laporan akhir perniagaan

46
RINGKASAN EKSEKUTIF Nama Perniagaan SS ENTERPRISE Jenis Perniagaan Perkongsian Tempoh berniaga Minggu ke-8 hingga minggu ke-11 Tempat berniaga Kafeteria Serumpun dan Kolej Pendeta Za ba Objektif Objektif membuka perniagaan ini adalah : 1 ) Membekalkan perkhidmatan yang berkualiti dengan mengekalkan kualiti hidangan yang mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum. 2 ) Berurusan dengan lebih efisien dan profesional terhadap para pelanggan. 3 ) Konsisten dalam menangani masalah tempahan dan pembelian makanan agar penghantaran produk dapat terus disalurkan kepada pelanggan. RM 240 ( RM 20 Seorang ) Produk Perniagaan Produk makanan : 1

description

LENGKAP

Transcript of laporan akhir perniagaan

RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama PerniagaanSS ENTERPRISE

Jenis PerniagaanPerkongsian

Tempoh berniagaMinggu ke-8 hingga minggu ke-11

Tempat berniagaKafeteria Serumpun dan Kolej Pendeta Zaba

ObjektifObjektif membuka perniagaan ini adalah :1 ) Membekalkan perkhidmatan yang berkualiti dengan mengekalkan kualiti hidangan yang mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.2 ) Berurusan dengan lebih efisien dan profesional terhadap para pelanggan.3 ) Konsisten dalam menangani masalah tempahan dan pembelian makanan agar penghantaran produk dapat terus disalurkan kepada pelanggan.

RM 240 ( RM 20 Seorang )

Produk PerniagaanProduk makanan :1) Kimbab2) Kekacang3) Aiskrim Malaysia

1.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Dengan wujudnya kursus Asas Keusahawanan (MGM 3180) ini telah mendorong kami untuk merebut dan memanfaatkan peluang yang diberi oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dengan sebaiknya. Penubuhan Syarikat SS Enterprise telah bermula operasi pada 19 September 2014. Kami telah mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM 20.00 menjadikan modal keseluruhan projek ini berjumlah RM 240.00 hasil daripada kerjasama dalam pengumpulan modal dari ahli kumpulan kami yang terdiri daripada 12 orang. Malahan modal diperoleh tanpa sebarang pinjaman dari bank atau mana-mana institusi kewangan lain. Tujuan utama penubuhan Syarikat SS Enterprise adalah untuk mendapatkan pengetahuan asas berkaitan dengan keusahawanan dan mensasarkan keuntungan bagi menampung modal serta keuntungan bersih. Di samping itu, perniagaan yang kami jalankan mampu memberi kami sedikit ilmu dan pengalaman tentang dunia keusahawanan yang sebenar. Struktur organisasi syarikat kami dibahagikan kepada beberapa cabang iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha, Pengurus Kewangan, Pengurus operasi, Pengurus Pemasaran, dan Pengurus Sumber Manusia.

2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

2.1 Logo

2.2 Misi Menghasilkan produk yang berkualiti dan enak kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan.

2.3 VisiUntuk mendapatkan keuntungan maksimum dengan kos pengeluaran yang minimum.

3.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

Nama Pemilik dan JawatankuasaSyarikat SS ENTERPRISE merupakan syarikat milik bersama antara ahli jawatankuasa syarikat. Semua ahli jawatankuasa syarikat merupakan pemilik bagi perniagaan ini.JAWATANNAMA AHLI JAWATANKUASA

Ketua Pegawai EksekutifMohd Zuhai Hazmi Bin Zainol

Penolong Ketua Pegawai EksekutifHamizah Binti Mazlan

SetiausahaSyafira Emellyia Binti Sulaiman

Ahli Jawatankuasa Sumber ManusiaNur Amira Binti Nazar ( Ketua )Ahmad Firdaus Bin Dimyati

Ahli jawatankuasa PemasaranFarra Fadzreen Binti Rusdi ( Ketua )Rabiatul Adawiyah Binti AzmanMuhammad Iqhmal Hakim Bin Ahmed

Ahli jawatankuasa OperasiNor Ain Binti Ruhazi ( Ketua )Mohamad Roazeman bin Ab Rahim

