LaPANGAN 24
-
Upload
malaysian-relief-agency-mra -
Category
Documents
-
view
255 -
download
6
description
Transcript of LaPANGAN 24
LAPANGAN On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
LAPANGAN 24-2013
GAZA TERUS DIBANTU RETREAT MRA - Menggaris Halatuju Perjalanan MRA
MYGEF bakal bangunkan Wad Paedatrik di GAZA Seminar Pendekatan Tauhid Dalam Perubatan di Mesir & Jordan
MRA hantar wakil ke Phang Nga, Thailand Perkembangan SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA
MRA PERAK terus beraksi TAWAU Cakna Isu Palestin
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman
PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan
PENGARAH LATIHAN
& PENGEMBANGAN
En. Mohd Rezaidi Ishak
PENGARAH
PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum
PENGARAH
PEMBERDAYAAN EKONOMI
Dr. Hyan Yusoff
PENGARAH BANTUAN
KECEMASAN & LOJISTIK
Hj. Khairil Annuar Khalid
PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ
PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim
PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said
PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah
GAZA TERUS DIBANTU Serangan ke atas Gaza dalam bulan Ogos tahun lalu telah menyebabkan ke
musnahan yang bukan sedikit terhadap harta benda, pemilikan dan nyawa
penduduk Palestin, terutamanya penduduk di Gaza.
Serangan yang dikenali dengan nama Operasi Pillars of Cloud ini bertujuan
kononnya untuk melindungi rakyat dan penduduk Israel dari serangan roket
buatan sendiri pejuang Palestin yang kini dikatakan telah berupaya untuk
sampai sehingga ke Tel Aviv, mencetuskan perasaan panik dan ketakutan di
kalangan penduduk disana.
Serangan tidak bertamadun ini mensasarkan prasarana Pihak Berkuasa Palestin
seperti jalanraya, Balai Polis dan beberapa fasiliti termasuk Masjid dan
perumahan mencetuskan kemarahan penduduk dunia, yang bersimpati dengan
nasib malang yang ditimpakan ke atas penduduk Palestin disana.
Malaysian Relief Agency (MRA) telah menghantar satu pasukan bantuan yang
diketuai oleh Dr. Ishak Masud, Timbalan Presiden MRA bagi memantau ke
perluan untuk membantu dari sudut perubatan. Tim MRA melalui kerjasama
rangkaian MYGEF ini telah mendapat undangan rasmi serta kerjasama penuh
dari Menteri Kesihatan Palestin, Ketua Pengarah Kesihatan Palestin dan Ke-
menterian Kesihatan Palestin.
MRA juga telah dibawa melawat dan meninjau beberapa buah hospital di
Rafah dan di Gaza bagi melihat situasi dan keadaan terkini disana. Kami telah
menggunakan kesempatan yang ada ini untuk mendapatkan maklumat tepat
keperluan sebenar yang mendesak dan dikehendaki dalam sektor kesihatan.
Beberapa pertemuan juga telah diatur dengan beberapa pihak yang lain bagi
mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi memantapkan lagi
penyaluran bantuan yang akan dihulurkan nanti.
MRA, diakhir kunjungan ini telahpun mengenal pasti bentuk bantuan yang akan
diberikan iaitu, MRA akan membantu untuk membangunkan bangunan
tambahan di atas bangunan sedia ada di Hospital Pakar Paedatrik Dr Ranteesi,
Gaza untuk dijadikan wad kanak-kanak. Bangunan dua tingkat setengah ini
bakal berfungsi sebagai pusat jagaan dan rawatan bagi kanak-kanak di Gaza
nanti. Segala urusan berkaitan kanak-kanak akan dikendalikan disini.
Pengkhususan ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih
baik kepada penduduk Gaza. Kekurangan pakar kanak-kanak dapat diatasi
dengan kaedah pemusatan rawatan sebegini.
Bagi mereka yang ingin turut terlibat dalam membangunkan pusat rawatan ini,
kami amat mengalu-alukan sumbangan dan pembabitan anda. Mari membantu
Palestin melalui pembinaan bangunan tambahan dua tingkat setengah ini.
Bukan orang lainyang dimaksudkan, tetapi andalah yang kami harapkan dapat
membantu.
MOHD SHAHRULAZILAN SAID
Pengarah Eksekutif
Retreat MRA 2013 Pusat Belia Antarabangsa Cheras Retreat MRA dijalankan seperti tradisinya diawal
setiap tahun bagi menentukan halatuju bagi tahun
tersebut disamping bermuhasabah diatas segala
tindakan dan pencapaian yang telah diperolehi
sepanjang tahun yang lalu.
Retreat MRA ini telah disertai oleh seluruh Ahli
Lembaga Pemegang Amanah, Exco-exco Pusat,
jentera dan pimpinan MRA Chapter Negeri Perak
dan Kedah, serta seluruh wargakerja MRA di Sekre-
tariat.
