Kepimpinan Pentaksiran Holistik Memacu Modal Insan Kreatif dan Inovatif .
Laporan akhir hp kreatif & inovatif
-
Upload
syafiqah-zaini -
Category
Documents
-
view
108 -
download
0
Transcript of Laporan akhir hp kreatif & inovatif
LAPORAN AKHIR
HHHC9801 KEMAHIRAN KREATIF
DAN INOVATIF
NAMA : NURSYAFIQAH BINTI ZAINI
NO. MATRIK : A145592
PENYELARAS : CIK SITI NGAYESAH BINTI AB. HAMID
1.0 PENGENALAN
Saya, Nursyafiqah binti Zaini, telah menyertai program Ziarah An-Nur: Lawatan ke Badan Usaha Didikan Anak Yatim Di Bawah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis pada 14 hingga 16 Mac 2014 yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Kerohanian dan Sivik Kolej Ibrahim Yaakub.
Saya menyertai program ini adalah untuk menambah eratkan hubungan bersama ahli-
ahli kelab serta merasai sendiri pengalaman menguruskan sesuatu program,
meluangkan bersama anak-anak yatim dan menyelesaikan pembelajaran dalam kursus
(HHHC9801) KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF.
Jawatan saya adalah sebagai Pengarah Cenderamata. Program ini bertujuan untuk
menanam kemahiran-kemahiran asas sebagai seorang yang bakal
didedahkan kepada dunia luar dan melangkah ke alam pekerjaan di mana
suasananya lebih mencabar dan memerlukan kemahiran tertentu seperti,
kemahiran kreatif dan inovatif, untuk berada pada tahap yang sama
dengan insan-insan yang berjaya dalam kehidupan mereka.
Pada mulanya, kami diajar cara-cara untuk mencari dana bagi menanggung kos untuk
menjayakan program ini. Sedikit syarat juga telah diletakkan dalam pencarian dana
tersebut seperti tajaan dana tidak boleh diminta dari kalangan ahli keluarga terdekat
dan kami juga tidak dibenarkan untuk menggunakan duit poket sendiri, mahupun duit
tajaan yang kami dapat. Setelah memikirkannya, saya membuat keputusan untuk
meminta dana dari banyak pihak dengan sumbangan ikhlas dari mereka. Dengan cara
ini, pihak yang ingin memberikan sumbangan tidak perlu untuk memberi jumlah
wang yang banyak dan mereka tidak akan merasa terbeban. Walaupun mereka
memberikan amaun yang kecil, namun saya berjaya mencapai sasaran individu yang
telah ditetapkan kerana saya telah meminta dari banyak pihak. Seperti kata pepatah
“sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan urusan
saya.
Selain itu, sebagai Pengarah Cenderamata, saya bertanggungjawab untuk
menguruskan tempat untuk meletak cenderamata, susunannya, dan juga hiasan yang
sesuai untuk memberikannya kepada setiap kumpulan yang telah dibahagikan kerana
majlis penutup merupakan sebuah majlis formal.
Maka, saya perlu mencari dua buah dulang, alasnya, dan juga marker pen untuk
majlis gimik. Pada mulanya, saya telah meminta untuk meminjam dulang daripada
pengurus kafeteria kolej kediaman saya. Namun, mereka tidak mempunyai dulang
yang sesuai untuk majlis tersebut. Setelah memberitahu seorang rakan saya mengenai
hal ini, beliau telah memberikan cadangan supaya saya meminta kepada seorang
senior ahli kelab kami.
Setelah meminta kepada senior tersebut untuk meminjamkan dulang bagi program
kami, beliau telah bersetuju untuk meminjamkan satu dulang kepunyaan kelab
fakultinya. Saya masih perlu mencari lagi sebuah dulang.
Setelah tiba ke destinasi kami di Perlis, kami semua segera menjalankan tugas
masing-masing. Saya telah berjumpa dengan pihak kafeteria di rumah anak yatim
tersebut untuk meminjam sebuah dulang. Salah seorang pihak yang bertanggungjawab
di rumah anak yatim tersebut dengan baik hatinya telah meminjamkan kami satu
dulang bersama-sama alasnya. Alhamdulillah, urusan saya telah dipermudahkan lagi.
2.0 PERANCANGAN PROGRAM
2.1 Sebelum program
Pelbagai persiapan telah dilakukan sebelum program berlangsung seperti perbincangan mengenai pemilihan tempat untuk dilangsungkan program, aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan di sana, dan pembahagian tugas kepada setiap ahli. Saya telah dilantik sebagai Pengarah Cenderamata dan ditanggungjawabkan untuk menguruskan cenderamata yang ingin diberikan kepada anak-anak yatim tersebut sebagai tanda penghargaan kami kepada mereka.
