Laporan AJK Fotografi

4

Click here to load reader

description

Laporan BIG

Transcript of Laporan AJK Fotografi

Laporan AJK Fotografi & VideoAhli Jawatankuasa:1. Muhd. Kamal Shahrizal Bin Ghazali2. Hizral Farezan Bin Haron

Laporan Perlaksanaan1. Sebelum Program:Kedua orang ahli jawatankuasa yang terlibat telah berbincang untuk membahagikan tugas. Keputusan yang diambil ialah dengan menugaskan seorang ahli untuk mengambil gambar foto dan seorang lagi ahli untuk mengambil video.Kedua-dua ahli telah bersetuju untuk memutuskan Muhd. Kamal Shahrizal Bin Ghazali untuk mengambil gambar foto dan Hizral Farezan Bin Haron untuk mengambil rakaman video. Ahli diminta mendapatkan peralatan masing-masing yang terbaik untuk menjalankan tugasan.

2. Semasa Program:Semasa program dilangsungkan, kedua ahli ini telah menjalankan tugasan untuk merakamkam segala situasi semasa dalam bentuk foto dan juga video. Dalam setiap slot, rakaman didapatkan agar pihak dokumentasi nanti akan dapat meyelaraskan penulisan dengan gambar sebagai bahan bukti tugasan yang dilaksanakan.

3. Selepas program:Gambar-gambar yang telah dirakamkan dikongsikan bersama rakan-rakan lain untuk penghasilan folio individu manakala bagi folio kumpulan, gambar-gambar ini disuntingkan untuk dimasukkan ke dalam bahagian bukti bergambar yang juga disesuaikan dengan penulisan oleh pihak jawatankuasa dokumentasi.Begitu juga bagi rakaman berbentuk video, segala rakaman dikongsikan bersama rakan untuk dijadikan bahan individu manakala bagi bahagian video kumpulan pula, aktiviti suntingan dijalankan untuk menyatukan semua video yang telah dirakamkan.

Analisis SWOTa) Kekuatan1. Mempunyai peralatan penggambaran yang sesuai untuk rakaman gambar foto dan video.2. Mempunyai kemahiran asas dalam menjalankan tugasan rakaman.3. Rakan-rakan sekumpulan berkongsi gambar foto dan video yang dirakamkan sendiri.

b) Kelemahan1. Kemahiran penggambaran yang agak kurang membuatkan rakaman video agak bergoyang.2. Cuai untuk meneliti kapasiti kad memori kamera yang digunakan.

c) Peluang1. Pembahagian tugas kepada rakaman foto pegun dan rakaman video memudahkan perlaksanaan tugasan.2. Kualiti peralatan yang digunakan membantu mendapatkan syot-syot yang cantik

d) Ancaman1. Pencahayaan yang berbeza dalam ruangan membuatkan gambar kurang jelas.2. Keadaaan bilik yang luas memerlukan jurugambar bergerak dari satu posisi ke posisi yang lain untuk mendapatkan gambar yang baik.