Lapora BIG

35
1.0 PENGENALAN Satu program Bina Insan Guru dan Khidmat Masyarakat telah di adakan di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Selangor pada 28 Ogos 2014. Program ini melibatkan pelajar dari pengkhususan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam PISMP Ambilan Januari 2013 dan pelajar PISMP Ambilan Jun 2014 seramai 95 orang orang. Salah satu tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kemahiran insaniah (soft skills) yang merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik. Elemen tersebut merangkumi kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan di samping kekuatan rohani untuk menjadi benteng kekuatan dan ketahanan diri bagi menyediakan diri sebagai pendidik yang berwibawa, berintegriti dan bertanggungjawab terhadap profesion keguruan mereka. Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk melakukan aktiviti kebajikan dan berkhidmat kepada masyarakat agar dapat membentuk sifat dan sahsiah yang terpuji dalam diri masing-masing.selain itu, membantu membina pengalaman sebagai bakal guru melalui program khidmat masyarakat sebegini. Tambahan pula, melatih para bakal guru mengaplikasikan kemahiran dan nilai-nilai murni seperti membentuk kerjasama yang erat baik antara masyarakat setempat dan bakal-bakal guru. Tidak dapat dinafikan bahawa tuga sebagai pendidik sangat mencabar kerana negara menanam hasrat yang tinggi untuk melahirkan bakal pendidik yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 1

description

LAPORAN big

Transcript of Lapora BIG

Page 1: Lapora BIG

1.0 PENGENALAN

Satu program Bina Insan Guru dan Khidmat Masyarakat telah di adakan di Kampung

Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Selangor pada 28 Ogos 2014. Program ini melibatkan pelajar

dari pengkhususan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam PISMP Ambilan Januari 2013 dan

pelajar PISMP Ambilan Jun 2014 seramai 95 orang orang.

Salah satu tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kemahiran insaniah

(soft skills) yang merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen

kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik. Elemen tersebut merangkumi

kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, etika dan moral profesional serta

kemahiran kepimpinan di samping kekuatan rohani untuk menjadi benteng kekuatan dan

ketahanan diri bagi menyediakan diri sebagai pendidik yang berwibawa, berintegriti dan

bertanggungjawab terhadap profesion keguruan mereka.

Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada

pelajar untuk melakukan aktiviti kebajikan dan berkhidmat kepada masyarakat agar dapat

membentuk sifat dan sahsiah yang terpuji dalam diri masing-masing.selain itu, membantu

membina pengalaman sebagai bakal guru melalui program khidmat masyarakat sebegini.

Tambahan pula, melatih para bakal guru mengaplikasikan kemahiran dan nilai-nilai murni

seperti membentuk kerjasama yang erat baik antara masyarakat setempat dan bakal-bakal

guru.

Tidak dapat dinafikan bahawa tuga sebagai pendidik sangat mencabar kerana

negara menanam hasrat yang tinggi untuk melahirkan bakal pendidik yang mempunyai

kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab dan amanah yang mereka pegang sama

ada untuk diri sendiri, Tuhan,keluarga,bangsa dan agama.

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 1

Page 2: Lapora BIG

2.0 LAPORAN

2.1 UNIT PENDAFTARAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kami pelajar

PISMP 2.01 Ambilan Januari 2014 menyertai program Bina Insan Guru ( Khidmat

Masyarakat ) Fasa 2 Siri 1 dengan jayanya. Program BIG pada semester ini telah diadakan

di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Selangor pada 28 Ogos 2014 .

Dalam program ini beberapa orang pelajar telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa

untuk bergerak dalam mengatur segala perkara yang berkaitan dengan program BIG kali ini

disamping mendapat bimbingan serta tunjuk ajar daripada para pensyarah yang terlibat agar

segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik. Tanggungjawab yang diamanahkan

bukan sekadar tanggungjawab akan tetapi ianya merupakan satu latihan dan pengalaman

yang perlu dilalui oleh seorang bakal pendidik. Ilmu serta pengalaman yang diperoleh ini

dapat dijadikan sebagai panduan bila berada di sekolah kelak.

Oleh yang demikian, program BIG kali ini telah dipecahkan kepada beberapa ahli

jawatankuasa yang akan mengurusakan setiap perjalanan aktiviti tersebut. Salah satunya

adalah ajk pendaftaran. Sepanjang program ini dijalankan,ajk pendaftran memainkan

peranan penting dalam memastikan kehadiran setiap pelajar berada pada tahan yang

cemerlang .

Sebelum memulakan perjalanan pada pagi itu, ajk pendaftaran telah menjalankan

tugas dengan mengedarkan borang kehadirab pelajar bagi setiap kuliah. Selepas itu, ajk

pendaftaran mengedarkan tag nama dan buku log pelajar dan memastikan bahawa bilangan

pelajar mencukupi dan bersedia untuk menaiki bas. Setelah semua pelajar menaiki bas, ajk

pendaftaran mengutip semula borang kehadiran pelajar bagi setiap kuliah dan bas sebagai

langkah keselamatan sebelum bas bertolak ke destinasi yang hendak di tuju.

Setelah semuanya selesai, seorang wakil bagi setiap bas akan membaca doa agar

Allah mempermudahkan segala urusan sepanjang program ini dan semua pelajar selamat

tiba di destinasi yang sebenarnya.

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 2

Page 3: Lapora BIG

2.2 UNIT LOGISTIK

Pada 7 Ogos 2014 , satu perjumpaan semua ajk Bina Insan Guru ( BIG ) Khidmat

Masyarakat Kpg Sg Pelek , Bukit Bakong diadakan di Sp 11 . Di dalam mesyuarat tersebut

telah dibincangkan beberapa perkara antaranya adalah peta kawasan kampung Sg Pelek ,

skop kerja masing-masing dan perkembangan gerak kerja serta serba sedikit pendedahan

berkenaaan kampung tersebut.

Pada 8 Ogos 2014 diadakan satu mesyuarat khas antara ketua setiap Ahli

Jawatankuasa BIG bersama ketaua jabatan Gerko untuk memberikan laopran pnuh

berkaitan dengan tugas masing-masing serta perkembangan yang lengkap.

Pada 25 Ogos 2014 pula , kami AJK Logistik berjumpa dan berbincang dengan guru

pembimbing kami iaitu En Elias Abdul Kadir. Kami telah meminta daripada semua AJK BIG

yang memerlukan peralatan dan membuat pemurnian kepada guru pembimbing . Antara

AJK yang memerlukan peralatan adalah khidmat masyarakat dan unit makanan. Unit

makanan masih belum memberi senarai peralatan yang diperlukan kerana mereka perlu

membuat pemerhatian di kawasan tersebut.