Ahli jawatankuasa AkaunNurul Syafiqah binti Bahrudin ( Ketua )Nur Farahin Binti Rahim

Alamat perniagaan : Kafeteria Serumpun dan Kolej Pendeta zaba Universiti Putra Malaysia SelangorBangsa setiap ahli jawatankuasa : MelayuAgama setiap ahli jawatankuasa : Islam

4.0 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

Ketua Pegawai EksekutifMohd Zuhai Hazmi Bin Zainol

Penolong Ketua Pegawai EksekutifHamizah Binti Mazlan

SetiausahaSyafira Emellyia Binti Sulaiman

Unit Sumber ManusiaNur Amira Binti Nazar ( Ketua ) Ahmad Firdaus Bin DimyatiUnit AkaunNurul Syafiqah binti Bahrudin ( Ketua )Nur Farahin Binti Rahim

Unit PemasaranFarra Fadzreen Binti Rusdi ( Ketua )Rabiatul Adawiyah Binti AzmanMuhammad Iqhmal Hakim Bin Ahmed

Unit OperasiNor Ain Binti Ruhazi ( Ketua )Mohamad Roazeman bin Ab Rahim

4.1 Fungsi Jabatan

SS ENTERPRISE diterajui oleh 4 jabatan utama di mana setiap jabatan mempunyai peranan yang tersendiri dan berbeza-beza peranannya. Jabatan-jabatan ini disusun secara sistematik dan teratur bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah bermutu dan efisyen. Jabatan-jabatan ini adalah di bawah kelolaan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat dan dibantu oleh Penolong Ketua Eksekutif.4.1.1 Ketua Pegawai Eksekutif i. Memantau keseluruhan Syarikat.ii. Memastikan semua jabatan menjalankan kerja mereka.iii. Memberikan komunikasi dan tunjuk ajar kepada semua pekerja. 4.1.2 Penolong Ketua Pegawai Eksekutifi. Membantu Ketua Pegawai Eksekutif dalam pentadbiran syarikat.ii. Menggantikan tempat Ketua Pegawai Eksekutif ketika ketiadaannya.4.1.3 Setiausahai. Bertanggungjawab memberikan nasihat kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif dan kakitangan syarikat yang lain.ii. Menyediakan surat kelulusan berniaga kepada pihak berkenaan.iii. Menyediakan proposal perniagaan dengan lengkap.

4.1.4 Jabatan Sumber Manusiai. Memastikan kepuasan pelanggan.ii. Mencari target pelanggan yang sesuai4.1.5 Jabatan Pemasarani. Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan .ii. Menyediakan makanan yang sihat kepada pelangganiii. Mendapatkan keuntungan yang maksimum.iv. Menghasilkan dan mempromosikan produk yang dijual secara komersial.4.1.6 Jabatan Operasi dan pengeluarani. Memastikan pengeluaran produk berjalan dengan lancar.ii. Memantau kualiti setiap produk sebelum dipasarkan kepada pembuli.iii. Memastikan segala kekurangan dan kelebihan tempat jualan dapat disesuaikan dengan pembuli.4.1.7 Jabatan Kewangani. Mengira untung-rugi hasil jualan.ii. Memastikan pengeluaran dan kemasukan akaun seimbang.

5.0 LAPORAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Objektif jabatan pengurusan sumber manusia ialah membantu melicinkan perniagaan melalui sistem penyelarasan gaji. Gaji yang diberikan berpatutan dengan apa yang dilakukan. Selain itu, jabatan ini membantu menjaga kebajikan pekerja melalui sistem berinsurans. Setiap perkara didaftarkan di bawah syarikat. Selain itu, memberi peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran melalui kursus-kursus. Kursus-kursus ini termasuklah tentang teori dan kemahiran berkenaan perniagaan. Jabatan ini juga harus menjangkakan permintaan perniagaan dan persekitaran masa hadapan terhadap sesebuah organisasi dan menyediakan personel untuk memenuhi perniagaan itu serta memuaskan permintaan pelanggan.Fungsi pengurusan sumber manusia melibatkan pemprosesan maklumat yang berkaitan dengan staf organisasi. Maklumat jabatan sumber manusia adalah untuk menguruskan penggunaan sumber manusia organisasi dengan lebih cekap dan berkesan. Strategi yang digunakan syarikat kami ialah dengan memperkenalkan dan menggunakan strategi yang baru untuk meningkatkan lagi perniagaan. Selain itu, kami harus sentiasa memastikan pekerja berada dalam keadaan yang selesa dan baik ketika menjalankan perniagaan. Kami juga telah membuat surat kebenaran untuk berniaga di kawasan kolej kediaman. Kami juga memilih kafe kolej kediaman serumpun sebagai tempat untuk menjalankan perniagaan. Setelah itu, kami membahagikan mereka mengikut setiap kolej kediaman untuk menjalankan perniagaan. Kafe merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk berniaga kerana kafe menjadi tumpuan pelajar-pelajar untuk mendapatkan makanan. Hal ini menyebabkan produk yang syarikat kami jual mendapat sambutan yang hangat.

