Laporan Ajk Pengangkutan Perkhemahan Unit Beruniform Ipg Kampus Gaya

2
LAPORAN AJK PENGANGKUTAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPG KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU, SABAH Sebelum perkhemahan unit beruniform dijalankan, satu mesyuarat yang terdiri daripada semua ahli Majlis Tertinggi dan ahli jawatankuasa perkhemahan unit beuniform telah diadakan buat pertama kali pada 12 Ogos 2015 bertempat di balai rekreasi. Dalam perjumpaan ini, kami telah didedahkan tentang peranan dan gerak kerja masing- masing sepanjang perkhemahan ini. Hasil daripada perjumpaan ini adalah kami telah dimaklumkan bahawa aktiviti pengembaraan yang bertempat di Taman Bukit Padang akan dijalankan pada waktu petang hari kedua perkhemahan. Oleh itu, kami telah memulakan tugas kami dengan mengambil borang tempahan bas seminggu lebih awal agar proses tempahan bas ini dapat dilakukan dengan awal oleh pihak pentadbiran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya. Melalui permohonan bas ini, pihak IPG Kampus Gaya telah meluluskan permohonan bas dengan menyediakan sebuah bas iaitu, bas besar IPG Kampus Gaya. Tiga hari sebelum perkhemahan, kami AJK pengangkutan telah ke pejabat pengurusan am untuk mendapatkan pemandu bas yang ditugaskan membawa kami ke tempat pengembaraan. Kami juga telah merancang waktu bertolak dan anggaran waktu sampai. Pada hari berkenaan, kami telah menghubungi pemandu bas kami untuk mengenalpasti bas akan bertolak tepat pada jam 2.00pm supaya perjalanan bas dapat mengikut perancangan awal. Oleh itu, semua pelajar telah berkumpul di pintu depan IPG Kampus Gaya pada 1.45pm iaitu seawal 15 minit sebelum bertolak ke Bukit Padang. Selepas aktiviti pengembaraan, kami telah menghubungi pemandu bas untuk membawa kami pada jam 5.00 petang balik ke IPG Kampus Gaya.

description

good

Transcript of Laporan Ajk Pengangkutan Perkhemahan Unit Beruniform Ipg Kampus Gaya

Page 1: Laporan Ajk Pengangkutan Perkhemahan Unit Beruniform Ipg Kampus Gaya

LAPORAN AJK PENGANGKUTAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPG KAMPUS

GAYA, KOTA KINABALU, SABAH

Sebelum perkhemahan unit beruniform dijalankan, satu mesyuarat yang terdiri daripada

semua ahli Majlis Tertinggi dan ahli jawatankuasa perkhemahan unit beuniform telah diadakan

buat pertama kali pada 12 Ogos 2015 bertempat di balai rekreasi. Dalam perjumpaan ini, kami

telah didedahkan tentang peranan dan gerak kerja masing-masing sepanjang perkhemahan ini.

Hasil daripada perjumpaan ini adalah kami telah dimaklumkan bahawa aktiviti pengembaraan

yang bertempat di Taman Bukit Padang akan dijalankan pada waktu petang hari kedua

perkhemahan.

Oleh itu, kami telah memulakan tugas kami dengan mengambil borang tempahan bas

seminggu lebih awal agar proses tempahan bas ini dapat dilakukan dengan awal oleh pihak

pentadbiran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya. Melalui permohonan bas ini, pihak

IPG Kampus Gaya telah meluluskan permohonan bas dengan menyediakan sebuah bas iaitu,

bas besar IPG Kampus Gaya. Tiga hari sebelum perkhemahan, kami AJK pengangkutan telah

ke pejabat pengurusan am untuk mendapatkan pemandu bas yang ditugaskan membawa kami

ke tempat pengembaraan. Kami juga telah merancang waktu bertolak dan anggaran waktu

sampai.

Pada hari berkenaan, kami telah menghubungi pemandu bas kami untuk mengenalpasti

bas akan bertolak tepat pada jam 2.00pm supaya perjalanan bas dapat mengikut perancangan

awal. Oleh itu, semua pelajar telah berkumpul di pintu depan IPG Kampus Gaya pada 1.45pm

iaitu seawal 15 minit sebelum bertolak ke Bukit Padang. Selepas aktiviti pengembaraan, kami

telah menghubungi pemandu bas untuk membawa kami pada jam 5.00 petang balik ke IPG

Kampus Gaya.

Secara keseluruhan, semua pelajar telah sampai dan kembali ke destinasi dengan

selamat dan cara pemanduan pemandu bas juga dalam keadaan yang selamat. Selepas itu,

kami telah membuat laporan kepada setiausaha perkhemahan ini.

Disediakan oleh:

______________________

Ajk Pengangkutan, Unit Beruniform IPG Kampus Gaya,Kota Kinabalu,

Page 2: Laporan Ajk Pengangkutan Perkhemahan Unit Beruniform Ipg Kampus Gaya

Sabah