laporan

download laporan

of 20

Transcript of laporan

INSTITUT PENDIDIKAN

GURU KAMPUS KENT TUARAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU JUN 2011 ELM3043E

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM INTERNSHIP IPG KENT TUARAN

DISEDIAKAN OLEH : TAI VUI MEE

UNIT : BM/PSV/ELM(BMM2) NO IC: 680922125128 PENSYARAH : ENCIK

TARIKH PENYERAHAN : 28 MAC 2015ISI KANDUNGAN31.0 PENGHARGAAN

42.0LAMPIRAN 1

53.0.STRATEGI PELAKSANAAN

94.0.REFLEKSI

115.0.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

126.0.KESIMPULAN

13LAMPIRAN 2

1.0 PENGHARGAAN

Sebagai pembukaan, saya ingin melafazkan sepenuh kesyukuran kepada Tuhan yang telah memberikan kekuatan rohani dan jasmani untuk saya menyediakan tugasan kursus program Intership IPG ini mengikut kehendak dan format yang dikemukakan oleh pihak IPG Kent, Tuaran Sabah.Sesungguhnya tugasan program Internship yang berikutnya adalah laporan pelaksanaan program Internship ini, Pada bahagian ini, saya ditugaskan untuk menyediakan laporan keseluruhan pelaksanaan program ini daripada beberapa aspek antaranya adalah daripada aspek kekuatan dan kelemahan program serta cadangan penambahbaikan program pada masa akan datang. Amalan refleksi seumpama ini memberikan kesempatan kepada saya untuk memikir dan membuat imbasan kembali aktiviti yang telah dilaksanakan. Ia juga memberikan peluang kepada saya untuk memikirkan inovasi lain yang boleh digunakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran kelak.

Dalam pada itu, saya ingin merakamkan terima kasih kepada pensyarah bagi kursus program Internship ini yang telah mencurahkan ilmu, berkongsi pengalaman serta menyumbangkan idea dan cadangan yang bernas dalam usaha menyediakan program-program yang dikehendaki di dalam kursus ini.Saya juga mengharapkan tugasan ini mendapat wajaran markah yang baik dan sekiranya terdapat sebarang kekurangan harap dimaklumkan kepada saya demi memastikan isi kandungan tugasan pada masa akan datang dapat dipertingkatkan dan ditambahbaik.Sekian. Terima kasih.2.0LAMPIRAN 1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

:TAI VUI MEENO. KAD PENGENALAN:680922-12-5128PROGRAM

:BM/PSV/ELM(BMM2)NAMA SEKOLAH

:SJKC SIEW CHING LAHAD DATU, SABAHNAMA PROJEK: MEMPERKASA PENGUASAAN TATABAHASA BAHASA MELAYU MENERUSI KAEDAH I-THINK (PETA PEMIKIRAN)TEMPOH PELAKSANAAN: 09 FEBRUARI 2015 HINGGA 20 MAC 20151.OBJEKTIF

1.1Melaksanakan program Internship IPG dengan kelulusan daripada pihak IPG Kent, Tuaran dan pihak pengurusan SJKC Siew Ching Lahad Datu, Sabah.

1.2.Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian pembelajaran dan pengajaran (PdP) Bahasa Melayu, sumber pembelajaran dan pengajaran (PdP) Bahasa Melayu Tahun 5 serta laporan pencapaian prestasi pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 5 yang mengimplementasi teknik i-THINK.

1.3.Melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) Bahasa Melayu Tahun 5 yang mengimplementasi teknik i-Think.

1.4.Menyediakan rakaman video sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) Bahasa Melayu Tahun 5 yang mengimplementasi teknik i-Think.

1.5.Menyediakan laporan pelaksanaan program Internship IPG mengikut format yang ditetapkan.

