laporan akhir

8
` HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Pensyarah : Puan Wan Nur’Asyiqin Bt. Wan Mohamad SET 24 Disediakan oleh : NOOR ASDAYANTI BINTI ABU BAKAR (A 145710) SITI NURSA’IDAH BINTI JANTAN (A145700) NOOR AMIRA AINI BINTI NOOR ANWAR (A 145705) ANA SYAKIRAH BINTI KHAIRUL ANSOR (A145737) NUR FARAHIN BINTI MOHAMED YAZIZ (A145735)

Transcript of laporan akhir

Page 1: laporan akhir

`

HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYAT

Pensyarah : Puan Wan Nur’Asyiqin Bt. Wan Mohamad

SET 24

Disediakan oleh :

NOOR ASDAYANTI BINTI ABU BAKAR (A 145710)

SITI NURSA’IDAH BINTI JANTAN (A145700)

NOOR AMIRA AINI BINTI NOOR ANWAR (A 145705)

ANA SYAKIRAH BINTI KHAIRUL ANSOR (A145737)

NUR FARAHIN BINTI MOHAMED YAZIZ (A145735)

Page 2: laporan akhir

Laporan Aktiviti

Pada 2 Januari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Citra, kumpulan kami telah

mengadakan perjumpaan dengan pensyarah.Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk

menyempurnakan tuntutan yang terdapat dalam HHHC 9301 Kemahiran Pengurusan

Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Aktiviti yang dijalankan pada perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk mengenalpasti

segala kelebihan dan kekurangan yang terdapat di dalam menyempurnakan projek “Guna

Semula” yang telah kami jalankan pada bulan Disember 2014.Pada mulanya kami di beri

penerangan mengenai aktiviti ini oleh pensyarah.Setelah mendengar penerangan dengan teliti

,masing-masing di kalangan kami diberikan tiga helai “sticker note” yang berwarna-

warni.Kami dikehendaki menulis kelebihan atau pencapaian yang diperolehi sepanjang

menjalankan projek “Guna Semula”.Satu “sticker note” untuk satu kelebihan. Kesemua ahli

kumpulan berfikir dengan mendalam dan bersikap terbuka dalam menulis pendapat masing-

masing .Selepas itu,kami di kehendaki membaca apa yang di tulis oleh setiap ahli kumpulan

dan mencari isi penting di dalamnya.Setelah menjumpai isi penting tersebut, kami dikendaki

mencatatnya di papan putih dan memberi nilai (“ranking” ) terhadap setiap isi penting yang

dicatat. Antara isi penting yang di perolehi ialah bertanggungjawab, kreatif, ekonomi,

inovatif, kesihatan, pengalaman dan penjimatan.Setelah menjumlahkan nilai yang diberikan

setiap ahli kumpulan ,masing-masing berpendapat pengalaman serta bertanggungjawab

adalah pencapaian dan kelebihan yang di peroleh dalam projek “Guna Semula”.Cara yang

sama turut di gunakan untuk mengenalpasti permasalahan dan kekurangan.Dengan

menggunakan cara ini kami telah mengetahui bahawa banyak masalah serta kekurangan di

sebalik projek .Antara kekurangan dalam projek “Guna Semula” adalah kualiti, buruk, alatan,

idea, dan kawasan.Ahli kumpulan berpendapat isi penting dalam permasalahan projek “Guna

Semula” adalah idea dan menyusahkan.Setiap di kalangan kami kekurangan idea dan berasa

menyusahkan itu pada ketika hendak mengunting kotak-kotak untuk dijadikan bahan guna

semula.

Melalui aktiviti yang di jalankan, dari segi kemahiran komunikasi banyak membantu

kumpulan kami dalam meluahkan pendapat masing –masing dengan lebih berkeyakinan dan

terbuka tanpa perlu menyakiti hati ahli kumpulan pada masa yang sama setiap dikalangan

ahli kumpulan ternyata mampu memberi respon yang positif dalam aktiviti yang

Page 3: laporan akhir

dijalankan.Aktiviti ini di anggap unik dan menarik kerana tidak mengambil masa yang lama

untuk menyempurnakannya. Pada masa hadapan, aktiviti diatas wajar untuk di

implementasikan dan diaplikasikan dalam setiap projek atau program agar segala

kekurangan dan masalah isu berbangkit berjaya dirungkai.Keseluruhannya ,aktiviti ini

memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk mengasah kemahiran pengurusan

maklumat masing-masing.

