LAPORAN AJK

download LAPORAN AJK

of 1

description

aaaaa

Transcript of LAPORAN AJK

Laporan AJK Kebajikan dan Keselamatan

Nama-nama AJK:1. Mohammad sufry bin kadir (MT1312034T)

Tugas-tugas sebelum program: Kami telah berunding dengan pihak agensi pelancongan yang mengurus perjalanan peserta program lawatan akademik ke Bandung dan Jakarta, Indonesia bagi bertanggungjawab menjamin keselamatan mereka yang akan pergi lawatan sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini. Pihak kami juga telah memberikan taklimat ringkas keselamatan kepada peserta program lawatan akademik ini sebelum berlepas ke Indonesia. Malahan, sepanjang keberadaan peserta program di sana, pihak agensi akan memberikan pesanan dan ingatan yang berkaitan dengan hal-hal keselamatan dari semasa ke semasa sama ada berkaitan dengan keselamatan peserta program mahu pun keselamatan harta benda.

Tugas-tugas semasa program: Mengawal perjalanan dan keselamatan peserta semasa program berlangsung. Memaklumkan perkara yang berlaku dan masalah yang dihadapi kepada pengarah program sepanjang program ini berjalan. Mengambil tindakan yang sewajarnya membabitkan hal-hal keselamatan peserta program dan keselamtan harta benda.

Tugas-tugas selepas program: Menanyakan kepada perserta jika terdapat sebarang masalah semasa program berlangsung. Melaporkan perkara yang berlaku dan masalah yang dihadapi kepada pengarah program. Menyediakan laporan untuk makluman setiausaha.

Masalah yang dihadapi: Tidak terdapat sebarang masalah yang dihadapi dari aspek kebajikan dan keselamatan sepanjang program dilaksanakan

Penambahbaikan: Memastikan AJK kebajikan dan keselamatan prihatin dan sering mengambil tahu masalah yang timbul sepanjang aktiviti yang dilakukan semasa program.

Kekuatan: Semua tugas dalam AJK kebajikan dan keselamatan berjalan dengan lancar atas kerjasama daripada jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program.