Pada 26 Ogos 2014 , kami AJK Logistik telah mengisi borang untuk memohon barang

peralatan yang diperlukan semasa BIG dari stor IPG dan stor GERKO.

Pada sebelah petang 27 Ogos 2014 , kami telah mengambil barang peralatan yang

telah diluluskan dari stor IPG. Petang itu kami menyusun dan dan membuat senarai semak

peralatan yang akan dibawa ke Kampung Sg Pelek. Kami menyusun peralatan yang perlu

dibawa agar memudahkan urusan mengangkat barang pada keesokan hari. Namun ,

terdapat beberapa peralatan yang tidak mencukupi seperti barus cat. Untuk mengatasi

masalah ini, kami telah membuat senarai barang peralatan yang perlu dibeli dan membelinya

petang itu juga.

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 3

Page 4: Lapora BIG

2.3 AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kami pelajar

PISMP 2.01 Ambilan Januari 2014 menyertai program Bina Insan Guru ( Khidmat

Masyarakat ) Fasa 2 Siri 1 dengan jayanya. Program BIG pada semester ini telah diadakan

di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Selangor pada 28 Ogos 2014 . pelbagai aktiviti

khidmat masyarakat yang dapat dijalankan oleh para pelajar antaranya ialah aktiviti mural,

memasak, membersihkan kawasan sekolah,masjid dan balai raya,tanah perkuburan serta

stor.

Setibanya kami di perkampungan Bukit Bangkong, cuaca pada pagi itu tidak begitu

baik keran hujan lebat telah turun. Oleh yang demikian, para pelajar berkumpul di bilik

pejabat sementara menunggu hujan reda. Pada masa yang sama, bagi mengisi masa yang

terluang pada masa itu sedikit taklimat telah disampaikan oleh salah seorang jawatankuasa

dalam kampong tersebut untuk memberi sedikit penerangan mengenai aktiviti serta kawasan

yang perlu pelajar kunjungi. Di sebabkan cuaca pada pagi itu tidak begitu mengizinkan para

pelajar melakukan aktiviti luar seperti di kawasan tanah perkuburan , setelah berbincang

dengan para pelajar beliau mengambil keputusan untuk membahagikan beberapa kawasan

terlebih dahulu untuk menjalankan aktiviti.

Setelah selesai, program khidmat masyarakat bermula dengan aktiviti menbersihkan

kawasan masjid, stor, balai raya,pejabat dan dapur masjid. Oleh yang demikian, ketua bagi

setiap kawasan membawa ahli masing-masing untuk menjalankan tugas serta mengambil

peralatan-peralatan yang diperlukan. Pada masa yang sama, beberapa ahli jawatankuasa

kampong turut bersama-sama para pelajar untuk bergotong –royong.

Berdasarkan pengalaman saya, sepanjang aktiviti khidmat masyarakat ini berjalan

kelihatan kerjasama yang cukup baik di kalangan bakal guru pelatih yang mana nilai seperti

inilah yang mampu menjadi contoh teladan yang baik bila berada di alam persekolahan pada

masa akan datang.

2.4 AKTIVITI MURAL

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 4

Page 5: Lapora BIG

Aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan sepanjang berada di Kampung Bukit

Bangkong, Sungai Pelek ialah membuat mural. Kumpulan kami telah dibekalkan dengan

peralatan membuat mural seperti cat, berus dan bekas mengisi cat. Selain itu, kami juga

telah diberikan lembaran kad manila yang mengandungi tulisan khat Sekolah Rendah

Agama Kampung Bukit Bangkong. Sehubungan dengan itu, kami dikehendaki untuk

mengecat mural tersebut mengikut arahan yang diberikan.

Setiap peserta Bina Insan Guru (BIG) yang ditugaskan untuk membuat mural ini telah

memulakan tugas pada hari Khamis bersamaan 28 Ogos 2014pada jam 9.00 pagi. Para

peserta telah diberikan taklimat ringkas mengenai perjalanan tugasas pada hari tersebut

sebelum memulakan kerja-kerja melukis dan mengecat dinding. Taklimat ini telah diketuai

oleh saudara Muhammad Raihan Bin Abd. Rauf sendiri selaku ketua aktiviti khidmat

masyarakat. Beliau telah memaklumkan kepada setiap kumpulan berkenaan tugasan yang

telah diberikan.

Selepas selesai mendengar taklimat, para peserta bergerak ke tempat masing-

masing. Kumpulan kami telah ditugaskan untuk melukis mural yang dikehendaki oleh pihak

sekolah. Tulisan khat yang telah dibuat menggunakan penmarker yang dibekalkan oleh

jawatankuasa peralatan dan logistik. Kerja-kerja mengecat mural ini dijalankan agak lewat

sedikit memandangkan keadaan cuaca yang lebat pada ketika itu dan berjaya disiapkan

pada sebelah petang. Walaupun begitu, pembahagian tugas ini berjaya dijalankan dengan

lancar kerana setiap peserta memainkan peranan masing-masing.

Selepas itu, menyiapkan tulisan khat pada kad manila, kumpulan kami memulakan

tugas-tugas mengecat dan mewarnai mural tersebut. Para peserta telah memulakan kerja-

kerja mengecat ini sehingga 12.45 tengah hari. Semua ahli kumpulan kami telah dibenarkan

untuk berhenti daripada melakukan kerja-kerja ini untuk menunaikan solat Zohor dan makan

tengah hari. Setelah selesai solat Zohor dan makan tengah hari, kami semua bersedia untuk

menyambung semula mengecat mural ini pada sebelah petang. Ahli kumpulan kami telah

mengecat mural ini secepat yang mungkin kerana kami dikehendaki menghadirkan diri untuk

persiapan majlis penutupan program BIG. Hanya sebahagian kecil daripada kami

ditinggalkan untuk menyempurnakan kerja-kerja mengemas dan mencantikkan mural kami.

Alhamdulillah, aktiviti mengecat mural pada dinding di Sekolah Rendah Agama

Kampung Bukit bangkong ini telah berjaya disiapkan sepenuh kira-kira pada jam 4.00

petang.Selepas itu, kami semua diminta untuk mengemas peralatan serta meletakkannya di

satu tempat bagi memudahkan ahli jawatankuasa peralatan dan logistik untuk membawa

peralatan pulang ke kampus.

Sepanjang aktiviti mural ini dijalankan, banyak input berguna dan nilai positif yang

telah kami pelajari. Bermula dari pengurusan sebelum melaksanakan aktiviti ini sehinggalah

ke aktiviti mengecat selepas aktiviti dijalankan. Antaranya ialah kerjasama, kerjasama yang

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 5

Page 6: Lapora BIG

jitu

antara para peserta perlu ada semasa

menyiapkanmural demi memastikan mural ini dapat

disiapkan tepat pada waktunya. Sebagai contoh, para

peserta telah melakukan aktiviti mengemas peralatan

serta mengecat bersama-sama.

