laporan aktiviti
-
Upload
qisqaidarul -
Category
Documents
-
view
113 -
download
1
Transcript of laporan aktiviti
-
5/19/2018 laporan aktiviti
1/12
BERKAYAK
1. LATAR BELAKANG AKTIVITI
1.1. Tempat
Di tepi pantai/sungai
1.2. Masa / Anggaran masa
1.3. Alatan
1.3.1. Kayak
1.3.2. Jaket keselamatan
1.3.3. Dinghy atau peralatan
1.3.4. Kotak / alatan peralatan cemas
1.4. Personel
Ketua Jurulatih : Jurulatih Aktiviti
Jurulatih : 3 orang
Pembantu : 1 @ 2 orang
2. SEBELUM AKTIVITI
2.1 Jurulatih
2.1.1 Jurulatih mengenalpasti tempat, lokasi bagi aktiviti berkenaan.
2.1.2 Mengenalpasti arus dan air pasang surut.
2.1.3 Mengenalpasti keadaan cuaca dan musim termasuk hujan,
gelombang, rebut dan lain-lain.
2.1.4 Membiasakan diri dengan keadaan tempatan termasuk keadaan
laut, cuaca, alam sekitar yang membahayakan seperti batu karang,
tukun, bangkai kapal, tanda-tanda nelayan yang sedang memukat ikan
dan lain-lain.
2.1.5 Berhubung dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan
-
5/19/2018 laporan aktiviti
2/12
maklumat tentang kawasan aktiviti.
2.1.6 Hendaklah bertanggungjawab dan mempunyai pengetahuan
menyeluruh tentang peserta , agihan kumpulan dan aktiviti-aktiviti
yang ingin dijalankan.
2.2 Peserta
2.2.1 Peserta hendaklah berpakaian yang sesuai untuk
berkayak.Gunakan pakaian yang cerah seperti warna kuning, oren atau
merah kerana mudah dilihat / atau dikesan di laut.Gunakan baju
lengan panjang dan berkasut sewaktu berkayak.Adakan pedoman dan
tentukan haluan.
2.2.2 Peserta mesti memakai jaket keselamatan sepanjang masa
samada mereka tahu atau tidak tahu berenang.
2.2.3 Peserta tidak dibenarkan berkayak berseorangan.Setiap
pergerakan hendaklah mendapat kebenaran jurulatih terlebih dahulu.
2.2.4 Peserta tidak di benarkan memakai kasut yang berat dan pakaian
yang berat dan sendat yang menyukarkan pergerakan badan.
2.2.5 Peserta hendaklah berada dalam keadaan sihat.
2.2.6 Setiap peserta perlu ada wisel.
2.2.7 Gunakan sarung tangan jika perlu.
2.2.8 Sebelum memulakan aktiviti, semua peserta perlu membuat
warming up .
2.2.9 Botol air dan lain-lain keperluan perlu diikat pada kayak.
2.3 Peralatan
2.3.1 Kayak dan alat kelengkapan seperti paddle, jaket keselamatan
-
5/19/2018 laporan aktiviti
3/12
dan sebagainya hendaklah berada dalam keadaan baik dan boleh di
gunakan.
2.3.2 Kayak hendaklah di lengkapi dengan beg-beg buoyancy atau
built in buoyancy .Kayak hendaklah diperiksa untuk memastikan yang
ianya tidak bocor.
2.3.3 Kadar bilangan antara kayak dengan peserta hendaklah mengikut
kadar yang telah ditetapkan.
2.3.4 Repair Kit dan alat ganti hendaklah di bawa bersama-sama
semasa aktiviti kayak.
2.3.5 Pastikan tali toggle ada pada kayak.
2.4 Hal-hal lain
2.4.1 Polis Marin, Pejabat Daerah, Polis Tempatan, tuan rumah,
Hospital dan lain
-lain badan yang berkaitan hendaklah di maklumkan tentang aktiviti
yang
akan di jalankan.
2.4.2 Rangkakan route / perjalanan anda sebelum ekspedisi.
2.5 Taklimat
Taklimat awal berikut perlu diberi kepada peserta untuk makluman dan
tindakan.
