LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama...

13
FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN SEMESTER 2 SESI 2014/2015 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHATNAMA: Shaameswary Annadorai A146816 Siti Nur Syawalia Binti Adam A146784 Nur Khalilah Binte Abdul Rahman A 146603 Muhammad Amirullah Eshan Bin Md Dewa A146814 Andi Muhammad Lutfi A146598 SET: 5 NAMA PENSYARAH: Puan Yusasniza Binti Muhd Yunus

Transcript of LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama...

Page 1: LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain. Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini

FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN

SEMESTER 2 SESI 2014/2015

KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

“LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT”

NAMA:

Shaameswary Annadorai A146816

Siti Nur Syawalia Binti Adam A146784

Nur Khalilah Binte Abdul Rahman A 146603

Muhammad Amirullah Eshan Bin Md Dewa A146814

Andi Muhammad Lutfi A146598

SET: 5

NAMA PENSYARAH:

Puan Yusasniza Binti Muhd Yunus

Page 2: LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain. Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini

1.0 PENDAHULUAN

Kami seramai 5 orang ahli dari set 5 Kemahiran Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan telah

berkerjasama untuk mempraktikkan orang ramai terutama golongan pelajar untuk

mengamalkan gaya hidup sihat. Lahirnya idea program ini adalah untuk membudayakan

pelajar bagi mengekalkan cara kehidupan yang lebih sihat, stabil dan kekal aktif. Selain itu

juga, program ini dapat memberi penerangan terhadap pelajar fakulti tentang pentingnya

mengamalkan gaya hidup sihat.

Objektif program kami ini adalah untuk memberi pendedahan dengan memberi

peningkatan kesedaran kepada pelajar mengenai konsep gaya hidup sihat, memupuk sikap

positif dalam amalan pemakanan secara seimbang, dan memberi kesedaran dan galakan

kepada pelajar amalan gaya hidup tanpa rokok.

Kami menjalankan program ini pada 28 Mei 2015 iaitu pada hari Khamis pada waktu 12

p.m hingga 4 p.m dan bertempat di Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan di sekitar dewan

kuliah.

2.0 PERJALANAN PROGRAM

Program kami ini bermula pada pukul 12 tengahari di hadapan dewan kuliah 3.

Perkara pertama yang dilakukan adalah kami memulakan persiapan dengan menyusun meja

serta bahan dan juga menyusun makanan iaitu roti dan air yang akan diberikan kepada

pelajar. Setelah kami menyiapkan segalanya, kami mula untuk mengedarkan risalah kepada

pelajar yang melalui di kawasan tersebut disamping menerangkan serba sedikit mengenai

konsep gaya hidup sihat. Kami juga menerangkan tentang faedah mengamalkan gaya hidup

sihat dan juga cara pemakanan secara sihat daripada risalah yang diberikan. Selain itu, kami

menggalakkan pelajar mengamalkan petua 10 M untuk berhenti merokok. Ternyata mereka

menumpukan perhatian dan memahami dengan penerangan yang diberikan oleh kumpulan

kami. Mereka juga sedar akan pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.

Pemberian roti dan sebotol air kepada pelajar daripada pihak kami selepas kami

menerangkan tentang gaya hidup sihat kepada mereka. Ini adalah sebagai cenderahati kepada

mereka kerana sudi mendengar penjelasan daripada pihak kami. Setelah pukul 4 petang, kami

Page 3: LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain. Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini

mengemaskan meja yang digunakan dan bersiap untuk pulang bagi proses penyiapan laporan

akhir.

3.0 HASIL DAPATAN

Program ini secara khususnya telah memberi kesan yang positif bukan sahaja kepada

individu malah meningkatkan sikap untuk bekerjasama sebagai satu pasukan. Kami telah

melakukan dan menjalankan program tersebut dengan jayanya dengan konsep gaya hidup

secara sihat. Berbekalkan sikap kerjasama yang kami amalkan, kami telah bersepakan untuk

bersama-sama memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

dengan memberi kesedaran dan penerangan kepada pelajar konsep gaya hidup sihat secara

menyeluruh. Program yang telah kami laksanakan ini mempengaruhi tahap kerjasama dan

kepemimpinan kami dalam kerja berpasukan. Semua ahli kumpulan telah terlibat secara

langsung dalam memberi peningkatan gaya hidup sihat di persekitaran pelajar-pelajar. Maka,

ini secara tidak langsung meningkatkan sikap positif bagi semua ahli-ahli kumpulan,

meningkatkan prestasi, meningkatkan kerja yang baik bagi semua ahli.

