LAPORAN AJK PERHUBUNGAN

8
LAWATAN ILMIAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS LAPORAN JAWATANKUASA NAMA : MOHD HAMDAN BIN PALLAO NO.KAD PENGENALAN : 930209-12-5973 BIDANG TUGAS : KETUA AJK PERHUBUNGAN Kelas kami PISMP Pendidikan Jasmani 1113, telah menganjurkan satu lawatan Ilmiah ke Sekolah Pendidikan Khas Semerah Padi Sarawak. Lawatan ini merupakan satu aktiviti yang wajib dilaksanakan dan termaktub dalam profoma kursus Pendidikan Jasmani Suaian PJM3142. Tujuannya ialah untuk memberi pendedahan secara langsung dan meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid kurang upaya serta memberi peluang kepada para guru pelatih untuk melihat dan meneliti bagaimana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkesan terhadap murid kurang upaya. Saya telah menjawat jawatan dan menggalas tanggungjawab sebagai AJK perhubungan bagi lawatan ini. i. SEBELUM Pertama sekali, kami telah mendapat taklimat daripada pensyarah kami, Puan Salmi bt hj Lilek berkaitan dengan penganjuran lawatan ini. Beliau telah memberi kelonggaran kepada kami untuk memilih tempat untuk melawat dan turut memberi beberapa cadangan seperti memilih sekolah yang terdekat dengan IPGKTAR. Beliau menegaskan bahawa tempat

description

laporan ajk perhubungan terbaik

Transcript of LAPORAN AJK PERHUBUNGAN

Page 1: LAPORAN AJK PERHUBUNGAN

LAWATAN ILMIAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

LAPORAN JAWATANKUASA

NAMA : MOHD HAMDAN BIN PALLAO

NO.KAD PENGENALAN : 930209-12-5973

BIDANG TUGAS : KETUA AJK PERHUBUNGAN

Kelas kami PISMP Pendidikan Jasmani 1113, telah menganjurkan satu lawatan Ilmiah

ke Sekolah Pendidikan Khas Semerah Padi Sarawak. Lawatan ini merupakan satu aktiviti yang

wajib dilaksanakan dan termaktub dalam profoma kursus Pendidikan Jasmani Suaian

PJM3142. Tujuannya ialah untuk memberi pendedahan secara langsung dan meningkatkan

pengetahuan tentang kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian terhadap perkembangan

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid kurang upaya serta memberi peluang kepada

para guru pelatih untuk melihat dan meneliti bagaimana pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dan berkesan terhadap murid kurang upaya. Saya telah menjawat jawatan dan

menggalas tanggungjawab sebagai AJK perhubungan bagi lawatan ini.

i. SEBELUM

Pertama sekali, kami telah mendapat taklimat daripada pensyarah kami, Puan Salmi bt

hj Lilek berkaitan dengan penganjuran lawatan ini. Beliau telah memberi kelonggaran kepada

kami untuk memilih tempat untuk melawat dan turut memberi beberapa cadangan seperti

memilih sekolah yang terdekat dengan IPGKTAR. Beliau menegaskan bahawa tempat lawatan

harus menepati objektif dan tujuan yang berkaitan dengan kursus yang dipelajari.

Selepas itu, kami telah berbincang antara rakan-rakan di kelas untuk memilih tempat

yang sesuai dan melengkapi kehendak kursus Pendidikan Jasmani Suaian. Antara cadangan

yang telah dikemukakan ialah Sk Hj Kelali, Asajaya dan Sk Semerah Padi dan Sk Dato’ Mohd

Musa. Pada akhir perbincangan, kami mendapati bahawa Sk Semerah Padi Sarawak telah

dipilih secara sebulat suara bersama ahli kumpulan kami bersama dengan pensyarah untuk

membuat program lawatan di sekolah tersebut.