3.0.STRATEGI PELAKSANAAN

Program Intership :Memperkasa Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 5 ini dilaksanakan berdasarkan kepada perancangan strategi seperti berikut :

SESI PdPSTRATEGI STANDARD KANDUNGANOBJEKTIF

1Circle Map (Peta Bulatan)

Circle Map digunakan untuk sumbang saran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.5.1.1

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi dengan betul mengikut konteks.1. Para pelajar dapat mengenalpasti dan mengemukakan 4 contoh kata nama am tak hidup bukan institusi dengan betul mengikut konteks menggunakan Peta Bulatan (Circle Map).

2Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.1. Para pelajar dapat menulis dan mengemukakan 4 contoh kata nama am tak hidup mengikut konteks menggunakan Peta Buih (Bubble Map).

3Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu5.1.1

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi dengan betul mengikut konteks5.1.1

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi dengan betul mengikut konteks1. Para pelajar dapat membanding beza kata nama am tak hidup bukan institusi dengan kata nama hidup dengan betul mengikut konteks menggunakan Peta Buih Berganda (Double Bubble Map).

4Tree Map (Peta Pokok)

Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.1. Para pelajar dapat membina ayat mengunakan kata nama tak hidup mengikut konteks menggunakan Peta Pokok (Tree Map).

5Brace Map (Peta Dakap)

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.1. Para pelajar dapat membina ayat mengunakan kata nama tak hidup mengikut konteks konteks menggunakan Peta Dakap (Brace Map).

6Flow Map (Peta Alir)

Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.1. Para pelajar dapat mengaplikasikan pengunaan kata nama tak hidup dalam perbualan. dalam pelbagai situasi menggunakan Peta Alir (Flow Map).

7Double Bubble Map (Peta Buih Berganda) Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu1. Para pelajar dapat membanding beza kata nama tak hidup berdasarkan ayat yang diberikan. menggunakan Peta Buih Berganda (Double Bubble Map).

8Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.1. Para pelajar dapat mengunakan kata nama tak hidup dalam membina dan dan menulis ayat berdasarkan gambar yang diberikan dengan betul mengikut konteks menggunakan Peta Buih (Bubble Map).

9Ujian PencapaianPara pelajar dapat menjawab sekurang-kurangnya pada kadar lulus 50% (Gred C).

OPERASIMINGGU 1MINGGU 2MINGGU 3MINGGU 4MINGGU 5

Menerima dokumen dan penerangan daripada pihak IPG berkaitan program Internship

Mendapatkan kelulusan daripada pihak pengurusan sekolah untuk melaksanakan program Internship.

Melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) berasaskan teknik i-THINK.

Melaksanakan ujian pencapaian bagi menilai pencapaian keseluruhan para pelajar dalam program Internship yang menggunakan teknik i-THINK.

4.0.REFLEKSI

a)KEKUATAN PROJEK

1.Penggunaan Peta Pemikiran

Projek Memperkasa Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu Menerusi Kaedah i-Think (Peta Pemikiran) ini menekankan penggunaan Peta Pemikiran untuk meningkatkan kefahaman para pelajar. Penggunaan rajah visual seperti ini memudahkan taakulan konsep para pelajar selain memotivasikan para pelajar.2.Tempoh masa yang bersesuaian

Tempoh masa pelaksanaan projek ini memakan masa selama 5 minggu. Tempoh ini pula disesuaikan dengan waktu masa pengajaran yang mencukupi bagi menyampaikan dan melaksanakan projek yang dilaksanakan kerana dilaksanakan pada waktu pengajaran harian.

3.Penekanan kepada kaedah kooperatif

Projek yang menekankan kepada kaedah kooperatif ini dilaksanakan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kepada aktiviti kerjasama dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4.Bimbingan berterusan daripada guru mentor dan Panitia Bahasa Melayu

Projek ini juga mendapat sokongan yang kuat daripada pihak pengurusan sekolah khasnya Guru Besar. Jesteru itu, projek ini mendapat bantuan yang menyeluruh daripada guru mentor dan rakan guru daripada panitia Bahasa Melayu. Ini termasuklah daripada aspek idea, pandangan dan motivasi daripada para guru sekolah tempat projek ini dilaksanakan.