Sekiranya nilai kerjasama ini tidak

dipupuk sudah pasti aktiviti mural ini

tidak dapat dijalankan dengan baik.

Di samping itu, aktiviti mural ini

secara tidak langsung telah

mengeratkan lagi ukhwah antara para

peserta. Hal ini demikian kerana setiap ahli kumpulan kami terdiri daripada para peserta

yang berlainan semester dan kelas. Peserta telah dapat mengenali peserta lain dan

menjalinkan silaturahim yang erat melalui aktiviti ini. Tidak kurang juga kekangan-kekangan

yang dihadapi semasa menguruskan program ini. Antaranya ialah, keadaan cuaca yang

hujan dan lembap. Walau bagaimana pun, tugasan tersebut dapat dilaksanakan sebelum

program ini tamat.

Sesungguhnya ia adalah pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. Aktiviti khidmat

masyarakat seperti ini telah membantu diri peserta untuk menanam sikap dan nilai-nilai

positif seperti kerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain di samping

menyumbang tenaga untuk masyarakat Kampung Bukit Bangkong. Harapan kami, segala

ilmu yang kami pelajari sepanjang aktiviti mural ini dapat kami praktikkan pada masa

hadapan.

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 6

Page 7: Lapora BIG

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 7

Page 8: Lapora BIG

2.5 AKTIVITI MEMASAK

Pada 28 ogos 2014 telah diadakan Program Bina Insan Guru fasa 2 siri 2 yang telah

diadakan di Kampung Bakong, Sungai Pelek, Sepang. Penyertaan daripada mahasiswa dan

mahasiswi pendidik pengkhususan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam dari Program Ijazah

Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Semester 2 dan 4 ialah seramai 95 orang. Program kali

ini melibatkan aktiviti khidmat masyarakat iaitu beramah mesra dengan komuniti Kampung

Bakong dengan mengadakan aktiviti gotong-royong di tempat mereka iaitu di kawasan

masjid, sekolah, balai raya, stor, dan juga tanah perkuburan. Program ini dijalankan selama

7 jam iaitu sekitar waktu pagi kami bertolak pergi dan bertolak pulang pada waktu petang.

Program ini adalah untuk membina entiti dan nilai jati diri sebagai seorang warga pendidik.

Tugas memasak juadah merupakan antara jawatankuasa yang dilantik khas dalam

organisasi kepimpinan program ini bertujuan untuk menyelaras dan menyelia berkenaan hal

ehwal sajian dan makanan sepanjang berlangsungnya program. Tugas memasak

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 8

Page 9: Lapora BIG

sebenarnya bermula kira-kira seminggu sebelum bermulanya BIG berlangsung di mana

jawatankuasa memasak perlu menyenaraikan menu-menu, inventori dapur, bahan-bahan

mentah dan beberapa perkara lain. Senarai beberapa peralatan dan bahan yang diperlukan

diserahkan kepada Unit Peralatan yang mana perlu didapatkan di stor GERKO untuk

kegunaan sepanjang program.

Bahan-bahan memasak

Tempat memasak

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 9

Page 10: Lapora BIG

Para peserta bertolak dengan 2 buah bas dan satu van. Jawatankuasa memasak

diagihkan untuk menaiki van supaya segala kelengkapan memasak dapat dipastikan ada

andai kata perlu untuk singgah di pertengahan perjalanan. Perjalanan kami memakan masa

sekitar dua jam. Sebelum memulakan perjalanan, pihak kami telah menyediakan makanan

sarapan yang telah siap sedia bungkus untuk diagihkan kepada semua peserta setelah

selamat tiba di sana. Sarapan terlebih dahulu diagihkan dan diberi kepada ketua bagi setiap

rombongan bas. Ini bermakna ketua rombongan bertanggungjawab untuk sarapan pagi bagi

setiap ahlinya. Ini adalah untuk mengelak sekira berlakunya keciciran perjalanan bagi setiap

kenderaan. Setelah tiba di sana, masing-masing mengambil sarapan dan pihak kami

bersegera menyediakan minuman.

Akitivti mencuci pinggan dan gelas yang terdapat dalam dapur Masjid Kg. Bakong

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 10

Page 11: Lapora BIG

Aktiviti mengupas bawang

Setelah itu, tugas memasak bermula untuk menyediakan juadah seterusnya iaitu nasi

berlaukkan ayam masak kicap yang diketuai oleh Ahmad Fathullah Azmi peserta dari

semester 4. Aktiviti membersihkan ayam, memotong sayur, menyediakan air minuman dan

sebagainya telah diagihkan kepada ahli-ahli memasak bagi memudahkan urusan kerja.

Setelah selesai memasak, tugas menyediakan makanan juga dilakukan oleh AJK. Kami

menggunakan talam atau dulang yang dipinjam dari Masjid As-Syafie dan juga stor GERKO

untuk hidangan makan pada kali ini yang mana perlu berkongsi makan antara 4 hingga 5

orang. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara kami

selaras dengan hasrat dan kehendak program BIG ini.

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 11

Page 12: Lapora BIG

Aktiviti membersihkan ayam mentah

Aktiviti memasak di dapur Masjid Kg. Bakong

Secara keseluruhannya, rata-rata pensyarah dan juga peserta berpuas hati dengan

mutu masakan yang dihasilkan. Komen dan teguran yang diterima dijadikan sebagai

panduan untuk memperbetulkan kesilapan dan kelompongan untuk masa yang akan datang.

Tugas kami tidak berhenti di sini yang mana kami perlu sediakan makanan bagi juadah

petang pula yang bermenukan “cengkodok ikan bilis”. Setelah selesai makan, pihak kami

bersegera membersihkan bahagian dapur dan barang yang diguna untuk dibawa pulang.

2.6 MASJID DAN STOR

Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini menghendaki para peserta BIG untuk

membersihkan kawasan dalam dan luar masjid Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek,

Selangor. Aktiviti bergotong-royong di kawasan masjid ini diketuai oleh saudara Mohamad

Arifuddin Bin Deraman.

Sesungguhnya, banyak aktiviti yang dilaksanakan di dalam kawsan masjid. Hal ini

kerana, masjid Kampung Bukit Bangkong ini agak besar. Antara aktiviti gotong-royong yang

dilakukan di dalam kawasan masjid ini ialah membersihkan tingkap, membersihkan kipas,

membersihkan karpet, menyusun al-Qur’an dan buku-buku yang terdapat di dalam masjid

tersebut.

