Laporan Ajk Protokol Dan Cenderahati

2

Click here to load reader

description

laporan ajk

Transcript of Laporan Ajk Protokol Dan Cenderahati

LAPORAN AJK PROTOKOL DAN CENDERAHATIBINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 5/2013 PENANDA ARASPada 16 Februari yang lalu, seramai 25 orang pelatih semester 5 PISMP Bahasa Melayu SJKT IPG Kampus kota Bharu telah mengadakan program BIG Penanda Aras di Sekolah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan. Kami telah didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan dengan pentadbiran sekolah.Sebagai AJK protokol dan cenderahati yang pertama adalah memastikan jumlah hadiah dan cenderamata yang perlu dibeli sebelum program BIG berlangsung. Oleh itu, kami telah berhubung dengan pihak Ahli Majlis Tertinggi untuk memastikan bilangan tetamu yang hadir berserta dengan jenis cenderamata. Selepas mendapat kata putus daripada pengerusi kami telah bergerak secara pantas untuk membeli cenderamata dengan jumlah yang secukupnya.Tugas AJK protokol dan cenderahati yang kedua ialah menguruskan majlis iaitu melantik pengerusi majlis, penyediaan teks pengerusi, melantik pengacara majlis bacaan doa dan sebagainya. Kami telah bermesyuarat bersama AJK protokol dan cenderahati dan Ahli Majlis Tertinggi program untuk memastikan atur cara program yang kami rangka tepat atau perlu melakukan pengubahsuaian. Dengan persetujuan Ahli Majlis Tertinggi kami telah menyediakan teks pengacara majlis dengan baik. Semasa program BIG berlangsung pengacara majlis telah melakukan tugasnya dengan lancar dan AJK protokol dan cenderahati yang lain telah memastikan perjalanan majlis berjalan lancar dengan berhubung di antara satu sama lain. Bagi majlis penutupan BIG Penanda Aras, kami telah menyediakan dewan Sekolah Kebangsaan Zainab 1 dan memastikan cenderamata cukup bagi tetamu yang hadir. Majlis penutup telah berjalan dengan lancar manakala memulangkan peralatan yang dipinjam dari koperasi selepas tamat program BIG.