2.2 Semasa program
Semasa program berjalan, saya sebagai Pengarah Cenderamata, telah bersedia untuk menyampaikan hadiah bersama seorang lagi ahli jawatankuasa cenderamata semasa sesi penyampaian hadiah hampir bermula dengan menunggu di tepi pentas membawa dulang yang diletakkan hadiah. Alhamdulillah tugas kami telah dipermudahkan dan segalanya berjalan dengan lancar. Melalui tugas ini, saya telah dapat mempelajari tentang pentingnya persediaan yang lengkap bagi memastikan tiada halangan yang berlaku semasa program berlangsung.
2.3 Selepas program
Seminggu selepas program berakhir, mesyuarat telah diadakan bagi menceritakan pengalaman masing-masing mengendalikan sendiri program dan pengalaman melayan anak-anak yatim di sana. Dapat disimpulkan di sini bahawa dengan izin Allah, misi dan objektif program dapat dicapai. Mesyuarat mengenai pelaksanaan kursus kemahiran insaniah juga telah diadakan bagi membantu pelajar melaksanakannya dengan bimbingan pihak yang lebih arif.
3.0 PERLAKSANAAN PROGRAM3.1 Tarikh dan Masa
Program telah dijalankan pada 14 hingga 16 Mac 2014.
3.2 Tempat
Program telah dilangsungkan di Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah, Jejawi
Dalam, 02600 Arau, Perlis, Malaysia.
3.3 Sebelum Program Berlangsung
Sebanyak 7 kali minit mesyuarat telah diadakan pada setiap malam Isnin
di Bilik Bangkuasi Kolej Ibrahim Yaakub. Mesyuarat diadakan setiap
minggu atas tujuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan
segera dan membincangkan perkembangan terbaru setiap ahli.
Antara minit mesyuarat yang pernah dilakukan adalah:
Minit mesyuarat 1
Minit mesyuarat 2
Minit mesyuarat 3
Minit mesyuarat 4
Minit mesyuarat 5
Minit mesyuarat 6
Minit mesyuarat 7
3.4 Hari Program Berlangsung
LDK 1: Ice Breking - Fasilitator dan masayarakat memperkenalkan diri. dalam LDK ini juga akan dilakukan pembahagian kumpulan.
LDK 2: Flight of Hope - Peserta terdiri daripada anak-anak yatim kawasan tersebut.- Fasi beri arahan dalam kumpulan kecil untuk membina sebuah kapal terbang kertas yg boleh terbang (tinggi/jauh).- Hal ini bertujuan untuk wujudkan jati diri kental & berani
LDK3: Muhasabah
LDK 4:Gotong Royong
LDK 5: Melukis Dan Mewarna
LDK 6: Ceramah
LDK 7: Ujian Minda
menghadapi cabaran.
- Setiap peserta akan dibahagikan kumpulan.- Peserta perlu meluahkan isi hatinya diatas kertas yang disediakan.- Fasilitator akan memberikan kata-kata semangat.- Semua perlu memberitahu rahsia hatinya.
- Peserta dan anak-anak yatim akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan.- Melibatkan anak-anak yatim..- Melibatkan semua tempat seperti masjid, dewan .
- Pertandingan melibatkan anak-anak yatim.- Pertandingan akan berlaku dalam kumpulan.- Akan dikendalikan oleh fasilitator.- Lukisan tercantik dikira pemenang.
- Tajuk : Indahnya Perpaduan Motivator : Ustaz Hussain Yusri Bin Zawawi. Felo Kanan Kolej Ibrahim Yaakub.
- Para AJK akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.- Mereka akan diberi beberapa soalan untuk dijawab dan kumpulan yang memperoleh banyak markah, dikira pemenang.
4.0 KESIMPULANNatijahnya, dengan izin Allah program yang telah dirancang berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Penambahbaikan yang mungkin boleh diaplikasikan pada masa hadapan adalah komunikasi bersama pihak yang agak sukar untuk didekati dengan cara yang lebih efektif.
Program ini serba sedikit telah mengajar saya tentang pentingnya melindungi anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang secukupnya daripada kedua ibu bapa. Melalui program ini juga hubungan ukhuwah bersama ahli kelab telah bertambah erat dan ukhuwah baru terjalin bersama anak-anak yatim di sana. Ada di antara mereka yang nampak keberatan untuk membenarkan kami pulang.
Selain itu, saya telah dapat pelajari betapa pentingnya untuk berfikiran kreatif dan inovatif apabila berhadapan dengan situasi di mana kita perlu mencari sendiri jalan penyelesaian bagi masalah yang kita hadapi seperti kekurangan satu dulang untuk majlis penyampaian hadiah.
5.0 LAMPIRAN
Bersama ahli-ahli kumpulan
Sesi Ice Breaking bermula
Perlawanan indoor bersama kumpulan lain
Perlawanan outdoor bersama kumpulan lain
Sesi bergambar bersama semua ahli kelab selepas program tamat
Sesi bergambar bersama anak-anak yatim selepas program tamat