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 12

Page 13: Lapora BIG

Selain itu, para peserta BIG juga telah membersihkan kawasan koridor masjid seperti

menyapu dan mengemop lantai kawan luar masjid. Sebagai tambahan, beberapa peserta

lelaki juga telah membersihkan ruang mengambil air wudhu dengan menyental ruang

tersebut.

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 13

Page 14: Lapora BIG

Di luar kawasan masjid pula, terdapat beberapa peserta yang membersihkan stor

yang dalamnya diletakkan peralatan masjid seperti tikar, kerusi dan sebagainya. Peserta

tersebut membersihkan juga garaj van jenazah di samping membasuh van jenazah tersebut.

Di samping itu, para peserta tersebut turut membasuh keranda.

2.7 DAPUR MASJID

Pada 28 Ogos 2014 Program Bina Insan Guru Fasa 2 iaitu khidmat masyarakat telah

diadakan di Kampung Bangkong, Sungai Pelek. Seramai 94 orang guru pelatih yang telah

menyertai program khidmat masyarakat ini. Bas bertolak seawal 7.00 pagi dari kampus.

Kemudian sampai ke kampung Bangkong tepat pukul 9.00 pagi dengan cuaca yang tidak

beberapa elok disebabkan hujan. Setibanya kami di tempat tersebut, kami diberi taklimat

tentang pembahagian tugas yang baru kerana cuaca pada hari itu hujan. Oleh itu, guru

pelatih yang telah ditugaskan untuk mengecat sekolah telah ditukarkan untuk membersihkan

dapur masjid kerana cuaca pada hari itu tidak mengizinkan untuk kami mengecat dinding

sekolah.

(1) (2)

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 14

Page 15: Lapora BIG

Gambar 1 dan 2 : Sesi taklimat dan pembahagian tugas

Seramai 5 orang guru pelatih yang telah ditugaskan untuk membersihkan dapur

masjid. Baki yang selebihnya, ditugaskan di tempat yang tertentu seperti membersihkan

kawasan masjid, kubur, memasak dan sebagainya.

(3) (4)

Gambar 3 dan 4 : Gerak kerja sebelum pembersihan bahagian dapur

Tepat pukul 9.45, kami memulakan gerak kerja. Kami membersihkan bahagian

belakang dapur masjid. Sebelum kawasan tersebut dibersihkan, kawasan tersebut kelihatan

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 15

Page 16: Lapora BIG

seperti sangat kotor serta berhabuk. Bahagian singki juga sangat kotor dan tersumbat

seperti sudah lama tidak diguna. Namun demikian, hasil kerjasama 5 orang guru pelatih

yang tidak mudah rasa penat dan letih, berusaha dengan gigih untuk membersihkan

kawasan tersebut dengan menjadikan kawasan tersebut lebih kemas dan bersih tanpa

sedikit habuk yang tinggal.

(5) (6)

Gambar 5 dan 6 : Gerak kerja semasa pembersihan bahagian dapur belakang

Setelah selesai bahagian belakang dapur dibersihkan, kami kemudian meneruskan

tugas untuk membersihkan di bahagian penyimpanan pinggan mangkuk. Di kawasan

tersebut juga sangat kotor dan habuknya lebih banyak berbanding kawasan belakang dapur.

Pinggan mangkuknya juga tidak tersusun dengan rapi dan berhabuk. Oleh hal yang

demikian, kami bersama-sama membersihkan habuk dan menyusun kembali barang-barang

yang terdapat di kawasan tersebut seperti pinggan mangkuk, cawan, peralatan untuk

memasak, bahan-bahan masakan yang berselerak di rak tersebut menjadi lebih kemas dan

teratur.

(7) (8)

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 16

Page 17: Lapora BIG

Gambar 7 dan 8 : Gerak kerja pembersihan bahagian dapur belakang

2.8 BALAI RAYA & PEJABAT

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 17

Page 18: Lapora BIG

Pada awalnya kumpulan kami telah diberikan tugasan untuk membersihkan kawasan

perkuburan di Sungai Pelek. Namun aktiviti ini telah digantikan dengan membersihkan

bangunan pejabat dan kawasan sekitarnya kerana cuaca tidak mengizinkan kami untuk

membersihkan kawasan luar. Aktiviti kami bermula pada pukul 9.30 pagi sejurus selepas

taklimat daripada wakil penduduk kampung Sungai Pelek.

Antara aktiviti yang telah kami lakukan ialah, menyapu dan mengemop lantai pejabat,

membersihkan tandas, menyusun kerusi, bilik pengerusi Jawatan kuasa Kampung (JKK) Sg.

Pelek. Sebelum aktiviti pembersihan dilaksanakan keadaan bilik tersebut agak berhabuk dan

kurang kemas kerana telah lama tidak digunakan. Kami mengambil inisiatif untuk

membahagikan kepada beberapa kerja kepada 3 bahagian iaitu 2 orang ditugaskan untuk

membersihkan tandas, 5 orang menyapu dan mengemop lantai di bilik mesyuarat manakala

selebihnya pula membersihkan bilik pengerusi.

Setelah selesai tugas membersihkan ruangan dalam pejabat, kami membersihkan di

kawasan luar pejabat seperti membersihkan longkang, menyapu dan mengemop lantai di

luar pejabat, membunga, merumput, mengelap cermin tingkap serta mengutip sampah di

sekitar pejabat.

Setelah 2 jam kami bertungkus lumus berganding bahu bekerjasama akhirnya kawasan

pejabat kelihatan lebih kemas, bersih dan ceria.

2.9 REFLEKSI

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 18

Page 19: Lapora BIG

REFLEKSI

(MOHAMAD RIDZUAN BIN ABDULLAH)

Antara manfaat serta ilmu baru yang saya peroleh sepanjang menjayakan program

BIG pada kali ini ialah saya belajar nilai kerjasama dalam pasukan bagi menjayakan

sesebuah program. Seperti mana kita sedia maklum, dalam melaksanakan sesebuah

program nilai kerjasama sangat ditekankan. Hal yang demikian kerana sekiranya tiada

kerjasama antara ahli kumpulan, ia akan menyebabkan sesebuah kerja tersebut tidak dapat

dilaksanakan dengan lancar dan baik. Lebih membimbangkan lagi, ia boleh menyebabkan

sesebuah kerja tersebut menjadi terbengkalai. Seperti mana pepatah Melayu ada

mengatakan ‘Yang sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’.Makna yang tersirat di sebalik

pepatah ini jelas menerangkan kerjasama antara kumpulan mampu menjadikan sesebuah

pekerjaan tersebut menjadi mudah dan senang untuk dilaksanakan. Ketika menjayakan

program BIG ini, saya dapat lihat dengan jelas nilai kerjasama antara unit-unit yang terlibat

bagi menjayakan program ini. Oleh itu, tidak keterlaluan saya katakan bahawa kejayaan

sesuatu program itu bergantung pada betapa tinggi nilai kerjasama yang diberikan oleh

seseorang individu tersebut.

