidak

terlepas peluang dalam melibatkan diri untuk aktiviti kokurikulum yang bersesuaian dengan

diri mereka. Aktiviti kokurikulum ini juga tidak terlalu berat kerana ianya merupakan satu

bentuk aktiviti yang tidak terikat yang boleh dibentuk mengikut keperluaan dan tahap

keupayaan kea rah kehidupan yang bermakna. Kokurikulum ini juga merupakan satu aktiviti

yang sangat fleksibel yang tidak membebankan murid ini dengan aktiviti yang memberikan

banyak faedah terhadap meraka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti mengenai

pengurusan tentang kehidupan, akademik yang berfungsi, kerohanian dan nilai-nilai murni

serta sosial, riadah dan kreativiti. Selain daripada itu, melalui aktiviti yang dijalankan itu

terdapat juga perisaian yang penting yang juga merupakan kompenan terhadap bidang itu.

bagi bidang pengurusan diri, terdapat perisian seperti komponen pengurusan diri, komponen

pengurusan tingkah laku, dan juga komponen kemahiran hidup. Bidang kerohanian pula

terdapat komponen pendidikan agama Islam serta kemponen pendidikan moral manakala bagi

bidang akademik berfungsi pula terdapat komponen bahasa melayu, matematik, bahasa

inggeris dan juga multimedia. Yang terakhir merupakan bidang sosial, riadah dan juga

kreativiti yang merangkumi komponen pendidikan jasmani, pendidikan seni, pendidikan

muzik, gerakan serta drama dan juga sains, sosial serta alam sekitar. Ini turut membuktikan

bahawa guru-guru juga memainkan peranan kerana mereka yang memberikan pendidikan

terhadap kanak-kanak ini. Guru-guru ini juga perlu peka apabila kanak-kanak kurang

memberikan perhatian atau kurang cekap dalam pelajaran, guru juga perlu sedar terdapat di

kalangan kanak-kanak normal yang mempunyai masalah pembelajaran dan jangan

meletakkan label ‘malas’ ataupun ‘bodoh’ terhadap murid dan guru juga boleh merujuk kes

yang disyaki kepada guru yang mempunyai latihan dalam pendidikan khas kerana guru ini

dapat mengenal pasti secara kasar masalah yang dihadapi oleh murid. Guru juga merupakan

individu yang kedua paling rapat dengan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran ini dan

guru juga merupakan harapan bagi mereka dalam mendapatkan pendidikan yang setaraf

dengan murid yang normal. Selain daripada itu, guru juga merupakan penghubung antara

murid dan juga ibu bapa atau penjaga mereka, ini kerana guru yang lebih tahu tahap prestasi

Page 7: langkah baru 2015

atau pencapaian yang digapai oleh setiap murid mereka. Para pendidikan ini juga, tahu cara

atau kaedah yang bersesuaian dalam mengendalikan kanak-kanak yang mempunyai masalah

pembelajaran ini yang boleh membantu mereka meningkatkan taraf pendidikan mereka.

Kelengkapan dan kemudahan yang disediakan untuk kanak-kanak lembam

Selain daripada peranan yang dijalankan oleh pihak ibu bapa atau penjaga dan juga

guru-guru, pihak sekolah juga perlu mengambil bahagian dalam menghulurkan tangan bagi

membantu murid yang mempunyai masalah pembelajaran ini. Antara langkah yang efektif

yang boleh diambil oleh pihak sekolah ialah, mereka boleh membantu dalam menyediakan

kelengkapan dan juga kemudahan yang bersesuaian dengan keadaaan. Dengan adanya bahan-

bahan ini, murid akan berasa lebih berminat serta bersemangat tinggi dalam mengikuti mata

pelajaran yang diajar oleh guru mereka. Seiring dengan kemajuan pembangunan teknologi di

Malaysia, penggunaan ICT juga amat berguna disetiap sekolah kerana jelas menunjukkan

bahawa murid pada zaman kini lebih tertarik dengan pembelajaran yang menggunakan ICT

kerana ianya senang digunakan, terdapat juga kepelbagaian contohnya penambahan muzik

yang menarik, video, demonstrasi, tambahan pemahaman mereka akan menjadi lebih jelas

dan berkesan kerana lebih dapat memberikan penumpuan yang sepenuhnya. Melalui ICT

juga, murid dapat menambah ilmu mereka dengan mencari bahan yang berkaitan dengan

pembelajaran mereka dan mereka juga tidak akan berasa ketinggalan dalam menggunakan

ICT ini seperti murid yang normal.

