laporan ajk ldk

3
LAPORAN AJK LDK BIG FASA 4 Pada 29 MEI ( Khamis ) seperti yang ditetapkan alhamdulillah Program Sayangai Kawasan Sekolah anda yang mewajibkan kami PPG semester 5 untuk membuat BIG fasa 4 berjaya dilaksanakan di SK Taman Kenari Kulim. Kami memilih untuk memurnikan Taman Herba dan Taman Sains. Slot LDK dilaksakan pada jam 2.00 petang selepas selesai solat Zohor. Slot ini diketuai oleh En Fauzi dan dibantu oleh En Sabri, Pn Nor Azilawati dan Pn Azlina. Murid telah diberikan taklimat terlebih dahulu tentang nama nama herba yang terdapat di dalam taman herba yang baru dimurnikan itu. Selain daripada itu murid murid telah diberi satu tugasan untuk dilaksanakan secara individu. Di mana murid diberikan satu nama herba dan mereka hendaklah mencari maklumat dan menyatakan fungsi herba tersebut. Selepas selesai mereka yang terpilih akan membuat pembentangan. Slot ini menekankan supaya murid membuat kajian lapangan dengan menggunakan teknik bersoal jawab. Murid dibekalkan dengan sehelai kertas untuk membuat catatan. Setelah selesai, semua murid di bawa ke taman herba untuk membuat pembentangan kepada rakan rakan. Tiga orang murid telah terpilih untuk membuat pembentangan terhadap pokok herba yang mereka dapat iaitu misai kucing, daun kesom dan pokok pegaga . Kekuatan yang ada semasa slot ini adalah murid dapat mengaplikasikan taman herba yang telah mereka murnikan tadi, serta mengetahui ciri- ciri tumbuhan tersebut dari segi jenis akar dan urat daun. Selain daripada itu, mereka mengetahui khasiat ulam- ulaman dan herba yang terdapat di Malaysia. Secara keseluruhannya, semua murid memberi kerjasama yang baik dan rakan rakan yang lain yang turut membantu . Jutaan terima kasih daripada kami selaku AJK LDK kerana menjayakan program ini dengan jayanya. Akhir sekali terima kasih ..

Transcript of laporan ajk ldk

Page 1: laporan ajk ldk

LAPORAN AJK LDK BIG FASA 4

Pada 29 MEI ( Khamis ) seperti yang ditetapkan alhamdulillah Program

Sayangai Kawasan Sekolah anda yang mewajibkan kami PPG semester 5 untuk

membuat BIG fasa 4 berjaya dilaksanakan di SK Taman Kenari Kulim. Kami memilih

untuk memurnikan Taman Herba dan Taman Sains.

Slot LDK dilaksakan pada jam 2.00 petang selepas selesai solat Zohor. Slot ini

diketuai oleh En Fauzi dan dibantu oleh En Sabri, Pn Nor Azilawati dan Pn Azlina.

Murid telah diberikan taklimat terlebih dahulu tentang nama – nama herba yang

terdapat di dalam taman herba yang baru dimurnikan itu. Selain daripada itu murid –

murid telah diberi satu tugasan untuk dilaksanakan secara individu. Di mana murid

diberikan satu nama herba dan mereka hendaklah mencari maklumat dan

menyatakan fungsi herba tersebut. Selepas selesai mereka yang terpilih akan

membuat pembentangan.

Slot ini menekankan supaya murid membuat kajian lapangan dengan

menggunakan teknik bersoal jawab. Murid dibekalkan dengan sehelai kertas untuk

membuat catatan. Setelah selesai, semua murid di bawa ke taman herba untuk

membuat pembentangan kepada rakan – rakan. Tiga orang murid telah terpilih

untuk membuat pembentangan terhadap pokok herba yang mereka dapat iaitu

misai kucing, daun kesom dan pokok pegaga .

Kekuatan yang ada semasa slot ini adalah murid dapat mengaplikasikan

taman herba yang telah mereka murnikan tadi, serta mengetahui ciri- ciri tumbuhan

tersebut dari segi jenis akar dan urat daun. Selain daripada itu, mereka mengetahui

khasiat ulam- ulaman dan herba yang terdapat di Malaysia.

Secara keseluruhannya, semua murid memberi kerjasama yang baik dan

rakan –rakan yang lain yang turut membantu . Jutaan terima kasih daripada kami

selaku AJK LDK kerana menjayakan program ini dengan jayanya.

Akhir sekali terima kasih ..

Page 2: laporan ajk ldk

Disediakan oleh:

Pn Nor Azilawati bt Zabidi

Pn Azlina bt Zabidi

En Fauzi b Hj Harun

En Sabri b Zainol

Page 3: laporan ajk ldk