Retreat ini mengambil masa selama dua hari mem-
bincangkan pelbagai perkara dan isu untuk dijadi-
kan tmpuan dan fokus MRA dalam tahun 2013
nanti.
Seperti kebiasaan, Retreat MRA berjalan dalam
suasana penuh serius tetapi dalam persekitaran yang
penuh ceria dan professional. Perbezaan pendapat
dan pertembungan ide adalah sesuatu yang telah di-
jangkakan dan masing-masing mencari jalan
terbaik, paling diplomasi dalam mengetengahkan
ide masing-masing.
Alhamdulillah, perbezaan pendapat dalam retreat ini
menghasilkan keputusan yang terbaik hasil dari
adunan pendapat-pendapat yang berbagai. Per
tembungan ide menjadikan keputusan yang dihasil-
kan dilihat dari berbagai sudut sebelum ianya di
angkat menjadi sebuah resolusi untuk dilaksanakan.
Retreat ini walaupun panas sepanjang per-
jalanannya, namun pada konklusi hari penutup,
ianya menjadikan kami lebih rapat, lebih ber
semangat dan bersedia untuk merempuh dan
mengempur secara bersama. Retreat ini jelas telah
dapat memberikan halatuju seperti yang dihajati dan
menambah kekuatan kepada jentera MRA yang
sedia ada untuk terus melangkah kehadapan.
LaPANGAN 24 Helaian 2
Retreat MRA 2013 Menggaris halatuju MRA di peringkat tempatan dan antarabangsa
Kehadiran wakil-wakil MRA dari Perak dan Kedah
serta kehadiran penuh Exco serta wargakerja MRA
secara jelas memberi isyarat bahawa MRA amat
serius untuk menggerakan kerja-kerja bantuan
kemanusiaan dalam tahun 2013 di peringkat tempatan
dan juga antarabangsa.
Mengimbau pencapaian dalam tahun 2012, meng
insafi kekurangan dan kelemahan yang sedia ada,
selain dari kekangan-kekangan individu dan
organisasi yang tidak dapat dielakkan, MRA akan
mencari jalan keluar bagi memastikan dalam tahun
ini, kekurangan dan kesilapan yang berlaku tidak
akan diulangi lagi malah kami bertekad untuk mem-
perkukuhkan lagi pasukan kerja yang sedia ada ini
bagi menghadapi hari hari mendatang.
Dengan hasrat untuk memastikan MRA kekal relevan
dan terus menyumbang mengikut acuannya sendiri
diatas landasan kemanusiaan yang betul dan tepat
tanpa melupakan gerakerja di peringkat tempatan,
terutamanya dengan masyarakat dan kelompok sedia
ada yang telah disantuni seperti Orang Asli, Orang
Kurang Upaya, Warga Emas dan kelompok pelarian.
MRA turut menyatakan hasrat untuk meletakkan Islam
sebagai elemen utama dan terpenting dalam setiap
gerakerja dan aktiviti yang sedang dan bakal digerak-
kan nanti. Justeru, pemantapan dan kefahaman men-
yeluruh mengenai perkara ini akan dilaksanakan bagi
memastikan segala wargakerja memahami arah tujuan
dan komitmen MRA.
Dato Shakir Husin, Bendahari MRA sedang memberikan perspektif beliau mengenai
Islah dan Istiqamah kepada para peserta retreat yang hadir
Mengembleng jiwa, jasad, tenaga dan minda untuk masa depan MRA
LaPANGAN 24 Helaian 3
Retreat ini selain dari bertujuan membincangkan
halatuju MRA turut memberikan peluang untuk
setiap penggerak MRA berkenal-kenalan dan
merapatkan silaturrahim sesama mereka.
Kehadiran penggerak-penggerak MRA dari Kedah
dan Perak amatlah dihargai. Komitmen mereka
untuk turun ke Cheras, Kuala Lumpur sangat
mengkagumkan.
Kerjasama dan kefahaman yang tinggi dikalangan
penggerak MRA di peringkat negeri, peringkat
exco dan wargakerja di Sekretariat amatlah perlu
bagi memastikan keberkesanan program yang di-
laksanakan serta dapat mencapai objektif yang
maksima dalam setiap apa yang dilakukan.
Hubungan erat ini tidak terjalin dalam tempoh
sehari sahaja tetapi ianya telah melalui satu proses
yang agak panjang, disamping gerakerja yang
sering dilakukan secara bersama, memberikan
gandingan ini satu sinergi yang cukup luarbiasa ke-
sannya.
Kami bertukar-tukar fikiran dan harapan sehingga
ke lewat malam dengan satu motif dan tujuan iaitu
untuk membantu manusia yang memerlukan, di-
mana saja mereka berada.