Di samping itu, patuh akan arahan serta makluman yang disampaikan oleh ketua

juga merupakan salah satu nilai yang dapat saya pelajari sepanjang melaksanakan program

BIG ini. Patuh pada setiap arahan yang disampaikan oleh ketua amat penting dalam

menggerakkan sesuatu pekerjaan. Hal yang demikian kerana bagi menjamin keberkesanan

sesuatu program, seorang ketua perlu dilantik sebagai perantara antara peserta aktiviti

dengan pensyarah pembimbing. Sekiranya tiada seorang ketua dilantik dalam sesuatu

program dikhuatiri setiap maklumat yang ingin disampaikan tidak dapat disampaikan dengan

jayanya pada setiap peserta yang menyertai program ini. Begitu juga realitinya ketika kita

menjadi guru kelak pada masa hadapan. Ketika berada di sekolah, arahan daripada orang-

orang atasan seperti Guru Besar atau Guru Penolong Kanan hendaklah kita patuhi dan

laksanakannya. Hal yang demikian kerana setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak

atasan di sekolah mempunyai alasan serta rasionalnya yang tersendiri. Malah arahan-

arahan serta maklumat-maklumat yang disampaikan kadangkala membantu kita dalam

melaksanakan urusan sebagai guru di sekolah menjadi lebih mudah dan teratur. Oleh itu,

tidak salah jika saya katakan melalui program BIG ini secara tidak langsung ia mendidik saya

supaya patuh akan setiap arahan yang dikeluarkan oleh ketua. Menurut akan segala

perintah atau arahan tidak menjadi satu kesalahan selagi mana arahan atau perintah yang

dikeluarkan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 19

Page 20: Lapora BIG

Selain itu, saya juga belajar untuk menjadi lebih bijak dalam melaksanakan sesuatu

pekerjaan ketika menjayakan program BIG ini. Oleh sebab program BIG pada kali ini

memerlukan saya melaksanakan satu tugasan besar iaitu gotong-royong membersihkan

surau di salah sebuah kampung di Selangor, maka khidmat bantuan yang ramai amat

diperlukan bagi memastikan tugasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, bagi

memastikan tugasan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna pembahagian kerja dalam

ahli kumpulan telah dilakukan oleh seorang ketua. Langkah ini merupakan satu tindakan

yang bijak kerana jika tiada pembahagian tugas antara ahli kumpulan, dikhuatiri objektif atau

matlamat utama yang telah dirancang tidak mampu dicapai dengan baik. Hal yang demikian

kerana kurangnya komunikasi antara ahli kumpulan serta saling membantu dalam

melaksanakan sesuatu tugas. Sebagai seorang guru, kita hendaklah selalu berfikiran kreatif

dan kritis serta bijak dalam menjayakan sesuatu pekerjaan. Hal yang demikian kerana tugas

seorang guru bukan sahaja terikat dengan mengajar di dalam kelas. Malah kadang kala

seorang guru itu juga terpaksa menjadi kerani, tukang kebun, setiausaha PIBG dan

sebagainya di sekolah. Oleh itu, bagi mengelakkan seorang guru itu berasa tertekan dalam

melaksanakan tanggungjawab yang digalas, sentiasa berfikiran kreatif serta bijak bagi

memudahkan guru melaksanakan tugas yang diberi.

Ketika menjayakan program BIG ini juga, saya berpeluang untuk belajar bersosial

dengan golongan-golongan yang lebih tua daripada saya. Tidak dinafikan bahawa sebagai

seorang guru pada masa hadapan saya mungkin akan menghadapi pelbagai jenis manusia

dan ini menuntut saya supaya mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Sekiranya

daripada sekarang saya tidak mempraktikkan kemahiran komunikasi saya bersama-sama

golongan yang lebih tua daripada saya, dikhuatiri akan menyukarkan saya pada masa

hadapan. Ketika menjayakan program ini, secara tidak langsung saya berpeluang untuk

bekerjasama dengan ahli jawatankuasa Masjid, Kampung Pelek yang mana lebih tua

daripada saya dan yang paling penting mempunyai pengalaman yang luas dalam kehidupan

di dunia ini. Melalui program ini, ia bukan sahaja membantu saya mempraktikkan kemahiran

komunikasi bersama dengan golongan yang lebih tua daripada saya, bahkan ia juga

merupakan peluang yang terbaik bagi saya dalam mencungkil ilmu serta pengalaman yang

ada pada orang yang lebih berumur daripada saya ini. Secara tidak langsung ia membantu

melatih kemahiran berkomunikasi saya ketika berhadapan dengan orang yang lebih berumur

daripada saya

Sebagai kesimpulan, program ini diharap dapat mengeratkan hubungan antara

peserta yang terdiri daripada beberapa kumpulan pengajian. Program seumpama ini dapat

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 20

Page 21: Lapora BIG

menyuntik semangat baru kepada para peserta dan menjadi inspirasi untuk terus menabur

bakti kepada masyarakat sekeliling selain menumpukan perhatian terhadap pengajian.

Melalui program ini dapat melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-

nilai kerohaian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang

selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah

Pendidikan Guru

REFLEKSI

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 21

Page 22: Lapora BIG

(SAIFUL BIN NURDIN)

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya

dapatlah saya menamatkan program Bina Insan Guru Khidmat Masyarakat dengan

jayanya yang telah diadakan Kampung Bukit Bangkong Sungai Pelek

Sepang,Selangor.Banyak ilmu dan kemahiran baru yang dapat saya perolehi

daripada program ini.

Melalui program ini dapat merapatkan lagi hubungan kami sesama pelajar dan

pensyarah melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan.Hubungan yang erat sesama pelajar

perlulah dipupuk kerana dapat membentuk suasana yang harmoni sesama pelajar

dan pensyarah.Selain itu,ilmu-ilmu baru seperti memasak dapat saya ketahui melalui

aktiviti yang dilakukan iaitu menyediakan makanan untuk semua pelajar dan

penduduk kampung.Ilmu-ilmu seperti ini perlulah ada dalam diri seorang bakal guru

kerana guru bukan sahaja hanya mengajar didalam kelas sahaja malahan juga perlu

membekalkan ilmu dan kemahiran yang seperti ini selaras dengan hasrat PIPP.Ilmu

ini sudah tentu dapat saya gunakan dalam kehidupan seharian dan persediaan diri

sebagai seorang guru yang serba boleh.