Pengurusan sumber manusia bertanggungjawab dalam melaksanakan strategi perniagaan. Elemen produk, tempat, harga dan promosi adalah merupakan unsur pemasaran yang digabungkan dan dibentuk menjadi strategi pemasaran. Syarikat kami menjual aiskrim Malaysia, kacang dan kimbab. Produk ini dihasilkan oleh kami sendiri kecuali kacang. Berkenaan dengan harga, kami meletakkan harga yang sangat berpatutan dan munasabah. Sesiapa sahaja yang membeli produk kami pasti berpuas hati.Kaedah promosi jualan yang kami gunakan adalah pelbagai. Contohnya kami ada menampal iklan dan poster tentang produk kami dan tempat kami berniaga. Kami juga ada menampal poster berhampiran gerai jualan kami sebagai cara untuk menarik perhatian pelanggan. Selain itu, syarikat kami telah menghasilkan produk kami dengan begitu menarik. Kami telah menghasilkan produk kami iaitu kimbab dengan meletakkan pelbagai sayur-sayuran yang berwarna-warni. Ini merupakan salah satu cara syarikat kami untuk menarik perhatian pelanggan. Kami juga telah menyediakan kimbab untuk pelanggan rasa sebelum membeli.

5.1 KEBERKESANAN PRODUK TERHADAP PELANGGAN

TESTIMONI PELANGGAN TERHADAP PRODUK.

Nama: Muhammd Hafizudin Bin Halim.Fakulti : Sains Pertanian.Produk yang dibeli : Kacang.Komen : Saya tertarik untuk membeli kacang ini kerana cara pembungkusannya dan mengekalkan kebersihan kedai

Nama : Muhammad Faiz Bin Azman.Fakulti : Alam Sekitar.Produk yang dibeli : Kimbab.Komen : Saya tertarik untuk membeli kimbab ini kerana rasanya yang sedap dan harganya yang berpatutan .

Nama : Nazirah Binti ZulkifliFakulti : Bahasa Moden dan KomunikasiProduk yang dibeli : Aiskrim Malaysia dan Kimbab.Komen : Aiskrim Malaysia dan Kimbab rasanya sangat sedap dan harga yang dijual juga sangat berpatutan.

6.0LAPORAN PROMOSI DAN PEMASARANLaporan pemasaran dan promosi sangat penting dan memerlukan perhatian. Syarikat kami mengambil berat tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan strategi pemasaran dan dapat memberi impak yang positif dalam menjadikan syarikat kami berdaya maju dan mampu bersaing. Syarikat kami menjual barangan berasaskan makanan iaitu kimbab, kacang dan aiskrim Malaysia.6.1 Analisis Pemasaran6.1.1 Trend PasaranKumpulan kami menjual makanan Korea iaitu kimbab dengan nama Malaysia Rolls. Kimbab ialah produk utama kumpulan kami. Kimbab susah didapati di kawasan UPM dan kami menggunakan kesempatan ini dengan menjual kimbab memandangkan kimbab merupakan makanan yang sedap dan berkhasiat. Selain itu, syarikat kami juga menjual kekacang dan aiskrim Malaysia.6.1.2 Sasaran Pasaran Sasaran pelanggan kami adalah pelajar serta staf UPM. Selain itu, sasaran kami juga adalah kepada pelanggan yang mengunjungi Kafe Serumpun dan Kafe Putra.6.2 Strategi PemasaranStrategi pemasaran mengandungi empat P iaitu product (produk), price (harga), place (tempat) dan promotion (promosi). Empat elemen ini juga dikenali sebagai campuran pemasaran. Kami menggunakan konsep menawarkan produk yang menarik untuk memenuhi kehendak pasaran dengan harga yang berpatutan pada tempat yang betul dan masa yang sesuai.