5.Berfokuskan kepada isi kandungan pelajaran.Projek ini memfokuskan kepada isi kandungan pelajaran Bahasa Melayu yang dipelajari oleh para pelajar pada waktu sesi pengajaran harian. Dalam erti lain, projek ini memfokuskan kepada penguasaan para pelajar sebagaimana terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Melayu Tahun 5.

b)KELEMAHAN PROJEK

1.Menekankan kepada bidang tatabahasa sahajaProjek Memperkasa Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu Menerusi Kaedah i-Think (Peta Pemikiran) ini hanya memfokuskan kepada bidang tatabahasa sahaja. Oleh itu, aplikasi Peta Pemikiran dalam bidang lain dalam kurikulum Bahasa Melayu seperti bidang Mendengar dan Bertutur ,bidang Membaca, bidang Menulis dan bidang Seni Bahasa tidak dapat dilaksanakan. 2.Aplikasi ICT dalam pembinaan Peta Pemikiran

Sejajar dengan penekanan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, sewajarnya penggunaan perkakasan dan perisian ICT dapat dimaksimumkan bagi membolehkan para pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran selain isi kandungan kurikulum yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

3.Tempoh masa yang panjang bagi menerapkan kesemua Peta Pemikiran dalam bidang kemahiran kurikulum Bahasa Melayu.Meskipun projek ini hanya memakan masa selama 5 minggu dan amat sesuai bagi menerapkan konsep dan kemahiran membina Peta Pemikiran dalam bidang tatabahasa namun bagi memastikan para pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan Peta Pemikiran dalam bidang lain seperti bidang Menulis dan Seni Bahasa memerlukan tempoh masa yang panjang bagi memastikan para pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran menggunakan Peta Pemikiran dalam bidang lain dalam kurikulum Bahasa Melayu.5.0.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1.Memanjangkan tempoh masa projekBagi memastikan impak penggunaan Peta Pemikiran ini dapat dilihat dengan lebih meluas, saya mencadangkan tempoh masa projek ini dipanjangkan. Selain itu, saya juga mencadangkan agar selepas ini dapat melaksanakan projek ini dalam bidang lain dalam kurikulum Bahasa Melayu. Tujuannya adalah untuk melihat penguasaan yang lebih meluas dalam kalangan pelajar dalam bidang lain dalam kurikulum Bahasa Melayu.2.Aplikasi ICT dengan lebih kerap dalam sesi pengajaran dan pembelajaranAplikasi ICT sememangnya diakui dapat membantu kefahaman para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, saya mendapati saya kurang menekankannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran harian saya sehinggakan saya terlepas pandang terdapat beberapa orang pelajar yang tidak mempunyai kemahiran literasi dalam ICT. Oleh yang demikian, saya mencadangkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang dilangsungkan dalam makmal komputer sekolah. Tujuannya adalah untuk menyampaikan isi pelajaran dan pada masa yang sama meningkatkan kemahiran literasi ICT para pelajar.3.Mengaplikasi Peta Pemikiran dalam bidang lain dalam kurikulum Bahasa MelayuBagi memastikan Peta Pemikiran dapat digunakan semaksimum mungkin, saya mencadangkan untuk menggunakan Peta Pemikiran dalam bidang lain dalam kurikulum Bahasa Melayu dan kurikulum lain pada peringkat sekolah rendah. Ini adalah kerana saya mendapati penaakulan para pelajar lebih baik terhadap maklumat yang dipaparkan dalam bentuk visual berbanding dalam bentuk teks semata-mata.

