Laporan Aktiviti Ikhtiar Hidup

3
LAPORAN AKTIVITI AKTIVITI IKHTIAR HIDUP TARIKH 13 APRIL 2013 - 14 APRIL 2013 TEMPAT PULAU MENTAGOR, PANGKOR PERAK DARUL RIDZUAN MASA (13.4.2013 : 6.00 PTG) HINGGA (14.4.2013 : 10.00 PG) BILANGAN PELAJAR TERLIBAT 14 ORANG AKTIVITI YANG DIJALANKAN MENDIRIKAN KHEMAH MENCARI SUMBER MAKANAN MENULIS PUISI ALATAN DAN BAHAN YANG DISEDIAKAN - KHEMAH PONCO - PISAU - GARAM & BELERANG - BISKUT (3 KEPING) - ALATAN MEMANCING - PEMETIK API - FIRE STARTER - UMPAN ( SOTONG ) FASILITATOR TERLIBAT MAHADI BIN TAHA LANGKAH KERJA Pada 13 - 14 April 2013, satu aktiviti Ikhtiar Hidup di bawah perlaksanaan Pendidikan Luar telah diadakan di Pulau Mentagor, Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Aktiviti ini dijalankan bersama-sama dengan aktiviti Group Camp di bawah seliaan En. Azman Bin Ishak. Sebelum bertolak taklimat ringkas diadakan oleh pensyarah yang terlibat iaitu Dr. Azita Bin Amrin. Pemeriksaan akhir juga dilakukan kepada setiap pelajar bagi memastikan tiada barang yang dibawa melainkan barang yang telah dibekalkan sahaja. Bot telah disediakan bagi membawa pelajar dari Panville Camp, Pangkor iaitu (Base Camp) tepat pada pukul 6.00 petang. Para peserta tiba di kawasan pulau tersebut kira-kira pada pukul 6.25 petang. Para peserta menuju ke kawasan khemah yang didirikan dengan arahan dari pensyarah. Setiap kumpulan diarahkan mendirikan khemah untuk bermalam di

description

Pendidikan Luar

Transcript of Laporan Aktiviti Ikhtiar Hidup

Page 1: Laporan Aktiviti Ikhtiar Hidup

LAPORAN AKTIVITI

AKTIVITI IKHTIAR HIDUP

TARIKH 13 APRIL 2013 - 14 APRIL 2013

TEMPATPULAU MENTAGOR, PANGKORPERAK DARUL RIDZUAN

MASA (13.4.2013 : 6.00 PTG) HINGGA (14.4.2013 : 10.00 PG)

BILANGAN PELAJAR TERLIBAT

14 ORANG

AKTIVITI YANGDIJALANKAN

MENDIRIKAN KHEMAHMENCARI SUMBER MAKANANMENULIS PUISI

ALATAN DAN BAHAN YANG DISEDIAKAN

- KHEMAH PONCO- PISAU- GARAM & BELERANG- BISKUT (3 KEPING)- ALATAN MEMANCING- PEMETIK API- FIRE STARTER- UMPAN ( SOTONG )

FASILITATOR TERLIBAT MAHADI BIN TAHA

LANGKAH KERJA

Pada 13 - 14 April 2013, satu aktiviti Ikhtiar Hidup di bawah perlaksanaan Pendidikan Luar

telah diadakan di Pulau Mentagor, Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Aktiviti ini dijalankan

bersama-sama dengan aktiviti Group Camp di bawah seliaan En. Azman Bin Ishak.

Sebelum bertolak taklimat ringkas diadakan oleh pensyarah yang terlibat iaitu Dr. Azita Bin

Amrin. Pemeriksaan akhir juga dilakukan kepada setiap pelajar bagi memastikan tiada

barang yang dibawa melainkan barang yang telah dibekalkan sahaja. Bot telah disediakan

bagi membawa pelajar dari Panville Camp, Pangkor iaitu (Base Camp) tepat pada pukul

6.00 petang. Para peserta tiba di kawasan pulau tersebut kira-kira pada pukul 6.25 petang.

Para peserta menuju ke kawasan khemah yang didirikan dengan arahan dari pensyarah.

Setiap kumpulan diarahkan mendirikan khemah untuk bermalam di tempat yang berbeza-

beza. Kebanyakan pelajar yang menyertai aktiviti ini tidak pernah merasai pengalaman

Page 2: Laporan Aktiviti Ikhtiar Hidup

sebegini. Keadaan pulau dan hutan yang tidak pernah didiami menjadikan tempat tersebut

terlalu sunyi dan gelap. Jalan laluan tempat untuk ke khemah setiap kumpulan masing-

masing hanya boleh dilalui melalui pesisir pantai dan laluan hutan belukar.