Disamping itu,melalui program ini juga dapat melatih sifat sabar dalam diri

saya melalui aktiviti yang banyak dan memenatkan.Sifat sabar merupakan sifat yang

perlu disemat dalam diri seorang bakal guru kerana seorang guru haruslah

mempunyai sifat sabar yang tinggi untuk menghadapi cabaran yang bakal ditempuh

disekolah dan dihadapan masyarakat setempat.Program ini juga mengajar saya sifat

berkerjasama bak kata pepatah “yang berat sama dipikul yang ringan dijinjing

sama”.Dengan adanya sifat kerjasama ini akan memudahkan sesuatu kerja itu lebih

mudah diselesaikan.Begitu juga disekolah nanti,kerjasama yang baik sangat

diperlukan dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan.

Konklusinya,program Bina Insan Guru ini memberikan saya banyak

pengetahuan dan ilmu yang baru dalam menyiapkan diri sebagai seorang guru yang

serba boleh dari semua aspek selaras dengan hasrat PIPP.

REFLEKSI

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 22

Page 23: Lapora BIG

(HAIFAA BAZILAH BINTI HAMALI)

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayahNya, program

untuk BIG kali ini telah berjalan dengan lancar. Melalui program khidmat masyarakat

ini juga, saya mendapati ceramah yang disampaikan dan aktiviti yang dilaksanakan

telah memenuhi segala objektif serta matlamat Program Bina Insan Guru yang telah

digariskan.

Penglibatan gabungan pelajar-pelajar PISMP Semester 2 dan 4 mencapai

matlamat dalam menerapkan nilai-nilai hidup bersosial dan berkoperatif dalam

melaksanakan atau menguruskan sesuatu program bagi menjayakannya dengan

baik.

Pelbagai pengalaman dan pengajaran baru yang telah saya perolehi dan pelajari

daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang program B.I.G beberapa hari yang

lepas. B.I.G untuk semester ini ialah Khidmat Masyarakat. Aktiviti ini telah

dilaksanakan di Kampung Sg. Pelek, Bangkong. Antara aktiviti yang telah kami

laksanakan ialah membersihkan dapur, pejabat, masjid, balai raya dan juga sekolah.

Pada kali ini, B.I.G kami ditemani oleh senior-senior daripada semester empat.

Kami bekerjasama bagi menjayakan aktiviti-aktiviti ini supaya berjalan dengan

lancar. Apa yang saya dapat melalui program B.I.G kali ini adalah sifat tolong-

menolong antara satu sama lain.

Melalui program ini juga, sifat bekerjasama telah dipupuk dalam diri saya

kerana program ini dilaksanakan bersama-sama dengan senior-senior yang lebih

berpengalaman. Kebiasaannya, saya hanya bekerjasama dengan rakan-rakan

sekelas sahaja jika menganjurkan sesuatu program sehinggakan saya pada mulanya

tidak selesa membuat program bersama-sama mereka. Sekarang, saya menjadi

seorang yang lebih bersikap prihatin dan ada kesedaran terhadap kepentingan hidup

dalam sesebuah organisasi dan komuniti.

Setelah melaksanakan program ini, saya mendapat pelbagai pengalaman

baru yang saya tidak mungkin akan dapat ketika dalam proses PdP di dalam kelas.

Pengalaman-pengalaman ini amat berguna untuk saya sebagai pelajar dan bakal

guru. Semua pengalaman dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut boleh saya

praktikkan ketika disekolah nanti. Contohnya seperti membersihkan dan menyusun

gambar-gambar agung di bilik pejabat di mana tempat saya ditugaskan. Selain itu,

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 23

Page 24: Lapora BIG

saya juga mendapat pengalaman untuk menghidangkan makanan untuk para

pensyarah dan rakan-rakan pelajar.

Program ini telah memupuk semangat keguruan dalam diri saya supaya

menjadi guru yang dapat melahirkan pelajar-pelajar yang boleh dibanggakan oleh

negara kita pada masa akan datang. Ini bersesuaian dengan cabaran profesion

perguruan masa kini. Dengan adanya program ini, para peserta merangkap bakal

guru telah dapat membina semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia

menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat

dan bangsa.

Selain itu juga, saya mendapat ilmu untuk memantapkan diri saya dari aspek

emosi, rohani, intelek atau sosial. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah

suatu kewajipan untuk saya menampilkan diri berhadapan dengan masyarakat

setempat dan melalui program ini, saya telah melatih diri saya untuk bergaul dan

memupuk sikap berkomuniti dalam kalangan akan masyarakat. Dengan pengalaman

yang ada, saya boleh praktikkan untuk persediaan membina keyakinan diri dalam

menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam

membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk membantu

merealisasikan wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sesungguhnya, program Bina Insan Guru (BIG) Fasa yang kedua ini telah

meninggalkan banyak kesan terhadap diri saya. Penghayatan yang begitu mendalam

terhadap pengalaman yang diperolehi semasa program BIG Khidmat Masyarakat ini

akan lebih mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan

dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

Sesungguhnya program seperti ini menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan

warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa menjaga imej diri. Di samping itu,

saya juga dapat menghayati kepentingan menjaga kebersihan seperti yang dituntut

oleh agama Islam. Lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan masyarakat sekeliling.

Secara keseluruhannya, program BIG Fasa 2 ini berjalan dengan jayanya dan

telah mencapai objektif yang dihasratkan.

REFLEKSI

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 24

Page 25: Lapora BIG

(NASSYIRA BIN NORHAJI)

rrf

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan limpah

kurnia dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan bagi Program Bina Insan Guru

(BIG) dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam proses untuk membina jati diri seorang guru

yang cemerlang dan seimbang memerlukan beberapa elemen yang penting. Oleh itu,

program Bina Insan Guru ini sangat membantu dalam membina jati diri seorang guru.

Program Bina Insan Guru pada kali ini diadakan di Kampung Bakong, Sungai Pelek

Sepang. Program kali ini pula iaitu program khidmat masyarakat bersama Pismp

semester 4 ambilan Jan 2013.

Sebelum bertolak dari kampus, saya dan rakan-rakan yang lain diberi taklimat

oleh Tuan Haji Rosli. Selepas itu, saya dan rakan-rakan bertolak ke destinasi tepat pukul

7.00 pagi dan alhamdulillah saya dan rakan-rakan selamat sampai di Kampung Bakong

tepat pukul 9.00 pagi.

Setibanya di Kampung Bakong, saya dan rakan-rakan yang lain diberi taklimat

oleh wakil penduduk Kampung Bakong tentang agihan tugasan. Memandangkan cuaca

pada hari itu tidak berapa elok, semua tugasan yang telah diagihkan terpaksa di tukar.