Selain itu, dilihat dari sudut tugasan setiap ahli kumpulan, kami telah membahagi

tugasan bagi setiap ahli untuk memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar.

Sebagai contoh, ketua program dan timbalan ketua program bertanggungjawab untuk

memastikan kelancaran program dan juga setiap perincian program menepati objektif

program yang ingin dilaksanakan. Maka kepimpinan dapat dilihat dengan adanya

pembahagian tugas kepada setiausaha program untuk mencatat aktiviti dan perbincangan

yang dilakukan manakala bendahari program bertanggungjawab bagi pencarian dana kerana

kami bersetuju untuk memberi roti dan air mineral percuma kepada pelajar sebagai tanda

menyokong konsep pemakanan secara seimbang. Arahan yang diberi oleh oleh ketua

program kepada ahli lain sebagai panduan untuk perlaksanaan tugas dan kami komited

dengan tugasan masing-masing dan ini meningkatkan sikap kepimpinan dalam diri.

Tambahan pula, apabila masalah yang timbul seperti ketidakcukupan masa untuk

kami membuat perbincangan bersama tetapi telah diatasi dengan secara efektif dan kritis iaitu

kami bersetuju dengan membuat perbincangan secara talian iaitu menerusi emel dan

Whatsapp secara kumpulan.

Page 4: LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain. Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini

Dari sudut gerak kerja pula, kami telah berkerjasama dengan menghasilkan beberapa

poster dan juga risalah sebagai bahan rujukan ketika perlaksanaan program. Kami saling

bertukar pandangan dan idea bagi memastikan input yang dihasilkan adalah bermanfaat dan

sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain.

Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini mampu

melokjakkan kami kearah yang lebih baik dalam nilai kepimpinan dan kerja berpasukan

disamping dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

4.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulan, gaya hidup sihat adalah amat penting untuk semua individu. Sebagai

mahasiswa, gaya hidup sihat juga adalah amat penting untuk memastikan prestasi pembelajaran.

Ini kerana kesihatan adalah asas kehidupan dan perlu sentiasa dititik beratkan. Melalui modul

gaya hidup sihat ini, kepentingan kesihatan dapat ditekankan. Antara cara yang diketengahkan

dalam program ini adalah seperti mengamalkan pemakanan yang sihat dan membiasakan

senaman. Walaupun perkara ini selalunya dipandang remeh namun implikasi dan kesannya amat

mendalam. Jadual mahasiswa yang sentiasa padat dan sibuk membuatkan ramai yang mengambil

sikap sambil lewa dalam perkara ini. Namun jika mahasiswa gagal mengamalkan gaya hidup yang

sihat, pembelajaran mereka boleh terjejas kerana mereka akan menjadi lemah dan kurang mampu

untuk menumpukan perhatian di dalam kuliah. Program ini juga ingin memberi penekanan

tentang keburukan merokok. Budaya merokok semakin meningkat dikalangan masyarakat muda

Malaysia termasuklah mahasiswa. Merokok adalah antara amalan yang patut dielakkan atas kesan

jangka masa panjang yang boleh dihadapi oleh perokok itu sendiri. Akhiran, lebih banyak usaha

perlu dijalankan untuk membudayakan gaya hidup sihat. Universiti juga boleh memainkan

peranan yang besar untuk membantu mahasiswa mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan

mengadakan dan mewajibkan program-program senaman atau pemakanan sihat.

Page 5: LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain. Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini

5.0 LAMPIRAN

Proses penyediaan bahan bagi memulakan program

Page 6: LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain. Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini

Proses penerangan kepada pelajar yang mengunjungi program Gaya Hidup Sihat

Page 7: LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain. Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini

Proses penerangan kepada pelajar yang mengunjungi program Gaya Hidup Sihat

Page 8: LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain. Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini

Proses penerangan kepada pelajar yang mengunjungi program Gaya Hidup Sihat

Page 9: LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain. Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini

Proses penerangan kepada pelajar yang mengunjungi program Gaya Hidup Sihat

Page 10: LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain. Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini

Poster yang dihasilkan bagi menyokong program Gaya Hidup Sihat

Page 11: LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain. Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini

Poster yang dihasilkan bagi menyokong program Gaya Hidup Sihat

Page 12: LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain. Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini

Poster yang dihasilkan bagi menyokong program Gaya Hidup Sihat

Page 13: LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT - Authentication · sentiasa memberi motivasi antara satu sama lain. Oleh itu, secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada perlaksanaan program ini

Risalah yang dihasilkan bagi memberi penerangan kepada pelajar