Retreat yang sarat dengan mesej penambahbaikan
dan peningkatan ini berjalan dalam suasana serius
tetapi santai. Setiap isu yang dibahaskan dibicara-
kan dengan begitu mendalam dan terperinci, tanpa
sebarang ”reservation”.
Retreat yang mengambil masa dua hari penuh ini
pastinya memberikan suluhan yang cukup terang
kepada semua peringkat didalam MRA untuk
bekerja lebih gigih dan lebih kuat lagi dalam me-
mastikan segala apa yang diputuskan dapat dicapai
dan dilaksanakan mengikut jangkamasa dan ruang
lingkup seperti yang telah diputuskan.
Kepimpinan dan penggerak MRA di peringkat Pusat, Sekretariat dan Negeri bergambar ramai sempena Retreat kali ke 2 MRA.
Humanitarian Workers VS Sukarelawan
LaPANGAN 24 Helaian 4
Sidang Media MYGEF
Maulidur Rasul 1434
ANDAI RASULULLAH
SAW masih ada, apakah
yang akan dikatakan oleh
anda kepada Baginda SAW?
Wartawan TV ALHIJRAH
telah berkunjung ke
Sekretariat MRA bagi
menemubual beberapa
orang wargakerja MRA
untuk sebuah program
b e r s e m p e n a d e n g a n
Maulidurasul 1434 yang
bakal ditayangkan semasa
hari tersebut.
Satu Sidang Media telah diadakan bertempat di Bilik
Persidangan Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru, Kuala
Lumpur baru-baru ini oleh gabungan Malaysian Gaza
Emergency Fund (MYGEF) yang dipengerusikan oleh
Sdr. Amidi Abdul Manan, Presiden Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM). Turut hadir ialah Sdr. Mohd Raimi
Ab. Rahim, Pengerusi Global Peace Mission Malaysia
(GPM), Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Shamsudin, Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Sdr. Mohd Nazri Sahat, Ketua Pegawai Eksekutif Projek
Masjid For Gaza, Majlis Perundingan Ngo-Ngo Islam
Malaysia (MAPIM).
Dr. Ishak Masud, Timbalan Pengerusi MRA
merangkap sebagai Pengarah Hospital Pakar Al
Islam telah bertindak sebagai tuan rumah kepada
sidang media ini.
Sidang Media ini bertujuan untuk memaklumkan
keberangkatan tim peninjau MYGEF ke Palestin
bagi melihat keperluan-keperluan yang
dikehendaki oleh para penduduk Palestin dan
Gaza terutamanya. Tim ini akan berlepas pada
31hb Januari 2013 dan akan diketuai oleh
Dr. Ishak Masud sendiri.
Bersatu demi Gaza
Sdr. Johari Kan ketika sesi temuramah Cik Fauziah Tahar ditanya
tentang pendirian beliau
LaPANGAN 24 Helaian 5
KUNJUNGAN WAKIL YMAT
MRA menerima kunjungan istimewa dari rakan pelak-
sana MRA di Thailand iaitu Young Muslim
Association of Thailand (YMAT).
Kunjungan ini telah diketuai oleh Sdr. Abdul Azis
Tadee dan disertai oleh Sdr. Zakaria. Kunjungan ini
selain dari bertujuan untuk merapatkan silaturahim,
kunjungan ini adalah bagi menyerahkan bantuan dan
sumbangan dari masyarakat Muslim Thailand untuk
diberikan kepada penduduk Gaza di Palestin melalui
MRA.
Sebagai rekod, ini bukanlah baru kali pertama YMAT
dan MRA bekerjasama. Sebelum daripada ini,
YMAT telah membantu menyumbangkan dana dalam
kerja-kerja bantuan di Indonesia, Sri Lanka, Pakistan,
Somalia dan Myanmar.
YMAT banyak membantu MRA dalam kerja-kerja
bantuan di selatan Thailand dalam bidang pertanian,
pendidikan, pembangunan sosial dan pengupayaan
ekonomi.
Kerjasama erat ini telah bermula secara rasminya pada
tahun 2009 iaitu sejak dari penubuhan MRA lagi
Sdr. Ashraff dan Sdr. Shahid mewakili MRA dalam sebuah pertemuan Silang Agama di Yangoon bulan lalu
LaPANGAN 24 Helaian 6
KURSUS SUKARELAWAN
BRIGED BAKTI PAHANG
MRA telah dijemput untuk memberikan pengisian
mengenai kerja-kerja bantuan kemanusiaan di peringkat
antarabangsa dan tempatan serta bagaimana sumbangan
dan pembabitan seorang sukarelawan didalam hal-hal
sebegini.
Tim MRA terdiri daripada Sdr. Shahrul dan juga Sdr.
Johari Kan, Penyelaras Sekolah Komuniti Rohingya
MRA, turut serta sama ialah Dr. Ayman, doktor dari Gaza
yang sedang berada di Malaysia untuk tujuan latihan
dibawah kelolaan MRA.