Oleh sebab itu, saya telag ditukarkan ke bahagian dapur masjid kerana cuaca pada hari

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 25

NAMA : NASSYIRA BINTI NORHAJINO. K/P : 930328-12-5108KELAS : PISMP 2.01 AMBILAN JANUARI 2014

Page 26: Lapora BIG

tersebut tidak mengizinkan saya dan rakan-rakan yang lain mengecat dinding sekolah. Di

bawah merupakan gambar-gambar semasa kerja pembersihan bahagian dapur masjid.

Mlelalui kerja seperti ini, saya berpendapat bahawa ianya dapat membantu lagi para

guru pelatih dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Disamping dapat

bergaul dengan masyarakat, malah dapat membuat kerja-kerja yang membantu

orang lain.

Melalui program kali ini pula, saya dapat belajar nilai kerjasama antara saya

dan rakan-rakan yang lain. Dalam menyiapkan segala kerja yang diberi. Kesabaran

merupakan satu sikap yang sangat diperlukan ada dalam diri saya. Walaupun

banyak kerja yang diberi, namun dengan semangat kerjasama dan juga pertolongan

yang diberikan oleh para penduduk Kampung Bakong membuatkan segala kerja

menjadi mudah.

Selepas membersihkan bahagian dapur masjid, saya dan rakan-rakan

bergerak ke sekolah. Walaupun saya dan rakan-rakan tidak berpeluang untuk

mengecat dinding sekolah, tapi kami sempat untuk membuat gotong royong

membersihkan kawasan sekolah. Hal ini dapat menerapkan nilai kebersihan dan

kerjasama dalam diri saya sendiri. Aktiviti yang terakhir sekali ialah memasak.

Sebelum majlis penutupan berlangsung, saya membantu rakan-rakan yang lain

untuk menyediakan kuih-muih untuk para pelajar dan juga tetamu kehormat.

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 26

Page 27: Lapora BIG

Majlis penutupan program BIG ini juga secara keseluruhannya di kendalikan

oleh saya dan rakan-rakan. Secara peribadi, ini adalah kali pertama bagi saya untuk

mengurus sesuatu majlis rasmi yang dihadiri oleh Puan Pengarah. Mulanya, saya

agak gementar. Namun dengan semangat yang diberikan oleh rakan-rakan yang

lain, semua tugas menjadi mudah. Namun malangnya, Puan pengarah tidak dapat

hadir untuk merasmikan majlis penutupan Bina Insan Guru. Majlis penutupan pada

hari itu dirasmikan oleh Tuan Haji Rosli bin Abdullah.

Akhir sekali, segalanya ilmu dan pengalaman yang saya dapat hasil daripada

program ini akan saya aplikasikan dan amalkan apabila saya berada di sekolah

kelak. Seterusnya ucapan terima kasih juga kepada pensyarah penasihat BIG dan

kawan-kawan yang banyak membantu.Program Bina Insan Guru ini telah dapat

memotivasikan diri saya agar menjadi seorang guru yang memenuhi tuntutan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan kelak.

Sekian, Terima Kasih.

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 27

Page 28: Lapora BIG

REFLEKSI

(NUR SYAHIRAH BINTI JARAWI)

NUR SYAHIRAH BINTI JARAWI930520-13-5656

PISMP 1.01 AMBILAN JANUARI 2014PISMP 1.01

Saya berpendapat aktiviti Proram Bina Insan Guru merupakan program yang

member banyak impak, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua

peserta. Segala input yang diperolehi amatllah berguna bagi menambah ilmu

pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk diaplikasikan kepada pelajar

sebagai modal insan guru yang bermakna.

Pertama , apa yang saya dapati melalui program ini ialah pengurusan masa dan

sumber tenaga adalah amat penting bagi memastikan semua kerja yang

diamanahkan dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan pada kadar yang

efektif dan optimum.Hal ini kerana jika sesuatu aktiviti telah bertangguh atau

tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara program atau aktiviti yang

seterusnya. Kesannya, semua perkara terpaksa dijalankan dengan kadar yang lebih

cepat dan menyebabkan kami menghadapi kekurangan masa bagi sesuatu sesi atau

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 28

Page 29: Lapora BIG

slot aktiviti .Alhamdulillah , sepanjang aktiviti ini saya dapat mematuhi masa yang

telah ditetapkan dan mengingatkan kepada rakan-rakan yang lain juga. InsyaAllah ,

dengan pengurusan masa yang bijak saya dapat terapkan dalam kehidupan seharian

saya sebagai seorang pelajar sememangnya sibuk dengan kerja kursus dan aktiviti

luar yang banyak.

Kepentingan masa dijelaskan Allah s.w.t. di dalam al-Quran seperti firman-Nya:

�ع�ص�ر� ) ر )1و�ال �ف�ي خ�س� ان� ل �نس� �ن� اإل� �وا 2( إ �وا و�ع�م�ل �ذ�ين� آم�ن �ال� ال ( إ

�ر�) �الص�ب �و�اص�و�ا ب �ح�ق* و�ت �ال �و�اص�و�ا ب �ح�ات� و�ت (3الص�ال

Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang yang

beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran

dan berpesan-pesan dengan sabar (Surah al-Asr: Ayat 1-3).

Berdasarkan dalil tersebut maka Islam mengambil berat mengenai masa sehingga di

hari akhirat nanti Allah akan mempersoalkan mengenai umur (masa) dan bagaimana

ia diuruskan.

Melalui BIG kali ini iaitu khidmat masyarakat juga saya yakin seorang bakal guru

hendaklah mempunyai kemahiran pengurusan dan perubahan diri. Seperti contoh ,

guru boleh menyesesuaikan diri dan mengadaptasi diri dalam budaya masyarakat

yang baru apabila dihantar ke tempat ‘posting’ kelak. Di sini , saya ‘experimen’kan

keadaan saya berada di Kampung Bakong , Sg Pelek.Guru juga boleh melakukan

perubahan pada diri sendiri jika berhadapan dengan masalah baru dan sentiasa

mencari jalan penyelesaian dengan fikiran yang positif dan rasioanal.

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 29

Gambar 2 : Pelajar sedang memasak makanan tengahhari.

Gambar 2 : Berkumpul di garaj bas pukul 6.45 pagi.

