Laporan Ahli Jawatankuasa Laporan

4
LAPORAN PENGERUSI Saya Lau Xin Yi, dari kumpulan PISMP P3F telah dilantik sebagai pengerusi bagi Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa Ketiga 2014. Saya telah bertugas untuk merancang aktiviti kemasyarakatan dalam Program Bina Insan Guru dan menyelaras tugasan setiap kumpulan. Semasa menjalankan aktivti ini, saya telah menghadapi masalah untuk menentukkan jenis aktiviti masyarakat yang perlu dijalankan. Saya bernasib baiknya telah mendapat bantuan dan cadangan daripada pensyarah Dr. Puspa untuk menjalankan khidmat kemasyarakatan di SJK (T) Katumba (PRASEKOLAH) Sungai Tawar Dalam, 09100 Baling, Kedah. Prasekolah ini merupakan satu prasekolah baru yang dibina. Ia memberi peluang persekolahan kepada murid-murid dari keluarga kemiskinan dengan bayaran yang murah. Namun begitu, SJK (T) Katumba (PRASEKOLAH) masih mempunyai banyak kekurangan dari segi kemudahan. Dengan ini, kelas kami telah diharapkan untuk melukis mural pada dinding prasekolah tersebut bagi meningkatkan imejnya. Setelah saya berbincang dengan mentor kami, En. Mohamad Yusoff Mat Saad , saya telah menerima cadangan Dr. Puspa dan bersedia membuat kertas kerja khidmat masyarakat ke SJK (T) Katumba (PRASEKOLAH).

description

WORD

Transcript of Laporan Ahli Jawatankuasa Laporan

LAPORAN PENGERUSISaya Lau Xin Yi, dari kumpulan PISMP P3F telah dilantik sebagai pengerusi bagi Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa Ketiga 2014. Saya telah bertugas untuk merancang aktiviti kemasyarakatan dalam Program Bina Insan Guru dan menyelaras tugasan setiap kumpulan.

Semasa menjalankan aktivti ini, saya telah menghadapi masalah untuk menentukkan jenis aktiviti masyarakat yang perlu dijalankan. Saya bernasib baiknya telah mendapat bantuan dan cadangan daripada pensyarah Dr. Puspa untuk menjalankan khidmat kemasyarakatan di SJK (T) Katumba (PRASEKOLAH) Sungai Tawar Dalam, 09100 Baling, Kedah. Prasekolah ini merupakan satu prasekolah baru yang dibina. Ia memberi peluang persekolahan kepada murid-murid dari keluarga kemiskinan dengan bayaran yang murah. Namun begitu, SJK (T) Katumba (PRASEKOLAH) masih mempunyai banyak kekurangan dari segi kemudahan. Dengan ini, kelas kami telah diharapkan untuk melukis mural pada dinding prasekolah tersebut bagi meningkatkan imejnya. Setelah saya berbincang dengan mentor kami, En. Mohamad Yusoff Mat Saad , saya telah menerima cadangan Dr. Puspa dan bersedia membuat kertas kerja khidmat masyarakat ke SJK (T) Katumba (PRASEKOLAH).

Selepas saya mendapat maklumat asas iaitu nama, alamat dan nombor telefon pihak sekolah, saya telah mengadakan satu mesyuarat dengan ahli-ahli kelas saya. Saya telah memilih ahli jawatankuasa untuk aktiviti kemasyarakatan. Kemudian, saya membantu setiausaha untuk membuat kertas kerja. Walaupun kami telah menghadapi masalah kesalahan format dan nama pensyarah bagi jawatankuasa induk, kami masih berjaya menyiapkan kertas kerja dan mendapat kelulusan dengan bantuan dan pembetulan En. Mohamad Yusoff Mat Saad, penyelaras, En. Mohd. Zainuri Embi dan En. Azhar bin Mansor. Setelah kerja kertas dilulukan, barulah saya menyelaras dan memberitahu tugasan ahli jawantakuasa masing-masing. Saya memastikan setiap ahli jawatankuasa telah menjalankan tugsan mereka dengan baik. Sebagai contohnya, AJK pengangkutan telah berjaya memohon penggunaan bas, AJK makan telah memohon makanan yang dikehendaki, AJK peralatan telah menyediakan alat bahan yang diperlukan semasa membuat mural dan sebagainya.

Namun begitu, saya telah menghadapi masalah dua hari sebelum menjalankan Program Bina Insan Guru (BIG), iaitu kelas saya,P3F dipilih untuk mewakili IPG Kampus Sultan Abdul Halim ke program perjumpaan dengan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri di IPG Kampus Pulau Pinang pada 17 April 2014. Tarikh ini sama dengan tarikh kami menjalankan Program Bina Insan Guru (BIG). Saya terpaksa menunda tarikah BIG 21 April 2014. Walaubagaimapun, semua ahli jawatankuasa telah bersama-sama menyelesaikan masalah ini.

Pada 21 April 2014 (Isnin), kami telah bertolak ke SJK (T) Katumba (PRASEKOLAH). Apabila tiba di sana, saya telah menerima satu bantuan daripada pihak sekolah iaitu menolong mengecat semula dinding pada bilik kosong sebelah sekolah tersebut selain daripada melukis mural. Oleh sebab itu, saya telah membahagikan ahli-ahli kelas saya kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan mural dan kumpulan mengecat. Saya telah memilih dua belas orang ke kumpulan mural kerana berpendangan ia memerlukan lebih banyak masa. Dalam kumpulan mural, setiap orang diagihkan melukis sekurang-kurangnya seekor binatang. Empat orang telah dipilih ke kumpulan mengecat. Sesiapa yang siap lebih awal akan membantu ahli-ahli lain tanpa kira kumpulan. Saya telah melukis dua ekor binatang, iaitu badak air dan monyet. Kemudian, saya menolong mengecat dinding luar pada bilik kosong. Apabila siap mengecat dan melukis, semua orang bekerjasama membersihkan dan mengemaskan tempat tersebut.

Akhirnya, kami berjaya melaksanakan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa Ketiga dengan lancar. Dengan mural yang kami lukis, imej prasekolah tersebut telah meningkat dan kanak-kanak juga dapat mengenali haiwan-haiwan. Saya telah mendapat banyak pengalaman dari segi pengurusan dalam program ini dan ia akan saya gunakan pada masa depan. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, (LAU XIN YI) PENGERUSIBIG FASA III