Ulasan Ahli Kumpulan ( Asda,Sa’idah,Amira,Ana dan Farahin)

Secara peribadinya, banyak yang saya perolehi dalam menjalankan dan menyempurnakan

tuntutan HHHC 9301 Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan

Maklumat.Antaranya semasa dalam menyiapkan tugasan projek “Guna Semula” dimana saya

telah mengasah semula minat serta kemahiran kreatif dan inovatif yang terdapat dalam diri

saya.Pada masa yang sama, saya berasa diri menjadi lebih bertanggungjawab dalam

memelihara dan memulihara alam sekitar.Projek yang di jalankan ini telah membantu saya

dalam mencari maklumat,merungkai isi di dalam maklumat dan menyusun segala maklumat

mengikut kehendak serta menjadikannya lebih sistematik dan teratur.Sepanjang

menyempurnakan tugasan ,saya telah berjaya mengubah beberapa sikap negatif yang terdapat

di dalam diri.Contohnya,kurang keyakinan dalam berkomunikasi dan meluahkan

pendapat.Aktiviti yang dijalankan sedikit sebanyak telah member keyakinan dalam diri saya

untuk berhadapan dengan orang luar dan menyuarakan idea dan pandangan.Secara

keseluruhannya ,projek serta aktiviti yang dijalankan di dalam HHHC 9301 sedikit sebanyak

telah memberi saya kelebihan dan keyakinan untuk berhadapan dengan cabaran di alam

pekerjaan pada masa akan datang.

Selepas aktiviti dijalankan,saya mendapati banyak kelebihan dan juga pencapaian yang

berjaya diperoleh sepanjang program.Sebagai contoh, kemahiran dan kreativiti dalam diri

berjaya ditonjolkan. Produk guna semula kami ternyata menjadi dan sangat cantik untuk

diguna semula.Selain itu ,daripada aspek kerjasama, ternyata setiap ahli menyumbang

tenagadan masa tanpa sebarang masalah.Saya sangat berpuas hati dengan setiap

tanggungjawab yang berjaya dilaksanakan semasa program dijalankan. Bukan itu sahaja,

Page 4: laporan akhir

kursus ini juga sangat membantu dalam mendidik jiwa lebih mencintai alam sekitar.

Kebersihan juga diutamakan demi mencegah diri daripada penyakit yang berbahaya.Selain

itu,kami juga mendapat pengalaman baru kerana sebelum ini tiada kursus mahupun program

kitar semula dan guna semula yang kami sertai. Pengalaman ini akan kami jadikan

pembelajaran sepanjang hayat dan akan digunakan di masa hadapan.

Berdasarkan pendapat saya, aktiviti yang telah dijalankan bagi melengkapkan HP Kemahiran

pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat telah memupuk nilai nilai murni

jika kita mengamalkannya. Antaranya ialah nilai murni cintakan alam sekitar. Melalui aktiviti

guna semula, kita dapat memelihara alam sekitar daripada dirosakkan atau dicemar. Selain

itu, kita juga dapat memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Hal ini kerana,

banyak bahan bahan guna semula yang boleh diinovasikan untuk menjadi sesuatu benda yang

baru yang boleh diguna pakai. Akhir sekali, aktiviti sebegini yang telah dijalankan secara

berkumpulan dapat memupuk semangat berpasukan antara kami semua. Semangat kerjasama

antara kami menyebabkan aktiviti yang dijalankan berjalan lancar.

Melalui aktiviti guna semula dibawah HP kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran

sepanjang hayat, ianya telah membantu setiap individu yang terlibat dalam aktiviti ini untuk

meningkatkan mutu keboleh – upayaan dan kemahiran dalam diri masing-masing. Sebagai

contoh, konsep “berfikir sebelum buang”. Bukan semua barangan yang telah digunakan boleh

dianggap sebagai sampah, sekiranya kita bijak dalam memanipulasikan sesuatu bahan atau

barangan, satu barangan baru mampu dihasilkan.

Selain itu, proses persefahaman secara rasional dalam perkongsian maklumat juga dapat

dipelajari melalui aktiviti ini.Setiap manusia mempunyai ideology dan pandangan yang

berbeza terhadap sesuatu perkara, namun sekiranya masing-masing tegar mempertahankan

pendapat masing-masing tanpa melihat pandangan orang lain,kata sepakat gagal diperoleh.