Dalam sesi perkongsian ini, MRA telah mengajak semua
peserta agar sama-sama dapat meluangkan masa dan
tenaga untuk terlibat di dalam membantu kerja-kerja
bantuan kemanusiaan yang dianjurkannya di seluruh
negara.
Kenapa sesebuah NGO itu ditubuhkan?
Sdr. Johari, Sdr. Helmi dan Dr. Ayman bergaya di Pejabat JPAM Kuantan
Tahniah kepada Briged Bakti Pahang diatas penganjuran ini...
LaPANGAN 24 Helaian 7
KURSUS SUKARELAWAN
RAKAN MUDA PAGOH
MRA mengucapkan tahniah dan syabas kepada tim Pejabat Belia
Daerah Muar yang begitu komited dan prihatin di dalam mewujud-
kan komuniti sukarelawan muda yang mahir, terlatih dan ber
prinsip.
Walaupun datang dari latarbelakang organisasi yang berbeza, setiap
peserta yang hadir dapat memberikan tumpuan dan kerjasama
sepanjang kursus ini berjalan. Kami mengalu-alukan untuk
kerjasama yang seterusnya pada masa masa yang akan datang.
Semoga belia Muar terus aktif dalam kerja-kerja kesukarelaan.
Belia hari ini, pemimpin hari esok
WOW! WOW! Rakan Muda Pagoh terbaik..
Membawa Dr Ayman makan roti canai
LaPANGAN 24 Helaian 8
21 orang SAHABAT MRA telah men-
gikuti Siri ke 2 Induksi MRA untuk
tahun 2013 bertempat di Sekretariat
MRA.
Induksi SAHABAT MRA memberikan
pendedahan kepada mereka yang hadir
mengenai sejarah awal penubuhan
MRA, falsafah penubuhan, ciri budaya
MRA serta cara gerakerja MRA di
lapangan.
Mereka juga didedahkan dengan
apakah bidang utama yang menjadi
tumpuan MRA dalam perlaksanaan
kerja-kerja bantuan kemanusiaan di
seluruh dunia. Mereka turut difaham-
kan dengan rasional penumpuan kepada
bidang-bidang tersebut dan bagaimana
ianya dilaksanakan sehingga memberi-
kan manfaat kepada penduduk setempat
serta kepada mereka yang memerlukan.
Exco MRA yang bertanggungjawab untuk
mengisi slot dalam induksi SAHABAT MRA ini
ialah Pengarah Latihan dan Pembangunan MRA,
Sdr. Mohd Rezaidi Ishak. Beliau telah berkongsi
beberapa perkara penting dalam kerja-kerja
bantuan kemanusiaan yang dilakukan oleh MRA.
Induksi SAHABAT MRA akan mula dikembang-
kan ke negeri-negeri lain dalam tahun ini seperti
yang telah diputuskan didalam mesyuarat Retreat
MRA yang baru lalu. Ini bertujuan untuk mela-
hirkan lebih ramai SAHABAT yang terlatih dan
bermaklumat di seluruh negara, SAHABAT
MRA adalah terbuka kepada semua tanpa
sebarang had terhadap agama mahupun bangsa.
Sekiranya anda berminat untuk turut serta sebagai
SAHABAT MRA sila hubungi kami. Pegawai
kami akan sentiasa bersedia untuk melayani
pertanyaan anda. Kami sentiasa mengalu-alukan
penyertaan anda sebagai SAHABAT MRA.
LaPANGAN 24 Helaian 9
BIRO LATIHAN & PEMBANGUNAN MRA dipimpin oleh
Sdr. Mohd Rezaidi Ishak telah merancang dan merangka
pelbagai program latihan bagi memenuhi keperluan MRA
untuk tempoh setahun ini.
Program latihan seperti Induksi SAHABAT MRA akan
dilipatgandakan lagi dengan hasrat dapat mengadakannya
sekali pada setiap bulan serta ianya dapat dilaksanakan di luar
KL pula.
Program latihan tahunan MRA seperti Tautan Kasih dan
Tunas Muda akan diteruskan, dimantapkan dan diperkemas-
kan lagi bagi memastikan ianya benar-benar menjadi satu
latihan lapangan yang betul-betul bermanfaat dan memberi-
kan simulasi dan pengalaman terbaik kepada para peserta
untuk diaplikasikan dalam lapangan sebenar apabila ianya
berlaku.
Program bersama para pelajar MRSM juga dijangka akan
menjadi antara fokus utama MRA dalam tahun ini seterusnya
menjadikan tahun ini sedikit sibuk bagi MRA.