6.2.1 ProdukSyarikat kami menjual produk makanan iaitu kimbab, kacang dan aiskrim Malaysia. Makanan ini dibuat sendiri olah kami dengan menggunakan produk yang halal dan bermutu.6.2.2 HargaHarga yang kami tetapkan adalah sangat berpatutan memandangkan sasaran pelanggan kami adalah pelajar UPM. Harga yang kami tetapkan juga lebih rendah berbanding dengan tempat lain.6.2.3 TempatKami menggunakan Kafe Serumpun dan Kafe Putra sebagai tempat jualan kami. Kafe Serumpun dan Kafe Putra adalah kafe yang sentiasa dipenuhi pelajar dan juga staf UPM. Jualan kami mendapat sambutan yang menggalakkan di Kafe Serumpun. Kami juga menjual di kolej kediaman iaitu di kolej serumpun dan kolej Pendeta Zaaba. Minggu terakhir jualan kami adalah di Fakulti Ekonomi sempena Minggu Karnival Keusahawanan.MINGGUMINGGU 1MINGGU 2MINGGU 3MINGGU 4

TEMPATKafeteria Serumpun

Putra Food CourtKafeteriaSerumpun

FakultiEkonomi dan Pengurusan (FEP)

MASA12 PM 6 PM12 PM 6PM12 PM 6PM9 AM 1 PM

6.2.4 PromosiSyarikat kami mengadakan promosi dengan menghebahkan kepada pelanggan melalui iklan yang ditampal di tempat tumpuan umum di sekitar kolej dan kampus seperti di papan kenyataan fakulti, tempat menunggu bas, kafe dan juga blok-blok penginapan pelajar. Kami juga membuat poster yang menarik bertujuan menarik lebih ramai pelanggan. Selain itu, kami juga mengiklankan produk kami di media sosial seperti Facebook. 6.3 Strategi Promosi6.3.1 Kaedah penghantaran ke bilik pelajarKami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke bilik-bilik pelajar. Cara ini sangat berkesan kerana kami mendapat permintaan yang tinggi daripada pelajar di kolej kediaman.6.3.2 Pemberian rasa makanan secara percumaPromosi ini paling berkesan kerana pelanggan dapat merasai keenakan makanan kami dan mengenali produk kami. Cara ini dapat menarik perhatian pembeli terhadap produk kami dan meningkatkan jualan kami.

7.0 LAPORAN OPERASI DAN PEMBUATAN

Jabatan ini melibatkan suatu perancangan dan penyusunan serta pengawalan bagi aktiviti-aktiviti yang terlibat. Memastikan segala rancangan operasi yang dirangka dijalankan.1. Bertanggungjawab dalam hal-hal mengenai operasi syarikat1. Bertanggungjawab dalam menentukan lokasi perniagaan dan waktu berniaga1. Bertanggungjawab dalam mengurus pengeluaran dan penghasilan produk1. Menyediakan peralatan dan penyewaan barangan1. Menyelenggara setiap operasi pemprosesan penghasilan produk dari segi kebersihan, kuantiti dan kualiti produk1. Memastikan produk yang di keluarkan mematuhi standard atau kualiti yang telah ditetapkan1. Menyumbang kepada keuntungan syarikat.

