LAPORAN AJK PENDAFTARAN
Click here to load reader
-
Upload
saidivyakeerthikalai -
Category
Documents
-
view
763 -
download
10
description
Transcript of LAPORAN AJK PENDAFTARAN
LAPORAN AJK PENDAFTARAN
Tugas-tugas sebelum program:
Pada 9 September 2015 (Rabu) yang lalu, kumpulan semester 5 PISMP
(PT/PJ/RBT) telah mengadakan Program Pelancaran Pelancaran Majalah Poonthalir
Ke 16 atau Antologi Cerpen Tamil dibawah unit Pengajian Tamil. Pensyarah En.
M.Maniyarasan adalah pensyarah pembimbing bagi program ini. Saya Shoba a/p
A.Rajenthiran selaku AJK Pendaftaran telah menyediakan borang kehadiran bagi guru-
guru pelatih. Borang kehadiran yang disediakan adalah ruang untuk menulis nama dan
ditandatangani pada masa pendaftaran berlangsung sebelum pelancaran bermula.
Semua peserta memberi kerjasama dengan menandatangani borang tersebut.
Tugas-tugas semasa program:
Seramai 100 guru pelatih telah mendaftar pada petang itu sebelum tetamu tiba
ke dewan kirkby IPGKTB. Selepas bermula program berlalu dengan baik dan lancar.
Saya menyimpan borang pendaftaran itu sebagai bukti kehadiran dan penyertaan.
Pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengajian Tamil turut menjayakan progaram ini.
Akhir sekali, saya berpuas hati kerana dapat melaksanakan bahagian pendaftaran yang
memberi pengetahuan dan pengalaman baharu kepada diri saya dan peserta program.
Tugas-tugas selepas program:
Akhir sekali, saya telah menyediakan laporan untuk makluman setiausaha. Dengan
ini, saya telah melaporkan perkara yang berlaku dan masalah yang dihadapi kepada
pengarah program dan juga telah mengadakan satu sesi perjumpaan dengan guru
pelatih untuk mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh guru pelatih sepanjang
program berlangsung.
Laporan Disediakan Oleh :
__________________________
(SHOBA A/P A.RAJENTHIRAN)
Ketua AJK Pendaftaran
Program Pelancaran Majalah Poonthalir
IPG Kampus Tuanku Bainun.