Page 2: LAPORAN AJK PERHUBUNGAN

LAWATAN ILMIAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Seterusnya, kami juga telah melantik Ahli Jawatankuasa tugas masing-masing. Saya

telah dipilih sebagai ajk perhubungan. Bagi melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan ini

saya telah mencari nombor dari pelbagai sumber seperti laman web rasmi. Beberapa senior

dan pensyarah juga telah saya rujuk untuk mendapatkan nombor tempat berkenaan. Selepas

berbincang dengan Puan Salmi Lilek saya telah berhubung dengan pihak-pihak berkenaan

tanpa melengah-lengahkan masa. Saya telah menanyakan tentang prosedur yang perlu

dilakukan sebelum mengadakan aktiviti di tempat tersebut. Mereka telah memberitahu kami

untuk menghantar surat bagi proses selanjutnya dan juga bagi melicinkan urusan-urusan lain

seperti persediaan awal oleh pihak tersebut.

Saya juga telah berusaha untuk mendapatkan nombor fax bagi tempat yang kami pilih

untuk memudahkan urusan penghantaran surat kepada mereka. Sebagai AJK perhubungan,

saya menggalas tanggungjawab yang penting dalam memastikan urusan yang baik antara

pihak berkenaan. Oleh yang demikian, saya juga telah sentiasa menghubungi mereka agar

memastikan bahawa mereka sudah menerima surat daripada pihak institut. Saya telah

membuat perbincangan dengan mereka bagi menghadapkan tujuan program yang ingin kami

laksanakan di situ agar mendapat kebenaran dan kemudahan tertentu.

Saya telah menjalankan tugasan saya dengan menghubungi semua pihak yang

berkaitan dan untuk mendapatkan kebenaran. Kami telah merancang untuk membuat lawatan

ke sekolah tersebut untuk membuat lawatan ilmiah berkaitan Pendidikan Jasmani Suaian.

Saya menghubungi pegawai yang berkaitan untuk menjelaskan tentatif program ini.

ii. SEMASASemasa pelaksanaan aktiviti tersebut, saya telah berhubung dengan pihak

sekolah untuk melaporkan kehadiran kami. Saya juga telah menanyakan tentang tempat

atau dewan yang disediakan kepada kami agar dapat berkumpul pada masa yang

ditetapkan. Saya telah menyelesaikan segala urusan atau prosedur di pejabat semasa

penjalanan program ini.

Selain itu, saya juga memastikan kami datang awal bagi menepati masa yang

telah ditetapkan. Saya telah berkolaborasi bersama Ajk Pengangkutan untuk

menyediakan pengangkutan lebih awal. Pada hari tersebut kami datang lebih awal

daripada masa yang ditetapkan agar kami dapat bersedia membuat aktiviti di sekolah

tersebut

Page 3: LAPORAN AJK PERHUBUNGAN

LAWATAN ILMIAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

iii. SELEPAS

Selepas penjalanan program ini kami telah membuat “postmortem” bersama ahli

kumpulan dan pensyarah pembimbing. Sebagai AJK perhubungan saya telah

dipertanggungjawabkan untuk menghantar surat penghargaan dan terima kasih kepada pihak

yang telah memberi kerjasama dan komitmen kepada kami.

Menerusi program ini, saya dapat melihat suatu implikasi positif dalam diri saya dari segi

komunikasi. Saya telah mempelajari dan yakin akan cara atau kaedah komunikasi yang baik

dalam urusan-urusan rasmi. Saya juga berasa amat bangga kerana dapat menyumbang dan

memainkan peranan dalam penganjuran program lawatan ilmiah ini. Saya juga telah

berkomunikasi dengan beberapa pihak atasan dan ini memberi pendedahan kepada saya untuk

memperbaiki cara berkomunikasi dan urusan rasmi yang berkaitan dengan surat menyurat.

Saya juga dapat merasai satu aura positif dalam diri saya kerana dapat meningkatkan

keyakinan diri.

Saya juga telah mengenali erti kesabaran dan toleransi serta kerjasama menerusi ini.

Sebagai bakal-bakal guru, kami juga telah belajar untuk menghadapi cabaran dan kekangan

dengan baik. Kita tidak boleh menafikan bahawa, sebagai seorang guru kita akan berhadapan

dengan pelbagai cabaran dalam era globalisasi ini. Oleh yang demikian, ini menjadi suatu

landasan atau platform yang baik untuk mempelajarinya. Saya juga ingin merakamkan jutaan

terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Semerah Padi yang mengizinkan kami untuk

membuat lawatan ilmiah ini. Kami juga berharap bahawa program sebegini akan diadakan pada

masa yang akan datang demi mencorakkan sifat keguruan yang utuh dalam diri guru-guru

pelatih disamping membimbing guru pelatih untuk menjadi lebih berkaliber dalam semua

urusan.