7.1 Aspek Teknikal atau Perkhidmatan7.1.1 Premis perniagaanPremis perniagaan SS ENTERPRISE adalah bertempat di Kafeteria Serumpun yang terletak di kolej serumpun Universiti Putra Malaysia. premis ini berhampiran dengan kolej kediaman pelajar iaitu kolej 12, kolej Muhamad Rashid, kolej 14, kolej 15 , kolej 16, kolej Pendeta Zaaba dan berhampiran dengan pejabat AM PJSD. Kafeteria Serumpun sememangnya menjadi tumpuan para pelajar untuk membeli makanan dan juadah. Oleh itu, pemilihan lokasi perniagaan untuk memasarkan produk SS ENTERPRISE adalah bersesuaian sekali di kafeteria Serumpun.7.1.2 Waktu perniagaanPada perancangan awal SS ENTERPRISE akan beroperasi selama 4 minggu iaitu bermula pada 1 November 2014 dan berakhir pada 30 November 2014. Waktu operasi kami bermula pada jam 12.00 pagi hingga 6.00 petang iaitu berlangsung selama enam jam.7.1.3 Lesen perniagaanDisebabkan premis perniagaan kami dijalankan di kafeteria Serumpun, maka kami perlu mendapatkan kebenaran untuk berniaga daripada UPM HOLDING Sdn Bhd di dewan Banquet Universiti Putra Malaysia. Kami perlu membuat surat permohonan berniaga yang perlu ditandatangani oleh CEO dan sokongan pensyarah untuk di hantar ke UPM HOLDING Sdn Bhd. Setelah permohonan kami diluluskan kami perlu membayar rm10 ringgit kepada UPM HOLDING untuk menyewa tapak untuk sehari.

7.1.4 Mesin dan peralatanPeralatan-peralatan yang digunakan oleh kami adalah terdiri daripada barangan dapur dan barang-barang lain untuk keperluan membuat kimbab. Kami tidak menggunakan peralatan mesin dalam menghasilkan produk kami. Barangan dan peralatan yang kami gunakan kebayakannya adalah hak milik persendirian, manakala penambahan peralatan yang di beli menggunakan duit syarikat adalah untuk melengkapkan lagi perkakas yang kami ingin gunakan dalam penghasilan produk. Jadual di bawah menunjukkan senarai peralatan yang kami gunakan dalam menghasilkan produk.Nama barangKuantiti

Periuk nasi1

Multi cooker1

Sushi Mat1

Sudu plastik4

Bekas Plastik(Tupperware)2

Senduk1

Mangkuk/ Dulang2

Pisau2

Papan Pemotong1

7.1.5 Buruh dan Pengagihan TugasanPengagihan tugasan dan tenaga kerja atau buruh semuanya terdiri daripada ahli SS ENTERPRISE sendiri. Setiap seorang daripada ahli memainkan peranan masing-masing mengikut bidang kepakaran tertentu. Berikut adalah jadual berkenaan tugas-tugas ahli yang telah dipersetujui.7.2 Laporan Rancangan Perniagaan MGM 3180AktivitiAhli Bertugas

Pembuatan/PenghasilanMohd Zuhai Hazmi

Hamizah

Nur Farahin

Syafira Emellyia

PembungkusanMuhammad Iqhmal Hakim

Farra Fadzreen

Nor Ain

Nurul Syafiqah

Tempahan dan PenghantaranMohamad Roazeman

Rabiatul Adawiyah

Nur Amira

Ahmad Firdaus

JuruwangNur Farahin

Nurul Syafiqah

Pembukaan PremisRabiatul Adawiyah

Penyimpanan StokNurul Syafiqah

Nor Ain

Pembelian StokNur Farahin

Farra Fadzreen

Syafira Emellyia

7.3 Aktiviti pembelian barangan dan penghasilan produkBerikut merupakan jadual yang menunjukkan proses penghasilan produk syarikat iaitu SS Kimbab oleh SS ENTERPRISE.AktivitiHariMasa

Menbeli segala keperluan barang kering untuk pembuatan kimbab.Khamis5.00 PM

Membeli segala keperluan barang basah untuk penghasilan kimbabJumaat4.00PM

Aktiviti memasak nasi, dan menggoreng barang basah dan sayur-sayuranSabtu6.00 PM

Persediaan tempat berniagaSabtu8.00 PM

Jualan8.30 PM

7.4 Kapasiti PengeluaranKapasiti penghasilan dan pengeluaran bagi kimbab tidak konsisten pada setiap jualan kerana jualan kami bergantung pada permintaan pelanggan. Secara puratanya 20 kimbab terjual pada sekali jualan atas permintaan ramai. Kami juga melakukan jualan dua kali seminggu jadi jualan puratanya hampir mencecah angka 40 jualan.

