Laporan akhir projek drama

6

Click here to load reader

Transcript of Laporan akhir projek drama

Page 1: Laporan akhir projek drama

NAMA:

ADILAHSIA BINTI MAJUNING

NO. MATRIK:

A150041

JAWATAN:

KETUA KUMPULAN DAN PENGARAH DRAMA

NAMA PROJEK:

DRAMA FOUNDATION ENGLISH

TAJUK DRAMA:

SECRET GARDEN

Page 2: Laporan akhir projek drama

LAPORAN AKHIR

PROJEK DRAMA KURSUS FOUNDATION ENGLISH

TAJUK DRAMA: SECRET GARDEN

KUMPULAN: SET 9( KUMPULAN B)

Syukur kepada Tuhan Pencipta Semesta persembahan drama Foundation English

telah selesai dengan jaya pada 15 Disember 2014. Sebagai pengarah dalam drama ini

saya berpuas hati dengan persembahan yang telah kami lakukan. Meskipun terdapat

beberapa kesilapan yang berlaku. Namun, dengan pujian daripada Pn. Nuretna saya tahu

bahawa semua ahli kumpulan saya telah melakukan sehabis baik mereka. Hal ini kerana

saya percaya bahawa seorang guru dapat melihat perubahan dalam setiap peribadi

pelajarnya dan dapat menilai dengan baik setiap peningkatan dalam pencapaian murid-

muridnya. Saya percaya bahawa tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk membentuk

keyakinan dalam diri kami sebagai pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam

pertuturan. Projek ini juga secara tidak langsung mengajar kami untuk berkerja dalam

kumpulan.

Memang tidak dinafikan bahawa untuk melakukan projek ini banyak kesukaran

yang kumpulan kami alami. Masalah yang selalu menjadi penghalang bagi kumpulan

kami adalah sukar untuk menentukan masa untuk membuat perjumpaan bersama. Hal ini

kerana setiap daripada kami mempunyai komitment masing-masing. Cabaran yang kedua

yang dapat saya lihat adalah beberapa ahli kumpulan sangat pasif. Sukar untuk

mendengar perkataan atau cadangan keluar daripada mulut mereka dan sepertinya mereka

acuh dan tak acuh sahaja ketika perbincangan berlangsung. Seterusnya, tabiat datang

lambat ketika perjumpaan juga menjadi satu masalah kerana hal ini menyebabkan sesi

perbincangan menjadi panjang hanya kerana menunggu kedatangan mereka. Dalam masa

yang sama ahli yang sudah lama sampai akan kehilangan semangat untuk latihan.

Pada awalnya saya amat risau dengan kumpulan saya ini. Hal ini kerana tarikh

persembahan semakin dekat dan kami belum pernah melakukan latihan sedangkan

Page 3: Laporan akhir projek drama

kumpulan lain sudah mulai melakukan latihan masing-masing. Saya agak teruja untuk

untuk melaksanakan drama ini tetapi apabila melihat ahli kumpulan saya yang tidak

mempunyai semangat untuk melakukannya keterujaan saya pun berkurangan. Namun,

sebagai ketua kumpulan saya tahu bahawa ini adalah salah satu tanggungjawab yang

perlu saya pikul untuk menyatukan ahli kumpulan. Selain, memastikan setiap ahli

menglibatkan diri dan menjayakan drama ini.

Saya cuba membuat perbincangan melalui alam maya kerana alasan mereka yang

banyak sehingga tidak dapat membuat perjumpaan (face to face) tetapi usaha ini pun

tidak berjaya Setelah usaha saya untuk mendapatkan tindak balas mereka didalam

aplikasi Whatsapp tidak mendapat sambutan lantas saya mendapat idea untuk meminta

bantuan daripada Pn. Normazida pensyarah bagi projek drama ini. Saya meminta

kebenaran daripada Pn. Untuk saya menggunakan nama Pn. bagi memaksa ahli kumpulan

saya untuk terlibat dalam menjayakan drama ini. Tindak balas mereka juga agak

memberangsangkan selepas itu. Saya juga amat bersyukur kerana Pn. Nuretna juga

memahami keadaan saya dan telah membantu saya dalam menyedarkan ahli kumpulan

saya untuk memberikan kerjasama yang baik dalam kerja berkumpulan (team work) ini.

Seterusnya dalam memastikan setiap ahli kumpulan melaksanakan setiap kerja

yang telah diamanahkan dan melibatkan diri saya mengambil satu inisiatif untuk

melakukan pemerhatian berterusan (follow up) terhadap kerja-kerja mereka secara

individual. Selain itu saya juga sentiasa mengingatkan mereka tarikh-tarikh penting dalan

perlaksanaan drama ini seperti story board evaluation, script reading dan juga masa-

masa perjumpaan yang telah ditetapkan agar mereka dapat merasakan bahawa perkara itu

penting dan dapat melakukan persediaan awal. Saya dapat melihat perubahan dalam

setiap individu apabila kami sudah mulai meluangkan masa bersama semangat kerja

berkumpulan sudah mulai terbentuk. Idea baru mulai dilontarkan dan masing-masing

mulai menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab yang ada.

Dalam hal mengatur perjalanan persembahan cerita drama juga memberikan kami

satu cabaran yang amat memeningkan. Hal ini disebabkan oleh pada awalnya kami

dimaklumkan bahawa kami akan melakukan persembahan di Panggung Seni. Maka

dengan itu setting yang kami telah tetapkan dalam drama ini mengikut kemudahan yang

Page 4: Laporan akhir projek drama

ada di Panggung seni dengan sound system yang baik dan lighting yang akan membantu

dalam perjalanan drama. Selepas itu kami dimaklumkan pula Panggung seni sudah di

ambil oleh set lain maka kami akan melakukan persembahan di kelas sahaja (3A 402

FSSK dan 3A 403 FSSK). Sebagai pengarah dalam drama ini saya perlu mengubah

semua setting terutamanya bahagian lighting kerana di kelas perkara itu tidak dapat

dilakukan. Masih bersyukur kerana boleh menggunakan dua pintu untuk keluar masuk

pelakon nanti. Seminggu sebelum persembahan kami dimaklumkan pula bahawa kami

akan membuat persembahan di dewan 3B 301 FSSK dan di dewan itu hanya satu pintu

yang berfungsi(bahagian depan) maka keluar masuk pelakon mendapat kesukaran. Kami

terpaksa mengubah semula kedudukan pelakon agar perjalanan cerita lancar dan

difahami.

Melalui pelaksanan drama ini saya dapat mengenal pasti bahawa kreativiti

terserlah dalam penyusunan cerita, penentuan setting dan juga penyusunan dialogue.

Selain itu, dalam drama ini saya telah diberikan watak utama iaitu Mary Lennox.

Memegang watak sebagai Mary memerlukan saya untuk menampilkan emosi dan

perwatakkan yang berbeza dari awal cerita sehingga akhir cerita.

Secara keseluruhannya sepanjang perlaksanaan projek ini saya telah pelajari

banyak perkara terutamanya dalam hal kerja berkumpulan, kepimpinan dan kreativiti.

Menjadi pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah. Seorang pemimpin perlu menjaga

anak buahnya, tidak boleh mempunyai sifat lepas tangan dan sentiasa memberikan

semangat kepada anak buah untuk melakukan yang terbaik. Seterusnya saya sedar

bahawa setiap manusia boleh menjadi kreatif dengan syarat sentiasa mengembangkan

kapasiti berfikir dengan mencari pengalaman daripada sumber-sumber disekeliling yang

ada dan tidak melimitkan tahap berfikir

Sekian.