laporan

5
BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI 1.1 Pendahuluan LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkna tahap mampu kerja paraq graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasaran. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, 1

description

contoh laporan

Transcript of laporan

Page 1: laporan

BAB 1

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 Pendahuluan

LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-

program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi

(IPT). Untuk meningkatkna tahap mampu kerja paraq graduan, program LI

diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi

pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman

praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasaran.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi

perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan,

polisi-polisi, prosedur, peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan.

Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan

seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

1

Page 2: laporan

1.2 Pengenalan

Unit ini diketuai oleh Pengawai perhubungan dan Latihan Industri

dengan dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri di setiap Jabatan Akademik

induk. Unit ini bertanggungjawab memberi khidmat di setiap latihan industri

pelajar. Temasuklah menyediakan senarai organisasi-organisasi yang pernah

menawarkan tempat latihan kepada pelajar PKK. Semasa menjalani latihan,

elaun tidak di sediakan oleh PKK dan kemudahan elaun bergantung kepada

polisi organisasi yang menawarkan elaun kepada pelatih.

Lulus Latihan Industri ( L.I ) adalah merupakan salah satu syarat

sebelum pelajar di anugerahkan Diploma atau Sijil Politeknik. Selama 20

minggu pelajar akan di dedahkan dengan suasana di tempat kerja sama ada

di syarikat naungan kerajaan atau syarikat swasta. Pelajar akan di dedahkan

dengan cabaran dan masalah yang tidak pernah di lalui sewaktu belajar di

bilik kuliah. Pelajar digalakkan membuat permohonan sendiri di tempat

kerja melalui unit ini berpandukan garis panduan Latihan Industri(L.I).

1.3 Objektif Latihan Industri

Objektif latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar;

a) Dapat berkomunikasi dengan berkesan sesama pekerja

b) Menyesuaikan diri dengan disiplin di dalam pejabat ataupun di tapak

bina.

c) Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.

d) Mendapat pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar.

e) Menghasilkan laporan latihan industri.

2

Page 3: laporan

1.4 Objektif Laporan latihan industri

Objektif laporan adalah untuk;

a) Memenuhi syarat latihan industri.

b) Menjadi bukti yang pelajar tersebut membuat laporan berdasarkan kerja

yang dilakukan semasa latihan industri.

c) Panduan kepada pelajar-pelajar baru yang ingin menjalani latihan

industry di masa akan datang.

1.5 Kepentingan LI Kepada Pelajar ;

a) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar.

b) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari

c) Meluaskan dan menambahkan pengetahuan teknikal dan kemahiran para

pelajar

d) Mengamalkan peraturan-peraturan kesalamatan di dalam pejabat

mahupun di tapak bina.

e) Menanamkan semangat kerjasama dan perhubungan yang baik sesame

pekerja.

f) Menampilkan diri dari segi kebolehan dan kesanggupan kepada bakal

majikan

3