2.5.1 Corak aktiviti
2.5.2 Pakaian
2.5.3 Makanan / minuman
2.5.4 Waktu bersolat
2.5.5 Langkah-langkah keselamatan
-
5/19/2018 laporan aktiviti
4/12
3. SEMASA BERKAYAK
3.1 Teori berkayak
3.1.1 Bahagian-bahagian kayak
3.1.2 Bahagian-bahagian pendayung
3.1.3 Teknil mendayung
3.1.4 Membawa (angkat) kayak
3.1.5 Masuk dan keluar dari kayak
3.1.6 Mengeluarkan air dari kayak
3.1.7 Rescue
3.1.8 Rafting
3.1.9 Membersih dan menyimpan kayak
3.2 Latihan amali / Tunjuk cara
3.2.1 Mendayung ( latihan di darat )
3.2.2 Keyakinan diri di air ( menggunakan jaket keselamatan )
3.2.3 Pairing untuk menentukan pasangan berkayak dibuat oleh
jurulatih.
3.3 Langkah-langkah keselamatan
3.3.1 Digalakkan sistem berpasangan buddy system lelaki dan
perempuan dan
tahap kebolehan berkayak serta berenang.
3.3.2 Memastikan setiap peserta dan jurulatih sendiri untuk memakai
jaket
keselamatan pada setiap masa sewaktu berada di kawasan perairan.
3.3.3 Ikatan jaket keselamatan mestilah diikat dengan teknik yang
betul dan kuat
supaya jaket keselamatan tidak terlepas daripada badan para peserta
sewaktu
berada dalam air.Ini membahayakan dan boleh membawa maut.
3.3.4 Elakkan daripada mendekati batu karang, whirpool, tide,
rips, kapal,
-
5/19/2018 laporan aktiviti
5/12
perahu dan lain-lain.Beritahu seseorang bila dan kemana anda tuju.
3.4 Peralatan ( penyediaan kayak,bot dan kelengkapan)
3.4.1 Pemeriksa buoyancy atau air bags dalam kayak.
3.4.2 Pastikan kayak dan pendayung dalam keadaan baik dan sempurna
sebelum dibawa ke laut.
3.4.3 Bawa repair kit ,alat-alat keselamatan/survival seperti tali,tiub
kereta dibawa bersama.
3.4.4 Bot penyelamat dinghy perlu ada untuk mengawasi keselamatan
peserta.
3.4.5 Bawa kotak pertolongan cemas.
3.4.6 Pastikan bilangan kayak,pendayung dan jaket keselamatan
mencukupi.
3.5 Tugas jurulatih
3.5.1 Mempunyai keyakinan dan pengetahuan yang menyeluruh dan
lengkap.
3.5.2 Tidak membenarkan seseorang individu melakukan sesuatu
melebihi daripada kemampuan.
3.5.3 Mesti tahu keadaan air laut dan alam sekitar.
3.5.4 Faktor keselamatan adalah menjadi perhatian utama.
3.5.5 Berkemampuan mengagihkan tugas-tugas di kalangan pembantu-
pembantu.
3.5.6 Mempunyai pengetahuan mengenai tempat bagi mendapatkan
-
5/19/2018 laporan aktiviti
6/12
bantuan kecemasan semasa membuat ekspedisi.
3.5.7 Mempunyai kebolehan untuk menyelamat dan berenang.
3.6 Urutan perjalanan aktiviti
3.6.1 Bahagikan peserta kepada pasangan berkayak ( pairing ).
3.6.2 Aturkan kedudukan pendayung, kayak dan jaket keselamatan di
gigi air.
3.6.3 Doa
3.6.4 Aktiviti
4. SELEPAS AKTIVITI
PASTIKAN SEMUAPESERTA SELAMAT
4.1 Penyelenggaraan alatan
4.1.1 Bersihkan dan simpan semua alatan dengan sempurna.
4.1.2 Pastikan bilangannya mencukupi.
4.1.3 Laporkan alatan yang rosak atua hilang untuk tindakan
selanjutnya.
4.2 Rasional / renungan
4.2.1 Terangkan rasional aktiviti yang di jalankan
4.2.2 Adakan sesi renungan
-
5/19/2018 laporan aktiviti
7/12
4.3 Jurulatih hendaklah menyediakan Laporan aktiviti dengan
menggunakan
borang prosuder kerja aktiviti dalam 3 saliann:
-
5/19/2018 laporan aktiviti
8/12
Abseiling
Sebelum memulakan aktiviti abseiling, peserta-peserta telah diberikan ceramah oleh Encik
Chula Bina, selaku jurulatih Pendidikan Luar tentang peralatan yang diperlukan dalam aktiviti tersebut
dan menunjukkan demonstrasi untuk abseiling. Para peserta juga menjalankan simulasi dalam dua
kumpulan sebelum menjalankan abseiling yang sebenar. Ini bertujuan untuk membantu para peserta
menyesuaikan diri dalam keadaan sebenar abseiling.