BIRO LATIHAN MRA RANCANG PELBAGAI PROGRAM
Para peserta Kursus Induksi MRA sedang khusyuk mendengar
taklimat dan perkongsian yang diberikan
MOHD REZAIDI ISHAK
Pengarah Latihan & Pembangunan MRA
LaPANGAN 24 Helaian 10
Misi MYGEF-MRA di GAZA Misi MYGEF ke Gaza, Palestin ini diketuai oleh Dr. Ishak Masud,
turut disertai oleh Dr. Zulkifli Hassan dari ABIM, Ustaz Jaafar
Muhammad serta Sdr. Mohd Shahrulazilan Said dari MRA. Misi
ke Gaza ini adalah bertujuan untuk membincangkan bentuk bantuan
MYGEF kepada penduduk Palestin, khususnya di Gaza dalam
bentuk bantuan perubatan dan kesihatan.
Cuaca sejuk dan perjalanan yang panjang tidak
pernah menghalang tim MYGEF untuk menjejak
kaki ke bumi perjuangan iaitu Palestin. Kami me-
masuki Gaza melalui laluan Al Arish-Rafah.
Kunjungan kami ini mendapat kerjasama yang
cukup baik dari pelbagai pihak, terutamanya dari
wakil MAPIM di Kaherah, para penuntut termasuk
kakitangan di Rumah Abassiah di Kaherah, Mesir.
Kami menyifatkan lawatan ini sebagai berjaya dan
mencapai objektifnya. Tugasan sekarang ialah
untuk memastikan ianya dapat dilaksanakan
mengikut apa yang telah direncanakan dan dapat
mencari dana yang diperlukan. Kami disambut oleh para pelajar dan kakitangan MSD
LaPANGAN 24 Helaian 11
Dipintu Rafah, menunggu kebenaran untuk masuk
ROMBONGAN MyGEF yang dipimpin
oleh Dr. Ishak Masud ini telah disambut
dengan baik oleh Kementerian Kesihatan
Gaza. Kami telah diraikan oleh Pengarah
Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Kasyif di
pejabat beliau. Kami turut berpeluang
untuk bertemu dengan Yang Berhormat
Menteri Kesihatan Gaza, Dr. Mufiz
Beliau amat mengalu-alukan kedatangan
rombongan kami dan berharap segala
cadangan dan penambahbaikan yang ingin
kami lakukan berjaya dilaksanakan.
Dr. Kasyif, Dr. Ishak dan Menteri Kesihatan Gaza, Dr. Mufiz
Ahli rombongan bergambar bersama Menteri Kesihatan Gaza
Perbincangan serius antara Dr. Ishak dan Dr. Kasyif
Lawatan ke Hospital Paedatrik An Nasir
Berbincang dengan para doktor
di Hospital Paedatrik An Nasir
Lawatan ke Hospital Paedatrik An Nasir
Lawatan ke Hospital Emirate,
bersama Dr. Walid, Pengarah PA
LES
TIN
LaPANGAN 24 Helaian 12
Pertemuan dengan Pengarah Hospital As
Syifak, hospital terbesar di Gaza
Bersama Dr. Ayman, di bilik Kecemasan
Hospital As Syifak, Gaza
Bersama Dr. Nasir dan Dr. Rifat,
menikmati juadah makan malam
yang amat menyelerakan
Dr. Ahmad I Naji dan Dr. Ishak sedang berbincang. Dr. Ahmad merupakan salah seorang Doktor yang
ditaja oleh MRA di Kuala Lumpur
KUNJUNGAN kami ke
Jordan, diraikan oleh Dr. Ali
Misyal, orang kuat Federation
of Islamic Medical Associa-
tion (FIMA)
Kami telah dibawa untuk
melawat ke Hospital Dar As
Salam yang menempatkan
juga beberapa orang pelarian
Syria disana.
Kami turut berbincang dengan
Doktor-doktor dari Syria yang
berkhidmat disitu mengenai
beberapa isu dan perkara.
Kami turut berkesempatan
untuk melawat Hospital
Al Islam, yang memberikan
bantuan dan rawatan kepada
para pelarian Syria yang
berada disana untuk men
dapatkan rawatan
Dr. Al Misyal dan Dr. Ishak, sedang merancang
untuk kerjasama seterusnya
Dihadapan Hospital As Salam Berbincang mengenai
pesakit dari Syria
LaPANGAN 24 Helaian 13
Berbincang bila saja ada masa terluang Abu Faiz, Dr. Ishak Masud, Dr. Ali Misyal, Ikmal Hakim
& Zahran Razak di Hospital Al Islam, Jordan
Dr. Omar Ahmad Fathy sedang berbincang bersama Dr. Ishak Masud
mengenai kerja-kerja susulan yang akan kami lakukan
Dr. M. Hisham Elsoly, Pengarah Bantuan Kecemasan
Arab Medical Union turut mengadakan pertemuan
dengan Dr. Ishak Masud.