Konsep tolak ansur dalam perkongsian idea sebenarnya mampu menjana malah melahirkan

idea yang lebih terkehadapan sekiranya maklumat difahami dan dihayati bersama.

Disamping itu, aktiviti ini juga mengajar kita menghayati konsep ‘kesedaran dan

penghargaan’ .Pemahaman secara terperinci mengenai kepentingan interaksi dan kaitan

Page 5: laporan akhir

sebenar fungsi sesuatu produk dan keseimbangan alam dapatditerapkan secara khusus, bukan

untuk waktu tertentu individu tersebut, bahkan sepanjang hayat

Bagi saya, projek ini menerapkan nilainya sesuatu maklumat dan setiap maklumat

memerlukan pengurusan yang baik. Pengurusan yang baik dapat membantu kami dalam

merancang strategi untuk mendapatkan kejayaan dan kemahiran yang boleh diaplikasikan

dalam kehidupan seharian. Saya telah mempelajari banyak perkara tentang komponen dan

elemen dalam menguruskan sesuatu maklumat dengan baik. Antaranya:

-cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan

menggunakan maklumat.

lehan untuk menggunakan maklumat yang telah diperoleh.

Selain itu, saya juga telah mempelajari beberapa nilai murni yang dapat diaplikasikan dalam

kehidupan seharian seterusnya menjadikan saya seorang individu yang berdisiplin,

berdedikasi dan lebih prihatin terhadap masyarakat dan alam sekeliling. Antaranya ialah

bertanggungjawab, tolong menolong, kerjasama, keberanian, berfikiran terbuka, kreativiti

dan inovasi.Secara kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak perkara melalui projek ini.

Ilmu dan maklumat yang saya perolehi akan saya amal dan praktikkan dalam kehidupan

seharian agar menjadi individu yang lebih cemerlang bukan sahaja dari segi pembelajaran

malahan etika dan sosial.

Kesimpulan

Sesungguhnya kursus HHHC9301 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran

Sepanjang Hayat ini memberikan banyak kesan yang positif dalam diri ahli

kumpulan.Kemahiran dalam menguruskan maklumat telah berjaya di pertingkatkan pada

masa yang sama ,ahli kumpulan dapat melaksanakan setiap arahan dan tugasan dengan lebih

cekap hasil daripada pengurusan maklumat yang sistematik.Mempelajari mengenai

tanggungjawab terhadap alam sekitar ini merupakan satu proses pembelajaran sepanjang

Page 6: laporan akhir

hayat.Hal ini kerana alam sekitar merupakan sebahagian daripda kehidupan kita,di mana

ianya saling melengkapi antara satu sama lain.Sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar

perlu ada di dalam jati diri bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara. Bak kata pepatah

"belajarlah mulai dari buaian hingga liang kubur", sesungguhnya aktiviti guna semula ini

mendatangkan nilai dan natijah yang baik terhadap semua individu ahli kumpulan kami,

malah masing-masing mampu menghayati dan dapat mempelajari sesuatu nilai yang penting

dalam kehidupan. Selain belajar, kita juga dituntut untuk dapat memanfaatkan kesempatan

sebaik-baiknya. Kesempatan itu jarang diperolehi, akan tetapi, ada juga manusia yang

memperoleh kesempatan dengan mudah namun tidak mampu memanfaatkan kesempatan

tersebut sebaiknya. Elakkan menjadi manusia sedemikian malah sentiasa mengajar diri untuk

berfikiran sihat dan positif, agar kita sama-sama mampu memperoleh kesempatan dengan

mudah serta memahami dan menghayatinya.Keseluruhannya,kursus ini telah berjaya dalam

memastikan serta melahirkan mahasiswa yang mahir menguruskan maklumat untuk

kesenangan mahasisiwa sendiri pada masa hadapan kelak.

Lampiran

Page 7: laporan akhir

Dari kanan : Asdayanti ,Sa’idah,Puan Nur Asyiqin,Amira,Ana,Farahin

Pendapat Ahli Kumpulan Mengenai Kekurangan dan Kelemahan dalam Projek

Page 8: laporan akhir

Pendapat Ahli Kumpulan Mengenai Kelebihan dan Pencapaian dalam Projek