Tahap penyertaan peserta adalah memuaskan. Semua peserta telah berjaya
menyempurnakan abseiling. Sementara itu, tiada kemalangan yang tidak diingini berlaku. Para
peserta mempunyai kepuasan dan keseronokan kerana mereka berjaya menyempurnakan abseiling.
Perkhemahan
Sebaik sahaja tiba di SK Kpg. Alit, Kabong, para peserta dibahagikan dua kumpulan untuk
membuat gadget untuk memulakan aktiviti perkhemahan. Semua ahli kumpulan berbincang sebelum
pembinaan gadget. Mereka memberi pelbagai idea untuk memperkukuhkan gadget. Oleh sebab
tiupan angin yang kuat, para pensyarah juga memberi pertolongan untuk mempercepatkan
pembinaan gadget. Akhirnya, atas bantuan pensyarah dan kerjasama para peserta, mereka berjaya
membina gadget masing-masing.
Selepas itu, para peserta meneruskan aktiviti dengan mendirikan khemah. Walaupun kawasan
perkhemahan agak terhad, namun, mereka juga berusaha untuk mendirikan khemah kumpulan
masing-masing.
Ekspedisi Berkayak
Sebelum aktiviti berkayak ini bermula, ketua jurulatih, Encik Chula Bina menunjukkan cara
berkayak yang betul, selamat dan bersesuaian kepada para peserta, barulah mereka dibenarkan
untuk berkayak di laut. Oleh sebab hanya 6 buah kayak, jadi, terdapat 15 orang peserta berpeluang
untuk berkayak. Peserta yang berkayak dibenarkan untuk mencuba di laut dan cuba mengaplikasikan
teknik berkayak yang telah dipelajari oleh mereka dan juga cara untuk menyelamatkan kawan-kawan
-
5/19/2018 laporan aktiviti
9/12
yang cap site. Sementara itu, terdapat 5 orang peserta yang menunggu di atas perahu mabuk laut
dan termuntah. Oleh sebab itu, mereka tidak mampu lagi turun untuk berkayak.
Walaupun terdapat peserta tidak mempunyai peluang untuk mencuba dalam aktiviti berkayak
ini tetapi secara keseluruhannya, aktiviti ini telah dijalankan dengan memuaskan dan selamat tanpa
menimbulkan kemalangan yang tidak diingini,
Aktiviti Air
Sebelum memulakan aktiviti air, Encik Chula Bina selaku jurulatih telah membahagikan para
peserta kepada dua kumpulan. Kedua-dua kumpulan diberi peluang untuk memilih para pensyarah
untuk menyertai kumpulan masing-masing dalam aktiviti air. Beberapa peserta juga dipilih sebagai
pegadil sepanjang aktiviti dijalankan.
Selepas itu, aktiviti bola tampar dan bola sepak telah dijalankan sepanjang aktiviti air. Aktiviti
bola tampar dijalankan di laut manakala aktiviti bola sepak dijalankan di tepi pantai. Tahap penyertaan
peserta sangat baik. Semua peserta telah melibatkan diri dalam aktiviti air. Mereka telah bekerjasama
untuk menunjukkan semangat berpasukan. Sementara itu, para peserta juga berpeluang memupuk
hubungan yang baik dengan para pensyarah yang menyertai.
Orienteering
Encik Chula Bina memberikan taklimat ringkas terhadap penggunaan kompas dan cara
melukis peta sebelum aktiviti bermula. 20 orang peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri
daripada 5 orang peserta. Setiap kumpulan diberi tugasan seperti pembaca kompas, perintis,
pengiraan langkah, lukis peta dan pencatat. Beliau memberi arahan kepada setiap kumpulan untuk
mencari 20 tempat untuk menyembunyikan kertas. Selepas itu, setiap kumpulan mencari semua
kertas yang telah disembunyikan itu untuk tiba ke tempat terakhir masing-masing.
Secara kesimpulannya, semua kumpulan telah berjaya menyempurnakan aktiviti ini.
Kebanyakan kumpulan telah mencatat sudut dan langkah yang betul tetapi mereka tidak menyatakan
skala dalam kertas dan terdapat kertas disembunyikan di tempat yang tidak mudah dinampak. Para
peserta telah mempunyai kesedaran untuk menerima cabaran dalam kehidupan dan memupuk
kesabaran dalam rintangan kehidupan.