Para penuntut dari Zagazig dan Cairo turut datang
menziarahi kami sebelum berlepas pulang ke KL
JORDAN
MESIR
LaPANGAN 24 Helaian 14
Anak-anak Yatim di Gaza Tidak samakah mereka seperti anak-anak kita?
Satu kunjungan hormat telah diadakan ke rumah perlindun-
gan anak yatim Al Amal yang terletak bersebelahan dengan
bangunan Kementerian Kesihatan Gaza. Rumah ini menem-
patkan lebih dari 40 orang anak yatim, lelaki dan perempuan.
Kami telah bertemu dengan pengurusan rumah anak yatim
ini dan beberapa perkara telah dibincangkan secara serius
bersama mereka.
Kami telah dibawa melawat dan melihat
kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan
kepada anak-anak yatim yang berada disini.
Sebelum berpisah, kami telah menghulurkan
sumbangan dana dari Rakyat Malaysia untuk
anak-anak yatim ini.
Masa lapang digunakan untuk mentelaah pelajaran
Tim MYGEF dan pengurusan rumah anak yatim Al Amal
kreatif
Dari hati ke hati
LaPANGAN 24 Helaian 15
Seminar Pendekatan Tauhid Dalam Perubatan “Kearah Profesional Muslim Berjiwa Tauhid”
Kami meneruskan program Seminar Pendekatan Tauhid Dalam Perubatan bersama para
penuntut Malaysia yang berada di Zagaziq. Seminar telah berjaya dianjurkan di Markas
Akademi Quran (AQ) disana. Sambutan dan layanan yang diberikan juga amat baik dan
tidak akan kami lupakan.
Kami turut berkunjung ke Rumah Anak
Negeri Sembilan di Kaherah dan berkongsi
serba sedikit mengenai Pendekatan Tauhid
Dalam Perubatan, layanan yang diberikan
amat baik, tak terasa seperti berada beribu
batu jauhnya dari Seremban pun.
LaPANGAN 24 Helaian 16
Markas ABIM Kaherah menjadi destinasi seterus-
nya bagi Seminar Pendekatan Tauhid Dalam
Perubatan. Para peserta telah sudi meluangkan
masa untuk sama-sama berkongsi maklumat dan
pengetahuan bersama kami. Layanan mesra yang
diberikan amat kami hargai.
Ruang utama di Markas ABIM Kaherah menjadi
dewan seminar kali ini. Penuntut dari jurusan
agama & perubatan hadir sama dalam seminar ini. Di Irbid, Jordan, Seminar ini dikendalikan didalam
dewan Masjid di Irbid. Kehadiran melebihi 50
orang, tahniah.
Seperti di Kaherah, kami bertemu dengan anak bangsa yang merantau jauh di negeri orang demi
menuntut ilmu dan menimba pengetahuan kerana Allah. Kerjasama dan layanan yang mereka berikan
kekal terpahat didalam ingatan
LaPANGAN 24 Helaian 17
LaPANGAN 24 Helaian 18
Menjengah pelarian Syria
di tengah malam dingin Dr. Ishak Masud, Timbalan Presiden MRA, telah berkesempatan untuk menjengah para pelarian Syria yang baru tiba dari
Damsyik, sedang kelaparan, dalam suasana dingin, bilik sempit berhimpit, sesak dengan bau minyak tanah...
Meninjau sendiri keadaan pelarian
Syria yang baru tiba, dalam keadaan
penuh kepayahan, ibu yang men-gandung, anak-anak kecil, orang tua
yang sedang sakit, amat men-
yedihkan. Namun inilah hakikat
yang sedang berlaku dan menimpa
rakyat Syria
Rombongan MRA turut melawat
pesakit yang merupakan pelarian
dari Syria yang sedang menerima rawatan di beberapa pusat kesi-
hatan setempat. Kami turut men-
imbang untuk menghantar bantuan
yang diperlukan oleh para pelarian
di sini.
Dr. Ali Mishal mengiringi Dr. Ishak menziarahi para pesakit yang
mendapatkan rawatan di situ
Bersama keluarga yang tinggal bersesak
Bertukar pendapat
WAKIL MRA Ke Phang-Nga
MRA telah bertindak menghantar Koordinator Projek
Myanmar, Sdr. Shahid ke Phang-Nga bagi mendapatkan
maklumat serta meninjau secara dekat apa yang berlaku
disana.
Beliau telah berkesempatan untuk bertemu dengan para
pelarian Rohingya yang ditahan oleh pihak Imigresen
Thailand atas kesalahan memasuki negara Thailand secara
tidak sah.
Beliau turut diwawancara oleh sebuah Stesyen Televisyen
Thailand mengenai kehadiran para pelaraian tersebut.