7.5 Cara Pembuatan Produk:

i) Produk kimbab :

1) Masak nasi (sebaiknya gunakan beras Jepun). 2) Sementara menunggu nasi masak, potong sosej, isi ketam, sayuran( lobak merah, timun, kacang buncis) secara memanjang.3) Pecahkan 3-4 biji telur dan goreng sebagai telur omelet bersama minyak bijan.4) Potong telur yang siap digoreng secara halus dan memanjang.5) Gorengkan bahan-bahan yang telah dipotong tadi bersama minyak bijan.6) Setelah nasi masak, gaulkan bersama sedikit garam dan minyak bijan sebagai perasa.7) Letakkan rumpai laut atas penggulung sushi(sushi mat), letak dan ratakan nasi yang telah diperasa tadi di atas rumpai laut secara rata( kira-kira 2/3 daripada rumpai laut)8) Letakkan segala bahan yang telah di goreng (sosej, isi ketam, lobak merah, timun, kacang buncis) mengikut kreativiti.9) Setelah semua bahan dimampatkan, gunakan penggulung sushi untuk menggulung rumpai laut.10) Pastikan semasa gulungan, mampatkan segala isi didalam untuk memudahkan proses memotong.11) Ambil sedikit nasi dan letakkan di hujung rumpai laut yang berfungsi sebagai gam.12) Sebelum potong, salutkan bahagian luar rumpai laut dengan minyak minyak untuk menampakkan warna yang lebih menarik dan berkilat.13) Potong kepada 8-9 bahagian.14) Untuk rasa yang lebih sedap, makan kimbab yang telah dipotong tadi bersama mayonis kewpie.15) Kimbab sedia untuk dimakan.ii) Produk Kekacang :

1) Kacang dibeli secara pukal.2) Kacang di bungkus kepada paket kecil ( 200g )

iii) Produk Aiskrim Malaysia :

1) Campurkan kordial dengan air mineral dan gula.2) Tuangkan air tersebut di dalam plastik aiskrim dan ikat seketat-ketatnya.3) Kemudian, masukkan aiskrim tersebut di dalam peti sejuk semalaman.

8.0 LAPORAN KEWANGANKONSEP KEWANGANModal Sumbangan pemilik sebuah perniagaan. Ianya boleh dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk harta benda seperti tanah, kenderaan dan sebagainya.UntungJumlah hasil yang diperolehi dalam sesuatu tempoh perniagaan dipadankan (atau ditolakkan) dengan jumlah belanja yang dikeluarkan untuk menjanakan hasil tersebut dalam tempoh perniagaan yang sama.UNTUNG = JUMLAH HASIL JUMLAH BELANJAUNTUNG BERSIH = UNTUNG MODALBelanja berubahBelanja yang berlaku yang berkait secara langsung dengan setiap unit yang dijual adalah belanja berubah. Contoh : kos bahan mentah.Belanja tetap Belanja yang susah untuk dikaitkan secara langsung dan mudah kepada seunit produk yang dijual. Contoh : belian alat tulis, sewa kedai dsb. Penyata kewangan Pada asasnya, ada 3 jenis penyata kewangan yang bakal usahawan perlu tahu, iaitu Penyata Pendapatan, Penyata Aliran Tunai dan Kunci Kira-kira. Lazimnya nama penyata kewangan dalam RP akan diikuti dengan perkataan pro forma, yang memberi maksud prestasi perniagaan yang ditunjukkan dalam penyata itu adalah aktiviti yang dirancang dan datanya adalah data anggaran yang sebaik mungkin untuk sesuatu jangka masa yang dilaporkan. Contohnya Penyata kewangan pro forma.

Penyata pendapatanLaporan di mana semua aktiviti hasil, aktiviti belanja dan amaun untung atau rugi ditunjukkan. Tujuan Penyata Pendapatan disediakan adalah untuk menunjukkan prestasi sesebuah perniagaan dalam satu tempoh masa.

Penyata aliran TunaiPenyata ini menyenaraikan semua aktiviti yang menunjukkan aliran masuk tunai (kebiasaannya daripada jualan) berbanding dengan senarai semua aktiviti yang menunjukkan aliran keluar tunai (kebiasaannya untuk pembayaran semua belanja perniagaan). Perbandingan ini akan memberikan lebihan atau defisit tunai pada akhir sesuatu tempoh. Dalam dunia sebenar, Penyata Aliran Tunai memainkan peranan yang penting untuk mengukur kecairan sesebuah entiti perniagaan. Kecairan bermaksud dalam tempoh masa pendek (