Setelah tempat perkhemahan diberikan, semua peserta bekerjasama mendirikan khemah

dengan menggunakan ponco yang diberikan. Khemah yang berlantaikan daun-daun kayu

dan berdindingkan batu pantai digunakan sebagai tempat perlindungan sementara.

Sebelum keadaan menjadi gelap, khemah haruslah siap sepenuhnya dan unngun api

dinyalakan bagi mendapatkan sedikit pencahayaan. Sewaktu khemah didirikan oleh para

peserta, fasilitator yang bertugas melawat setiap khemah bagi sesi pemantaun jika terdapat

sebarang permasalahan. Fasilitator juga memberikan arah melalui kompas bagi memastikan

kiblat untuk memudahkan pelajar mendirikan solat apabila tiba waktu.

Menjelang pukul 8.00 malam, para peserta sudah menyiapkan khemah dan unggun api

sepenuhnya. Pelajar dibahagikan tugas oleh kumpulan masing-masing. Mereka perlu

mencari sumber makanan pada malam tersebut dan juga menyediakan unggun api untuk

menyiapkan masakan. Dengan berbekalkan alatan yg diberikan, pelajar menggunakan

umpan sotong untuk memancing. Ada juga pelajar yang mencari sumber makanan tepi laut

seperti kepah untuk dijadikan makanan. Selain itu, ada yang menggunakan sotong tersebut

untuk dijadikan makanan pada malam tersebut.

Pada pukul 10.30 malam, pelajar mempersiapkan dengan menghasilkan sajak dan puisi. Di

samping itu, terdapat juga pelajar yang masih mengawal unggun api bagi mengelakkan dari

terpadam memandangkan suasana hutan terlalu gelap. Keadaan air laut yang menjadi surut

juga membolehkan segelintir pelajar masih lagi memancing untuk medapatkan sumber

makanan. Pemantaun dilakukan oleh fasilitator di setiap tapak perkhemaham dan tidak

terdapat sebarang permasalahan yang berlaku. Setiap ahli kumpulan berada di kawasan

sekitar perkhemahan masing-masing..

Perjalanan aktiviti hari pertama dengan diselubungi suasana sejuk serta hujan. Pada pukul

12.45 malam, hujan mula turun, dan semua pelajar bergegas memastikan barang-barang

berada di bawah ponco yang didirikan. Tiupan angin yang agak kuat juga menyebabkan

keadaan menjadi semakin sejuk. Hujan mula turun dan setiap peserta berlindung dibawah

khemah dan disebalik batu pantai bagi mengelakkan kesejukan.

Di sepanjang awal pagi bermula 1.30 pagi sehingga 5.30 pagi, tiada perkara yang berlaku.

Kesemua peserta berada didalam kawasan khemah masing-masing. Ada yang tidur dan ada

uang masih berjaga kerana kesejukan. Fasilitator bertugas sekali lagi melakukan pemantaun

Page 3: Laporan Aktiviti Ikhtiar Hidup

terhadap semua khemah peserta. Semua keadaan masih terkawal dan tiada perkara yang

berlaku. Hujan mula reda dan pelajar-pelajar yang tidur sudah mula bangun dan

mempersiapkan diri untuk sembahyang subuh.

Untuk hari kedua bermula pukul 7.30 pagi, peserta sudah mula menyiapkan diri dengan

memperkemaskan kesemua alatan. Khemah mula ditanggalkan dan tapak unggun api

dihapuskan. Bagi mengelakkan kebakaran kesemua unggun api yang dinyalakan disiram

dengan air bagi memastikan tiada api yang masih menyala. Ini dikhuatiri akan menyebabkan

kebakaran.

Pada pukul 8.35 pagi peserta disetiap kumpulan mula mengutip bahan-bahan terbuang

disekitar tapak perkhemahan dan juga pesisiran pantai sementara menunggu bot untuk

dibawa ke aktiviti seterusnya. Sampah-sampah yang ditinggalkan di kawasan tersebut

dibersihkan sepenuhnya oleh semua peserta bagi memastikan kawasan pantai kembali

bersih dah pulih seperti sediakala.

Pensyarah tiba pada pukul 10.15 pagi dan peserta menaiki bot dan bersedia untuk aktiviti

seterusnya di Pulau Giam.

Disediakan oleh Disahkan oleh

.................................................. .....................................................( ) ( )