Walaupun demikian, bahan-bahan yang lain juga boleh membantu murid ini dan antaranya

ialah bahan keperluan asas seperti kelas, apron, bahan kerja yang boleh dikitar semula dan

lain-lain lagi yang bersesuaian. Bahan-bahan yang terdiri daripada pendidikan muzik juga

boleh membantu murid, ini kerana ianya lebih ringan, ringkas dan mempunyai daya tarikan

yang boleh menarik minat mereka contohnya radio, VCD, kaset-kaset, tamborin, gitar dan

yang seagkatannya. Tidak dilupa juga bahan-bahan yang terdiri daripada agama Islam juga

perlu dititikberatkan kerana ini merupakan asas kepada pendidikan kehidupan seharian

disamping dapat membantu dari segi emosi dan minda mereka dalam mencorak pemikiran

mereka sendiri dan contoh bahan-bahan ini ialah sejadah, al-quran, telekong, kaset nasyid dan

bacaan ayat-ayat al-quran, buku cerita mengenai nabi dan pengajaran umat yang terdahulu

dan sebagainya. Selain daripada itu, peralatan seperti pendidikan jasmani juga boleh

Page 8: langkah baru 2015

memainkan peranan kerana ini dapat memberikan murid ini keseimbangan diantara

pembelajaran dan juga kokurikulum mereka. Antara barang yang diperlukan untuk pendidikan

jasmani ini ialah bola sepak, bola tampar, raket, dan lain-lain lagi. Tambahan terdapat juga

bahan-bahan latihan yang diperlukan mengikut keupayaan murid itu seperti peralatan

pengawalan pernafasan, bahan-bahan terapi untuk pertuturan, bahan-bahan latihan untuk

murid palsy selebral yang ringa dan juga bahan latihan untuk pergerakan yang difikirkan perlu

untuk mereka. Dengan adanya peralatan yang sedemikian, maka murid yang bermasalah

pembelajaran ini dapat meningkatkan keupayaan mereka serta dapat melakukan pelbagai

aktiviti dengan bantuan peralatan ini dan juga dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan diri

setiap individu ini.

Natijahnya, walaupun kanak-kanak lembam ini tergolong dalam golongan yang mempunyai

masalah pembelajaran tetapi pendidikan tidak seharusnya meninggalkan mereka kebelakang

kerana mereka juga mempunyai hak mereka dalam menerima pendidikan ini. Negara

Malaysia pada ketika ini telah berkembang pesat dengan mempunyai sistem pendidikan yang

boleh dijadikan kebanggaan bagi setiap lapisan masyarakat kerana sistem ini tidak

mengetepikan sesetengah golongan seperti golongan kanak-kanak bermasalah pembelajaran

lembam malahan mereka turut diberikan kesempatan dalam mendapatkan pendidikan tetapi

dengan cara atau kaedah yang bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka. Kementerian

Pendidikan Malaysia turut telah menghuraikan akta-akta pendidikan dan juga garis panduan

yang bersesuai dengan Pendidikan Khas di Malaysia. Ini bagi menarik minat guru dalam

penyediaan kelas untuk membantu kanak-kanak ini selain daripada ibu bapa taupun penjaga

mereka sendiri. Akhir sekali, dengan langkah-langkah yang telah disenaraikan diharap ini

akan lebih membantu lagi para ibu bapa, guru-guru serta pihak sekolah dalam memberikan

pendidikan khas yang bermutu tinggi dalam mendidik kanak-kanak yang istimewa ini kearah

insan yang boleh disanjungi dan dikagumi pada suatu hari nanti.