Prihatin dan komited, MRA menghantar Koordinator MRA
Myanmar, Sdr. Shahid untuk bertemu dengan para pelarian
Pelarian di balik jeriji besi di pusat tahanan
Sdr. Shahid didalam rancangan Yateem TV Beramah mesra dengan keluarga pelarian di pusat tahanan
LaPANGAN 24 Helaian 19
LaPANGAN 24 Helaian 20
Tahniah diucapkan kepada salah seorang pelajar tahun 6, Abdullah bin Dollah kerana berjaya me
lengkapkan latihan hujung minggu yang mengambil masa selama 3 bulan dalam bidang Membaiki
Handphone di sebuah institusi latihan tempatan. Program tersebut yang digerakkan dibawah inisiatif
UNHCR. Kami akan memastikan lebih ramai pelajar dari Sekolah Komuniti Rohingya MRA akan
dapat turut serta di lain kali.
TERBAIK!
Guru-guru Sekolah
Komuniti Rohingya
MRA yang komited,
kreatif dan berdedikasi.
Dari kiri, Sdr. Johari
Kan Abdullah, Penyelia
merangkap Guru Besar
Sekolah, Ustaz Shuib,
Cikgu Raziah, Cikgu
Syahirah Said dan
Cikgu Lydia.
Jasa kalian dalam
mendidik anak-anak
Rohingya amatlah
besar, semoga Allah
sahaja yang membalas-
nya. JOHARI SHUIB RAZIAH LYDIA SYAHIRAH
KHUTUB KHANAH
Lantikan Pengawas Komited dalam usaha untuk me
mastikan para pelajar yang berdisiplin
dan berketrampilan dapat dilahirkan
melalui Sekolah Komuniti Rohingya
MRA, beberapa lantikan bagi jawatan-
jawatan tertentu telah diadakan di-
kalangan para pelajar yang dipilih.
Buat pertama kalinya,
Sekolah Komuniti MRA
be r t i ndak me lant ik
Pengawas, Pengawas
Perpustakaan, Ketua
Kelas dan Penolong
Ketua Kelas secara rasmi
dari kalangan mereka
yang dilihat mempunyai
bakat dan kebolehan
memimpin.
Perlantikan ini bertujuan
untuk melahirkan pemim-
pin muda dari kalangan
anak-anak pelarian agar
mereka kelak boleh di-
latih menjadi pemimpin
bagi komuniti ini dimasa
hadapan.
Selangkah lagi dalam usaha memantapkan Sekolah Komuniti Rohingya
MRA, kami telah berjaya mengadakan sebuah perpustakaan yang bertujuan
untuk membekalkan anak-anak murid di Sekolah kami dengan bahan bacaan
sampingan yang bermutu dan berkualiti
K a m i m e n g a l u - a l u k a n
sebarang sumbangan buku-
buku dalam Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris dari
masyarakat dan organisasi
untuk di tempatkan d i
perpustakaan baru kami ini.
Ustaz Shuaib menyematkan Name Tag pada salah
seorang pengawas yang dilantik
Melatih anak-anak murid untuk menggunakan Khutub Khanah yang telah disediakan
LaPANGAN 24 Helaian 21
Menziarahi Pos Bersih I, II & III, serta per-
kampungan Tenau dan Keding merupakan
rutin yang dilakukan oleh MRA. Sejak dari
tahun 2010, MRA telah mengadakan pro-
gram bersama penduduk di kawasan ini.
Penduduk kampung memang mengalu-
alukan kehadiran kami dan mereka senang
sekali denan kehadiran SAHABAT MRA di
perkampungan mereka.
Konsep pembangunan komuniti yang
digerakkan oleh MRA tidak mempunyai
sebarang jalan pintas, ianya mengambil masa
untuk dilaksanakan sepenuhnya. Namun,
kami yakin konsep ini mampu memberikan
output seperti yang dikehendaki.
Sesiapa yang ingin terlibat dan merasai
kelainan disini sila hubungi kami untuk
maklumat lanjut.
POS TENAU tetap di hati
Tenau sering kelihatan tenang, tetapi seperti api dalam sekam.
Sentiasa ada bara yang menyala disana...
Sdr. Iqbal sedang menampal tatacara penggunaan
Dewan Komuniti MRA
LaPANGAN 24 Helaian 22
“Dari dulu sehingga ke hari ini hujan turun, tapi airnya tak
pernah habis… dari mana datangnya air yang sentiasa ada
itu? Pastinya ia datang dari perbendaharaan dan khazanah
Allah Tuhan Sekelian Alam….” mungkin itu yang dicerita-
kan oleh Haji Hani Yang Kassim, Setiausaha MRA Perak.
Penggerak untuk program Orang Asli
di Pos Ulu Slim di Simpang Pulai ia-
lah Tuan Haji Hani bin Yang Kassim,
Setiausaha MRA Perak.
Beliau dan SAHABAT MRA Perak
sering memastikan ada program yang
dijalankan setiap bulan di per
kampungan berhampiran dengan De-
wan Komuniti MRA ini. Komitmen
mereka amat kami sanjungi.