6.0.KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, menerusi pelaksanaan projek Internship ini saya memperolehi banyak manfaat kepada diri saya seorang pendidik. Pada pandangan saya, perkara utama yang saya pelajari daripada program ini adalah ia mendedahkan saya dengan amalan inovasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Amalan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran banyak membantu para guru mencorakkan gaya pengajaran harian. Tujuannya adalah untuk memperkaya kemahiran, meningkatkan taakulan serta memotivasikan para pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, menerusi program ini juga telah memberikan kefahaman kepada saya bahawa Peta Pemikiran merupakan suatu media pengajaran yang amat efektif dalam memvasualisasi isi kandungan pelajaran akan kelihatan mudah dilihat, ringkas, dan mudah difahami. Ini adalah kerana, saya berpandangan kualiti pengajaran dapat dipertingkatkan menerusi penggunaan Peta Pemikiran berbanding kuantiti pengajaran menerusi tempoh masa pengajaran yang panjang dan lama.Saya juga mendapati setelah 5 minggu pelaksanaan program Internship ini terdapat banyak manfaat yang saya perolehi selain kekurangan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Ini termasuklah penggunaan ICT dan memanjangkan tempoh waktu pengajaran. Matlamatnya adalah untuk memastikan para pelajar mampu menguasai isi pelajaran menerusi pengguaan Peta Pemikiran yang disampaikan.

Dalam pada itu, saya juga mendapati program Internship ini dapat meningkatkan hubungan sesama rakan guru dan dengan para pelajar. Ini adalah kerana pelaksanaan program sebegini memerlukan sokongan dan kerjasama yang padu daripada rakan guru demi memastikan hasil atau output yang dikehendaki dicapai dengan baik dan memuaskan. Secara tuntasnya, program Internship ini telah berjaya dilaksanakan dan memenuhi objektif yang tetap ditetapkan. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program murni dan penuh makna ini.LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/ Perkara yang difokus :

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi dengan betul mengikut konteks.

2.Analisis isu/ perkara yang difokus :

2.1Kekuatan

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, para pelajar menunjukkan minat dan tumpuan di samping memberikan kerjasama yang erat dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran khasnya bagi aktiviti berkumpulan.

Para pelajar saling berkongsi kemahiran dalam menghasilkan peta pemikiran di samping berlakunya percambahan idea dalam kalangan pelajar dalam aktiviti berkumpulan.

2.2Kelemahan

Beberapa orang pelajar kurang mengambil penyertaan dalam aktiviti berkumpulan iaitu membina Peta Pemikiran daripada kategori Peta Bulatan. Ini berpunca para pelajar tidak dapat menyumbang idea dengan berkesan dan pandangan tidak diterima oleh rakan lain dalam kumpulan yang sama.

3.Cadangan Penambahbaikan :

Bagi memastikan impak Peta Bulatan kepada semua pelajar, saya mencadangkan untuk menggunakan aktiviti membina Peta Bulatan secara berpasangan bagi melihat penglibatan aktif para pelajar dan manfaat Peta Bulatan dalam mencungkil idea dan jawapan para pelajar.

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/ Perkara yang difokus :

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi dengan betul mengikut konteks.

2.Analisis isu/ perkara yang difokus :

2.1Kekuatan

Para pelajar menunjukkan fokus terhadap pengajaran guru khasnya dalam media ICT yang digunakan oleh guru. Para pelajar juga menunjukkan maklum balas yang memberangsangkan dalam mengemukakan pandangan masing-masing/

Penggunaan Peta Buih didapati dapat meningkatkan kefahaman dan taakulan konsep pelajaran yang disampaikan. Ini dapat diperhatikan menerusi dapatan markah dalam aktiviti pengayaan dan pemulihan yang diedarkan oleh guru.

Aktiviti kumpulan didapati dapat meningkatkan komunikasi dalam pelajar kerana mereka saling mengemukakan pendapat masing-masing dalam menghasilkan Peta Buih yang menepati kehendak isi pelajaran.

2.2KelemahanKelemahan sesi pengajaran dan pembelajaran ini, dilihat dari segi penguasaan murid terhadap pengunaan kata nama am tak hidup. Murid masih lagi tidak memahami pengunaan kata nama am tak hidup mengikut konteks yang betul. Namun, terdapat peningkatan daripada minggu yang pertama.

