LAPORAN AJK PENGANGKUTAN

download LAPORAN AJK PENGANGKUTAN

of 3

description

Laporan & Refleksi

Transcript of LAPORAN AJK PENGANGKUTAN

  • 5/27/2018 LAPORAN AJK PENGANGKUTAN

    1/3

    LAPORAN AJK PENGANGKUTAN

    AJK GURU : MAHADI BIN TAHA

    Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga saya panjatkan ke Hadrat Ilahi,

    perjalanan program yang telah kami rencanakan bermula tahun lepas untuk ke

    Jakarta, Indonesia, telah pun selesai dan berjalan dengan jayanya. Gambaran

    syukur ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pelbagai pengalaman baru

    yang menarik dan menjentik pemikiran sepanjang saya menyertai Program Lawatan

    Ilmiah ke Jakarta, Indonesia ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua

    yang telah terlibat terutama sekali Pengarah IPGKBA, Pn.Rohana Binti Kamaruddin

    Bakar dan juga Ketua Jabatan Sains Kognitif, Dr.Azita Bin Amrin yang memberi kami

    kepercayaan penuh serta dorongan utuh dalam merancang dan melaksanakan

    projek berskala mega ini. Ucapan ribuan terima kasih kepada ketua Unit Pendidikan

    Jasmani dan Kesihatan En. Hamzah Bin Serimun, serta pensyarah serta penyelaras

    subjek Pengurusan Sukan En. Khaliswaran yang memberi galakan penuh kepada

    kami untuk melaksanakan program ini. Setelah pelbagai perit-jerih kami sama lalui,

    akhirnya telah kami buktikan, projek yang pada awalnya mustahil untuk dijayakan

    akan berhasil jika kita saling bersatu dalam merencananya dengan sebaik mungkin.

    Peranan setiap daripada kami sangat penting bagi memastikan projek ini dapatdilaksanakan dan berlangsung dengan lancar. Terima kasih rakan-rakan PPG

    Pendidikan Jasmani Kesihatan Semster 5. Dalam merencana projek yang pada saya

    besar sebegini, banyak perkara yang perlu diteliti dan perkara yang saya pelajari.

    Perancangan dengan rapi mestilah dilakukan sebaiknya. Dalam jawatnkuasa

    pengangkutan pelbagai bentuk persiapan dilakukan antaranya ialah seperti

    Memfokuskan pengangkutan utama yang bakal dinaiki oleh semua pesertaiaitu penerbangan ke Jakarta, Indonesia. Pihak jawatankuasa memilih MAS

    (Malaysia Airline System) sebagai pilihan utama untuk pergi dan balik.

    Pemilihan penerbangan (MAS) berdasarkan pencapaian yang terbaik darisegi layanan, keselesaan dan merupakan antara syarikat penerbangan

    terbaik dunia.

  • 5/27/2018 LAPORAN AJK PENGANGKUTAN

    2/3

    Pihak jawatnkuasa juga memfokuskan pengangkutan seperti bas yangdigunakan bermula peserta bergerak dari IPG KBA sehingga sampai ke

    Jakarta, Indonesia.

    Membuat permohonan pengangkutan bas yang akan digunakan kepadapihak IPG Kampus untuk dihantar ke KLIA (Kuala Lumpur International Airport)

    Setelah apa yang dilalui daripada Lawatan Ilmiah yang dijalankan, tiada apa-apa

    bentuk permasalah yang terjadi dari segi pengangkutan. Semuanya berjalan lancar

    bermula perjalanan dari IPG KBA sehingga pulang ke tanah air.

    Perjalanan dari IPGKBA dengan menggunakan coaster yang disediakan.Bertolak agak lewat sedikit tapi masih mampu sampai ke KLIA pada waktu

    yang ditetapkan.

    Transit untuk perjalanan seterusnya dengan menaiki pesawat MH 0717 teruske Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Jakarta, Indonesia

    Penggunaan van yang berkapasiti besar untuk menghantar peserta kedestinasi penginapan dan juga destinasi yang ditetapkan.

    Peserta kurang selesa kerana keadaan van yang agak sempit dan keadaanpenghawa dingin yang gagal berfungsi di belakang.

    Pihak jawatankuasa pengangkutan memutuskan untuk bertukar darimenggunakan van kepada bas pada 2 hari terakhir untuk memastikan

    peserta lebih selesa dalam perjalanan.

  • 5/27/2018 LAPORAN AJK PENGANGKUTAN

    3/3

    Perjalan seterusnya tiada mengalami sebarang masalah sehingga pesertapulang ke tanahair.

    AJK pengangkutan menguicapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta

    dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

    menjayakan projek Lawatan Ilmiah ke Jakarta,Indonesia pada kali ini. Diharapkan

    program ini dapat dijadikan panduan atau diberikan penambah baikan untuk

    keperluan di masa hadapan. Sekian

    Di sediakan oleh

    MAHADI BIN TAHA

    AJK PENGANGKUTAN

    Lawatan Ilmiah Jakarta,Indonesia