MRA Perak terus beraksi
Anak-anak, mereka merupakan aset masa depan
Kami serius
LaPANGAN 24 Helaian 23
INFO KORPORAT
VISI
MISI MOTO
Maklumat Perhubungan
Maklumat Perbankan
Yayasan Malaysian Relief Agency (PPAB
20/2010) merupakan sebuah organisasi
bantuan kemanusiaan yang berdaftar
dengan Jabatan Perdana Menteri,
Malaysia. Sejak dari penubuhannya
pada 2009, MRA telah membantu melalui
progam bantuan kecemasan ke negara-
negara yang ditimpa musibah, bencana
alam, bencana buatan manusia dan
program pembangunan komuniti dialam
dan diluar negara
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling
Bermanfaat Kepada Orang Lain
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
No 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: 60 3 2697 2007
Faks: 60 3 2692 2002
Emel: [email protected]
Sawang: www.mra.my
Facebook: malaysianreliefagency
Twitter: malaysianrelief
Youtube: malaysianrelief
Menjadi sebuah badan bantuan
kemanusiaan yang efektif dan efisien
dalam membantu mereka yang
memerlukan
Memastikan pengurusan bantuan
yang cekap dengan mengaplikasikan
nilai-nilai murni seperti profesionalisme,
komitmen, kerjasama, tidak me-
mentingkan diri, penyayang.
Membangunkan dan melatih kemahiran
dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan
termasuk kemahiran teknikal, jaringan
perhubungan, pengenal pastian
masalah, penyediaan kertas kerja
projek dan pelaksanaan, pencarian
dana serta pengurusan.
MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365
Bank: Maybank Islamic Berhad
Swift Code: MBBEMMYKL
A/K No: 3988591608
Bank: Public Islamic Bank
LAPANGAN 22-2 LaPANGAN 24 Helaian 24
Pakcik ini menderma dengan linangan airmata,
terkenangkan nasib penduduk Gaza..
Ibubapa ini sedang menyemai akhlak mulia pada
anaknya, mengajar erti berkongsi dan bersimpati
Orang Tawau memang best.. Menyumbang bersungguh-sungguh untuk kemanusiaan
TAWAU CAKNA ISU PALESTIN, Tahniah
LaPANGAN 24 Helaian 25
TIADA HALANGAN BUAT SDR. ROSLAN Pada zahirnya, memang kelihatan beliau
sukar untuk bergerak kemana-mana, namun
insan gigih berhati mulia ini sebenarnya
seorang yang cekal, kuat semangat dan ber-
hati waja.
Diam beliau, adalah diam-diam ubi.
Sehingga kini, beliau telah menghasilkan
dua buah siri antologi sajak karya tulisan
beliau sendiri. Antologi beliau yang
pertama ialah Tajam Fatamorgana dan
antologi yang kedua ialah Ratib Jiwa.
Beliau yang tinggal sendirian di Datuk
Keramat, bijak meluangkan masanya.
Selain dari menumpukan masanya di
Sekretariat MRA yang digelarkan oleh
beliau sebagai Anjung MRA, beliau turut
hadir ke program-program anjuran MRA
dan beberapa organisasi yang lain lagi.
Tidak terperangkap diatas kerusi roda
sahaja, Sdr. Roslan merupakan seorang
yang aktif dan begitu bersemangat.
Kecekalan beliau dalam melakukan sesuatu
itu jelas amat mengkagumkan.
Ketika berlang-
sungnya Karni-
val Hospital
Pakar Al Islam
di Kampung
Baru tempohari,
Sdr. Roslan telah
mengadakan satu
slot perkongsian
m e n g e n a i
antologinya yang
kedua Ratib
Jiwa.
Bagi mereka
yang berminat
untuk mendapat-
kan sa l in an
naskah Ratib Jiwa boleh menghubungi Sdr. Roslan sendiri
dengan cara SMS beliau di talian: 013 3888824 atau men-
ghubungi Sekretariat MRA di talian 03 26972007. Harga
jualan senaskah antologi beliau ialah RM10 sahaja.
Saudara Roslan turut terlibat di dalam komiti Orang Kurang
Upaya MRA yang baru ditubuhkan dibawah kelolaan Cik
Fauziah Tahar, Pengurus Sekretariat MRA.
Roslan dalam slot perkongsian di Karnival Hospital Pakar Al Islam baru-baru ini.
Setia menunggu tabung MRA
LaPANGAN 24 Helaian 26
Siang mengganti malam
Purnama bersilih Suria
Girang menjadi muram
Sama kasih rakyat Syria
Wajah muram seorang anak pelarian Syria di pinggir bandar
Amman, Jordan. Keluarganya mendiami sebuah bilik yang
sempit, tiada pengudaraan, tiada pemanas...