DISEDIAKAN OLEH,

______________________

(MOHD HAMDAN BIN PALLAO)

KETUA AJK PERHUBUNGAN,

PROGRAM LAWATAN ILMIAH.

Page 4: LAPORAN AJK PERHUBUNGAN

LAWATAN ILMIAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA : MOHD HAMDAN BIN PALLAO

KAD PENGENALAN : 930209-12-5973

i. Pengenalan

Alhamdulillah kami dapat juga melaksanakan karnival dengan jayanya walaupun

pada mulanya banyak kekangan yang berlaku. Karnival ini mendapat sambutan yang

cukup hangat walaupun pada masa tersebut aktiviti institut sangat padat. Karnival ini

terbuka kepada semua warga IPGKTAR termasuk staff dan pensyarah.

ii. Kekuatan

Page 5: LAPORAN AJK PERHUBUNGAN

LAWATAN ILMIAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Kekuatan yang dapat dilihat daripada karnival ini ialah semua ahli dalam

jawatankuasa bertugas dengan baik. Semua ahli dapat bekerjasama dan berganding

bahu walaupun sedikit keletihan kerana dihimpit dengan beban tugas masing-masing.

Setiap ajk mengetahui tugas umum yang harus dilakukan bagi setiap permainan yang

dipertandingkan. Walaupun ada ahli penganjur yang mengambil tempat untuk

bertanding, mereka tetap menjalankan tugas sebelum mengikuti pertandingan dan

menggantikan tempat mana-mana ahli yang kosong untuk dibantu. Sikap seperti ini

harus dijadikan amalan oleh setiap guru pelatih agar dapat mengetahui selok belok

dalam penganjuran karnival yang mengambil masa beberapa hari untuk dijalankan.

Kekuatan lain yang saya lihat ialah sikap toleransi antara ajk juga semakin

meningkat dan dilihat sebagai kekuatan yang paling bermakna kerana penganjuran

karnival seperti memerlukan pasukan yang boleh dan mampu menguruskan program

dengan lancar dan tersusun. Selain itu, saya melihat sistem kepengadilan dalam setiap

permainan adalah yang terbaik berdasarkan penganjuran sebelum ini dan tiada isu yang

dibangkitkan oleh setiap peserta atau kumpulan yang bertanding. Penganjuran karnival

ini seharusnya menjadi contoh kepada penganjuran karnival yang seterusnya.

iii. Kelemahan

Tidak banyak kekurangan yang saya lihat melalui penganjuran karnival ini. Namun ada

beberapa aspek yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah peraturan masa pertandingan

yang mesti dipatuhi oleh peserta. Segelintir peserta atau kumpulan datang lewat dan

tidak mematuhi jadual perlawanan. Selain itu, terlihat sedikit kelemahan apabila

permainan dimulakan serentak menyebabkan beberapa peserta kelam kabut ke tempat

pertandingan seterusnya dan permainan tersebut terhenti seketika kerana menunggu

peserta yang bertanding. Ia turut menyebabkan jadual pertandingan berubah semasa

pertandingan kerana faktor peserta atau kumpulan mengikuti pertandingan yang lain

dalam satu karnival.

iv. Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan ialah mengehadkan peserta atau kumpulan

menyertai hanya satu permainan dalam satu karnival atau masa pertandingan bagi

setiap permainan tidak diadakan serentak. Contohya, pada hari pertama dan hanya

permainan bola tampar sahaja, dan pada hari berikutnya hanya permainan bola jaring

Page 6: LAPORAN AJK PERHUBUNGAN

LAWATAN ILMIAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

agar tiada masalah mengenai jadual pertandingan. Selain itu, mungkin sebaiknya

karnival seperti ini boleh dilakukan seharian bagi memudahkan peserta dan penganjur

tidak mengambil masa yang terlalu lama seperti penganjuran kali ini kerana hanya

dibuat sebelah petang sahaja.