Page 30: Lapora BIG

Semasa dalam aktiviti khidmat masyarakat ini juga, kami para peserta 21 orang

bersama peserta BIG yang lain sentiasa membantu dan menolong antara satu

samaain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah

ditetapkan. Saya sedar bila mana saya menjejakkan kaki ke alam pekerjaan nanti

saya perlu berjasama dan toleransi sesama rakan sekerja kerana ia sangat penting

bagi mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah yang selesa dan kondusif. Ia

juga penting bagi memastikan sebarang pertenglikahan dan persengketaan dapat

dielakkan bagi melahirkan alam persekitaran yang sejahtera dan harmoni. Kesannya,

kami mampu menyiapkan segala tugas yang diamanahkan kepada kami dalam

keadaan suasana yang riang dan gembira. Jadi jelaslah di sini , program BIG ini

mampu mengeratkan hubungan silaturahim di antara kami dan menyebabkan

hubungan persahabatan kami semakin akrab.

Aktiviti kami yang pertama ialah mengemas stor masjid di Kampung Bakong . Saya

bersama 5 orang rakan telah dibahagikan tugas untuk membersih stor masjid. Pada

mulanya , penolong progrom telah menerangkan bidang tugas yang perlu kami

lakukan di stor masjid . Kami mulakan tugas memunggah barang ke luar stor untuk

membersihkan lantai stor. Keadaan stor sangat kotor dan berselerak . Ini menguji

mental kami untuk sama-sama bekerjasama mengemas agar cepat siap. Tiada kata

pengeluhan atau kata tidak yang keluar dari mulut kami , tetapi apa yang ada

hanyalah kami boleh melakukannya. Malah, saya dan rakan-rakan juga membersih

tahi tikus di dalam stor , mengelap dinding dan mengemop lantai. Setiap aktiviti yang

dilakukan saya rasa itu masih belum mencukupi bagi program ini.

Pada pendapat saya, saya rasa Program Bina Insan Guru ini perlu dijalankan lebih

ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 30

Gambar 3 : Mengemas Stor Masjid

Page 31: Lapora BIG

pendidikan di masa akan datang. Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh

jika saya diminta melakukan tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya apabila

posting nanti mungkin saya akan di hantar mengajar di kawasan pendalaman yang

mempunyai kawasan yang kurang bersih dan di situlah tugas saya yang akan

menyedarkan orang kampung apakah pentingnya kebersihan itu. Saya akan

menganjurkan aktiviti program seperti gotong royong dan sebagainya.

Selain itu , kumpulan saya juga diamanahkan untuk membuat dan mewarna mural di

dinding sekolah. Daripada pemerhatian saya berdasarkan mural yang disiapkan oleh

kawan-kawan, saya sedar bahawa sebagai seorang guru yang serba boleh, kita

haruslah mempunyai unsur-unsur kekreativiti dan inovasi dalam menjalankan rutin

tugas kita. Hal ini demikian kerana saya dan rakan-rakan telah menyiapkan mural

dengan begitu kemas dan kreatif sekali. Ini menyedarkan saya bahawa kekreativitian

ini adalah begitu penting sekali, khususnya bagi kita yang akan bergelar guru pada

masa depan. Hal ini demikian kerana kita perlu kreatif dalam merancang set induksi,

merancang pelan mengajar, merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan

sepanjang P&P, mereka kertas soalan, mengendalikan projek-projek kelas, dan

banyak lagi. Tanpa unsur kreatif, murid-murid akan berasa bosan dan kesannya,

mereka tidak dapat menerima dan menerap apa yang hendak kita sampaikan.Oleh

itu, mula dari sekarang, saya akan cuba mencungkil potensi kreativiti yang

terpendam dalam diri saya agar saya dapat menjalankan rutin tugas saya dengan

kreatif, lancar dan sempurna pada masa depan kelak.

Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar

dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna.

Akhir kata , program BIG ini juga memberi peluang kepada peserta untuk

memperbaiki nilai, harga diri dan melihat kelemahan diri. Ia juga dapat membina

kemantapan jasmani,kekuatan rohani dan ketahanan mental dan sosial. Maka

dengan kemahiran-kemahiran yang diterapkan, tentunya dapat melahirkan seorang

bakal guru yang yang seimbang. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan

kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di

mana mereka akan ditempatkan kelak.

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 31

Page 32: Lapora BIG

2.10 MAJLIS PENUTUPAN

Majlis penutup program Bina Insan Guru Khidmat Masyarakat ini telah diadakan di

dewan makan balai raya Kg. Bukit Bangkong, Sungai Pelek pada pukul 4.00 petang. Majlis

ini dihadiri oleh Ustaz Fauzi, Nazir Masjid Kg. Bukit Bangkong, dan Tn. Hj. Rusli sebagai

tetamu jemputan untuk perasmian penutup program. Semua peserta berkumpul di dewan

makan untuk majlis perasmian dan mendengar ucapan.

Nazir Masjid Kg. Bukit Bangkong telah mendahului pembukaan majlis ucapannya

dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah bertungkus

lumus untuk sama-sama bergotong royong bagi meceriakan dan membersihkan kawasan

sekitar kampung. Beliau sangat terharu dengan kehadiran peserta yang membantu

memberikan khidmat bakti kepada Kg. Bukit Bangkong.

Beliau juga mengalu-alukan kedatangan peserta program Bina Insan Guru daripada

IPG- Kampus Pendidikan Islam untuk mengadakan sekali lagi program-program

kemasyarakatan seperti ini. Beliau turut menyatakan kesediaan beliau untuk

memperuntukkan dana bagi program kemasyarakatan jika tidak mampu ditanggung oleh

peserta. Menurut beliau, penduduk kampung sangat berbesar hati untuk menerima

kedatangan semua peserta sebagai tetamu Kampung Bukit Bangkong.

Kemudian ucapan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Rusli bin

Abdullah. Beliau menyatakan terima kasih kepada nazir masjid dan ketua kampung kerana

sudi menerima kehadiran peserta program kemasyarakatan ini. Beliau berkata bahawa

antara matlamat program ini ialah untuk membina insan yang kamil, bukan manusia yang

hanya ‘A’ di atas kertas, bahkan manusia yang ‘A’ dalam kehidupannya sebagai manusia.

Antara lain intipati ucapan beliau bahawa program ini adalah untuk melatih bakal-

bakal ataupun pelajar-pelajar IPG untuk berkhidmat kepada masyarakat di sekitar sebelum

menjejakkan kaki di sekolah lagi. Latihan ini adalah penting untuk membina guru yang cakna

kepada masyarakat di sekitar dan mempunya agenda bertindak untuk berbakti kepada

masyarakat.

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 32

Page 33: Lapora BIG

Majlis perasmian penutup disempurnakan lagi dengan pemberian cenderamata

kepada tetamu jemputan. Akhir sekali semua peserta dijamu dengan minum petang oleh

AJK Makanan sebelum bertolak pulang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan

Islam. Majlis selesai pada pukul 5.15 minit petang.

3.0 LAMPIRAN

Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat) Page 33