3.Cadangan Penambahbaikan :

Menyediakan bahan yang pelbagai bagi meningkatakan pemahaman murid terhadap pengunaan kata nama am tak hidup. Hal ini akan mendorong murid untuk lebih berminat mempelajari kata nama am tidak hidup.

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/ Perkara yang difokus :

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi dengan betul mengikut konteks. Isu yang dibincangkan juga, murid dapat membina ayat mengunakan kata nama am tak hidup.

2.Analisis isu/ perkara yang difokus :

2.1Kekuatan

Kekuatan utama sesi pengajaran dan pembelajaran ini ialah, penyediaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kata nama am tidak hidup bukan institusi. Guru dapat menyediakan bahan bantu mengajar seperti power point, kad gambar dan lembaran kerja. Hal ini meningkatkan pemahaman murid terhadap pengunaan kata nama am tidak hidup bukan institusi.Kekuatan juga dapat dilihat, berdasarkan pengetahuan sedia ada murid iaitu, semasa melaksanakan perbualan harian seperti Bandar, piala Thomas dan sebagainya. Hal ini memudahkan guru mengajar dan mendidik kata nama am tidak hidup bukan institusi.2.2Kelemahan

Kelemahan utama sesi pengajaran dan pembelajaran ialah terdapat masalah sesi pengajaran iaitu ketiadaan elektrik menyebabakan sesi pengajaran dan pembelajaran tergendala seketika, namun dengan bahan bantu mengajar yang ada seperti kad gambar, sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan dengan lancar.Kelemahan juga dilihat, berdasarkan murid. Terdapat murid yang lemah dalam membaca, hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai sedikit kekangan.

3.Cadangan Penambahbaikan :

Antara cadangan penambahbaikkan yang boleh dilaksanakan ialah, guru haruslah menyediakan perancangan B, dimana sekiranya ganguan elektrik atau ganguan yang boleh mengangu sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran diluar bilik darjah, disebabkan keadaan bilik darjah yang panas.Selain itu, cadangan penambahbaikkan dapat dilaksanakan dengan meminta guru pemulihan mengajar dan mendidik murid yang kurang mahir dalam kemahiran membaca. Hal ini kerana, masalah akan timbul sekiranya, asas membaca murd tidak kukuh.

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/ Perkara yang difokus :

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi dengan betul mengikut konteks. Isu utama pada minggu ini juga, ialah murid dapat membina ayat dan mengunakan kata nama am tidak hidup bukan institusi dalam perbualan seharian mengikut situasi yang dicadangkan.

2.Analisis isu/ perkara yang difokus :

2.1KekuatanSesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan disebabkan beberapa kekuatan yang dapat dikenalpasti. Antara kekuatan tersebut ialah, guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh aktiviti lakonan mengunakan perbualan mengikut situasi. Dalam perbualan tersebut, guru akan mengarahkan murid mengunakan kata nama am tidak hidup bukan institusi.

Selain itu, kekuatan sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah dari segi penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid bergiat aktif setiap aktiviti yang dirancang. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan.

Kekuatan juga dapat dilihat melalui pengetahuan sedia ada murid, dimana guru mengajar murid dari mudah kepada susah. Guru berjaya menerapkan pengetahuan murid terhadap pengunaan kata nama tidak hidup bukan institusi kepada murid. Hal ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan terancang.2.2Kelemahan

Kelemahan utama sesi pengajaran dan pembelajaran ialah, murid tidak dapat menguasai peta I-THINK yang digunakan sebagai langkah pengajaran dan pembelajaran, hal ini menyebabkan sedikit ganguan semasa pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran.

3.Cadangan Penambahbaikan :Antara cadangan penambahbaikkan yang boleh dilakukan ialah, murid perlu diberi pendedahan terhadap pengaplikasian peta i-think. Hal ini dapat membantu guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang, teratur dan berkesan.

1