-
5/19/2018 laporan aktiviti
10/12
Kajian Flora dan Fauna
Encik Ismail Dikoh telah memberikan taklimat ringkas mengenai tugasan yang perlu
dilaksanakan oleh setiap kumpulan dalam aktiviti ini. Aktiviti ini berlangsung selama satu jam. 20
orang peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang peserta. Setiap
kumpulan dikehendaki memilih satu kawasan seluas 100 meter X 100 meter di sepanjang kawasan
tepi pantai. Setiap kumpulan dikehendaki mengenalpasti flora fauna, sistem ekologi dan tahap
pencemaran yang terdapat di kawasan itu.
Kesimpulannya, aktiviti ini dapat membantu para peserta meningkatkan tahap kefahaman dan
pengetahuan peserta tentang flora dan fauna secara semula jadi di kawasan pantai. Sebagai
kesimpulan, setiap kumpulan membuat ringkasan mengenai kajian flora dan fauna yang dijalankan.
Malam Kebudayaan
Dalam malam kebudayaan, peserta-peserta yang dibahagikan kepada kumpulan 1 dan 2 .
Pada permulaan malam kebudayaan, terdapat aktiviti raja dan ratu rimba. Maka, setiap kumpulan
telah memilih dua orang peserta yang menjadi raja dan ratu rimba. Cara pemakaian mereka adalah
berasaskan tumbuh-tumbuhan di hutan, iaitu para peserta telah menggunakan daun, bunga, batu-
batan, siput dan sebagainya untuk membuat pakaian. Selain itu, kumpulan 1 dan 2 telah membuat
persembahan bersama-sama, iaitu sketsa bertema Pendidikan Luar dan nyanyian Fikirkan Boleh.
Peserta-peserta telah membuat lakonan tentang sebelum dan selepas seseorang peserta menyertai
Pendidikan Luar. Selepas itu, peserta-peserta juga menyanyikan lagu Fikirkan Boleh untuk
membangkitkan keyakinan terhadap diri sendiri bahawa kita perlu mempercayai bahawa kita
mempunyai kemampuan untuk berjaya. Secara keseluruhannya, proses malam kebudayaan telah
menjalan dengan lancar dan ini telah membawa keseronokan dan kegembiraan.
Pengurusan Peralatan
Sebaik sahaja semua peserta mengambil sarapan pagi, mereka bermula mengemaskan
kawasan perkhemahan dan peralatan. Semua peserta membahagikan tugas seperti mencuci khemah,
mencuci kayak, mencuci peralatan abseiling dan sebagainya. Pengurusan peralatan yang dijalankan
-
5/19/2018 laporan aktiviti
11/12
oleh semua peserta telah menunjukkan semangat bekerja dan saling tolong-menolong. Ia telah
mempercepatkan proses pengurusan peralatan di samping menjimatkan masa.
Gotong-Royong
Para pensyarah dan peserta IPG Kampus Rajang telah menjalankan aktiviti gotong-royong di
SK Kebangsaan Kampung Alit. Maka, para peserta telah menjalankan kerja amal, iaitu aktiviti gotong-
royong di sekolah tersebut. Mereka telah membersihkan sekolah, iaitu tapak perkhemahan demi
menjaga dan memulihara tapak perkhemahan tersebut. Jadi, ini telah memberi pengalaman yang baik
kepada para peserta dalam usaha untuk memupuk nilai-nilai yang baik dalam kalangan peserta yang
akan menjadi guru nanti.
Secara kesimpulannya, Pendidikan Luar telah berjalan dengan lancar atas kerjasama semua
pihak. Semua pihak telah memberi sumbangan demi menyempurnakan aktiviti ini. Sementara itu,
Pendidikan luar telah mencapai objektif, di mana para peserta telah berjaya memperkembangakan
pengetahuan, kemahiran dan sikap individu dengan meningkatkan kefahaman tentang alam luar,
pertalian ekologikal dan penghargaan tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar dan
memupuk penggunaan masa lapang dengan bijak melalui pengalaman dalam kegiatan-kegiatan
rekreasi alam luar.
-
5/19/2018 laporan aktiviti
12/12
OBJEKTIF
Mendekatkan diri peserta dengan kepelbagaian flora dan fauna yangterdapat di Malaysia.
Menyemai kesedaran peserta terhadap kepentingan pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar.
Membina komuniti mahasiswa / guru pelatih yang peka terhadap
aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.