Langkah Memelihara Bangunan

download Langkah Memelihara Bangunan

of 5

Transcript of Langkah Memelihara Bangunan

  • 7/26/2019 Langkah Memelihara Bangunan

    1/5

    Langkah Memelihara Bangunan/ BinaanSejarah

    Bangunan bersejarah perlu dikekalkan dan dipelihara.Bangunan

    bersejarahdapat dijadikan iktibar atau panduan kepada generasi

    muda dan juga dapat dijadikan bahan penyelidikan dan kajian

    tentang evolusi manusia yang berlaku. Persoalannya, apakah cara

    yang dapat dilakukan untuk mengekalkan bangunan bersejarah

    ini?

    Tarikan Pelancong

    Bangunan bersejarah boleh dijadikan daya tarikan pelancong,

    contohnya Kota Cornwallis, Istana Kellis, Kota A Famosa, tapak

    kaki Hang Tuah, Bangunan Stadhuys, Bangunan Sultan Abdul

    Samad, Makam Mahsuri, Langkawi, Candi di Lembah Bujang dan

    Penjara Pudu. Bangunan bersejarah perlu dipulihara untuk tatapanpelancong asing. Bangunan tersebut mempunyai daya tarikan

    kerana berkaitan dengan sejarah yang telah berlaku di negara kita.

    http://www.panduanmalaysia.com/2016/06/kepentingan-bangunan-bersejarah-malaysia-pt3.htmlhttp://www.panduanmalaysia.com/2016/06/kepentingan-bangunan-bersejarah-malaysia-pt3.htmlhttp://www.panduanmalaysia.com/2016/06/kepentingan-bangunan-bersejarah-malaysia-pt3.htmlhttp://www.panduanmalaysia.com/2016/06/kepentingan-bangunan-bersejarah-malaysia-pt3.html
  • 7/26/2019 Langkah Memelihara Bangunan

    2/5

    Umumnya diketahui para pelancong sama ada dari luar atau dalam

    negara ingin melawat ke bangunan bersejarah. Selain itu, bangunan

    bersejarah juga boleh diubah suai menjadi bangunan muzium yang

    memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, Istana Lama Kedah

    dijadikan Muzium Diraja Kedah yang merakamkan sejarah susur

    galur raja-raja yang memerintah Kedah. Pada masa yang sama,

    seni bina Bangunan Istana Lama Kedah dapat dijadikan bahan

    tontonan generasi masyarakat sekarang.

    Bangunan Pentadbiran

    Tambahan pula, bangunan bersejarah juga dapat ditukar menjadi

    bangunan pentadbiran. Contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad

    pernah dijadikan mahkamah. Dengan ini, pihak berkenaan dapat

    mengurangkan kos pembinaan baharu dan menjadi kebanggaan

    orang ramai yang pernah berurusan di situ. Di samping itu,

    Bangunan Sultan Abdul Samad juga menjadi mercu tanda Kuala

    Lumpur. Justeru, bangunan bersejarah juga boleh dijadikan rumah

  • 7/26/2019 Langkah Memelihara Bangunan

    3/5

    kebajikan atau pusat jagaan. Badan kebajikan tidak perlu menyewa

    atau membina bangunan baharu. Mereka boleh mengubah suai

    bangunan bersejarah mengikut keperluan tanpa melupuskan

    bangunan tersebut. Dengan ini, golongan yang kurang bernasibbaik mendapat pembelaan.

    Pusat Perniagaan

    Di samping itu, bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai pusat

    perniagaan jika bangunan tersebut masih selamat digunakan.

    Bangunan bersejarah akan menjadikan daya tarikan kepadapelanggan. Peniaga juga dapat berniaga dalam suasana yang

    berbeza.

    Industri Perfileman

    Bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman. Hal ini

    kerana, sesebuah filem banyak bergantung pada latar belakang

    tempatnya. Jika membuat filem yang bertemakan peristiwa

    bersejarah, bangunan bersejarah perlu digunakan. Contohnya, filem

  • 7/26/2019 Langkah Memelihara Bangunan

    4/5

    Police Story III lakonan Jacky Chan di Kuala Lumpur yang berlatar

    belakangkan bangunan Mahkamah Persekutuan dan Stesen Kereta

    Api. Jelaslah bahawa terdapat syarikat perfileman negara asing

    yang menjalankan pengambaran di Malaysia. Hal ini menjadikan

    Malaysia terkenal dan berdiri gah di persada dunia.

    Disamping itu, bangunan bersejarah mempunyai nilai-nilai seni dan

    nilai estetika yang penting. Jika dilihat dengan teliti bangunan

    bersejarah juga mempunyai seni bina yang halus yang bercorakkan

    budaya bangsa. Kita dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni

    bina bangsa kita pada zaman silam. Kita dapat menghayati

    keindahan dan keistimewaan budaya kita. Biar kita ambil contoh,

    ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional. Sebahagian

    besarnya dipengaruhi oleh penjajah yang menjajah di sesuatu

    negeri tersebut. Istana Seri Menanti dipengaruhi oleh pengaruh

    minangkabau. Tegasnya, bangunan ini haruslah di jaga dengan rapi

    agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

    Setelah itu, bangunan bersejarah juga dijadikan bahan

    penyelidikan. Perkara ini amat penting bagi mereka yang meminati

    sejarah terutamanya para pengkaji sejarah. Hal ini kerana,

    kewujudan bahan sejarah membuktikan sejarah yang berlaku di

    Tanah Melayu sebelum kemerdekaan lagi. Sebagai contoh,

    kedatangan Portugis merupakan cerita yang benar bukannya

    dogeng mahupun terselit unsur mitos dan lagenda. Hal ini dapat

  • 7/26/2019 Langkah Memelihara Bangunan

    5/5

    dibuktikan apabila bangunan A Famosa yang didirikan semasa

    Peperangan Tiga Segi yang melibatkan tiga buah negeri iaitu

    Acheh, Melaka dan Johor. Jelaslah bahawa bangunan A Famosa

    masih berdiri dengan gahnya sehingga ke hari ini.

    Kesimpulannya, bangunan bersejarah masih memberikan manfaat.

    Bangunan bersejarah merupakan sebahagian warisan bangsa

    Malaysia. Tinggalan-tinggalan ini tidak dapat ditukar ganti dengan

    wang ringgit. Di dalamnya tersingkap banyak kisah yang tidak dapat

    terperikan dalam buku- buku sejarah. Oleh itu, semua pihak

    perlulah bekerjasama mengekalkan dan memulihara bangunan

    bersejarah.